Untuk menenangkan mereka yang bersangka sangka yang bukan bukan tentang kesahihan baiah serta keikhlasan R&D, ayahanda Hj Ab malek Ranting, serta ahli ahli wanita yang telah di baiahkan dalam unit Taskforce Putri dan wanita Pekida R&D, saya turunkan petikan beberapa nas dan dalil sebagai penjelasan. Semuga penjelasan lansung dari Allah dan rasulullah ini akan dapat mengurangkan sebarang kekeliruan yang timbul.
Surah 60 ayat [12]
Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia (Baiah), bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun dan mereka tidak akan mencuri dan mereka tidak akan berzina dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-- Edited by pekida at 02:09, 2005-02-14
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu Haram binti Milhan. Baginda dijamu makanan. Ummu Haram adalah isteri kepada Ubadah bin As-Somit. Suatu hari Rasulullah s.a.w menemuinya (Ummu Haram) lalu menjamu baginda makan. Kemudian beliau duduk sambil menundukkan kepala.
Sementara itu Rasulullah s.a.w tertidur, kemudian baginda terjaga sambil tersenyum. Beliau (Ummu Haram) bertanya: Apakah yang membuatkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Beberapa orang daripada umatku menawarkan diri untuk berperang di jalan Allah. Mereka menaiki kapal di tengah lautan menuju kepada raja-raja yang zalim. Ummu Haram berkata: Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah semoga Dia (Allah) menjadikan aku dari kalangan mereka. Baginda pun berdoa untuk mereka.
Setelah itu baginda merebahkan kepala lalu tidur. Kemudian baginda bangkit sambil tersenyum. Ummu Haram bertanya: Apakah yang membuatkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Beberapa orang dari ummatku menawarkan diri untuk berperang di jalan Allah seperti yang pertama tadi. Ummu Haram berkata: Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah semoga aku termasuk dari kalangan mereka. Baginda lalu bersabda: Kamu adalah termasuk yang pertama daripada mereka. Ummu Haram binti Milhan turut mengharungi lautan sewaktu pemerintahan Muawiah. Sekembali dari laut, beliau terjatuh dari tunggangan lalu meninggal dunia.
Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya: Siapakah orang yang paling baik dari kalangan manusia? Nabi s.a.w menjawab: Seseorang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwanya.
-- Edited by pekida at 02:11, 2005-02-14
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Kalau kita baca sejarah nabi ada juga menceritakan nabi ambil 'janji' dari kalangan wanita, yakni untuk bersama nabi dan memeluk Islam. Untuk lebih detail bacalah quran atau tafsir quran, birpun sebaris ayat yg kita baca .. insyallah.
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
dulu aku tau kata ada baiah utk wanita tp tak sangka plak pekida pun amik pompuan tp kalau aku tak masuk forum nih mesti tak tau lagi... thanxxxxx abg mas kita for the info...
p/s= tak bleee nak salam ngan pompuan laaaa haram...