Saya menerima perkhabaran takziah dari adik beradik dan abg kawasan saya di Melaka yang menziarahi beliau di Hospital Melaka tentang kembalinya ke rahmatullah salah seorang kekanda kita di Negeri Melaka Amnya dan Kawasan Jasin Khususnya.Beliau adalah Allahyarham Kekanda Abg Din Corner dari Jasin melaka telah menigggal Dunia di Hospital Melaka.
Harap sampai menyampaikan dan sama sama kita sedekahkan Alfatihah dan mohon ditempatkan dalam golongan orang yang beriman
ALFATIHAH.
-- Edited by Sniper_03 at 20:31, 2005-02-02
__________________
Rendahkan sedikit Keegoaanmu, perbaiki kematanganmu, perkemaskan ilmumu..Jadilah Orang yang Disegani..Bukannya Digeruni
Semasa saya pergi menziarah bersama Abg Rahim To'cang.Syam Dj,dan juga Janggut di rumah keluarga arwah suasana pilu menyelubungi.Namun dengan kehadiran adik beradik kita ke sana rasanya dapatlah mengurangkan sedikit sebak itu.Sempat saya berbual dengan Abg Ali Vellu dan beliau juga meratapi pemergian arwah...
Namun moga moga roh arwah dilindungi Yang Esa...Amin.
Al-Fatihah kepada Allahyarham serta berdoa kehadrat Ilahi semoga Allah SWT mengurniakan rahmat dan ketenangan kepada roh Allahyarham, serta menempatkan Allahyarham di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
T
AZKIRAH
Firman Allah :
"Dialah (Allah SWT) yang mentakdirkan adanya mati dan hidup, - untuk menguji kamu,
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Ia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun.
Takziah dari saya kepada seluruh ahli keluarga arwah.
Al-Fatihah.
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...