Harian Metro, Ahad 23 januari 2005, edisi Melaka.....hahahaha,apa nak jadi dengan ahli pekida.dah la lumba haram kena cekup bersama2 perempuan, dah tu pulak siap tunkukkan kad ahli PEKIDA pada media,polis....apa tujuan??? nak mintak simpatiii ke? Ohh PEKIDA!!!! Alahai nak ketawa pun ada.....apa nak kater.....nak kater lebih2 nanti dikatenye kite nie biadap......ape2 pun yang tua dihormati,yang muda dikasihi.
Wah... Lamanya tak masuk! Ni pun sebab cuti baru leh online. Uish.. Siap tunjuk kad ker? Hmm.. Cam ner la kita nak tegur? Sumer dah beso panjang. Ish ish ish... Pandai˛ la tegur diri sendiri adik beradikku yang nun jauh melencong...
Apa khabar abg atong. Wahai abang-abang, izinkan saya mencelah dan menjelaskan. Sebenarnya apa yang terjadi dan apa yang dilakukan oleh individu tersebut merupakan tindakannya sendiri. Tidak ada kena-mengena dengan Pekida.
Dia tunjuk kad Pekida? Panik la tu. Nak buat camne. Salah dia. Lagipun Pekida tak akan lepas tangan. Siasatan akan dilakukan terhadap individu tersebut dan tindakan sewajarnya akan diambil.
Malah saya sisipkan kenyataan daripada Pengarah R&D Pekida, kekanda Mas. Juga merupakan keputusan Mesyuarat Majlis Abang Long dan Ayahanda Penasihat serta pendirian Dato YB Presiden sendiri.
Kanda izinkan. Cuma sampaikan salam kanda dan seluruh kepimpinan Pekida. Pekida RnD merupakan anti lumba haram dan tidak akan sekali kali mengizinkan mana mana ahli menggunakan nama Pekida untuk mendapat perlindungan dari aktiviti serupa ini. Kita sarankan pesalah ini di berikan hukuman penjara maksimum agar mengurangkan bahaya di jalan raya sekurang kurangnya sewaktu beliau dalam tahanan.
Apa pun sila lapurkan perkembangan dari maklumat yang diberikan. Terangkan pada pihak polis serta tunjukkan surat menyurat yang menunjukkan kita ada anjur aktiviti cegah lumba haram di RnD.
Jadi saya ajak abang atong sama-sama bantu tangani samada dari segi buah fikiran, tenaga, kepakaran dan lain-lain. Insyaallah.
Assalamualaikum W.B.T. Dalam setandan pisang, kadang2 ada satu yang busuk. Oleh itu, janganlah kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. Oleh itu, janganlah kerana kesalahan seorang ahli Pekida, semuanya terpalit sekali. Janganlah dikaitkan kesalahan tersebut pada nama persatuan yang dianggotainya dan ahli2 lain yang menganggotainya. Bayangkanlah seorang ahli keluarga anda sendiri seorang pelumba haram atau pencuri dan mengaku bahawa dia adalah keluarga anda, adakah patut seluruh ahli keluarga anda dituduh pelumba haram atau pencuri juga? Fikirkanlah dengan tenang dan sewajarnya perkara tersebut. Janganlah mengambil tindakan melulu dan cepat melatah. Sabar itu separuh daripada iman. Yang baik datang daripada ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. Sekian.
quote: Originally posted by: Umat Sali "Assalamualaikum W.B.T. Dalam setandan pisang, kadang2 ada satu yang busuk. Oleh itu, janganlah kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. Oleh itu, janganlah kerana kesalahan seorang ahli Pekida, semuanya terpalit sekali. Janganlah dikaitkan kesalahan tersebut pada nama persatuan yang dianggotainya dan ahli2 lain yang menganggotainya. Bayangkanlah seorang ahli keluarga anda sendiri seorang pelumba haram atau pencuri dan mengaku bahawa dia adalah keluarga anda, adakah patut seluruh ahli keluarga anda dituduh pelumba haram atau pencuri juga? Fikirkanlah dengan tenang dan sewajarnya perkara tersebut. Janganlah mengambil tindakan melulu dan cepat melatah. Sabar itu separuh daripada iman. Yang baik datang daripada ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. Sekian."
sama la ngan pendapat saya ...
kalau kita masuk kedai perfume , wangilah kita,kalau masuk tempat pelupusan sampah,busuklah kita...
Yg di hormati abang˛ sekelian...pada awal pagi sabtu saya dikejutkan dengan satu sms dari seorang sahabat.katanya " Nep tgk harian metro hari ni...tgk apa dah jadi ngan Ahli Persatuan kau". terus saya sms abg shah suruh dia tgk jugak.Rupa˛nya adik beradik kita masuk jaring pastu tunjuk kad ahli. Jadi di sini saya ingin bertanya;
1) apakah tindakan yg akan dikenakan kepada ahli tersebut? maksud saya dari pihak kita. Dari pihak polis dah tentulah dia kene seksyen 43(1).
2) apakah tindakan kita sekiranya berlaku peristiwa sebergini rupa?
Harap abang˛, saudara˛ dan rakan seperjuangan dapatlah kita berbincang, meluahkan pendapat dan cadangan.
Sekian, Terima kasih.
Hamba Allah.
Yunep.
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
Orang sebegini eloknya jangan diberi peluang oleh pihak berkuasa, elok dihukum sahaja. Memburukkan nama pertubuhan kita... ni le kata orang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga!
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
Askum...... saya pun berharap Kekanda-kekanda akan menyelesaikan masalah ini agar nama PEKIDA tidak buruk di pandangan orang......kerana nila setitik rosak susu sebelanga
quote: Originally posted by: Haikal "assalamualaikum... kalau begini jadinya,kad PEKIDA tidak boleh diberi sewenang-wenangnya. mcm dah jadi,driving licence pulak..nak tunjuk2 kat police."
w`salam.../// yer la tu.../// ingat bagi kad boleh lepas la kot HuRmMMmMmm...///
quote: Originally posted by: wartawan "Assalamualaikum.../// Yg di hormati abang˛ sekelian...pada awal pagi sabtu saya dikejutkan dengan satu sms dari seorang sahabat.katanya " Nep tgk harian metro hari ni...tgk apa dah jadi ngan Ahli Persatuan kau". terus saya sms abg shah suruh dia tgk jugak.Rupa˛nya adik beradik kita masuk jaring pastu tunjuk kad ahli. Jadi di sini saya ingin bertanya; 1) apakah tindakan yg akan dikenakan kepada ahli tersebut? maksud saya dari pihak kita. Dari pihak polis dah tentulah dia kene seksyen 43(1). 2) apakah tindakan kita sekiranya berlaku peristiwa sebergini rupa? Harap abang˛, saudara˛ dan rakan seperjuangan dapatlah kita berbincang, meluahkan pendapat dan cadangan. Sekian, Terima kasih. Hamba Allah. Yunep."
Assalamualaikum...///
1) Tindakan daripada pihak polis ialah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, seksyen 42 (1). Menunggang secara merbahaya dan melulu. Hukuman maksimum saya tak pasti sekarang sebab ada pindaan. Dan bergantung pada majistret juga.
2) Untuk makluman, saya dan power valves sudah berjumpa dengan Ketua Unit Anti Lumba Haram yang bertanggungjawab membuat tangkapan dan saya dan power valves telah menerangkan sebaik mungkin tentang Pekida. Dan saya juga berjaya cuba mewujudkan jalinan kerjasama dua hala antara trafik dan kita dengan syarat kita turut membantu pihak polis menangani masalah lumba haram terutama dikalangan anak-anak muda Melayu khasnya. Sekarang terpulang kepada Pekida bagi mewujudkan satu bentuk tindakan samada mengadakan satu unit memantau adik-beradik yang terlibat dalam gejala sosial ini.
Langkah yang amat bijak Bro Zack!!! dengan cara ni kita dapat membersihkan nama baik pertubuhan kita ni. jangan biarkan orang sewenang-wenangnya mengambil kesempatan atas nama PEKIDA!
