Memang jodoh pertemuan di tangan Allah swt. Tetapitidaklah bermakna usaha dan ikhtiar langsung tidakdiperlukan. Ertinya sesudah berikhtiar semampu mungkin, maka selepas itu terpulanglah pada Allah apayang hendak ditakdirkannya.
Perkahwinan adalah penting. Ia adalah suatupembentukan awal sebuah masyarakat kecil yang akan berlanjutan ke anak cucu dan turun temurun. Dan ini sesuai pula dengan fitrah semulajadi manusia, iaitumemerlukan pasangan di dalam hidupnya. Oleh itumerancangkan satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar yang tidak boleh dipandang kecil. Halyang paling penting ialah mencari jodoh. Siapakahbakal isteri atau suami yang hendak dipilih? Yang mana kalaulah terjadi salah pilih, maka kesannya sangatlahburuk, terpaksa menanggung derita dan seksa di duniahingga akhirat. Tiada bahagia dan kasih sayang.Rasulullah saw sudah berpesan tentang syarat memilihisteri. Sabda baginda:
“Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, Keranaharta, rupa, keturunan dan agamanya. Maka pilihlahyang baik agamanya.”
Fahamlah kita bahawa syarat penting memilih isteriatau suami ialah yang beragama. Dengan kata lain yangberiman dan yang mengamalkan syariat Islam. Kalausyarat ini ada barulah kita fikirkan tentang hal-halseperti rupanya, kekayaannya, keturunannya danlain-lain. Tidak ada syarat lain lagi yang lebih baikdaripada apa yang dikatakan oleh baginda itu. Sebab,wanita beriman, walau dia kaya atau cantik, nescayadia tetap merendah diri pada suaminya. Tidak akan dikecilkan hati suami lebih-lebih lagi tidak akan iaderhaka pada suami. Sebaliknya yang wanita cantik padawajahnya tetapi tidak beriman selalunya membuatsuaminya berkeadaan serba salah. Begitu juga wanitakaya yang tidak beriman, biasanya akan memperbudakkansuaminya.
Ini selalu terjadi di dalam masyarakat kita hari ini.Oleh kerana mereka berkahwin bukan kerana Allah,memilih pasangan pula bukannya kerana agamanya, tetapikerana jawatan, gaji rupa dan lain-lain, ditambahdengan cara kenduri kahwin penuh kefasikan, makahasilnya terjadilah seperti apa yang terjadi sekarang.
Kalau isteri berjawatan tinggi atau seorang yangterkanal maka rumahtangga mereka akan berada dalamkeadaan:
 Suami sering merasa hina diri (inferioritycomplex) terhadap isteri. Isteri tidak melayan dengansepatutnya, maklumlah sibuk dengan tugas dan sibuk melayan orang lain. Suami selalu tinggal sendiri.kalau isteri ada di rumah pula dia merasai berhadapandengan orang besar, yang dihormati ramai, maka masakan mudah baginya untuk mengajak isteri bermesra-mesra danmelayannya dengan baik. kerana itu hiduplah suamidalam keadaan kesunyian selalu dengan rasa rendah diri. Kebahagiaan bersuami-isteri dan berkasih sayangtidak akan terasa lagi.  Oleh kerana isteri biasa mengarah-arahkanpekerja bawahannya atau orang ramai, maka tentu diaterbawa-bawa ke rumah, yakni suka mengarah suami. Apa lagi kalau suaminya berjawatan kecil, sepertilah orangbawahnya. Maka dalam keadaan apa pun suami akan rasahina diri. Mengalah sajalah suami. Ikut sahaja apaisteri kata. kalau pun kadang-kadang ia tidak sukadengan perkara itu, terpaksa ditekan-tekan rasa.Pendeknya jadual rumahtangga akan diatur oleh isteri. “Kita balik kampung bang” “Kita keluar bang” “Malam ini jangan kacau I bang, I letihlah,” dan sebagainya.
Bila suami ajak ziarah emak di kampung, dia jawab, “Saya ada mesyuarat esok, tidak boleh cuti.” Kadangpula suami ajak pergi kenduri kahwin dijawab, “I ada‘appointment’ petang ini. “Sewaktu-waktu suami ajak kebilik tidur dia jawab, “I nak siapkan ‘speech’ untukesok. Abang masuklah dulu” Isteri jadi tuan. Suamijadi khadam. Orang yang tidak tahu mereka itu suamiisteri akan menyangka suami itu orang gajinya.
 Isteri sentiasa keluar. Siang keluar, malamkeluar. Bila balik, sudah letih. Maka suami akanmenjadi orang bujang. Ada isteri macam tidak ada isteri. Sebab dia tidak dapat miliki isteri itu. Hanyaboleh dipandang-pandang, boleh dipegang sekali-sekali.Tetapi tidak boleh dikawal mengikut kehendak suami. Oleh kerana isteri ada jadual sendiri dan adapandangan sendiri, maka selalunya arahan suami akandibahas dan dipertikaikan. Suami jarang merasai isterinya taat padanya. Pun jarang si isteri memintakeizinannya untuk melakukan sesuatu.  Isteri tidak rasa bersandar hidup dengansuami. Biasanya seorang isteri bergantung hidup,nafkah dan tanggungannya pada suami. Tetapi keranaisteri berjawatan, ia rasa lebih dari suaminya, makaisteri tidak lagi bersandar pada suami. Ia tidakmemerlukan apa-apa dari suaminya; tiada istimewa dan tidak ada kelebihan apa-apa untuk dia bersandar hidup.Hatta kalau suaminya menceraikannya pun dia tidak rasabimbang apa-apa. Maka dia berani buat apa disukainyaterhadap suaminya.
Kalau isteri lebih pandai dari suami maka:
 Isterinya akan membuatkan suami sentiasa rasahina diri dan rendah diri, kerana isterinya akanbanyak mengajarnya. Bukannya suami mendidik isteri tetapi berlaku sebaliknya. Kalau suami buat apa-apa yang silap atau tidak tepat selalulah kena komplenatau diketawakan oleh si isteri. Hendak marah atau hendak merajuk pun takut pula kena leter denganisteri, maklumlah isteri bijak. Al hasil suami sentiasa rasa diperkecilkan oleh isteri. Dirasadirinya sentiasa rendah di samping isterinya. Kasihsayang dan kebahagiaan yang layak bagi seorang suami tidak dapat dirasainya lagi.  Isteri tidak yakin dengan sikap, cakap danarahan suami, maka dengan sebab itu dia tidak bolehtaat pada suaminya. Kalau taat pun hanya atas dasar patuh.  Isteri berani mengarah, menentang danmarah-marah pada suami. Si isteri pula, kerana selalurasa dikalahkan, tidak akan boleh mengawal keadaanbegini. Maka terjadilah suami menurut kata isteri,suami ikut cakap isteri. Hidup suami diatur olehisteri.  Suami tidak akan memberi apa-apa maklumat dantunjuk ajar pada isteri, disebabkan dia rasa malu padaisterinya yang lebih pandai darinya. Oleh kerana kebiasaan isterinya menyanggahnya maka dia bimbangkalau-kalau maklumat atau ceritanya akan disanggahlagi atau dipandang kecil oleh isteri. Kerana itu selalunya isterinya yang banyak cakap, suami menurutsaja. Ertinya suami belajar dengan isteri.  Kemuncak dari itu, ialah suami takut untukmembuat arahan atau permintaan pada isteri. Tegasnyasuami akan takut pada isteri.
Kalau beristeri cantik
Si isteri sedar dan bangga dengan kecantikannya, makasuami akan selalu kalah dengan kehendak isteri. Sisuami pula suka akan kecantikan isteri, dia menyayangiisterinya atas dasar isterinya cantik. maka jadilah keadaan di mana segala kehendak isteri diikutinya.Isteri tentu sedar akan hal ini maka diambil kesempatan untuk mengarahkan suaminya, ikut ragam dankerenahnya. Minta itu minta ini, arah itu arah ini.kalau tidak dapat, merajuk, meragam dan merengek-rengek. kalau kemahuannya tidak diikuti diamengugut hendak balik kampung atau minta cerai. Diatahu suaminya tidak akan menceraikannya. Si suami pulakerana terlalu sayang, ikut saja. bukan senang hendakdapat isteri cantik. tetapi hati menderita. Bak kataorang, mata sedap hati sakit. Ibarat buah kepayangditelah pahit dibuang sayang. Hal ini jarang berlakupada wanita-wanita yang tidak cantik. Mereka tidak berani meragam sebab mereka tahu suaminya boleh menceraikannya, cari yang lain.
Kalau beristeri kaya
Suami akan jadi hamba, sebab si suami bersandar rezekipada isteri. Isteri jadi ‘boss’, boleh buat apa sajaarahan yang disukai. Oleh kerana rasa termakan budi,suami merasai tidak patut pula kalau tidak menurutarahan isterinya. Akhirnya diperhambakan isteri. Dalamkeadaan itu suami akan rasa rendah dan hina diri dan tidak berani si suami berlaku sebagai ketuarumahtangga untuk mengarah itu dan ini. Maka akhirnyaisterilah yang jadi ketua rumah, jadi queen control.Jadual dan program isteri yang tentukan. Suamimengiyakan sahaja.
Kalau beristeri yang tidak kaya, tidak pandai, tidaktinggi jawatan:
Isteri yang setaraf dengan suami atau lebih rendahlagi tidaklah susah sangat suami dibuatnya. Isteri ituterpaksa bersandar sepenuhnya dengan suami. Dan dia pula tidak boleh memberi apa-apa pada suami, dandirasai suaminya lebih daripadanya. Ada kekuatan dan keistimewaan. Maka mudahlah dia hormat dan taat.Selamatlah hati suami. namun ketaatan ini bukanlahketaatan yang suci murni, kerana dibuat denganterpaksa. Yang mana kalaulah isteri itu kaya misalnya,nescaya dia turut menyusahkan suaminya juga.
Ada waktu-waktunya isteri akan engkar juga dengansuaminya, terutama suami ada salah silapnya. Itulahwanita yang tidak beriman yang selalu menyusahkan suami. Suami tidak rasa terhibur dengan isteri. Rasabahagia, mesra dan kasih sayang dengan isteri semakinhilang dari hari ke hari. Suami merasai lebih bahagiakalau berada di luar rumah atau jauh dari isteri.Setiap kali hendak balik ke rumah, suami cemas menantiapa pula ragam si isteri. Soalan apa yang akanditanya. Apa pula yang akan dirungutkan, apa yang akandimintanya. Panjang mana pula leter yang akandidengar. Semasam mana pula mukanya dan macam-macam lagi ragam dan kerenah yang akan dihadapi.
Kesah ini pernah berlaku kepada seorang pendakwah,seorang suami tiba-tiba saja menghulur RM50.00 padaisterinya. “Hadiah,” katanya. Hairanlah isterinya kerana kejadian yang tiba-tiba itu. “Hadiah apa ni?” Ditanya kepada suaminya. Makaberkatalah suaminya, “Hadiah kerana tadi ketika sayabalik ke rumah, awak sambut baik, tak tanya itu ini macam selalu. Pada hal biasanya kalau saya tidurdiluar, pagi baru balik, awak tak gini. Sebab itu dalam perjalanan balik tadi saya sudah bimbang apa nak jadi. Rupa-rupanya awak sudah berubah. Itu pasal sayahadiah RM50.” Isterinya pun tersipu-sipu.
