Sebelum tu saya akui bahawa ini adalah petikan yang diambil dari email yang diutuskan oleh seorang sahabat saya. Disini saya ingin bersama˛ saudara semua berkongsi cerita ini. Agar cerita ini kita dijadikan pedoman dan pengajaran untuk kita dan saudara˛ hingga ke ahkir hayat nanti.Kepada yg telah membaca petikan ini saya memohon maaf kerana anda terpaksa membuang masa membaca cerita ini untuk kali kedua.Jika terdapat kesilapan ejaan dalam petikan ini anggaplah ianya kelemahan dari diri saya sendiri, "Sesungguhnya yg buruk lagi lemah itu datangnya dari diri saya dan yg cantik lagi indah itu datangnya dari ALLAH SWT".
I|I
"Ini kisah perjumpaaan dua orang sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain,berbual,bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.
"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang.
"Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru akutahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.
Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.
Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periangdan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.
Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik pintar,baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".
"Lantas...??" sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan
"Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".
Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab,
"Baru sekarang aku mengetahui bahawa dia juga sedang mencari seorang lelaki yang sempurna....!!!!".
Apa ko citer ni Yunep? tak faham aku, yang aku faham dan kenyataan yagn sebenar... ko tu blum kawin lagi! ekekekekek kawin ler! ko tu dah tahap wajib nak kawin dah!
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
ajim pun cunfused...mula2 paham,sampai yg last tu la yg dtg cunfused ajim ni...maybe, pompuan tu pun mencari lelaki yg sempurna...tapi bukan lelaki yg sedang mencari itu...cerita mereka berdua sama jer...maybe la...ajim pun tak paham sebenarnya...hehehe...
__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah...
|||aJiMsEnT|||