Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk bertanya .. adakah diantara anda yang tau atau ingin belajar main golf ??? Mehlah kita pakat pi swinggg satu kali ...
Bapak saya ngajar saya main golf dari kecik, saya asyik failed je. Tak tau apasal. Keras je. Main rugby nak pulak.
Kalau ada yang nak ngajar saya main, boleh jugak. Equipment boleh pinjam bapak saya punya. Iron, putter..dll ada. Driving rangepun ada depan rumah saya. Sebelah studio HVD. Tak jauh sangatlah dari R&D.
quote: Originally posted by: Andy_9126 "Assalamualaikum ... Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk bertanya .. adakah diantara anda yang tau atau ingin belajar main golf ??? Mehlah kita pakat pi swinggg satu kali ... "
Golf ok gak tu..kalau g driving range okla..Nak masuk green memang rasanya tak tau langsung dia punya rules...Dulu ada la blajaq cara pegang kayu golf... Boleh saja kalau mau main...Bila tu Encik Andy..Pegi kat Pandan la..Memba memba punya driving range...
__________________
~~~Aku Adalah Pejuang Fisabilillah Di Bumi Allah~~~
hmmm maaf semua, nak wat lawak mengong ekekek apa beza main golf ngan main hoki ekeke.. jangan marah yek... , rasa nya bang batu kurau terer jawab ni ekekeke...
Saya jawab boleh? Main golf kena jalan dengan lemah lembut, macam pengantin makan angin lepas pukul bola. Main hoki kena berlari lepas pukul bola, kalau tak bola kena rembat.
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
quote: Originally posted by: zackbikers "Rumah Nurul Saujana Golf Club? Perh...power tu. Boleh saya tumpang nyelam kat club swimming pool."
UIIKKKK....
Berhampiran....kat atas bukit....Saujana Golf Club Bukan Umah Saye....
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
quote: Originally posted by: nurul " UIIKKKK.... Berhampiran....kat atas bukit....Saujana Golf Club Bukan Umah Saye...."
Ooooo...berhampiran.....ingatkan Saujana Golf Club. Maaf dipinta.... Saya pernah pergi sekali kat sana. Memang cantek tempat tu. Boleh la kalau saya ke sana, Nurul bawak saya tour kat Saujana Golf Club.
Dulu pernahlah jugak cuba2 nak main...tapi dah lupa lah cara nak pegang kayu golf tue...
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
Tersebut alkisah pemain golf melayu (pegawai negeri) di Indonesia...
anda akan lihat mereka berperangai pelik tidak seperti pemain lain yang pro...
orang lain tee off ... hayun kayu... pukul bola golf... dan perhatikan ke mana bola pergi betul betul. Dia orang lain jadinya... hayun kayu... pukul bola... tapi perhati ke mana tunggul bola tu melayang ... apa nama menda punat tuuuuu...?
Pas tu orang gi cari bola... dia tinggal belakang sibuk cari menda tu... bila di tanya apa kehal menda tu yang dia sibuk ...? dia kata
Kayu orang bagi, bola orang bagi, green fees orang bayar... nak hilang bola pun tak apa ... nanti ada orang bagi baru... tapi tee ni kene beli sendiri... tu sebab kena cari...
rupanya ... Pemain itu semuanya ada lembu sendiri... semua gratis... ekekekek....
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
saya jadi kaddy sudahla...takpon driver... nak pukul bola... bukan bola yg terbang...kayu golf yg terbang dulu... tergeliat pinggang nak memukulnya..hehehehe... tak reti main golf punyer pasal.... tunggang kuda retila....
baru balik dari drving range... best gak main golf ni...ekekke
masuk RM5-50 biji bola.. mula2 main kat taman guna spalding golf balls pastu malu sbb org lain tgk pelik terus ke driving range yang jauhnya kira2 2km dari umah.. main guna kayu wilson(P) and (s) jer... try main no 3 n 4..tersangkut sbb terus advance.. baru blajar main so pukul hanya sampai 50-100m je... main golf ni best..rilex jer..tak de org sgt so tenang...
Untuk beginners, kalau boleh dapatkan iron-7 dulu. Sesiapa yang tak tau apa itu iron-7; yg berkepala leper dan terdapat tanda no 7 di kepalanya ... untuk membeli yang murah, pergilah ke kedai Cash Converter ( di Ampang dan Kelana Jaya ) ... price ranges from RM15 ke RM400 sebatang ... beli yg agak agak elok, tengok ada karat tak, surface kepalanya masih elok, griptape nya okay lagi ...
Saya pernah beli dulu, harganya RM19 sahaja dan saya masih menggunakannya ... okay je .. kalau takde iron-7, cari iron yang sebelum atau selepasnya seperti iron-6 atau iron-8 ke ...
Anda harus juga membeli glove atau sarung tangan golf. Ini adalah penting untuk menjaga telapak tangan anda agar tidak melecet ( kalau tak pakai confirm melecetnya !!! ) ... Dan juga ianya berfungsi sebagai grip kepada kayu golf itu .. price ranges from RM30 ke RM100 .. ikut brandlah ... brand yang okay adalah seperti Ping, Srixon, Dunlop, Mizuno manakala yang mahal adalah seperti Callaway, NikeGolf dan TaylorMade ... dan jangan terkejut kerana glove itu anda hanya pakai pada tangan kiri anda ... Saya pakai Srixon je = RM30 ... okay ahh tu ...
Kepada anda yang mempunyai full set, lagi elok tetapi make sure yang anda mempunyai iron-7. Insyallah kami akan bermula bermain tak lama lagi ...
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
quote: Originally posted by: Andy_9126 Anda harus juga membeli glove atau sarung tangan golf. Ini adalah penting untuk menjaga telapak tangan anda agar tidak melecet ( kalau tak pakai confirm melecetnya !!! ) ... Dan juga ianya berfungsi sebagai grip kepada kayu golf itu .. price ranges from RM30 ke RM100 .. ikut brandlah ... brand yang okay adalah seperti Ping, Srixon, Dunlop, Mizuno manakala yang mahal adalah seperti Callaway, NikeGolf dan TaylorMade ... dan jangan terkejut kerana glove itu anda hanya pakai pada tangan kiri anda ...
Kalau ada sesapa yang nak guna glove golf.Saya ada bekalan.tapi yang second hand punyer ler...Tapi ok lagi maaa...Tokwan saya punya masa dia muda muda dulu...Nak kira sewa boleh..nak beli pun boleh...Kira adik beradik punya rega lah...
quote: Originally posted by: spade 30 "Kalau ada sesapa yang nak guna glove golf.Saya ada bekalan.tapi yang second hand punyer ler...Tapi ok lagi maaa...Tokwan saya punya masa dia muda muda dulu...Nak kira sewa boleh..nak beli pun boleh...Kira adik beradik punya rega lah..."
haaaa... bola golf sy ada banyak. tapi, 2nd punya laaa... boleh lah kira murah2. ekekekeke...
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"