Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Syor tampal notis larang umat Islam ke disko


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
Syor tampal notis larang umat Islam ke disko


Syor tampal notis larang umat Islam ke disko

ALOR STAR: Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin mencadangkan notis melarang orang Islam memasuki disko dan pusat hiburan dipasang di premis terbabit sebelum tindakan diambil terhadap mereka yang mengunjunginya.





Katanya, pemasangan notis larangan yang jelas seperti di kasino Genting Highlands perlu dilakukan jika tindakan mahu diambil terhadap orang Islam yang memasuki disko dan pusat hiburan.

Selain itu, katanya, mereka juga perlu diberi penjelasan punca ditahan sekiranya mengunjungi premis terbabit.

"Sebagai contoh, orang Islam dilarang memasuki kasino di Genting Highlands dan ia diawasi pengawal keselamatan yang menjaga kawasan terbabit dan boleh menahan mereka yang beragama Islam memasukinya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis taklimat khas Pegawai Penyelaras Komuniti Bestari (Zon Utara) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu penahanan 100 remaja Islam oleh pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini apabila jabatan itu membebaskan mereka selepas sesi kaunseling.

Kelmarin, Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno, Shamsul Najmi Shamsuddin dipetik New Straits Times sebagai berkata, tindakan Jawi itu terlalu lembut dan mahu remaja terbabit dihadapkan ke Mahkamah Syariah.

Zainuddin berkata, jika pemasangan notis seperti itu dilakukan, ia perlu menetapkan peraturan dan peruntukan undang-undang yang jelas bagi menyatakan tempat yang boleh dikunjungi orang Islam dan bukan Islam.

Bagaimanapun, beliau berpendapat agak sukar untuk berbuat demikian kerana Malaysia adalah sebuah negara bersifat terbuka dan berbilang kaum.

"Jika kita melarang orang Islam memasuki tempat terbabit, bermakna golongan korporat termasuk wartawan yang berinteraksi dengan orang luar juga tidak boleh memasuki premis sedemikian" katanya


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 78
Date:

 


 Assalamualaikum Kekanda2 semua..


 


 Saya setuju ngan cadangan nie...Kat Genting boleh buat tak kan kat KL tak leh buat kan...


 Baru la kena ngan slogan ISLAM HADHARI kita nie..


 


 Islam adalah cara hidup..


 



__________________
RAMLAN


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

tepuk dada tanya selera..


semuanya bergantung kpd diri masing2...


telah terang dan jelas akan hukum HALAL DAN HARAM


 


amar makruf nahi mungkar



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:

dah terang-terang tpt tu x elok...buat ape nk tampal notis lagi...dh mmg xleh masuk...ade je alasan....tu lah masalahnye..kalau org dah moden sangat...smpai x ingat akhirat...

__________________
|||BATU|||


Senior

Status: Offline
Posts: 296
Date:

ini lah yg patut kerajaan laksanakan dari dulu...


bile pembangkang kata UMNO Islam Ada Hari marah...


keluar kenyataan mcm2 tapi abuk pun tarakkkkk



__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

Assalamualaikum...


Bagus gak buat camnie... tapi pokok pangkal iman umat nabi ..... kalau takda iman memang masuk jugak.. pasang pengawal pun tak guna.. jolok duit gerenti leh masuk.... sepatutnya kener beratkan sikit hukuman undang˛ yang memasuki kawasan maksiat seperti disko.. karoeke.. dan tempat judi cam genting... banyakkan operasi kalau boleh setiap malam ....dan tambahkan kakitangan penguatkuasa di seluruh negeri... nie takder.. penguatkuasa tak sampai sepuluh nak cover ribuan rakyat di setiap negeri... kalau ditambahkan bagus.. sekurang˛nya masalah pengangguran dapat diatasi...


 


///Cheng,Melaka///



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 97
Date:

Nak dikuat kuasa camaner lagi..??? Hari ni tangkap , besok dah buang kes..apa maknanya buat operasi??? menghabiskan duit kerajaan jerr...

__________________
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

duit tu simpan ler.


buat kasi makan anak beranak lagi baik. dpt gak pahala.


ni kalo gi tempat cam tu, kalo nasib tak baik kantoi, HA MALU. SATU MALAYA TAU.


 



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Veteran

Status: Offline
Posts: 97
Date:

KUALA LUMPUR, 21 Feb - Benarkah wujud tekanan politik ke atas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Haji Ramli Endut dalam kes Jeslina Hashim? Persoalan ini makin hangat apabila beliau dilaporkan bersara lebih awal pada hari ini dengan mengadakan majlis perpisahan.


Jawi dilaporkan mengadakan Majlis Perpisahan sempena persaraannya di pejabat beliau pagi tadi.


Bagaimanapun timbul desas-desus di kalangan kakitangan dan orang ramai yang mempertikaikan soal persaraan Ramli yang dilihat seperti ada usaha memberi tekanan kepada beliau untuk bersara lebih awal.


Menurut sumber, Ramli sepatutnya bersara pada 21 Mac ini dan bukannya pada hari ini.


Ini berikutan isu pembatalan dakwaan ke atas pelakon, Jeslina Hashim dan rakan-rakannya yang ditahan penguatkuasa Jawi pada 13 Januari lalu di Kelab Malam The Zouk.


Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad, pada 15 Februari 2005, Jawi telah mengeluarkan kenyataan membatalkan saman ke atas Jeslina berikutan arahan daripada pihak Kabinet.


Bagaimanapun katanya lagi, keputusan itu dibuat sehari sebelum kabinet bermesyuarat.


"Ini menunjukkan sebenarnya ada tekanan yang dikenakan ke atas Ramli atau Jawi dalam meneruskan dakwaan mereka terhadap pelaku maksiat itu,"tegas Idris.


Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang medianya di Harakah sebentar tadi selepas kunjungan rasminya ke Unit Editorial Harakah.


Kata beliau, menurut sumber dari kakitangan Jawi, selepas beberapa jam Jeslina dan beberapa anak kenamaan ditahan di The Zouk, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Jalil telah menelefon pihak Jawi.


Tambahnya, Shahrizat telah memaki-hamun penguatkuasa Jawi seawal waktu Subuh pada hari kejadian berikutan tindakan penguatkuasa Jawi menahan Jeslina dan rakan-rakanya.


Beliau kesal dengan insiden itu dan menyifatkan antara punca yang mungkin sekali mengakibatkan Ramli berhenti lebih awal ialah tekanan yang dikenakan ke atasnya.


Dewan Pemuda PAS seterusnya mengecam tindakan itu dan mencabar kepimpinan negara yang lantang menyebut konsep Islam Hadhari supaya memperjelaskan kemaslahatan yang berlaku.


Sementara itu, seorang kakitangan Jawi yang dihubungi berkata, majlis yang diadakan pagi tadi dihadiri lebih 1000 jemputan di kalangan orang kenamaan dan awam.


Ujarnya, beliau kesal Ramli sendiri berhenti dalam keadaan Jawi dimalukan oleh pelaku-pelaku maksiat yang mendapat perlindungan kerajaan.


"Saya malu, kerana tekanan politik Jawi terpaksa beralah kepada pelaku maksiat yang terang-terangan menghina perundangan Islam,"kata beliau yang enggan namanya disiarkan.



__________________
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:
TUTUP DULU... baru laksana...


HERMMMM... saya minta kerajaan HADHARI kita sekat dan tutup terus DISCO ini yang mana memng mencemarkan imej sebagai negara islam. memang lah susuh kalau nak tutup terus, tapi dengan cara musyawarah dnngn PIMPINAN atasan boleh di runding. mungkin menguat kuasakan kadar limit waktu disco beroperasi dan kawalan dari pihak keselamatan pun kena TEGAS juga.


macam baru2 nie, satu kes di tempat saya (BANDAR PERDA). satu disco namanya EAGLE amat famous sekali. dulu tempat dia kecik saja kat pekan Bukit mertajam (BM), la nih kalau sedara-sedara tngok pun sure terkejut macam KOTA ISTANA pa bila di malam hari sebab di pindah ke situ pasai tempat tu besaq skit dari yg lama. haaaa, tu baru kat seberang sini, island sana tak kira lagi.


yang saya MAKSUDkan dari situ bukan apa, sampai tiap2 malam bunyi dum-dam,dum-dam sampai dengaq kat umah kondo saya. nih? mana pihak berkuasa? mana jabatan agama? takkan lena saja. mmng la, baru nih diadakan serbuan di sana (disco eagle) dan ramai anak-anak muda, mak-mak janda & betina-betina indon amnya kena malam tu. kena plak kess disko separuh bogel. tapi, di esok harinya BUKAK balik. tak kira sampai ke pagi laaaa depa dok bersuka riaaa... hangin sungguh.


penah satu mlm saya pi meronda tngok donia, time tu kita baru lepas raya haji dan takbir raya pun tak habih lagi. ada manusia dok mabuk-mabuk di sana, sampai ke pagi (tempat tu jugak laa) taktau laaa apa nak jadi. melayu - cina - paria suma adaaaa. tapi, yg sedihnya tu anak-anak muda melayu dok tunggang botoi aram jadah tu, open-open sekilas mata saya. hanya jiwa dan perassan saja yang tau time tu... sedihhhh sangat2...


