Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dua guru wanita bertumbuk ketika perhimpunan pelaj


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
Dua guru wanita bertumbuk ketika perhimpunan pelaj



 
KUALA LUMPUR: Dua guru wanita Sekolah Kebangsaan Seri Setia dekat sini dilaporkan bergaduh di hadapan kira-kira 800 pelajar dalam satu perhimpunan mingguan sekolah, Rabu lalu.






Kedua-dua guru berusia 30-an itu dikatakan bertumbuk dan saling bertarik rambut.

Ketika kejadian, seorang daripada mereka dikatakan mengendalikan perhimpunan mingguan itu manakala seorang lagi berada di tempat duduk guru.

Guru yang berada di bawah itu dikatakan naik ke pentas lalu memarahi guru yang mengendalikan perhimpunan, menyebabkan berlaku pergaduhan dan perang mulut.

Pergaduhan menimbulkan tanda-tanya pelajar, bagaimanapun dileraikan beberapa ahli keluarga pelajar yang turut berada di situ selepas menghantar anak mereka ke sekolah.

Berikutan kejadian itu, kedua-dua guru berkenaan membuat laporan polis.

Guru Besar sekolah itu yang hanya dikenali sebagai Ooi berkata, perkara itu amat mengejutkan dan memalukan kerana sepanjang 20 tahun bertugas, beliau tidak pernah menerima laporan kejadian guru bergaduh sesama sendiri.

“Ini suatu yang mengejutkan kerana kami percaya ia berpunca daripada salah faham dan kedua-duanya adalah antara guru terbaik di sekolah ini.

“Saya tidak berada di situ ketika kejadian berlaku tetapi sudah menerima laporan mengenai kejadian.

“Pelajar memaklumkan kepada saya mereka menyaksikan ‘pertunjukan percuma’ dan bertanya sama ada kedua-dua guru itu perlu dihukum termasuk dirotan,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu berkaitan masalah peribadi yang berlarutan sejak beberapa tahun dan disebabkan masalah terbabit, kedua-duanya diasingkan mengajar di kelas berlainan blok. Kejadian itu juga sudah dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan untuk tindakan susulan.

“Saya tidak kisah siapa yang betul dan siapa yang salah, tetapi mereka mesti bersedia menerima tindakan disiplin,” katanya.


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 198
Date:

iskk.iskk..


dah laa guru terbaik..tapi wat perangai camtu lak..


malu laa.kat depan anak murid..


minta jgn ade kat barisan kite ni camtu yek...



__________________
***amar makruf nahyil munkar***


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:
hehehe...


 


hehehe...


tngok lah nanti masuk news plak, seorang pensyarah uitm bota kena tarik rambut dengan studentnya pula. fasal berlainan rasa hati dan bermuka-muka.


hahaha, malu wooo kat anak murid.


 


p/s:- tak suka gaduh-gaduh



__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

quote:

Originally posted by: car_r3nt

"  hehehe... tngok lah nanti masuk news plak, seorang pensyarah uitm bota kena tarik rambut dengan studentnya pula. fasal berlainan rasa hati dan bermuka-muka. hahaha, malu wooo kat anak murid.   p/s:- tak suka gaduh-gaduh "

yer ker???isk3 lagi kes berat macam tu

__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:
RE: Dua guru wanita bertumbuk ketika perhimpunan pelaj


Dua guru wanita yang bergaduh tue sebenarnye mengajar teknik cara-cara mempertahankan diri kot.....

__________________
\\\SATU CINTA-SATU RASA-SATU HATI///


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

salam...


la ni tiada perasaan malu lagi pada kaum wanita.  ( Dua guru wanita bertumbuk ) dimanakah letaknya nilai-nilai murni, sifat lemah lembut, watak ke ibuan pada mereka.


 



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 161
Date:

ERm... /// nafsu tu ada dimana-mana. Cuma kita yang mampu menghalang nafsu itu.


 


anil
///


 



__________________
/// ANGAH /// Kulim ///


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

biasa la tumbuk tumbuk gaduh gaduh ni tah hahaha...  selalunya pempuan ni gaduh pasal apa eek? macam orang bermadu pulak ekekek

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Senior

Status: Offline
Posts: 359
Date:

quote:

Originally posted by: zerofill

"biasa la tumbuk tumbuk gaduh gaduh ni tah hahaha...  selalunya pempuan ni gaduh pasal apa eek? macam orang bermadu pulak ekekek "


 


Salam ... I|I


Itu lah the power of love...sanggup bertikam, bertumbuk demi mempertahankan kekasih...tapi apabila bangsa kita ditindas...apa kah yg telah dan akan saudara² lakukan..??? adakah akan tengok jer... ataupun sebaliknya...??? tak payah byk la...pepagi dalam kesesakan jalan raya...potong Q sikit dah nak bertumbuk dah memaki hamun...dimanakah Islam Hadhari yg hakiki.Renungkanlah...


Berkhidmat demi Agama, Bangsa dan tanahair.


Yunep Serdang.



__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I yunif@doa.moa.my


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

Last saya tgk perumpuan vs perumpuan gaduh waktu di sekolah lagi .....(budak sekolah)


sekarang nih cikgu sekolah pulak !



__________________
susah susahhhh aje ... !


Senior

Status: Offline
Posts: 255
Date:
RE: hehehe...



quote:





Originally posted by: car_r3nt
"  hehehe... tengok lah nanti masuk news pulak, seorang pensyarah uitm bota kena tarik rambut dengan studentnya pula...


pasal berlainan rasa hati dan bermuka-muka...


hahaha,malu wooo kat anak murid.  


p/s:- tak suka gaduh-gaduh "






__________________
salam perjuangan...


Senior

Status: Offline
Posts: 359
Date:
RE: Dua guru wanita bertumbuk ketika perhimpunan pelaj


Sa|am... I|I


Kalau nak tau mcm mana kaum hawa ni gaduh...tanya kanda zerofill...kanda zerofill ni mmg berpengalaman luas dalam bidang psikologi wanita nih...haa...tanya lah dia...ekekekee



__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I yunif@doa.moa.my


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

kalau dah guru begaduh biar kan dulu ekekeke wartawan leh amik gambar masuk dalam paper, nak kena rotan cekgi cekgi ni... tak pun mebi dah lama tak pekena rotan kot  

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

"dah lama tak pekena rotan kot "  ???


jom kita g rotan dorang...!!! Biar saya dulu...


memang tak patut cikgu nih.



__________________
susah susahhhh aje ... !


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

sorang pakai pantene, sorang pakai rejoice so depa nak tgk shampoo mana yg terbaik! tu yg tarik rambut tuh. Iklan Shampoo gitu weh!!! kihkih

__________________
aidil


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

he heh hehe


la ni tumbuk,


lain kali TOMOI lak


masya allah, apa nak jadik nie



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:

quote:

Originally posted by: ices

"he heh hehe la ni tumbuk, lain kali TOMOI lak masya allah, apa nak jadik nie"



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard