quote: Originally posted by: zerofill "alahaiii zackbikers dah menjejeh kelantai dah ayaq lioq ni.... tapi apo kan dayo kek serdang ni cendoi mamak saja yang ado, mamak yang buek cendoi tu den tak berkenan tol... kuku panjang ekekeke "
Hang tolong la belikan mamak tu pengetip kuku. Kalau tak pun tolong mamak tu buat manicure, baru bersih mamak tu. Selera nak layan cendol dia.
Saya tahu anda bersemangat tinggi, berilmu agama yang tinggi, mempunyai kesedaran yang tinggi. Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) sangat memerlukan keterampilan insan seperti anda.
Cuma saya rasa agak keterlaluan kita menghujat ahli yang kononnya tidak bermaruah atau menggadaikan pertubuhan untuk kerja yang kurang elok. Mereka itu juga saudara kita. Mereka itulah yang harus kita didik dan jaga, kita bentuk dengan lemah lembut agar jadi aset kepada perjuangan ini. Kerana jika kita hentam mereka, sebenarnya kita hentam diri kita sendiri kerana gagal membentuk mereka. Meludah ke langit akan jatuh ke muka sendiri...
Nah... Pak Lah dah sarankan agar kita cuba bentuk mereka, ubah haluan mereka. Untuk mengubah haluan anak sungai mudah, tetapi mengubah haluan dan cara hidup manusia amat berat sekali ... kata Pak Lah..
Kerana itulah di tubuhkan UNIT R&D, LATIHAN DAN PERHUBUNGAN AWAM INI. Kita didik dan dakwahkan ahli kita sedikit demi sedikit, secara berpusat, secara teratur... agar dapat membentuk satu faham, yang akan menjadikan kita kurang berselisih faham, mampu nanti untuk bersatu hati. Anda boleh dapatkan talipun saya di muka depan, atau PM saya, kerana ingin sekali berkongsi module dalam program latihan yang di minta Dato Presiden agar dilaksanakan dengan meluas ke seluruh negara. Saya yakin dati statement anda yang anda ada sesuatu yang boleh di kongsikan.
Apa yang sering kita bincangkan di sini adalah hanya pada ketetapan hukum dan rukun Islam sahaja. Kita lupa bahawa rukun dan hukum hakam itu hanya boleh berkesan apabila ia datang hasil dari pendidikan yang meyakinkan, menghasilkan Iman yang kental... RUKUN IMAN. Itulah proses pendidikan umat yang rasulullah laksanakan selama 13 tahun di Mekah, ketika pengikut yang dulunya sudah Islam hasil perjuangan nabi terdahulu, kembali jahil. 10 tahun BAKINYA barulah masuk fasa pendidikan hukum, yang terasa mudah di ikuti dan ditaati kerana umat telah faham dan yakin kenapa dan mengapa hukum itu perlu di ikuti...
Kita menghujat adik beradik kita atas kelakuan mereka, namun apa yg telah Pekida buat selama 22 tahun...? mana pusat tarbiahnya, apa aktiviti ekonomi yang menghasilkan dana agar selesa kita buat kebajikan, melainkan selalu kita meminta minta dari satu pihak utk buat kebajikan kepada yg lain... mana aktibiti ekonomi yg mampu memberikan peluang kerja kepada adik beradik kita...? mana module pendidikan yg selaras untuk sama sama kita tarbiahkan ahli kita..?.. mmmmm banyak lagi yg harus di kaji dan kita usahakan...
Akhir sekali... ingin saya ingatkan bahawa Islam harus di bangun dengan cara yang lemah lembut... wal yatallattof (surah 18, alkahfi ayat 19 - inti alquran). Dengan cara bilhikmah, dengan bijaksana... fatonah... dengan ikhlas dan hajat hanya untuk mentauhidkan, mengesakan allah saja (surah al-ikhlas)... Toleransi dan perdamaian adalah pendekatan yang rasulullah lakukan sebagai strategi yg paling tepat dan berkesan. Sewaktu perang Badar pun, ramai lagi umat yang meminum arak sebelum berangkat ke medan perang... hingga Sayidina Omar merungut dan minta agar rasulullah jatuhkan hukum haram pada arak untuk mereka... tapi MEREKA ITU SANGGUP IKUT BERJUANG, KERANA TELAH ADA BIBIT KEYAKINAN... KEIMANAN... itulah yang kita ambil kira.
Lihatlah ayat terakhir turun dari surah 5, AlMaidah, surah hidangan ayat 3... di situ baru ditekankan tentang hukum hakam... arak, judi, bangkai, babi dll... inilah step atau pendekatan kita. Kita berdakwah dengan kasih sayang pada ahli ahli kita sendiri... jika ini berjaya, pasti ia akan dapat menarik atau mendakwahkan orang lain... tak perlu kita kata lagi, mereka akan suka dan yakin sendiri dengan kita... tertarik dan akan berbondong bondong ikut kita... bukan membenci kita sepertimana kita membenci diri kita sendiri sekarang ini ...
So, ayuh bersama bantu R&D mendidik ahli, mengusahakan program ekonomi agar adik beradik yang ingin mengubah haluan ini dapat kerja yang sesuai dan mampu menyara anak isteri... kasihani lah mereka... tegurlah dengan kasih sayang ... tegurlah dengan nama allah (bismillah)... dengan fahaman dan pendekatan yg allah sarankan... baru dapat rahmat (Rahman) dan kasih sayang (rahiim).
Maafkan saya jika kenyataan ini tidak di senangi... walau apa pun ... dengan rendah diri saya jemput saudara kongsikan kehebatan pengalaman dan ilmu saudara di kajang untuk merangka tarbiah lebih berkesan kepada saudara saudara kita. Atau saudara boleh buat di mana saja untuk kami ikut serta dan turut merasai kehebatan dan keberkesanan ilmu saudara.
Terima kasih sekali lagi atas keperihatinan saudara. Semuga kita dipertemukan di alam nyata, setelah kenal di alam cyber ini untuk menuju ke arah kejayaan perjuangan ini.
-- Edited by pekida at 11:27, 2005-02-24
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Terima kasih sekali lagi atas keperihatinan saudara. Semuga kita dipertemukan di alam nyata, setelah kenal di alam cyber ini untuk menuju ke arah kejayaan perjuangan ini.
mari lah kita berkungsi bersama pengetahuan >>> saya cetek ilmunya . ///
quote: Originally posted by: zerofill "wah cantik nick anda "soldierof Allah, betul ker makna nya lashkar Allah? so apa hala tuju anda, apa ikhtiar anda? bercakap jer ke kerja anda? kalau nak mencari salah maka salah yang anda jumpa, jika kebenaran yang anda cari, kebenaran la yang anda dapat... so anda nak duduk diam lagi ker? bila anda nak perbetulkan kesalahan yang anda nampak tu? maaf abang abang semua... ramai yang terlalu pandai bercakap skrg ni. tapi buat kerja tak dak.. "
Salam...
Harap saudara askar Allah nih menjawab segala persoalan diatas....
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
Saya menyokong apa yang kanda Mas katakan. Bukan kerana menyokong membabi-buta, tapi kerana kata-kata berdasarkan Kitab Al-Quran iaitu ibu kita semua. Renung-renungkanlah.
Relax...relax....relax..... adik beradik ku sekalian......... Nie semuanya ujian yang datang dari Allah s.w.t. Cuba renungkan sebentar... Pertubuhan kita dicaci dan dihina sehingakan menimbulkan kemarahan bak semarak api..... Kita semua haruslah tabah dalam memperjuangkan Jihad Allah. Seperti yang kita semua tahu, Baginda kita Rasullullah s.a.w juga pernah memperjuangkan agama islam di zaman beliau.... Beliau juga turut dihina, dicaci, di baling batu dan perbagai lagi kelakuan yang dilakukan keatasnya oleh segelintir kaum yang menentang agama islam. Tapi bagaimanakah beliau menghadapinya dengan penuh tabah dan kesabaran. Begitu juga dengan serangan Syaitan yang datang didalam forum kita ini. Oleh yang demikian kepada saudara-saudaraku sekalian, jadikanlah ajaran yang telah ditinggalkan oleh Baginda kita Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu kekuatan minda dan fizikal untuk kita terus sambung dan memperjuangkan Amanah yang telah ditinggalkan oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan ada hikmah disebaliknya......
