Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sekadar peringatan


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:
Sekadar peringatan


Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan Berwudhu'lah kamu
sebelum kamu diwudhu'kan Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan Dengan kain kafan
yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun
orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah
solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta
Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa
meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar
hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru
kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar
solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing
dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu
disedarkan Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan Berimanlah kamu
sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu
istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia
memanggilmu buat kali yang terakhirnya Ingatlah kamu dahulu hanya
setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke
tanah Ayam tak patuk itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu
mercu Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard