SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN ::
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal. B. Ahli Neraka Dari Awal. C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A): 1. Nikmat kubur. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA : Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak). Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR: 1. Siapa Tuhan anda? 2. Apa Agama anda? 3. Siapa Nabi anda? 4. Apa Kitab anda? 5. Di mana Kiblat anda? 6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON: Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI: Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu:
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki- laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"
Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Originally posted by: flash "whussssssszhhhhhhhh... jawatan tu memang tak pernah kosong... "
assalammualikum... tumpang lalu....
huzzzz jawatan tu selalu kosong laaaaa.... dalam 1 saat, beribu ditemuduga.. ada yang lulus dan tidak, ada yang direjek terus, yg tidak lulus tu ... dia akan ditemuduga sekali lagi... sampai lulus(bagi umat islam)... terima kasih bor batu kurau kerna ingatkan tentang temuduga tu... so kena laaa siapkan sijil2 yg dikehendaki tu... wasalam... al-fatiha bagi umat islam di seluruh dunia.. sama ada yg hidup atau yg mati.. amin
Peluang Kerjaya MPSJ Bil Jawatan 1.Pegawai Perubatan Gred U41 2.Pustakawan Gred S41 3.Jurutera Gred J41 4.Pembantu Teknik (Awam/Bangunan) Gred J29 5.Artis Budaya Gred B27 6.Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29 7.Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 8.Penolong Pegawai Penilaian Gred W27 9.Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27 10.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 11.Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred F29 12.Pembantu Undang-undang Gred L29 13.Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C27 14.Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 15.Pelukis Pelan Gred J17 16.Juruteknik (Lanskap/Bangunan) Gred J17 17.Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17 18.Jurubahasa Gred L17 19.Pembantu Pertanian Gred G17 20.Pembantu Penilaian Gred W17 21.Pembantu Perpustakaan Gred S17 22.Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 23.Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 24.Ahli Fotografi Gred B17 25.Pekerja Rendah Awam Gred R1 26.Pembantu Am Rendah Gred N1 27.Penghantar Notis Gred N3 28.Jaga Gred R1 29.Pembantu Kesihatan Awam Gred U11 30.Pembantu Tadbir Rendah (Operator Telefon/Pengawas/Pembaca Meter) Gred N11 Butiran Penuh Jawatan (IKLAN JAWATAN) Cara Memohon.. i. Borang permohonan jawatan > download borang ii. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan dipertimbangkan.iii. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari 2005 kembali.. -- Edited by along chaq at 22:24, 2005-02-19 -- Edited by along chaq at 22:29, 2005-02-19
terima kasih kepada anda along chaq terhadap maklumat kekosongan jawatan ini
__________________
SEMOGA FARUM INI DAPAT MENGERATKAN SIROHTULRAHIM DAN BERKONGSI ILMU UNTUK MASA DEPAN