<"Sabar itu separuh dari iman">
"wah cantik nick anda "soldierof Allah, betul ker makna nya lashkar Allah? so apa hala tuju anda, apa ikhtiar anda? bercakap jer ke kerja anda? kalau nak mencari salah maka salah yang anda jumpa, jika kebenaran yang anda cari, kebenaran la yang anda dapat... so anda nak duduk diam lagi ker? bila anda nak perbetulkan kesalahan yang anda nampak tu? maaf abang abang semua... ramai yang terlalu pandai bercakap skrg ni. tapi buat kerja tak dak.. "
p/s: Bak kata pepatah orang-orang tua, Ibarat setandan pisang, belum tentu semua isinya boleh dimakan. Mesti ada sebiji dua yang busuk. Tapi, yang busuk tue kalau di kumpul banyak-banyak kan boleh dibuat cekodok ker, lemping ker dan boleh dimakan bersama-sama betul tak
MAAF TERDAHULU,SEKARANG NI SIBUK SIKIT LAMA TAK BUKA PAGE NI,TIBA TIBA BUKA TERPERANJAT JUGA ADA BERITA YANG MEMERANJATKAN,SIAPA SOLIDIEROF _ ALLAH NI ?TAK PANDAI NAK RESPECT DR MAS KE/ YANG SENTIASA NAMA BAIK WEB PAGE NI DAN JUGA AHLI AHLI JAWATAN KUASA R & D KAJANG,JANGAN SEKALI SEKALI KITA BUAT ANDAIAN ATAU STATEMENT KALAU KITA SENDIRI TAK TAHU APA CERITA SEBENARNYA,SEBENARNYA SAYA KESIAN KEPADA SOLDIEROF _ALLAH NI.SEBELUM ANDA TERSESAT LEBIH TERUK SAYA CADANGKAN SAUDARA PERGI LA KE R&D KAJANG DAN BELAJAQ BETUL BETUL DGN DR MAS KITA TU DAN ADIK ADIK SERTA ABG ABG YANG LAIN.
SAYA HARAP SAUDARA JANGAN LAH BUAT LAGI STAMENT YANG TAK MASUK AKAL NI DAN BERTAUBAT YE LA TAKUT PULA KENA TUKAR NICK BARU RESIDENT OF NERAKA_JAHANAM 7.LAGI LA TAK DAPAT NAK NOLONG SAUDARA.
quote: Originally posted by: ungkuomar "Assalamualaikum/// Sebelum perkara ni jadi panas/// elok rasa nya penghantar artikel ni baca artikel dari Dr. Masjuki ; FORUM UNTUK TIMBA ILMU BUKAN UTK MENGHUJAT..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T KEPADA SELURUH WARGA FORUM DAN ADIK BERADIK SEPERJUANGAN SEMUA... ABANG NAMPAK SEJAK AKHIR AKHIR INI RAMAI YANG SUKA AMBIL PELUANG ATAS KELONGGARAN PENGURUSAN WEB INI, RAMAI YANG TIDAK TENANG DALAM MELONTARKAN HUJAH... ARAHAN DATO DAN AYAH IALAH AGAR DI DELETEKAN SEGERA POSTING YANG MEMANASKAN... TIDAK KIRA DARI SIAPA SEKALIPUN. KITA SEMUA HARUS INGAT... WEB KITA DI PERHATIKAN OLEH RAMAI PIHAK DI LUAR SANA, DARI PIHAK AKHBAR, DARI PIHAK KESELAMATAN, PIHAK AWAM, AHLI DAN BUKAN AHLI JUGA... JADI JIKA KITA TERUS MENGHUJAT DAN MEMFITNAH DI SINI, SEGALA GALANYA DAPAT DI BACA OLEH ORANG LUAR DAN IA AKAN MENJEJASKAN IMEJ PERJUANGAN KITA, IMEJ PEMIMPIN KITA, TERUTAMA IMEJ KETUA NEGARA YANG MENAUGI KITA, YAB PAK LAH SENDIRI. OLEOLEH ITU KANDA HARAP AGAR