Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pedoman kawal sifat buruk


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
Pedoman kawal sifat buruk



APAKAH penawar kepada kemarahan, sikap terburu-buru, terlalu mengikut hawa nafsu, keraguan, kebatilan dan kebakhilan?






Sifat itu dibenci Allah kerana boleh membawa kepada pelbagai perkara buruk. Apabila marah menguasai diri, maka seseorang itu boleh melakukan perkara di luar batasan kemanusiaan.

Begitu juga apabila hawa nafsu bertakhta di jiwa, semua larangan Allah akan dilanggar bagi mencapai kepuasan diri.

Dalam hal ini, Luqman Al-Hakim ada memberikan pedoman bagi mengawal sifat buruk itu. Nasihatnya:

“Hai anakku! Tewaskan kemarahanmu dengan sifat sopan-santunmu, keterburuan dirimu dengan sifat tenangmu, hawa nafsumu dengan ketakwaanmu, keraguanmu dengan keyakinanmu, kebatilanmu dengan kebenaranmu dan kebakhilanmu dengan kebaikanmu (pemurah).

“Jadilah engkau orang yang tenang dan sabar dalam kesempitan, yang gembira dalam kebencian, bersyukur dalam kemewahan, khusyuk dalam solat dan segera bersedekah.”

Dalam soal mempelajari ilmu, Luqman memberi nasihat supaya niat untuk mempelajari atau mendalami ilmu itu atas dasar membawa kebaikan.

Katanya: “Hai anakku! Janganlah engkau mempelajari ilmu kerana tiga perkara dan janganlah engkau tinggalkannya kerana tiga perkara.

“Jangan engkau mempelajarinya untuk bertelingkah atau bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.

“Dan janganlah engkau tinggalkannya kerana bersikap zuhud padanya atau malu dengan manusia atau reda dengan kejahilan.”

Luqman juga begitu menghormati ulama dan bijak pandai lain kerana ilmu yang ada pada mereka.

Dalam kitab Jami’ Bayanil Ilmi wa Fadhluhu’ antara kata-kata hikmah Luqman kepada anaknya: “Hai anakku! Janganlah engkau bermujadalah (bertikam lidah) dengan ulama kerana engkau akan menghina mereka dan mereka akan menolak dirimu.

“Dan janganlah engkau bermujadalah dengan orang bodoh, kerana dia akan membodoh-bodohkan serta mencerca dirimu.

“Tetapi, sabarkan dirimu dengan orang yang lebih tinggi ilmunya daripadamu dan dengan orang yang lebih rendah (ilmunya) daripadamu. Hal ini kerana orang yang akan mengikut ulama adalah yang sabar dengan mereka serta menggauli mereka dan mengambil ilmu mereka dengan lemah lembut.”

Di dalam kitab Washaya Al-Aaba’ Lilabna’ pula Luqman berpesan: “Hai anakku! Bersesak-sesaklah (datang kepada) ulama dengan kedua-dua belah betismu (berjalan kaki) dan berilah perhatian kepada mereka dengan kedua-dua belah telingamu. Perkara ini kerana sesungguhnya hati itu hidup dengan cahaya ulama seperti bumi yang gersang itu subur dengan hujan lebat.”
 

wassalam|||

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 198
Date:

sabar itu separuh dari iman...


sesungguhnya Iblis slalu mengikut org yang tak sabar..


kalau tanak syaitan ikot..banyakkan sabar..




__________________
***amar makruf nahyil munkar***


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

sabar.......jgn tak sabar


itulah selalu di ingatkan.


sabar kpd sebarang ujian...............syukur terhadap segala ujian.


itulah takdir.....itulah hakikat allah yang maha besar.


di sebalik ujian pasti ada hilmah yg tersembunyi.


 


 



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 161
Date:

Assalamualaikum?


/// sabar itu separuh daripada iman///


Anil
///
Kulim



__________________
/// ANGAH /// Kulim ///


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


satu sifat buruk yg terdapat pada kebanyakan manusia...


 



__________________
f l a s h 'd' d a y z
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard