Di sini ingin saya menyentuh sedikit tentang pemakaiantudung kaum wanita kini, walaupun rakan saya sebelumini ada menghantar artikel berkait tentang pemakaian tudung (Tudung~ buat renungan oleh undergroud). Sayapula hanya ingin menambah sedikit dari apa yangdihuraikan oleh rakan saya, sebagai renungan bagi wanita Islam kita hari ini.
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelakibukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diriwanita terlalu mahal. Sebab itu syariat menetapkansupaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgardengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki.
Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barangberharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dandisimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitujuga wanita. Kerana wanita bermaruahlah dia tidakdisuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertantu;dengan batas-batas tertentu. Dia mesti bergelanggangdalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garisnya oleh syariat.Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dandirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat,nama,harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillahsekarang telah ramai wanita menjaga auratnya,sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat saksikan para wanita kita memakaitudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melandadari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerjadi pejabat-pejabat.
Namun begitu, pelbagai gaya tudung dipakai. Tudungkadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapimasih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atauberseluar dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagaigaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok didalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yangmenarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalammajalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaanitu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukminitu adalah bukan sahaja menutup auratnya malahsekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuktubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang manaakan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Dan pakaian yang boleh melindungi wanitadari jadi bahan gangguan lelaki yang tidakbertanggungjawab.
Bila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, makaterjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupunbertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabikdada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik,up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas.Bertudung tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkanrasa kehambaan. Kita tidak rasa diri ini hina, masihbanyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kitatidak terasa bahawa menegakkan syariat denganbertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampukita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh pakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidakbersembahyang. Ada orang yang bertudung yang masih cari boy friend. Ada orang bertudung yang masihterlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudungyang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuatoleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orangyang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejakorang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakanbertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidakbertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasalebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masukIslam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukanIslam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islamdengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwahorang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalahagen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam.Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanyamelalui pakaian.
Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus memperbaikidiri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalahpunca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kitasendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baiktidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapibaikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat,suka berdengki, suka berbangga, ego, riak danlain-lain penyakit hati.
Kalau sudah mula menutup aurat elak-elaklah diri darisuka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur.Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelakiperempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilirdengan boy friend. Serahkan pada Allah tentang jodoh.Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.Yakinlah pada pengaturan Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkanamalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagiterutama bila dalam waktu bekerja. Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifatsuka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap sukamengumpat, suka mengkeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri danmaruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam iniindah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk amalkan Islam. Baru orangbukan Islam hormat dan mengakui “Islam is reallybeautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islamsekelian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagaiagen pengembang agama melalui pakaian.
hermmm... betul tu wahai ayen_langkawi saudara kembarku.
sedangkan botol kicap pun pakai TUDUNG,
ini manakan pula seorang WANITA tidak bertudung...
*p/s:- suka dngn wanita memakai tudung ala-ala waheeda wasini
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"