KALIAN TIDAK GUNAKAN LAMAN WEB UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH YANG PANAS PANAS... KERANA IA TIDAK AKAN MENYELESAIKAN MASALAH, MALAH AKAN JADI MAKIN KUSUT. SEMALAM KANDA LETIH SANGAT, PUKUL SEMBILAN PAGI BARU DAPAT MASUK TIDUR... LEPAS TU BENGANG SIKIT KAT BUDAK-BUDAK YG MAIN DOWNLOAD BENDA TAK BERGUNA DI KOMPUTER UTAMA, TERMASUK VIRUS SAMPAI INTERNET DOWN. MALAM BARU KANDA DAPAT MASUK PAKAI DIAL UP... TERKEJUT JUGA DENGAN POSTING PANAS YANG TERPAKSA KANDA DELETEKAN, SEBAB ARAHAN JELAS BAHAWA JANGAN LAGI DI IZINKAN ISU PANAS DAN PROVOKATIF DALAM FORUM. IA LARI DARI MATLAMAT ASAL MENGUJUDKAN FORUM DAN WEB INI. DAN ITU HAK MUTLAK R&D... SEBAB IA ATAS USAHA DAN BIAYA R&D SENDIRI... TAK KAN KANDA RELA NAK TENGOK KITA SIAPKAN PISAU UTK ORANG CUCUK TUBUH KITA SENDIRI... ? KALAU MASIH NAK MENGHUJAT JUGA... MASUKLAH ATAU BUKALAH WEB LAIN... OLEH ITU JIKA ADA POSTING YANG KAMI DELETEKAN, HARAP DAPAT DI FAHAMI. BUKAN TIDAK INGIN MENGAKUI KESILAPAN, ATAU INGIN MENERIMA KRITIKAN, SEKADAR INGIN MENDIDIK AGAR BELAJAR MENYALURKAN SARANAN DENGAN SOPAN DAN BERADAB, DENGAN ANALISA SERTA BUDI BAHASA. KASIHAN AKAN MEREKA YANG TIDAK FAHAM, TERUTAMA ORANG LUAR, ADIK ADIK BARU YANG BARU INGIN BERJINAK DENGAN PEKIDA TERKEJUT DAN BINGUNG MELIHAT POSTING YANG KURANG JELAS HALA TUJUNYA... JIKA ADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEMUSYKILAN, ATAU MEMERLUKAN PENJELASAN YANG BERSIFAT PERIBADI DAN SENSITIF, BIAR APA BENTUK PERKARA ATAU PERMASALAHAN SEKALIPUN, BIARPUN IANYA MENYENTUH SECARA LANSUNG TENTANG PERJALANAN DIRI KANDA SENDIRI, PERJALANAN R&D, AYAHANDA, YB DARO PRESIDENT, IBU PEJABAT, DAN APA SAJA... SILALAH DATANG JUMPA KANDA ATAU EMAIL ATAU PM SECARA TERUS PADA KANDA, KUT MUNGKIN ADA YANG BOLEH KANDA BANTU... TAPI HARUS TENANGKAN FIKIRAN DAHULU... KITA SEMBANG SECARA RATIONAL, ANALYTICAL, ... BUKAN EMOTIONAL DAN RADICAL / KRITIKAL... SELAIN DARI ITU, KANDA SARANKAN AGAR SAMPAIKAN POSTING DENGAN JELAS, TERUTAMANYA JIKA IANYA DIKETAHUI AKAN MENIMBULKAN KRITIKAN ATAU PERSOALAN, GUNA LAH NAMA SEBENAR, TINGGALKAN EMAIL DAN NOMBOR TALIPUN SEBAGAI BUKTI KITA JELAS MAKSUD TUJUAN, DAN JELAS NIAT PENYAMPAIAN, IAITU UNTUK TUJUAN PEMBAIAKAN BUKAN KEROSAKAN. KERANA JIKA IA MENGGUNAKAN NAMA SAMARAN DAN KAEDAH HIT AND HIDE, HIDE AND SEEK, BALING BATU SEMBUNYI TANGAN, IA TIDAK LAIN HANYA MENGUNDANG KECDAMAN, SANGKAAN DAN PELBAGAI MASALAH YANG SEMAKIN MERUMITKAN... YANG DEMIKIAN ITU AKAN JADI LEBIH BAIK PERJALANAN NYA DAN LEBIH BAIK KESUDAHANNYA... INSYAALLAH...! WASSALAM.__________________***Ketua Hamba Allah di Barisan Taskforce R&D***
p/s : Sudahler tiada pengenalan, masuk jer terus nak hentam... apparaaaaaaaaa!!!-- Edited by pekida at 16:15, 2005-02-24"
Hangpa kene dengar jugak pendapat org lain. Takleh buat tutup mata lepas tangan saja. Bende dah memang betul. Ramai pemuda pekida menjual nama pekida dan jadikan pekida sbg lesen memukul org dan menunjukkan samseng. Yang pedihnya org Melayu kite sendiri yg beragama Islam yg dipukul hinggakan ada yg patah tangan. Tidak guna sesiapa cuba berunding dgn pemuda2 pekida nih krn di dlm minda mereka pukul, pukul, bunuh. Saya bukan apa tapi nak hangpa turun sendiri tgk tingkahlaku pemuda2 pekida nih terutama atas jalanraya. Ape pun saya lebih rela mati demi Allah drpd menegakkan pertubuhan yg memusanahkan bangsa dan agama sendiri. Hangpa nak bunuh saya pun saya tak kesah kerana saya yakin saya cuba menegakkan agama Islam sebenar. ALLAHUAKBAR!!!!
Saudara Mahfooz,kami di R&D bukan seperti apa yang saudara sangka...Kami bukan dari golongan yang nak merosakkan Islam,meruntuhkan ummah,dan yang penting tiada siapa yang akan mengeluarkan isu bunuh-membunuh,itu sama sekali kita telah lari dari landasan yang diwariskan Rasulullah,Al-Quran & Sunnah,apa saja yang kita lakukan haruslah berpandukan 2 warisan tersebut.
Sepertimana yang diketahui umum,ini adalah salah satu cara berjuang dimana pada zaman ini,pedang sudah tumpul bahkan sudah tidak mampu mempertahankan nasib sesuatu bangsa.Malah dengan media,kita mampu mempertahan,memperjuang & menaik taraf bangsa kita.Diluar,orang sibuk mengejar ilmu,apa tujuannya?,kalau tidak untuk memperkemas diri bagi menghadapi dunia sekarang.
Tak perlu rasanya saya berpanjang lebar mengenai isu ahli Pekida yang saudara kata.Pada saya,itu semua memang menjadi kewajipan kita untuk merubah tabiat buruk adik beradik tersebut dan kami masih dalam proses tersebut,dan yang penting,untuk melawan api bukan dengan cara menggunakan minyak tapi menggunakan air,dan apabila menggunakan air tidak pula disimbah begitu saja kerana kita harus memastikan sisa dari api itu tak berselerak,saya harap saudara faham.
Mengenai kritikan dari soldierof_Allah,mungkin dia berniat baik,namun dengan membuat kenyataan secara terbuka ini,dia telah memesongkan tujuan asal R&D dibawah pimpinan Abang Mas untuk menjadikan web ini kepada 'laman untuk isu hangat','laman untuk berdebat' dan 'laman untuk menjatuhkan'.
Semoga kita semua sedar akan kelemahan diri masing2 dan apabila sedar,semoga kita merubahnya kepada jalan yang lebih baik dan diredhai.
