Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 10 Hadiah Utama,yang sering dilupai utk org tersay


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:
10 Hadiah Utama,yang sering dilupai utk org tersay


10 Hadiah Utama,yang sering dilupai utk org tersayang.....


 

Info utk dikongsi lagik.

 

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan
kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri,
saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada
hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain.
Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan
kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah,
jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak
membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan
ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang
yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau
sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di
tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun
atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang
ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi
kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga
anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka
kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria
apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang
yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang
dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita. 

 


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

cuba laksanakan......jangan indah khabar dari rupa je


cuba buat org tersayang anda gembira.



-- Edited by powerpuffgirl at 09:20, 2005-02-11

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang
dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita. 


mudah kan...



__________________
little me..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard