Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Samy Vellu jawab lagi


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:
Samy Vellu jawab lagi


PUTRAJAYA: Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Perdana di Sungai Besi, satu daripada 16 sekolah di seluruh negara yang dikenal pasti mengalami kerosakan struktur yang teruk, sudah diarahkan tutup serta-merta.
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran, Datuk Khusaini Hasbullah, berkata dua blok sekolah itu didapati mengalami kerosakan struktur yang teruk dan tidak selamat untuk murid dan guru.

Lebih 300 murid dan guru sekolah berkenaan sudah dipindahkan ke sekolah berhampiran.

Beliau berkata, kajian awal yang dilakukan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), syarikat perunding Smart Tunnel dan perunding untuk kontraktor sekolah berkenaan, menunjukkan berlaku pergerakan tanah yang serius pada blok itu.

“Kami membuat keputusan untuk menutup sekolah berkenaan kerana keselamatan murid dan guru sekolah terbabit lebih utama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, ketika melawat sekolah itu yang terletak di Taman Danau Desa, Sungai Besi, dekat sini pada 3 November lalu, berkata kementeriannya sudah bermesyuarat dengan kontraktor terbabit sejak awal tahun lalu bagi memperbaiki kerosakan.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil alih semua 16 sekolah terbabit dan lima Kolej Komuniti yang mengalami kerosakan struktur yang teruk serta menyediakan laporan lengkap mengenainya.

Semua sekolah dan kolej komuniti itu dibina oleh perunding pengurusan projek (PMC) yang dilantik Kementerian Kewangan.

Khusaini berkata, sekolah yang mengalami kerosakan itu akan hanya dibuka semula jika kajian menunjukkan ia selamat.

“Sama ada ia selamat atau sekolah itu tidak akan digunakan langsung. Pemantauan pergerakan tanah masih dilakukan dan kami akan membuat keputusan berhubung tindakan selanjutnya tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, kajian sama turut dilakukan terhadap sekolah lain.

Dalam perkembangan lain, Khusaini menjelaskan kementerian sudah menubuhkan tabung khas bagi membantu kakitangannya yang terbabit dalam bencana atau malapetaka lain.

“Dengan mengambil pengalaman daripada bencana tsunami yang melanda negara 26 Disember lalu, kami membuat keputusan untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Sehingga semalam, tabung itu mengumpul kira-kira RM1.5 juta yang dikelolakan oleh Majlis Rekreasi dan Sukan kementerian berkenaan.   


p/s : sian kat adik-adik di sekolah tu...



-- Edited by ungkuomar at 14:02, 2005-02-02

__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

satu ayat yang saya takleh lupa bila sammy vellu cakap,"org ramai digalakan menderma dara" (darah)..."janganlah kita semua menghisap dada"(dadah)...hahaha...kelakar tul la pak sammy nih...

__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah... |||aJiMsEnT|||


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

dari pandangan hamba yg bodoh lagi hina ini...elok rasaya kita semua bawa topik2 politik dalam forum ini..apalagi jika ada nama-nama Menteri...dikhuatiri bukit aman & kdn tak senang dgn topik-topik begini...


jangan kecik ati & mohon ampun dan maaf dari hamba yg bodoh lagi hina ini...uwaaaa



__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

yup...betul jugak abg batu kurau...shhhh...

__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah... |||aJiMsEnT|||


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

hmm kalo jumpa ular dan jumpa puntung bara, ketuk dulu puntung bara tu dulu baru ketuk ular ekekekeke

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

wahhhhhh zerofill.....manga nyo paja tu indah baburak...ekeke


gadang palsapah waaanggg...thehehe



__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

tak yah campor hal politik ler. silap tempat tu.

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:

Assalamualaikum,


Ni abg flash dari bandar baru bangi kan? ... kut ya pun masuk bagilah salam dulu bang :)


wassalam



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:


quote:


Originally posted by: BATU_KURAU
"dari pandangan hamba yg bodoh lagi hina ini...elok rasaya kita semua bawa topik2 politik dalam forum ini..apalagi jika ada nama-nama Menteri...dikhuatiri bukit aman & kdn tak senang dgn topik-topik begini... jangan kecik ati & mohon ampun dan maaf dari hamba yg bodoh lagi hina ini...uwaaaa"



Tima kasih abang batu_kurau, dinda minta maaf... 



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

HuRmMMMMMmMMm...///


orang politik ni susah nak ikut la ungkuomar.../// kita bukanya perjuangkan politik.../// 



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

sama-sama ungkuomar dan maafkan saya juga ya...meh kita peluk arab jap..

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

Btul ler Jepun363, woit! apsal tak jumpa malam tadi?


Bro Batu_kurau, ingat nak peluk arab malam tadi... tapi tak jumpa plak. takper, maybe bro nak jaga kak Aidura kita tu... macam mana kesihatan kak aidura? cuti raya cina ni balik sana ker? kalo balik jangan kena macam balik raya haji aritu... tensen!!!



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

mlm semlm kena peluk arab ngan mem...ahakzzzz...ekeke...akak 6pak tambah sihat...buat masa nie takleh honey-honey lerr...ekeke...lepas pantang nanti...leh ler main cantik lagi...ekeke


raya cina nie balik jb kot..sebab hari raya puasa & haji wajib balik perak...ekeke...



__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

a`kum...///


ungkuomar ---> saya ada masaalah semalam tu yang tak dapat menghadirkan diri kesana malam semalam.../// mungkin minggu depan saya akan kesana...///



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 230
Date:

quote:

Originally posted by: jepun363

"a`kum.../// ungkuomar ---> saya ada masaalah semalam tu yang tak dapat menghadirkan diri kesana malam semalam.../// mungkin minggu depan saya akan kesana...///"


Assalamualaikum


Nanti jumpa lagi minggu depan ungkuomar...Jepun saya belom jumpa lagi asyik dengaq cita ja daripada Am



__________________
Image Hosted by ImageShack.us ~~~Aku Adalah Pejuang Fisabilillah Di Bumi Allah~~~
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Assalamualaikum,


apa kata pakat ramai ramai pi kajang selasa ni ?



__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif


Senior

Status: Offline
Posts: 230
Date:

quote:

Originally posted by: Am

"Assalamualaikum, apa kata pakat ramai ramai pi kajang selasa ni ? "


Waalaikumsalam...


Bro apsal malam tadi tarak datang???



__________________
Image Hosted by ImageShack.us ~~~Aku Adalah Pejuang Fisabilillah Di Bumi Allah~~~


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

uiks Baywalk, dia ada la datang malam tu.... ko jer yang tak perasan kot.

__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

quote:

Originally posted by: BaYWalK

" Assalamualaikum Nanti jumpa lagi minggu depan ungkuomar...Jepun saya belom jumpa lagi asyik dengaq cita ja daripada Am "


w`salam...///


jikalau ada jodoh kita kan bertemu juga baywalk...///



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard