Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: terima kasih saudara2 pekida(gambar kemudian)


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:
terima kasih saudara2 pekida(gambar kemudian)


assalamualaikum..terima kasih di atas kesudian kpd pihak atasan pekida terutamanya buat pengarah R&d, En.Mas dan ahli2 keluarga pekida amnya di atas keprihatinan terhadap e-mail saya. pertama2nya saya memohon maaf kerana kurang memberikan maklumat lanjut berhubung peribadi dan sebarang maklumat mengenai ayah saya.di sini saya cuba memberikan serba sedikit keterangan yang saya kira dpt membantu dlm proses mencari ayah saya yg hilang. ayah saya bernama Hanas b. Pangat berumur 53 tahun dan dia berasal dr chenderong balai,teluk intan perak.dia adalah seorang pesara tentera yg berpangkat kapten dan unitnya ialah 1 artileri dan berita yg saya perolehi melalui beberapa orang saudara saya menyatakan kali terakhir beliau dilihat ialah di sekitar johor.saya telah memeriksa melalui kwspnya dan tempat terakhir dia bekerja ialah di madani security di tmn johor jaya.agak sukar saya mengesan kerana ayah saya sering bertukar tempat kerja dan dia seolah2 tahu jika ada sesiapa yg cuba menjejaki dia.tinggi ayah saya lebih kurang 165sm dan berbadan sederhana gempal dan berkulit sedikit gelap.dia berketurunan jawa.ada juga maklumat yg saya perolehi menyatakan ayah saya juga kelihatan di sekitar muar dan pontian..mungkin ada antara ahli2 pekida yg juga pesara tentera yg mengenali ayah saya..saya memerlukan sedikit masa untuk mencari gambar2 ayah saya untuk uploadkan di ruangan yg saya rasa boleh membantu dlm hal ini..saya benar2 berharap saudara2 pekida yg dihormati utk sama2 membantu saya..ini kerana saya mempunyai 3 org adik yang masih bersekolah yg masih memerlukan kasih sayang seorang bapa dan juga utk meringankan beban yg dipikul oleh ibu saya semenjak kehilangan ayah saya..


-- Edited by azam melayu at 18:48, 2005-01-26

-- Edited by azam melayu at 19:06, 2005-01-26

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard