Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: sudahkah bersedia untuk dipanggil pulang???


Senior

Status: Offline
Posts: 296
Date:
sudahkah bersedia untuk dipanggil pulang???




Sudah  Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah  SWT?

  Bersihkanlah dirimu sebelum kamu  dimandikan Berwudhu'lah kamu
   sebelum kamu diwudhu'kan Dan solatlah kamu sebelum kamu  disolatkan
  Tutuplah rambutmu  sebelum rambutmu ditutupkan Dengan kain kafan
  yang serba putih Pada waktu itu tidak  guna lagi bersedih Walaupun
   orang yang hadir itu merintih

  Selepas itu kamu akan  diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah
  solat Jenazah Dengan empat kali takbir  dan satu salam Berserta
   Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu  Kifayah

  Tapi apakah empat kali takbir itu dapat  menebus Segala dosa
   meninggalkan solat sepanjang hidup?
  Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk  dan sujud Dapat membayar
  hutang  rukuk dan sujudmu yang telah luput?

  Sungguh tertipulah  dirimu jika beranggapan demikian Justeru
  kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat  Usunglah dirimu ke tikar
  solat  Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing
  dan mamahan ulat

  Iringilah dirimu ke masjid
  Sebelum kamu diiringi ke Pusara
  Tangisilah dosa-dosamu di dunia
  Kerana tangisan tidak berguna di alam  baqa'

  Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan  Sedarlah kamu sebelum kamu
   disedarkan Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan Berimanlah  kamu
  sebelum kamu ditalkinkan  Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
  Bukan yang pergi

  Beristighfarlah kamu sebelum kamu  diistighfarkan Namun ketika itu
   istighfar tidak menyelamatkan

  Ingatlah di mana saja  kamu berada
  Kamu tetap memijak  bumi Tuhan
  Dan dibumbungi  dengan langit Tuhan
  Serta  menikmati rezeki Tuhan
  Justeru  bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia
  memanggilmu buat kali yang terakhirnya  Ingatlah kamu dahulu hanya
   setitis air yang tidak bererti

  Lalu menjadi segumpal  darah
  Lalu menjadi seketul  daging
  Lalu daging itu  membaluti tulang
  Lalu jadilah  kamu insan yang mempunyai erti

  Ingatlah asal usulmu  yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke
  tanah Ayam tak patuk itik tak sudu Tapi  Allah mengangkatmu ke suatu
   mercu Yang lebih agung dari malaikat

  Lahirmu bukan untuk dunia
  Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera  akhirat

  Sambutlah seruan 'Hayya 'alas  Solaah'
  Dengan penuh rela dan  bersedia
  Sambutlah seruan  'Hayya 'alal Falaah'
  Jalan  kemenangan akhirat dan dunia

  Ingatlah yang kekal  ialah amal
  Menjadi bekal  sepanjang jalan
  Menjadi teman  di perjalanan
  Guna kembali ke  pangkuan Tuhan

  Pada hari itu tiada berguna
  Harta, tahta dan putera
  Isteri, kad kredit dan kereta
  Kondominium, saham dan niaga
  Kalau dahi tak mencecah sejadah di  dunia

  " Sampaikanlah Pesanku Walaupun  Seayat"

 -------------------------------------------------------

 



__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:
Simpati pada Iraq


Di kala peluru berpandu jatuh ke kota Baghdad
Azan dilaungkan disetiap masjid

Di kala azan dilaungkan di tanah Melayu
Kita sibuk di pasar malam

Di kala remaja Iraq meratapi mayat ibu
Anak muda kita leka dengan lepak dan dadah

Di kala rumah diratakan dengan bom dan kereta kebal
Anak gadis kita lari dari rumah

Di kala lelaki Arab berebut untuk syahid
Kita berebut gilakan pangkat, harta dan wanita

Di kala gudang susu dan makanan dimusnahkan
Kita menjamu di KFC, McDonald dan Pizza Hut

Di kala telaga minyak dirampas
Kita menggunakan Conoco dan BP

Di kala mereka tidak mendapat air bersih
Kita minum Coca Cola, Fanta dan 7 Up

Di kala mereka dipertontonkan Hornet dan Apache
Kita menonton Hollywood dan memandu Ford

Di kala pasar-pasar Iraq dihujani Tomahawk
Kita asyik dengan pasaraya Tesco dan Carrefour

Di kala si tua menghisap paip mengenangkan nasib
Kita tenang dengan Marlboro, More dan LM

Di kala wanita Iraq tiada masa untuk melihat cermin
Kita leka dengan Avon dan Revlon

Adakah ini simpati pada rakyat Iraq namanya ?

__________________
wann
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard