KUALA LUMPUR: Dua guru wanita Sekolah Kebangsaan Seri Setia dekat sini dilaporkan bergaduh di hadapan kira-kira 800 pelajar dalam satu perhimpunan mingguan sekolah, Rabu lalu.
Kedua-dua guru berusia 30-an itu dikatakan bertumbuk dan saling bertarik rambut.
Ketika kejadian, seorang daripada mereka dikatakan mengendalikan perhimpunan mingguan itu manakala seorang lagi berada di tempat duduk guru.
Guru yang berada di bawah itu dikatakan naik ke pentas lalu memarahi guru yang mengendalikan perhimpunan, menyebabkan berlaku pergaduhan dan perang mulut.
Pergaduhan menimbulkan tanda-tanya pelajar, bagaimanapun dileraikan beberapa ahli keluarga pelajar yang turut berada di situ selepas menghantar anak mereka ke sekolah.
Berikutan kejadian itu, kedua-dua guru berkenaan membuat laporan polis.
Guru Besar sekolah itu yang hanya dikenali sebagai Ooi berkata, perkara itu amat mengejutkan dan memalukan kerana sepanjang 20 tahun bertugas, beliau tidak pernah menerima laporan kejadian guru bergaduh sesama sendiri.
“Ini suatu yang mengejutkan kerana kami percaya ia berpunca daripada salah faham dan kedua-duanya adalah antara guru terbaik di sekolah ini.
“Saya tidak berada di situ ketika kejadian berlaku tetapi sudah menerima laporan mengenai kejadian.
“Pelajar memaklumkan kepada saya mereka menyaksikan ‘pertunjukan percuma’ dan bertanya sama ada kedua-dua guru itu perlu dihukum termasuk dirotan,” katanya.
Difahamkan, kejadian itu berkaitan masalah peribadi yang berlarutan sejak beberapa tahun dan disebabkan masalah terbabit, kedua-duanya diasingkan mengajar di kelas berlainan blok. Kejadian itu juga sudah dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan untuk tindakan susulan.
“Saya tidak kisah siapa yang betul dan siapa yang salah, tetapi mereka mesti bersedia menerima tindakan disiplin,” katanya.
tngok lah nanti masuk news plak, seorang pensyarah uitm bota kena tarik rambut dengan studentnya pula. fasal berlainan rasa hati dan bermuka-muka.
hahaha, malu wooo kat anak murid.
p/s:- tak suka gaduh-gaduh
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
quote: Originally posted by: car_r3nt " hehehe... tngok lah nanti masuk news plak, seorang pensyarah uitm bota kena tarik rambut dengan studentnya pula. fasal berlainan rasa hati dan bermuka-muka. hahaha, malu wooo kat anak murid. p/s:- tak suka gaduh-gaduh "
la ni tiada perasaan malu lagi pada kaum wanita. ( Dua guru wanita bertumbuk ) dimanakah letaknya nilai-nilai murni, sifat lemah lembut, watak ke ibuan pada mereka.
quote: Originally posted by: zerofill "biasa la tumbuk tumbuk gaduh gaduh ni tah hahaha... selalunya pempuan ni gaduh pasal apa eek? macam orang bermadu pulak ekekek "
Salam ... I|I
Itu lah the power of love...sanggup bertikam, bertumbuk demi mempertahankan kekasih...tapi apabila bangsa kita ditindas...apa kah yg telah dan akan saudara² lakukan..??? adakah akan tengok jer... ataupun sebaliknya...??? tak payah byk la...pepagi dalam kesesakan jalan raya...potong Q sikit dah nak bertumbuk dah memaki hamun...dimanakah Islam Hadhari yg hakiki.Renungkanlah...
Berkhidmat demi Agama, Bangsa dan tanahair.
Yunep Serdang.
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
Kalau nak tau mcm mana kaum hawa ni gaduh...tanya kanda zerofill...kanda zerofill ni mmg berpengalaman luas dalam bidang psikologi wanita nih...haa...tanya lah dia...ekekekee
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
kalau dah guru begaduh biar kan dulu ekekeke wartawan leh amik gambar masuk dalam paper, nak kena rotan cekgi cekgi ni... tak pun mebi dah lama tak pekena rotan kot