nih, macam mana nak larang??? meluat dah saya dok dengaq... kerajaan sama, pembangkang apa tah lagi. ya la, macam kat belah penang ada tmpat kawasan cina (DAP) lagi teruk sosial disconya. yang depa tau (PAS) dok canang tabur fitnah macam-macam pasai UMNO kata negara islam hadhari. tapi, sama-sama depa pun tak sepakat. PAS cara PAS, UMNO cara UMNO. Negara tetap juga bergolak, tak bersatu. tu la, pandai cakap tapi, tak laksana. mmang lah tadak kuasa, tapi, apalah salah kalau di rancang dan di laksana menurut al-quran dan as-sunnah.


kalau nak ikut fasal isu artis masuk disco kena rush  ngan JAWI & JAKIM tu naik mengkelan dah saya dok baca dan dengaq. bukan apa, nanti ada laaa masuk court(mahkamah) suma nak lawan dan menang. macam spt pemimpin negara memarahi pihak JAWI tempoh hari. nie laaa... masyarakat majmuk... aduhaiii...


kalau nak kira masalah fasal sosial nih lagi teruk, tu tak kira lagi fasal isu murtad, isu buang anak, rogol, macam-macam lagi laaa. tambah kan pula fasal isu disco nihh... cam hampeh saja nak cerita. hanya buleh dengan dan sembang saja laaa. kata sana, kata sini. tapi, tetap tak berisi.


kalau laksana ISLAM HADHARI oleh KERAJAAN memang sesuatu yang MUTLAK. tetapi, kena juga berbalik pada landasan al-quran dan as-sunnah. baru AMAN dan MAKMUR. seperti kata PAKLAH (ayahnda paduka) CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG. Bagi saya, nawaitunya amat baik untuk rakyat malaysia. tetapi, kan hak induvidu sendiri nak lukiskannya. baik buruk pada kita juga. pasai isu apa-apapun hak rakyat juga.


tak tau laaaa, dengan org kita hari ini. macam-macam dok ada. yang pasti, pandai-pandailah bawak diri & jaga peribadi. Jangan pula nanti kita kesali dengan apa yg terjadi pada hari ini. Alamat dan amaran dari ALLAH sudah kita SEDIA maklum. cuma kita, hanya mampu berserah pada-NYA tetapi kenalah laksana apa yg di minta, di suruh dan di tegahnya.


Kita la nih, sangat2 terikut dngn budaya barat sampai kita sendiri di racun dengn muzik-muzik yg memudarat dan melaghakan, dengn fasyen-fasyen, sosial barat, cam macam2 lagi laaa...tak larat nak habaq sampai naik penat. haiihhhhhhhh...


bila lah bangsaku nak berubah dan sedar dngn apa yg berlaku.


sampai bila nak jadi macam nie??? dengan apa kita nak buat???


pandang-pandang, fikir-fikirkan lah...


cuma saya minta, kita perkukuhkan lagi UKHWAH PERJUANGAN kita ini. bukan apa, hanya tempat kita saja ada perjuangan dan ada MELAYU. kengkadang tu sedih dengan bangsa sendiri, pasai yang buat pasai pun bangsa sendiri jugak. hermmm... apa boleh buat dah nasib badan...


*p/s:- melay dilema...



__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:
RE: Syor tampal notis larang umat Islam ke disko


tolong berhenti bersembang tentang politik, ingat sikit jangan sampai pekida ni orang kata parti politik pulak... tugas kamu semua pejuang agama bangsa dan negara, bukan ideology politik.. jangan pesong kan janji kamu.. apa kehal la ni... tak faham la aku...  lantak korang la dah diberi nasihat tak mau dengar.. bang mas kena beri kursus lanjutan ni... maaf bang mas.. goram den ngan derang ni

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

keh keh keh


sabau jang



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

kihkihkih  lek arr ...

__________________
aidil


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

hai...apa nak dibuat? sekarang ni memang teruk, tambahan lagi budak2 muda...saya sendiri fikir pun pening kepala...


pada pendapat saya, rush tak perlu selalu dibuat, tapi penguatkuasaan dan ketegasan terhadap undang2...Jangan dijolok not hijau pekat dan not merah dah kelabu mata...


Perihal Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Haji Ramli Endut...Saya memuji langkah beliau...Cuma apabila tekanan diberi oleh kabinet @ pihak atasan, sesiapapun saya percaya akan letak jawatan...Kita sudah laksanakan hak kita dalam tegur menegur sesama Muslim dan Muslimah...Bagi yang taktau hukum hakam tu (@pun buat2 taktau hukum), biar Allah jer yang membalasnya...




__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard