Sekadar tumpang untuk menjawab pertanyaan sonofumno.. Apa kata kalau saudara pergi terus ke Pejabat Pekida Daerah Melaka Tengah untuk keterangan lanjut. Pejabat Pekida Daerah Melaka Tengah terletak di Taman Rumpun Bahagia (ada signboard di hadapan pejabat, kalau-kalaulah cari tak jumpakan).
Cuba saudara rujuk di pejabat mengenai aktiviti yang dijalankan, mungkin penerangan lanjut boleh saudara dapati di sana.
Harap buat penelitian dan semakan yang jelas sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Diam bukan tanda tidur, Sepi bukan menyendiri, Langkah tetap tersusun rapi, Demi melaksanakan hak Allah di muka bumi.
Mohon ampun dan maaf jika ada silap dan salah. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang lemah itu datang dari diri saya sendiri.
__________________
Biar aku berjuang walau seorang diri, dari hidup melutut, rela aku mati berdiri
betul tu ... sekarang ni, Pejabat Pekida Daerah Melaka Tengah telah ponberoperasi. Dulu mungkin laaa pejabat tuh kosong ... sekarang cubalah datang ziarah ... complete dgn peralatan pejabat. Syukur alhamdulillah ...
newbie melaka ni luas, setahu saya paya rumput sahaja yang mempunyai ranting yang hidup keahliannya sebelum pembubaran perlembagaan lama, Dah baca ke belum perlembagaan baru? pelbagai program yang mereka anjurkan, sekarang dah tak ada kosong! Saya kalau banyak rancangan pun ia cuma melibatkan golongan tertentu sahaja, saya dah masak dgn. perangai orang yang bayak cakap tapi hapah pun takda!
TAK GUNA HANYA KOMEN ITU DAN INI, JIKA DIRI SENDIRI HANYA DUDUK MENUNGKAT JARI... YANG MENGATAKAN TIADA PROGRAM SEHARUSNYA TAMPIL MENGATUR PROGRAM, BUKAN SEKADAR KOMEN BERJELA JELA. YANG MALANGNYA, MEREKA INILAH YANG GAGAL TAMPIL BILA DIATURKAN PROGRAM.
-- Edited by pekida at 22:04, 2005-02-12
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
quote: Originally posted by: pekida "AMATLAH BENAR SEKALI... TAK GUNA HANYA KOMEN ITU DAN INI, JIKA DIRI SENDIRI HANYA DUDUK MENUNGKAT JARI... YANG MENGATAKAN TIADA PROGRAM SEHARUSNYA TAMPIL MENGATUR PROGRAM, BUKAN SEKADAR KOMEN BERJELA JELA. YANG MALANGNYA, MEREKA INILAH YANG GAGAL TAMPIL BILA DIATURKAN PROGRAM."
Assallammualaikum,
Den Setuju bebenor ngan abg long mas nieh....kan abg mas kan...kan...kan....Den Dok Songih Jo nieeeee........wakakakakakakakkkk...selambat-lambat den sampai gakkk kan.....
Salinan email saya pada Dr. Masjuki dan penjelasan dari pihak PEKIDA Daerah Melaka Tengah
Assalamualaikum
Salam perkenalan buat kekanda Dr Masjuki dan saudara seperjuangan di barisan Taskforce R&D.
Tujuan saya menulis hanyalah sekadar untuk menjawab segala persoalan, membuat makluman dan meminta pendapat. Sudilah kiranya dan besarlah harapan agar dapat kekanda melapangkan masa untuk membaca, menilai dan memberi 'feedback' pada email terbuka saya ini.
Biarlah kita mulakan segala-galanya dari mana ia bermula. Dari kisah pembentukan PEKIDA Daerah Melaka Tengah. PEKIDA Daerah Melaka Tengah (penaja sehingga mesyuarat agung terdekat seperti arahan pusat) telah terbentuk pada bulan Oktober yang lepas di Masjid Al-Adzim Melaka, di mana kekanda hadir di dalam majlis tersebut. Antara ucapan kekanda yang masih saya ingat hingga ke hari ini ialah, kembalikan kegemilangan Melayu Melaka seperti mana kegemilangan Zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Ucapan kekanda telah membakar semangat hadirin pada malam itu.
PEKIDA Daerah Melaka Tengah telah terbentuk selepas majlis itu, dimana kebananyakkan ahli jawatankuasa yang dilantik adalah terdiri daripada golongan professional dan mahu bekerja untuk kemajuan bangsa. Dari semasa ke semasa, PEKIDA Daerah Melaka Tengah telah membentuk dan bertambah kukuh. Sehingga hari ini sebuah pejabat dua tingkat telah beroperasi sepenuhnya (harus dinyatakan disini, pejabat PEKIDA Daerah Melaka Tengah biasanya beroperasi pada waktu malam kerana waktu siang komitmen pada tugasan mencari rezeki)
Pembentukan PEKIDA Daerah Melaka Tengah adalah untuk memartabatkan kembali maruah PEKIDA Malaysia, meningkatkan taraf hidup dan ekonomi para ahli dan menyediakan satu landasan khas untuk penyebaran dakwah Islamiah di Malaysia, dan Melaka khususnya.
Pejabat ini telah terdiri atas usaha ahli jawatankuasa yang dilantik dengan bantuan serta sumbangan sektor-sektor kerajaan di negeri Melaka. Satu sen pun duit ahli tidak diminta dan diguna pakai dalam pembentukan pejabat ini. Pihak PEKIDA Daerah Melaka Tengah faham dengan keadaan ahli yang rata-rata dari golongan sederhana. Apa yang kami harapkan pada waktu itu, cukuplah jika mereka dapat membayar wang pendaftaran keahlian sahaja, yang lain biar kami cuba uruskan.
PEKIDA Daerah Melaka Tengah telah merancang dan menyusun atur pelbagai aktiviti untuk dilaksanakan. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Pertunjukkan Kickboxing di Malacca International Trade Center pada 31 Disember 2004, mesyuarat bulanan ahli jawatankuasa di Strait Meridian Hotel dan aktiviti gotong royong membersihkan pejabat pada 7 & 8 Disember 2004. Aktiviti terbesar yang telah dirancang dan sedang sibuk dikerjakan adalah Ekspo Perdagangan Antarabangsa Melaka yang akan diadakan di Malacca International Trade Center Melaka pada bulan Jun ataupun September (bergantung pada kalender aktiviti kerajaan negeri Melaka).
Setiap laporan aktiviti dan minit mesyuarat telah dihantar kepada pihak PEKIDA Negeri Melaka untuk diajukan kepada PEKIDA Pusat. Hampir semua surat telah di s.k. (salinan kepada) Dato Presiden PEKIDA Malaysia, Penaung PEKIDA Negeri Melaka, Datuk Sri Ketua Menteri dan pihak yang berkenaan. Mungkin timbul persoalan kenapa pihak R&D tidak mendapat s.k. ini. Bukan niat kami membelakangkan pihak R&D tetapi berdasarkan pada apa yang dimaklumkan kepada kami, pihak R&D adalah satu badan yang berasingan dari pihak PEKIDA daerah, negeri ataupun pusat. Oleh yang demikian, tiada keperluan kepada pihak PEKIDA Daerah Melaka Tengah untuk menghantar s.k. kepada pihak R&D.
Untuk makluman kekanda, modus operandi di PEKIDA Daerah Melaka Tengah adalah mana segala informasi dan maklumat akan disampaikan kepada penyelaras kawasan untuk dihebahkan kepada ahli di kawasan pentadbiran mereka. Medium kedua yang ada ialah ahli itu sendiri datang ke pejabat PEKIDA Daerah Melaka Tengah. Adalah mustahil untuk kami pergi kepada setiap ahli dan memberi penerangan. Jadi bila timbul isu yang tiada aktiviti dibuat, kami tertanya-tanya samada kami lemah dalam penyampaian maklumat ataupun penyataan itu dibuat dengan mata yang terpejam. Terfikir juga kami untuk menggunakan PEKIDA.org sebagai medium sebaran maklumat, tetapi demi menghormati polisi PEKIDA.org yang mana setiap aktiviti dibuat hendaklah melalui pihak R&D dan dilaksanakan oleh mereka yang pernah menjalanani kursus induksi, kami terpaksa melupakan pilihan ini.
Timbul pula cerita ahli PEKIDA Melaka di menghambakan diri di Melaka Raya dan yang berat tulang di majlis perkahwinan ahli... Buat saudara yang membuat pernyataan, semaklah kembali samada yang mereka ini ahli PEKIDA ataupun sekadar ahli bai'ah sahaja ? Tegas dinyatakan di sini bahawa ahli PEKIDA Daerah Melaka Tengah adalah hanya ahli bai'ah yang mendaftarkan diri sebagai ahli PEKIDA daerah ini sahaja. Pedih hati ini saudara, sebab asyik terkena getah padahal orang lain yang nikmat makan nangka. Apa yang boleh dilakukan hanya menerima segala seadanya. Adat berjuang pasti ada onak dan ranjau.
