Buat semua warga forum Pekida disini saya ada sedikit perkara hendak dibincangkan mengenai umat islam tidak kira lah siapa sahaja .. kerana semua dari kalangan mereka adalah kaum saudara seislam kita juga ini adalah wajar kerana atas sebab dari perkara tersebut memang wajar saya mengutarakan tentang perkara ini.disini saya ingin meminta pendapat dari semua saudara benarkah jika saya katakan susah untuk mengembalikan keimanan serta kesabaran seseorang umat islam itu begitu susah dan keras hati mereka untuk kita membimbing dan menemukan mereka kejalan yang benar iaitu bersujud serta tidak lupa kepada ALLAH S.W.T.ini kerana tujuan saya bukan lah untuk merendah rendah kan diri mereka dan mengatakan saya adalah umat yang begitu soleh dan ingin menunjukkan ttg diri saya yang kini sudah pon berubah dan tidak mahu kepada jalan kemungkaran lagi.. sebenarnya sebagai umat atau saudara islam memang sudah menjadi kewajipan saya dan setiap umat agar mengajak ataupon membetulkan kembali umat kita yang kini kian lalai dengan segala arus kemodenan dan kesibukan duniawi hingga lupa siapakah pencipta dan pemberi rezeki serta tenaga kepada mereka untuk hidup di dunia.disini saya juga cukup sedih dengan sesetengah rakan serta kawan satu tempat kerja saya dan juga tidak kiralah dimana mana sahaja saya lihat memang banyak sudah lalai.. dan tak tahu lah wallah hu alam.. aper yang saya lihat cukup dengan tempat kerja sudah lah.. cukup sedih dan berdukacita dengan aper yang saya lihat.. menjadikan solat 5 waktu itu bagaikan tidak perlu lagi.. masing2 sibuk dengan kerjaya.. bagaimana mereka boleh katakan tidak sempat.. ini tidak beralasan.. berani saya katakan saya sanggup bertekak atau bertumbuk dengan pengurus kilang tersebut jika mereka memarahi orang2 atau umat2 islam sesaudara saya yang sedang bersujud kepada ALLAH S.W.T dan patuh segala ajaran dan kewajipan setiap umat islam.tetapi perkara itu tidak dilarang sama sekali oleh pihak pengurus mahupun sesiapa sahaja yang mempunyai pangkat dan darjat disitu.tetapi yang membuatkan penyesalan dan sedih.. umat islam sesaudara saya sendiri bagaikan tidak perlu dan sendiri buat tak tahu atau ntah lah.. hmm .
saya juga ada seorang rakan.. sekerja memang rapat sebab beliau aderlah rakan sekolah saya.. ini juga satu masalah bagi saya sebab sebagai umat islam memang sepatut nya saya membetulkan perkara yang menuju kepada kemungkaran.. seperti mana saya katakan saya bukan soleh dan terlalu extreme ttg agama hinggakan lupa aper yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T bahagikan dunia dan akhirat sama rata..beliau sudah hampir 2 tahun mendirikan rumah tangga kini sudah menerima cahaya mata anak perempuan alhamdulillah.. kdangkala saya juga ader menasihati beliau supaya tinggalkan segala kemungkaran yang beliau sedang lakukan seperti berjudi no ekor.. bukan lah saya ingin menghina beliau dan menceritakan kisah beliau kepada saudara2 sekalian,ini bukan lah satu fitnah atau cemuhan kepada saudara seislam saya tiada niat didalam hati untuk menghina beliau.. kerana beliau adalah rakan rapat saya dari bangku sekolah lagi.. cukuplah saya bentuk dia sahaja sebab dia saya kenali dari sekolah.. tetapi masih tidak berjaya hingga sekarang.. saya cuba tunjukkan cth yang baik agar beliau tidak lupa menunaikan solat 5 waktu.. tetapi aper yang saya lihat di tempat kerja sama seperti biasa.. kadangkala dia merungut dan bercerita ttg masalah beliau ,disini aper yang saya boleh nasihatkan agar beliau berdoa san bersolat serta sujud kepada ALLAh insyaallah tuhan itu maha mengetahui dan menyanyangi setiap hambanya setiap kali hambanya meminta pertolongan serta bantuan.. itu pon jika hambanya tidak bongkak..tetapi aper yang saya lihat sungguh sedih.. bagi rakan2 tempat sekerja lain pula.. ntah lah saya tidak tahu.. cukuplah dengan segala saya tunjukkan kepada mereka.. saya tidak pandai mengajak atau menegur.. nanti seolah olah mereka sangkakan saya ini 'macam bagus sangat' itulah yang akan di pertikaikan dikalangan mereka.. sebab kebanyakkan majoriti semua lalai.. subhanallah..!
Disini saya ingin meminta nasihat dari tuan dan saudara serta saudari diatas masalah yang sedang saya alami berikan lah kekuatan serta sedikit ramuan untuk saya membentuk kembali mereka.. agar tidak menuju kepada kemungkaran.. setiap apa yang tuan2 dan puan2 berikan akan saya hargai.. semoga ALLAH S.W.T merahmati segala nasihat.. insyallah..