Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya 1)Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia 2)Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita 3)Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya 1)Jujur dalam berkata-kata 2)Menjauhi segala yang haram 3)Merendahkan diri Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya 1)Takut berlaku dusta dan keji 2)Menjauhi kejahatan 3)Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya 1)Merahsiakan ibadahnya 2)Merahsiakan sedekahnya 3)Merahsiakan ujian yang menimpanya Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya 1)Mengawasi dirinya 2)Menghisab dirinya 3)Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
syukran yazilan...
Assalamualaikum
terima kasih dengan info yang amat berguna ini