Buat saudara yang menghambakan diri di Melaka Raya, kembalilah pada jalan yang lurus. Kami di PEKIDA Melaka Tengah tidak pernah membenci dan membuang saudara. Kami hanya benci (sangat-sangat benci) pada perbuatan saudara yang menghambakan diri di Melaka Raya sahaja. Buang perbuatan itu dan pasti tiada lagi benci di antara kita. Kami dari pihak PEKIDA Daerah Melaka Tengah sentiasa menerima saudara dengan hati yang lapang dan tangan yang terbuka.
Buat saudara yang menyuruh kami membuka perlembagaan baru dan menggunakan kawasan Paya Rumput sebagai contoh.. Pinta kami, apa kata kalau saudara datang terus sahaja ke pejabat PEKIDA daerah ataupun berjumpa dengan penyelaras kawasan Paya Rumput iaitu saudara Abu Bakar bin Abd. Wahid. Mintalah penjelasan dan informasi terkini daripada beliau.
Buat kekanda Mas,
Izinkan kami dari pihak PEKIDA Daerah Melaka Tengah bergerak mengikut acuan dan cara kami sendiri. Matlamat kita sama mungkin pembawa berbeza. Insya Allah, dengan langkah tersusun rapi usaha kita pasti akan diberkati. Janganlah disebabkan kami tidak pernah pergi ke kursus induksi, kami dipandang serong oleh sesetengah ahli R&D. Kami di sini pun tidak pernah mempertikaikan ahli R&D berasal dari Daerah Melaka Tengah yang membelakangkan daerah sendiri.
Rasanya cukuplah penjelasan saya ini. Andai kata ada silap dan salah, andai kata ada terkasar bahasa, ampun dan maaf saya pohonkan. Sesungguhnya yang lemah itu datang dari saya sendiri, yang baik itu datang dari Allah s.w.t.
Pejabat PEKIDA DAerah Melaka Tengah terletak di :
39-1, Jalan Nangka 4,
Taman Rumpun Bahagia, Bacang 75300 Melaka.
-- Edited by combat_fighter at 22:04, 2005-02-09
__________________
Biar aku berjuang walau seorang diri, dari hidup melutut, rela aku mati berdiri
Salam takzim penuh kasih sayang kepada seluruh ahli Melaka Tengah.
Kanda faham akan keluhan dan luahan yang ikhlas itu. Sebenarnya ada sedikit kekeliruan dari mesej yang kanda baca.
Kanda secara peribadi tidak sekali-kali beranggapan serong begitu. Dari forum yang diutarakan tentang sepinya Melaka Tengah, berat tulang dan Melaka Raya, telah kanda balas dengan tegas yang ianya bersifat serong. Pandangan itu diberikan oleh orang yang bukan sebulu dengan R&D dan juga tidak sebulu dengan Pekida Melaka Tengah. Mereka ini bukan lah orang yang kami taja. Malah kanda katakan yang kanda kenal beliau kerana dari tulisan, IP, dan lain lain kanda dapat kesan siapa dia. Orang yang sentiasa menganggap orang lain tidak baik dan hanya dia sja yang baik. Jadi janganlah di salah anggap.
Walaupun R&D di katakan tidak mendapat maklumat tentang perkembangan Melaka Tengah, bahkan sampai ke telinga kanda dengan jelas yang menyatakan Melaka tak perlukan R&D Kajang kerana bukan R&D kajang saja yang mampu dan berilmu tentang perjuangan, perjuangan bukan bererti mesti melalui Dr Masjuki saja, tetapi janganlah sekali kali menganggap yang kanda merasa kecil hati dan sebagainya. Bahkan kanda bersyukur kerana Melaka Tengah mampu mengorak langkah yang baik menuju kejayaan. Teruskan dan kanda bersyukur sekali kerana tidak di ganggu dengan pelbagai karenah dari Melaka Tengah lagi. sekurang kurangnya ringan sedikit beban kami di sini.