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
baik buruk dia tetap adik beradik jugak.. sebusuk busuk daging dibasuh dikincah juga... kenapa dengan orang lain boleh berbaik sangka kenapa dengan adik beradik sendiri tak ditunjukkan kasih sayang.. mana pergi abang abang adik adik lain.. takkan nak dibiar kan jer cam tu..
Mmg kita bergerak atas dasar adik beradik,tapi bila dah jadi camni.. dah nasihat byk kali .. jadi nama nya adik beradik yg degil .. Bila dah degil nasihat atas dasar adik beradik pun tak guna lagi .. Mcm curah air ke daun keladi, perkara sebegini pendapat saya kita kena amik tindakan atas nama Persatuan .. biar persatuan tentu kan .. Bagi saya tahan je kad ahli dia tu .. Dan senarai hitam kan nama dia dalam persatuan.
assalamualikum, terima kasih saudara wanbos dan saudara zackbiker.... pihak akhbar ni sengaja membuat provokasi untuk melaris kan paper dia memburuk buruk kan kita/// semua... ampeh tol
Erm...ada pro dan kontra apa yang Wan Bos dan Zerofill katakan itu. Seperti apa yang zerofill katakan, maknanya kita adik beradik takkan putus bagaikan air yang dicincang takkan putus. Semoga tertuduh tersebut insaf dan menghindarkan gejala sosial iaitu lumba haram seperti yang dilaporkan. Jika masih engkar juga, saya pun tak tahu nak kata apa. Terpaksalah ikut cadangan Wan Bos pula.
Sebenarnya ramai adik-beradik yang terlibat dalam kes lumba haram ini dari pemerhatian saya. Cuma tiada sapa yang ambil peduli dan nak ambil tindakan. Nak buat macamana?
betul tu saudara zackbikers... kena beri bimbingan dengan penuh kasih sayang.... hati adik beradik ni lembut.. mereka mudah dibentur terutama oleh abang mereka sendiri.. sambil jeling bang batu kurau ekekeke den pun dulu cam tu gak saudara zackbikers.. nasib baik tak masuk sungai dekat angkasapuri tu ekekeke... penyudah nya jari kelingking kanan den ni ha patah kat kg medan ekekeke masa tu zaman muda muda dulu laaaa.....
2) Untuk makluman, saya (zackbikers) dan power valves sudah berjumpa dengan Ketua Unit Anti Lumba Haram yang bertanggungjawab membuat tangkapan dan saya dan power valves telah menerangkan sebaik mungkin tentang Pekida. Dan saya juga berjaya cuba mewujudkan jalinan kerjasama dua hala antara trafik dan kita dengan syarat kita turut membantu pihak polis menangani masalah lumba haram terutama dikalangan anak-anak muda Melayu khasnya. Sekarang terpulang kepada Pekida bagi mewujudkan satu bentuk tindakan samada mengadakan satu unit memantau adik-beradik yang terlibat dalam gejala sosial ini.
...saya amat bersetuju dengan cadangan bro zack nih.Adik˛ ibarat buluh...kalau nak dilentur biar dari rebung nya...nanti dah jadi buluh dah keras...payah...
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
Kita sememangnya dah ada Majlis Badan Bertindak untuk membuat pantauan, mana-mana sahaja adik-beradik yang didapati bersalah akan dihukum. Dan jangan ingat semua adik-beradik yang ada dalam disco tu buat kerja tak senonoh ada yang datang bertugas.
Apa pun yamg penting disini jati diri dan nawaitu kita didalam jemaah, tak perlulah kita beriya-iya sangat menulis kesilapan saudara sendiri, kalau tak buat salah bukan manusialah kita, tetapi sekiranya dah berbuih abang-abang bagi nasihat, sekolah tetapi terlari jugak tune ... emm allahualam.
Ingat, kita nih ahli PEKIDA atau tidak adalah sama dimata tuhan dan undang-undang, dalam negara ada undang2, dalam PEKIDA pun ada undang-undang ... dalam apa sekali pun mesti ada undang-undang.
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -