quote: Originally posted by: Anil ":) saya rasa biar Dr.Mas terangkan lah. pekida pekima selendang merah Anil///"
Salam... I|I
Saya yunep serdang dengan ini amatlah bersetuju dan menyokong cadangan yang telah diutarakan oleh saudara Anil....Dengan ini saya juga mencadangkan agar cadangan ditutup.Biar Pakar yang menguruskannya. Sekian Terima KAsih.
Berkhidmat untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
a ah samo jo tue... yang pentingnya islam, beramal berbakti bertanggung jawab demi Allah dan Rasul, pada diri dan keluarga kan ke kita semua bersaudara
quote: Originally posted by: zerofill "a ah samo jo tue... yang pentingnya islam, beramal berbakti bertanggung jawab demi Allah dan Rasul, pada diri dan keluarga kan ke kita semua bersaudara"
Salam...
Saya juga menyokong apa yang telah diutarakan oleh kekanda Zerofill tu...tu semua hanyalah nama...ibarat payung...yg paling penting sekali adalah niat yang tersemai didalam hati jiwa nurani setiap ahli.Perbezaan nya senang jer...DA dan MA jer...kat belakang ....
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
quote: Originally posted by: bullet "Bolehkah sesiapa (ahli) ataupun Dr.Mas sendiri memberi perbezaan antara pekida dan pekima.Terima Kasih.. "
salam perjuangan...
soalan ini pernah di ajukan,
tepuk dada tanya IMAN, biar PERIBADI yang menjawabnya.
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
maafkan saya jika apa yang saya tulis nie menyinggung perasaan sesapa dalam forum nie.sekadar hendak bagi pendapat.apa yang saudara bullet tanya tu saya rasa tak salah.memang la ramai yang berpendapat tak payah la tanya apa perbezaan antara pekida dan pekima tapi bagi saya tak salah bagitahu dengan bullet apa bezanya pekida dengan pekima.memang la tujuan asal kita sama tapi tak salah jika bullet nak tahu perbezaan nya.
jangan la kita tak bagitahu perbezaannya antara pekida dan pekima jika ada saudara kita yang bertanya seolah olah kita tak menghormati antara satu sama lain.saudara bullet sekadar ingin tahu sahaja dan saya rasa tak salah untuk saudara bullet nak tahu.saya harap sesapa yang tahu perbezaan antara pekida dan pekima bagitahu jer la.tak elok kita kedekut ilmu.harap jangan ada sesapa yang tersinggung dengan kenyataan saya ini.sekadar bagitahu apa yang patut...///
Saya rasa saudara bullet ni salah soalan nak tanya ... Dia nak tanya kan apa kah maksud pekida dan apakah maksud pekima .. Tetapi yg sedia maklum pekida nih dah tentu maksud nya Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia. Bagi Pekima pulak saya tak mampu nak jawap, diharap ada lah adik beradik lain yg bole tlg menjawap nya.
Apa yang saya maksudkan ialah perbezaan dari segi ahli..adakah ahli Pekima sama juga dengan ahli Pekida..Pekima ialah pertubuhan kebajikan islam malaysia..Jika seseorang tu ahli Pekima dan ingin menyertai Pekida,adakah perlu di baiah kan dia...
Maaf jika terkasar bahasa.....
jangan la kita tak bagitahu perbezaannya antara pekida dan pekima jika ada saudara kita yang bertanya seolah olah kita tak menghormati antara satu sama lain.saudara bullet sekadar ingin tahu sahaja dan saya rasa tak salah untuk saudara bullet nak tahu.saya harap sesapa yang tahu perbezaan antara pekida dan pekima bagitahu jer la.tak elok kita kedekut ilmu.harap jangan ada sesapa yang tersinggung dengan kenyataan saya ini.sekadar bagitahu apa yang patut...///
TERIMA KASIH IDANN
saya cuma inginkan pengetahuan,saya pernah terbaca dalam ruangan forum nie,jika ada sebarang masalah ajukan saja,asalkan bukan soalan yang pelik2..Salahkah saya sebagai hamba NYA yang lemah ini ingin mengetahui..
Kepada semua saudara-saudaraku ampun dan maaf di pohon andai terkasar bahasa..
Saya tidak berminat untuk menjawab soalan begini secara terbuka sebenarnya. Tetapi ia telah di jawab dengan agak jelas oleh saudara Giantrobot... sila klick nick dia dan lihat posting khas dia tentang pekida dan pekida. Kanda boleh konfirm sepanjang pengetahuan kanda yang posting dia tu 80% tepat. Thanks alot to bro giantrobot.
