PUTRAJAYA: Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Perdana di Sungai Besi, satu daripada 16 sekolah di seluruh negara yang dikenal pasti mengalami kerosakan struktur yang teruk, sudah diarahkan tutup serta-merta. Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran, Datuk Khusaini Hasbullah, berkata dua blok sekolah itu didapati mengalami kerosakan struktur yang teruk dan tidak selamat untuk murid dan guru.
Lebih 300 murid dan guru sekolah berkenaan sudah dipindahkan ke sekolah berhampiran.
Beliau berkata, kajian awal yang dilakukan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), syarikat perunding Smart Tunnel dan perunding untuk kontraktor sekolah berkenaan, menunjukkan berlaku pergerakan tanah yang serius pada blok itu.
“Kami membuat keputusan untuk menutup sekolah berkenaan kerana keselamatan murid dan guru sekolah terbabit lebih utama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, ketika melawat sekolah itu yang terletak di Taman Danau Desa, Sungai Besi, dekat sini pada 3 November lalu, berkata kementeriannya sudah bermesyuarat dengan kontraktor terbabit sejak awal tahun lalu bagi memperbaiki kerosakan.
Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil alih semua 16 sekolah terbabit dan lima Kolej Komuniti yang mengalami kerosakan struktur yang teruk serta menyediakan laporan lengkap mengenainya.
Semua sekolah dan kolej komuniti itu dibina oleh perunding pengurusan projek (PMC) yang dilantik Kementerian Kewangan.
Khusaini berkata, sekolah yang mengalami kerosakan itu akan hanya dibuka semula jika kajian menunjukkan ia selamat.
“Sama ada ia selamat atau sekolah itu tidak akan digunakan langsung. Pemantauan pergerakan tanah masih dilakukan dan kami akan membuat keputusan berhubung tindakan selanjutnya tidak lama lagi,” katanya.
Beliau berkata, kajian sama turut dilakukan terhadap sekolah lain.
Dalam perkembangan lain, Khusaini menjelaskan kementerian sudah menubuhkan tabung khas bagi membantu kakitangannya yang terbabit dalam bencana atau malapetaka lain.
“Dengan mengambil pengalaman daripada bencana tsunami yang melanda negara 26 Disember lalu, kami membuat keputusan untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Sehingga semalam, tabung itu mengumpul kira-kira RM1.5 juta yang dikelolakan oleh Majlis Rekreasi dan Sukan kementerian berkenaan.
p/s : sian kat adik-adik di sekolah tu...
-- Edited by ungkuomar at 14:02, 2005-02-02
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
satu ayat yang saya takleh lupa bila sammy vellu cakap,"org ramai digalakan menderma dara" (darah)..."janganlah kita semua menghisap dada"(dadah)...hahaha...kelakar tul la pak sammy nih...
__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah...
|||aJiMsEnT|||
dari pandangan hamba yg bodoh lagi hina ini...elok rasaya kita semua bawa topik2 politik dalam forum ini..apalagi jika ada nama-nama Menteri...dikhuatiri bukit aman & kdn tak senang dgn topik-topik begini...
jangan kecik ati & mohon ampun dan maaf dari hamba yg bodoh lagi hina ini...uwaaaa
quote: Originally posted by: BATU_KURAU "dari pandangan hamba yg bodoh lagi hina ini...elok rasaya kita semua bawa topik2 politik dalam forum ini..apalagi jika ada nama-nama Menteri...dikhuatiri bukit aman & kdn tak senang dgn topik-topik begini... jangan kecik ati & mohon ampun dan maaf dari hamba yg bodoh lagi hina ini...uwaaaa"
Tima kasih abang batu_kurau, dinda minta maaf...
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
Btul ler Jepun363, woit! apsal tak jumpa malam tadi?
Bro Batu_kurau, ingat nak peluk arab malam tadi... tapi tak jumpa plak. takper, maybe bro nak jaga kak Aidura kita tu... macam mana kesihatan kak aidura? cuti raya cina ni balik sana ker? kalo balik jangan kena macam balik raya haji aritu... tensen!!!
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
mlm semlm kena peluk arab ngan mem...ahakzzzz...ekeke...akak 6pak tambah sihat...buat masa nie takleh honey-honey lerr...ekeke...lepas pantang nanti...leh ler main cantik lagi...ekeke
raya cina nie balik jb kot..sebab hari raya puasa & haji wajib balik perak...ekeke...
quote: Originally posted by: jepun363 "a`kum.../// ungkuomar ---> saya ada masaalah semalam tu yang tak dapat menghadirkan diri kesana malam semalam.../// mungkin minggu depan saya akan kesana...///"
Assalamualaikum
Nanti jumpa lagi minggu depan ungkuomar...Jepun saya belom jumpa lagi asyik dengaq cita ja daripada Am
__________________
~~~Aku Adalah Pejuang Fisabilillah Di Bumi Allah~~~
quote: Originally posted by: BaYWalK " Assalamualaikum Nanti jumpa lagi minggu depan ungkuomar...Jepun saya belom jumpa lagi asyik dengaq cita ja daripada Am "
w`salam...///
jikalau ada jodoh kita kan bertemu juga baywalk...///