Bukan bermakna mereka yang tidak pernah mengikuti kursus Induksi tidak boleh berforum, cuma mereka tidak boleh menjadi anggota Task Force R&D itu saja. Kerana untuk menjadi anggota taskforce R&D mereka harus faham akan misi dan visi R&D. selain itu kita bebas berforum. Jadi, janganlah lagi terasa malu alah untuk turut serta.
sedang sibuk diperkatakan bahawa Melaka telah ada R&D nya sendiri, dan kami dengan hati yang sangat terbuka mengalu alukan usaha itu. Cuma sehingga ianya dibentuk dengan pemantauan R&D pusat, maka jadilah ia satu gerakan yang terpencil dan bersifat setempat. Tetapi itu bukan bermakna ia tidak boleh dilakukan, walaupun kemahuan Dato presiden bukan begitu (bersifat setempat).
ada juga anggota R&D dari Melaka yang telah mengikuti kursus dan telah menceduk ilmu serba sedikit terasa diri sudah agak mantap dan ingin pula membentuk satu lagi R&D secara terpencil, dan kanda tidak sekali kali menghalang, jika ianya untuk kebaikan diri sendiri ataupun kelompok tertentu. Tetapi janganlah ianya bersifat peribadi atau membawa misi dan visi peribadi.
Dengan itu kanda harap janganlah di anggap semua komen di forum adalah datang dari R&D pusat. Kami tidak berminat untuk memikirkan masalah sebegitu, mengata orang itu dan ini, kerana kami ada misi kami yang lebih mencabar dan memerlukan komitmen penuh. Janganlah hiraukan sedikit sebanyak yang diperkatakan orang akan perkara negetif di Melaka. Tugas kita ialah memperbaikinya dengan berhemah dan bijaksana. Kanda setuju benar dengan mengatakan kita tidak pernah membenci mereka, yang di benci ialah perbuatan mereka.
Salam perjuangan untuk semua keluarga Melaka Tengah.
Semuga terus maju dengan komitmen semua ahli, kanda doakan.
Wassalamualaikum wbt.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Terima kasih yang tidak terhingga atas 'respond' pantas dari kekanda. Besar hati kami mendapat 'feedback' seperti yang diharapkan. Terima kasih yang amat sangat kekanda.
Email dari kekanda menjelaskan kekeliruan yang timbul di PEKIDA.org. Bukanlah kami dari PEKIDA Daerah Melaka Tengah ini berkecil hati, tetapi kami tidak mahu yang lain ketinggalan dalam kemajuan tetapi maju dalam memberi cacian. Ada masa kita kena bangkit setelah menunduk (buktinya dalam solat, wujudnya keadaan rukuk dan iqtidal; betulkan saya kalau silap).
Segala salah faham berpunca dari saya dan saya memohon ampun dan maaf dari kesilapan ini. Harap kekanda dan seluruh warga R&D dapat memafkan kesalahan saya ini.
Mengenai keperluan R&D di Melaka, kami sesekali tidak pernah menolak kehadiran pasukan R&D di bumi Melaka. Mungkin bunyi ayat saya sebelum ini agak keras, bukanlah niat kami di sini membelakangkan ataupun mahu menunjukkan kami lebih baik dari R&D, tetapi kami bertindak mengikut prosedur dan perlembagaan. Tidak menjadi masalah pada kami untuk menghantar salinan surat kepada pihak R&D jika ada permohonan rasmi dari pihak kekanda. Surat tersebut boleh ditujukan atas nama Pengerusi PEKIDA Daerah Melaka Tengah. Mana tau, kita boleh bekerjasama dalam membentuk pakatan ekonomi dan dakwah yang sedia menghadapi apa jua rintangan yang ada. 'Win-win situation' untuk kedua-dua pihak bersama.
Untuk makluman pihak kekanda, R&D tajaan PEKIDA Negeri Melaka adalah satu badan yang berasingan dimana ahli yang diberi mandat melaksanakannya adalah bukanlah dari pendaftaran PEKIDA Daerah Melaka Tengah. Kami di sini juga tidak mengetahui bagaimanakah perkembangan aktiviti mereka. Jadi tidak adillah bagi mereka untuk kami menjawab soalan ini bagi pihak mereka. Cadangan saya, mungkin pihak R&D pusat boleh menghantar satu permohonan kepada PEKIDA Negeri Melaka untuk mengetahui status terkini R&D Melaka. Selebihnya terserahlah pada kebijaksanaan dan budi-bicara kekanda. Ada masa, terlena lama pun bahaya juga. Bukan apa, takut terlena terus sahaja.
Akhir kata, terima kasih atas kesudian kekanda untuk meluangkan masa, memanfaatkan ilmu di dada dalam perbincangan kita bersama.
Salam takzim dari saya dan warga PEKIDA Daerah Melaka Tengah.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Cara penerangan yang jelas dari kekanda Dr Masjuki.
Untuk makluman, segala informasi mengenai perkembangan PEKIDA Daerah Melaka Tengah boleh lah dirujuk melalui saya ataupun rujuk terus kepada pejabat PEKIDA Daerah Melaka Tengah (seperti alamat di atas).
Helmy (012-3286234) Setiausaha, Unit Keahlian Dan Disiplin, PEKIDA Daerah Melaka Tengah.
Assalamualaikum abg mas! Sebenarnya mesej sebenar saya ialah, Ingin semua paham bahaWA Kita perlukan ranting dalam menyusun semula pentadbiran, mengapa mesti kita keluarkan perkara ranting didalam perlembagaan baru, jadi tujuan saya sebenarnya jelas iaitu jika kita mempunyai ranting yang mempunyai ajk nya sendiri tentulah segala berita dapat disampaikan dengan lebih teratur DARI PUSAT KE NEGERI, NEGERI KE DAERAH DAN DAERAH PULA KE RANTING ( PETRLEMBAGAAN LAMA ) kalau nak mengharapkan ajk daerah saja ia adalah cara yang kurang bijak, pendapat untuk kebaikan, itu saja.. Janganlah simpangkan pertanyaan saya dgn. perkara yang lain. Sekian.
quote: Originally posted by: sonofumno "Assalamualaikum abg mas! Sebenarnya mesej sebenar saya ialah, Ingin semua paham bahaWA Kita perlukan ranting dalam menyusun semula pentadbiran, mengapa mesti kita keluarkan perkara ranting didalam perlembagaan baru, jadi tujuan saya sebenarnya jelas iaitu jika kita mempunyai ranting yang mempunyai ajk nya sendiri tentulah segala berita dapat disampaikan dengan lebih teratur DARI PUSAT KE NEGERI, NEGERI KE DAERAH DAN DAERAH PULA KE RANTING ( PETRLEMBAGAAN LAMA ) kalau nak mengharapkan ajk daerah saja ia adalah cara yang kurang bijak, pendapat untuk kebaikan, itu saja.. Janganlah simpangkan pertanyaan saya dgn. perkara yang lain. Sekian."
... Kanda secara peribadi tidak sekali-kali beranggapan serong begitu. Dari forum yang diutarakan tentang sepinya Melaka Tengah, berat tulang dan Melaka Raya,...
SILA LIHAT SEMULA STATEMENT SAYA YANG TIDAK MENYENTUH SAMA SEKALI TENTANG KOMEN DARI ANDA WAHAI SONOFUMNO... SO NOTHING IS TO BE DISCUSSED... I M REFERRING TO SOMEBODY ELSE STATEMENT...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Mengikut kefahaman kami di PEKIDA Daerah Melaka Tengah, di dalam perlembagaan baru, peranan ranting masih digunapakai. Cuma dalam konteks nama ditukar kepada kawasan. Dalam erti kata lain ranting= kawasan; ketua ranting=ketua kawasan/penyelaras kawasan. Agak kurang jelas pada saya disini bagaimana ketidak berkesanan itu berlaku di peringkat daerah.
Pinta saya pada sonofumno, jemputlah datang ke pejabat PEKIDA Daerah Melaka Tengah. Nilaikan bersama. Jika sudi, jemputlah saudara bersama kami untuk mengerakkan PEKIDA di bumi Melaka dan bumi Malaysia amnya. Insya Allah, segala kekusutan dan kekeliruan dapat diselesaikan bersama. Andai kata waktu kehadiran saudara ke sana tiada org di pejabat, saudara boleh terus menghubungi saya seperti no di atas.
Salam kasih kuhulur, ku harap bersambut, Demi perjuangan yang luhur, Mempertahankan dari dugaan yang meribut
__________________
Biar aku berjuang walau seorang diri, dari hidup melutut, rela aku mati berdiri
Assalamualaikum ///
Saya ahli PEKIDA no.ahli 10-05-130394 drpd ranting simpang 3 pasir puteh kelantan.
Kalau ada ape2 aktiviti boleh calling2 sy 0192293630