Nak tepat lagi datang kajang dan mohon izin untuk lihat perlembagaan pekima sendiri.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
assalamualikum kanda mas, muga kanda dan jemaah rnd semua sihat sejahtera hendaknya, amin... benar seperti kata kanda masjuki.. bertanya la pada abang abang
tidak semestinyer semua soalan perlu di jawab. ada kala mereka perlu berfikir untuk soalan2 yg di tanya, mereka boleh merujuk dulu kpd abg2 mereka atau ayah ( itupun klu di layan ) ataupun pm teruskpd abg. mas.
Terima kasih semua...kerana sedikit sebanyak dapat saya mengetahuinya..
Terima kasih kekanda giantrobot dan kekanda Mas..Saya akan pergi ke R&D untuk mendalami tentang perjuangan pekida ini..Dan saya memerlukan orang2 seperti kekanda yang boleh membimbing saya..sebelum saya menjadi ahli...terima kasih sekali lagi kepada semua saudara2 ku semua...
Ampun maaf di pinta sekira terkasar bahasa..terima kasih..semua..
nak tanya pun kena fikir dulu ker?.kalau tak tahu kena la bertanya.apa salah nyer bertanya kalau tak tahu.apa guna jika kita ada laman web tapi tak boleh nak bertanya atau meluahkan pendapat,payah jugak kan...lebih baik tak payah diujudkan laman web pekida.nie bila adik adik bertanya sikit jer abg abg dah nak marah marah,tak nak jawab soalan adik adik,melenting,nak tunggu adik adik kat R&D nak sound.emmmm...payah la.minta maaf kepada semua.hanya meluahkan pendapat sahaja.sekali lagi maaf jika ada yang tersinggung...///
tidak semestinyer semua soalan perlu di jawab. ada kala mereka perlu berfikir untuk soalan2 yg di tanya, mereka boleh merujuk dulu kpd abg2 mereka atau ayah ( itupun klu di layan ) ataupun pm teruskpd abg. mas
merujuk dalam laman web saya rasa tak salahkan.pasal tu la bertanya sebab kita ada laman web.bertanya dalam laman web nie dikira merujuk pada sesapa yang tahu.maaf bukan nak kondem hanya sekadar pendapat.
quote: Originally posted by: idann "assalamualaikum.../// nak tanya pun kena fikir dulu ker?.kalau tak tahu kena la bertanya.apa salah nyer bertanya kalau tak tahu.apa guna jika kita ada laman web tapi tak boleh nak bertanya atau meluahkan pendapat,payah jugak kan...lebih baik tak payah diujudkan laman web pekida.nie bila adik adik bertanya sikit jer abg abg dah nak marah marah,tak nak jawab soalan adik adik,melenting,nak tunggu adik adik kat R&D nak sound.emmmm...payah la.minta maaf kepada semua.hanya meluahkan pendapat sahaja.sekali lagi maaf jika ada yang tersinggung...///"
Assalamualaikum... I|I
idan nih yg mana satu yek... boleh kita berlenalan ker...??? mcm frust jer..
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
ptui.. kate je juangkan Islam. Cuba hangpa turun tgk anak2 buah camner.. dok guna nama PEKIDA sbg lesen pukul org.. ape cite nih? Yg paling sakit org MELAYU sendiri kene pukul. Nak kata kuang aja kesalahan skit je cam bunyikan hon.. itupun patut kene pukul sampai patah tangan ke???
Semoga Allah laknat mereka yang menyemarakkan samseng nih supaya mereka tak bau syurga pun.. ALLAHUAKBAR!!!!
quote: Originally posted by: Mahfooz "ptui.. kate je juangkan Islam. Cuba hangpa turun tgk anak2 buah camner.. dok guna nama PEKIDA sbg lesen pukul org.. ape cite nih? Yg paling sakit org MELAYU sendiri kene pukul. Nak kata kuang aja kesalahan skit je cam bunyikan hon.. itupun patut kene pukul sampai patah tangan ke??? Semoga Allah laknat mereka yang menyemarakkan samseng nih supaya mereka tak bau syurga pun.. ALLAHUAKBAR!!!!"
Assalamualaikum.../// dan apa khabar,
Erm...indah sungguh bahasa. Jelas membayangkan bangsa. Saudara, jangan meludah, takut terkena muka sendiri. Kalau nak menyuarakan rasa amarahpun, apa salahnya dimulakan dengan tatabicara yang sopan. Mana pergi salam saudara sebagai greeting sesama Islam kita, dan pertanyaan khabar sebagi budi bahasa Melayu kita. Cuba saudara renungkan surah di bawah ni.
Surah Al Baqarah Ayat 83.
Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak - anak yatim, dan orang - orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zaat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.
Untuk makluman saudara Mahfooz, inilah apa yang kami pelajari selalu di R&D Kajang. Inilah modul yang di sumbatkan oleh abang Mas pada kami di Kajang dan di mana-mana juga. Kalau saudara Mahfooz katakan kami ni samseng yang suka memukul sesama kita, sesungguhnya kami ni adalah orang-orang yang zalim, dan termaktub dalam buku atau kitab panduan kami iaitu Al-Quran bahawa balasan bagi orang-orang yang zalim adalah kebinasaan daripada Allah, takkan kami sanggup untuk berlaku zalim. Jelas seperti Surah di bawah.
Surah Al Anbiyaa' Ayat 11
Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang zalim yang teIah Kami binasakan, dan Kami adakan sesudah mereka itu kaum yang lain (sebagai penggantinya).
Saudara Mahfooz, banyak orang banyak ragamnya. Tak semua perangai dan tabiat sesama kita ini sama. Allah menjadikan manusia ni berbeza-beza.
Surah Al Hujuraat Ayat 13
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Apa yang saya nak tekankan disini saudara Mahfooz, kita manusia ni berbangsa-bangsa dan berbeza-beza. Tidak semuanya sama. Golongan yang saudara Mahfooz maksudkan tadi itu tentulah amat berbeza dari kami jelas dengan perlakuan dan tindakan. Saudara Mahfooz perlu mengenal kami dulu untuk membuat andaian seterusnya. Saya jemput saudara Mahfooz dengan ikhlas untuk mengenal kami di R&D Pekida yang diterajui kanda Mas dan adik-adik beliau disana. Barulah terpulang bagi saudara Mahfooz membuat andaian selepas itu. Bak perumpamaan, tak kenal maka tak cinta.
Harap saudara Mahfooz dapat terima dengan hati yang lapang dan damai. Maafkan jika ada terasa di hati atas kata-kata saya.
saya dah pun terima beberapa jemputan secara online dan secara peribadi..
tapi saya bertegas saya tidak ingin melibatkan diri..
bukan apa.. kalau untuk membantu org Melayu kita saya boleh mula dgn membimbing
adik2 saya sendiri dan memperbaiki diri saya sendiri..
kalo kita nak bantu org lain kita kene bantu diri kita sendiri..
saya meminta maaf atas kekasaran bahasa saya tetapi saya harap saudara faham..
adik saya sendiri telah dipukul dgn golongan pekida (melihatkan ada sticker ///).. dia dikatakan membunyikan hon krn pemandu pekida yg itu membawa kereta dlm keadaan bahaya dan hampir melanggarnya..
akibatnya adik saya ditarik keluar kereta dan dipukul dgn sadis..
alhamdulillah adik saya telah pun pulih..
laporan polis tlh dibuat namun masih tiada berita ttg perkembangan kes ini..
apa yg telah jadi sebenarnya nih?? boleh tuan hamba terangkan apa yg ditekankan
lagi sekali semasa pengambilan ahli baru? mengapa tidak berhasil membentuk akhlak
yg murni??
apa2 pun kpd saudara car rent.. Abang2 sudah nasihat jgn bersikap kurang ajar..
mengapa masih pm saya lagi? bukankah saudara tlh minta maaf?
Erm...sudah diagak kes sebegini terjadi hingga rasa marah tercipta. Saudara Mahfooz.....seperti yang ada saya katakan setiap ahli dalam sesuatu komuniti pelbagai sifat dan ragamnya. Ada yang baik, ada yang jahat.
Surah Asy Syuura: Ayat 42
Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih.
Lagipun setiap kumpulan ada ketuanya...ada pengaturnya. Jikalau benar seperti apa yang terjadi, kenapa saudara Mahfooz tidak cuba untuk berjumpa dengan mereka dan mendapatkan penjelasan. Saudara sudah berjumpa dengan website ini (Pekida) yang sudah tentu ada pengaturnya. Mengapa tidak mengadu atau berbincang mengenai apa yang terjadi? Ramai yang boleh membantu di dalam ini. Kami bukanlah zalim.
quote: Originally posted by: Mahfooz apa2 pun kpd saudara car rent.. Abang2 sudah nasihat jgn bersikap kurang ajar.. mengapa masih pm saya lagi? bukankah saudara tlh minta maaf? "
????
apa pulak di kaitan dngn saya ini??? masihkah lagi saya kurang ajar???
inilah yang wajar saya soalkan???
siapa yg lebih kurang ajar dari siapa???
p/s: lagi diam lagi membara, lebih baik aku diam dari menanggung sengsara...
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"