Itulah cerita isteri yang sedang dididik dengan iman.Suami keluar dakwah, kadang-kadang tidak balik. Makasedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan itu,boleh bersabar dengan ujian kesusahan. tetapi kalaulahtidak dididik dengan iman, mustahil seorang isteriboleh bermanis muka dengan suami di waktu dia sendiri sedang berduka.
Isteri solehah akan sentiasa berfikir untuk memberikebahagiaan kepada suaminya, dalam apa jua keadaanpun, akan sanggup mengorbankan dirinya untukmenghiburkan suami demi mengharap kasih sayang Allahdan syurgaNya.
Lihatlah sejarah seorang wanita Mukmin, ketika anaknyameninggal dunia, ditutup mayat itu baik-baik menunggusuaminya pulang. Bila kembali suaminya ia tidak terusmengadu kejadian malang itu tetapi dihiburkan, dilayansuaminya hinggalah selesai suami menunaikan hajatnyabarulah dia bertanya, “Abang, kalau kita diberi pinjamsesuatu, adakah kita kena memulangkan barang itukepada tuan punyanya?. “Tentu sekali,” Jawab suaminya.Kemudian dia menyambung, “Allah telah meminjamkan kitaseorang anak. Tapi sekarang Allah ambil kembali anak itu dari kita.” “Innalillah wa inna ilaihi raajiuun,”kata suaminya dengan tenang. Maka barulah ditunjukkanmayat anaknya pada suaminya. Begitu mampunya wanitasalehah menenangkan hati suaminya. Bukan memekik,melolong, menangis, merapu dan mengungkit itu inihingga suami jadi dua kali susah. Susahkan ujian yangberlaku, susahkan sikap isteri.
Hari ini mana ada wanita salehah yang mengorbankandiri untuk kebahagiaan suami demi mengharapkankeredhaan Allah dan nikmat syurga di akhirat kelak.Yang ada ialah wanita-wanita yang selalu menyusahkansuami untuk keuntungan dirinya kerana semata-matamemuaskan diri dan nafsunya.
Sebenarnya perkara-perkara yang saya senaraikan diatas, tidak akan atau kurang berlaku kalau kitaberisterikan wanita salehah. Sekalipun wanita ituberpangkat tinggi, bijak bistari, cantik molek, kayaraya, namun dia tetap taat dan merendah diri padasuaminya. Suka berkhidmat, menyelesaikan masalah suami(bukan membuat masalah) bahkan semua miliknya ditukargeran menjadi milik mutlak suaminya. Lihat SayidatinaKhadijah, Sayidatina Aisyah dan Siti Fatimah Az Zahrah. Semua kekayaan, kepandaian dan jiwa raganyadikorbankan untuk membantu perjuanga Rasulullah saw.Siti Khadijah yang asalnya hartawan Quraisy, tetapi setelah menjadi isteri Rasulullah saw, habis hartanyadiserahkan, untuk menyumbangkan pada agama Allah.Hingga waktu wafat beliau, tempat tinggalnya hanyasatu bilik usang berpintu satu. Sayidatina Aisyah,Ummul-Mukminin selaku pembantu kuat Rasulullah, turut giat sama berjuang dengan mengorbankan segalakebolehannya kepada perjuangan suaminya. Sesudah wafatRasulullah, dia bertindak selaku mahaguru kepada para sahabat besar. Siti Fatimah binti Rasulullah adalahisteri yang rela miskin dan bersusah payah untukIslam, pun begitu dia tetap dapat memberi senyum manis pada suaminya.
Itulah ciri dan contoh wanita beriman. Wanitabeginilah yang mesti kita sediakan untukdiperisterikan. Sifat wanita beginilah yang mesti kitadidik terhadap ahli keluarga kita. Agar rumahtanggakita nanti dan generasi akan datang adalah syurgakecil yang sementara, yang menjadi sumber tenaga buatkita dan keturunan kita berjuang mendapatkan syurga yang maha besar lagi kekal abadi di akhirat nanti.