Yang BAIK datang dari Allah & yang BURUK adalah dari saya sendiri,Semoga diberi petunjuk dari-Nya kepada saya dan saudara2 yang lain.
quote: Originally posted by: Mahfooz " Hangpa kene dengar jugak pendapat org lain. Takleh buat tutup mata lepas tangan saja. Bende dah memang betul. Ramai pemuda pekida menjual nama pekida dan jadikan pekida sbg lesen memukul org dan menunjukkan samseng. Yang pedihnya org Melayu kite sendiri yg beragama Islam yg dipukul hinggakan ada yg patah tangan. Tidak guna sesiapa cuba berunding dgn pemuda2 pekida nih krn di dlm minda mereka pukul, pukul, bunuh. Saya bukan apa tapi nak hangpa turun sendiri tgk tingkahlaku pemuda2 pekida nih terutama atas jalanraya. Ape pun saya lebih rela mati demi Allah drpd menegakkan pertubuhan yg memusanahkan bangsa dan agama sendiri. Hangpa nak bunuh saya pun saya tak kesah kerana saya yakin saya cuba menegakkan agama Islam sebenar. ALLAHUAKBAR!!!!"
SALAM KUIT, PENUH UKHUWWAH ... (terpanggil si jahil nih nak menulis....)
Berdakwah biar berhikmah.....
Berkata biar MANIS...
Berjuang biar bertempat...
Beradap biar TERSUSUN....
mintak maaf jika dinda mencelah....nak tolong buat ayaq sket....kanda tolong lah rasa ya..kot kot kalau payau ka pahit ka.....
Tiap "KITA" ada tanggungjawab... TEGAKKAN PANJI ISLAM... Tapi, pendekatan mungkin berbeza...mungkin Kanda berjuang menggunakan Senapang, Dinda berjuang menggunakan PEDANG. Wujud pelbagai cara... janganlah disebabkan Dinda gunakan PEDANG, kanda katakan tak betul. Di dalam peperangan sebenar pun wujudnya konsep ini... satu team pakai senapang, satu team pakai bazooka, satu team pakai kereta kebal...satu team pakai kapal terbang....dll. Yang penting, kita saling bekerjasama...BERSATU-PADU.
Tunjukkan cara agar dinda pegang PEDANG nih dengan BETUL, sekiranya Kanda yang pakai senapang tahu/arif tentang ilmu yang Dinda gunakan ni.
AMBILKAN GALAH TOLONG JOLOKKAN. Kalau nak tolong JOLOK, biarlah MAMPU dan YAKIN nak kemudikan. Tidaklah nanti melengahkan masa Dinda untuk MERASA Cempedak nan MANIS.
Diam bukan bererti BARUA. Bising/Kecoh bukan bererti BERJASA. Mana tau, si DIAM lebih tinggi MARTABATnya di sisi ALLAH yang MAHA MENILAI?
Memang Dinda tak termampu mengambil tindakan atau menghukum Adik-Beradik di luar sana. Tapi, dinda percaya... selagi ADAB-SOPAN dan TERTIB TINGKAH LAKU di jaga, insyaALLAH tiada masalah yang akan timbul. Bahkan mungkin boleh menjadi modal MALU ALAH untuk mereka?
Mintak maaf jika terkasar bahasa, jika ada sudi2x kan lah tegur.....
Jika berdasarkan hujah saudara Mahfooz,saudara adalah seorang insan yang ingin berjihad kejalan Allah,namun saya sarankan agar saudara Mahfooz dapat kiranya menghadiri program di R&D bagi proses kefahaman TETAPI pastikan saudara hubungi Abang Mas dahulu.Jika saudara membawa nawaitu yang suci,pasti Abang Mas dan kami adik-adiknya menerima saudara dengan hati yang baik.
Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kita kepada-Nya...InsyaAllah.
Jika ada kesedaran, satu hari nanti semua manusia akan kembali ke pangkal jalan..dunia semakin mencabar...gitu juga kehidupan...hanya kesabaran, keimanan & ketaqwaan menjadi teras..apapun, Takdir penentu segalanya..
Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada ALLAH. Tangan ALLAH di atas tangan mereka, maka barang siapa melanggar janji maka akibatnya akan menimpa dirinya sendiri dan barang siapa menepati janjinya kepada ALLAH maka ALLAH akan memberinya pahala yang besar... ( AL-FATH 26 ayat 10)
Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada ALLAH. Tangan ALLAH di atas tangan mereka, maka barang siapa melanggar janji maka akibatnya akan menimpa dirinya sendiri dan barang siapa menepati janjinya kepada ALLAH maka ALLAH akan memberinya pahala yang besar... ( AL-FATH 26 ayat 10)
quote: Originally posted by: MaTkapaL "assalamualaikum Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada ALLAH. Tangan ALLAH di atas tangan mereka, maka barang siapa melanggar janji maka akibatnya akan menimpa dirinya sendiri dan barang siapa menepati janjinya kepada ALLAH maka ALLAH akan memberinya pahala yang besar... ( AL-FATH 26 ayat 10) -- Edited by MaTkapaL at 08:07, 2005-02-27"
Mohon check dulu sebelum repeat posting wahai dinda semua. Alfath adalah surah 48, bukan 26.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Originally posted by: soldierof_ALLAH "PEKIDA DAH MULA MENGARUT... PEKIDA DI AMBANG PEPECAHAN... PEKIDA TERPESONG TERLALU BANYAK... MANA HILANGNYA JEMAAH, KEBANYAKKAN JEMAAH SEKARANG MENJADI BARUA... TIDO... PENTINGKAN DIRI SENDIRI... PEKIDA HARUS MENCARI PEMIMPIN YG CUKUP AGAMANYA... WALAUPUN KITA TAHU ILMU AGAMA TIDAK AKAN ABIS KITA TUNTUT SAMPAI KE LIANG LAHAD... TAPI BIAR LA SESORG YG HENDAK MENJADI AYAHANDA TU TINGGI ILMU AGAMANYA... DAN YG NAK BAGI JAWATAN TU BIARLAH ADA TAULIAH... DLM PEKIDA SKRG TERLALU BANYAK DURI... MARILAH KITA SESAMA CABUT DURI YG TERLEKAT TU... JGN SAMPAI DAH BERNANAH BARU NAK DIUBATKAN... KEBANYAKKAN JEMAAH YG MUDA TERUTAMA DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR BERPELESIRAN DI KELAB MALAM. MASJID TAKMO PEGI... MASIH BANYAK YG MINUM AIR KENCING SYAITAN... MENDABIK DADA SESAMA JEMAAH... TIDAK MELAKUAKAN FARDHU KIFAYAH DGN BETUL... MANA KATA SEMANGAT HANYA TAHU CKP SAJA TIDAK GUNALAH AYAT AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR INI... RENUNGKANLAH... "
Assalamualaikum sekali lagi Soldier of Allah
Erm....sungguh murni niat saudara Soldier of Allah. Disebalik kata-kata yang kasar itu, terselit satu rasa hati bagi membetulkan Pekida. Nampaknya tujuan kita serupa, tapi adakah pelaksanaannya sama? Kenapa caranya tak sama? Bagi kami, apa salahnya lakukan dahulu baru dihebohkan kejayaan perlaksanaannya. Janganlah kita bertempik disini hingga terdengar oleh musuh segala strategi kita. Sekejap sahaja kena cantas atau kena kutip. Cuba renungkan maksud surah Al-Khafi Ayat 20.
"Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama lamanya."
Kalau apa yang ada dalam surah itu berlaku pada saudara, apa hasilnya? Sia-sia.
Sebenarnya ramai dikalangan kita yang sedang berhempas pulas cuba mencabut duri yang terlekat itu. Mereka di kejar, dicemuh, difitnah, ditekan dan bermacam-macam rintangan lagi mereka hadapi. Tapi mereka sabar dan terus dengan melaksanakan tugas mereka itu tanpa mengheboh atau mewarwarkan pada umum. Antaranya ialah R&D Pekida kita di Kajang. Surah Al A’raaf Ayat 159 menerangkan dengan jelas golongan tertentu itu.
Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk (kepada manusia) dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan[575].
Janganlah saudara risau, insyaallah mana-mana adik beradik yang telah tersedar itu secara automatik akan cuba mebersihkan pohon tempat mereka berlindung tanpa disuruh. Namun, gunakan cara perlaksanaan yang betul. Gunakan sistem yang Allah telah berikan. Gunakan manual iaitu Al-Quran yang Allah anugerahkan pada kita sebagai panduan. Perlaksananya di Kajang ada tersedia membantu. Insyaallah.
quote: Originally posted by: soldierof_ALLAH "PEKIDA DAH MULA MENGARUT... PEKIDA DI AMBANG PEPECAHAN... PEKIDA TERPESONG TERLALU BANYAK... MANA HILANGNYA JEMAAH, KEBANYAKKAN JEMAAH SEKARANG MENJADI BARUA... TIDO... PENTINGKAN DIRI SENDIRI... PEKIDA HARUS MENCARI PEMIMPIN YG CUKUP AGAMANYA... WALAUPUN KITA TAHU ILMU AGAMA TIDAK AKAN ABIS KITA TUNTUT SAMPAI KE LIANG LAHAD... TAPI BIAR LA SESORG YG HENDAK MENJADI AYAHANDA TU TINGGI ILMU AGAMANYA... DAN YG NAK BAGI JAWATAN TU BIARLAH ADA TAULIAH... DLM PEKIDA SKRG TERLALU BANYAK DURI... MARILAH KITA SESAMA CABUT DURI YG TERLEKAT TU... JGN SAMPAI DAH BERNANAH BARU NAK DIUBATKAN... KEBANYAKKAN JEMAAH YG MUDA TERUTAMA DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR BERPELESIRAN DI KELAB MALAM. MASJID TAKMO PEGI... MASIH BANYAK YG MINUM AIR KENCING SYAITAN... MENDABIK DADA SESAMA JEMAAH... TIDAK MELAKUAKAN FARDHU KIFAYAH DGN BETUL... MANA KATA SEMANGAT HANYA TAHU CKP SAJA TIDAK GUNALAH AYAT AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR INI... RENUNGKANLAH... "
"FITNAH ITU LEBIH TAJAM DARI SEBILAH PEDANG"
Untuk saudara soldierof_ALLAH ....ade banyak cara lagi kita boleh berwardah ...bukan begini caranya.. kita sebagai saudara islam tidak boleh dengan hanya menuding jari menyalahkan seseorang itu tanpa usul periksa ...Oleh itu ... cara terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini ialah saudara pergi menyertai,melihat dan fahami sendiri pergerakan R&D di Kajang....Jika ada ketidakpuasatian atau anda mempunyai maklumat untuk saudara kongsi kan ...anda boleh menyatakanya disana.....
p/s : Mungkin ada benar apa yg diperkatakan oleh saudara soldierof_ALLAH itu ...Jika ada !!!! dengan cara pendekatan macam mana harus kita menangani permasalahan ini??? Saya disini hanya nak mencadangkan supaya membina satu UNIT untuk mengawal permasalahan ini....Maaf kalau saya menyinggung sesapa...
"Yang BURUK itu dari saya ...Yang Mulia itu dari ALLAH"
hmm awat nya cepat melenting? open la minda tu pandangan orang luar mmg la cam tu? selama ni pun cam tu gak bak kata saudara ices tu, muhasabah diri, minta maaf banyak banyak den tak reti nak copy post surah surah, ni bukan taraf den nak copy paste, lihat saudara saudara diluar tu, jangan la tengok yang memang dah baik, mmg la mereka dah baik, cuba tengok yang nuuuun yang dah jauh dari tambatan tu.. pangai buruk tu jugak la yang dibuat, yang buruk tu la yang diperkatakan orang, rasul duduk sembunyi 13 tahun takkan kita nak sembunyi 13 tahun, maaf abang abang semua.. den masih tetap mencari dan belajar terus belajar sepanjang hayat den malah hingga kemati pun din mahu di talqinkan.. insyaallah