Baiti Jannati - 'Rumahku syurgaku' adalah idaman setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Menyebutnya mudah tetapi melaksanakannya perlu pengorbanan. Benarlah maksud hadis nabi yang menyatakan empat perkara yang membahagiakan seseorang iaitu rumah yang baik, kenderaan yang baik, isteri yang solehah dan jiran yang baik. Islam juga menggariskan bahawa isteri adalah pakaian bagi suami dan suami pula pakaian bagi isteri.
Beberapa panduan untuk keluarga haraki
Solat berjamaah
Mengatur jadual untuk program jamaah dan keluarga
Isteri hendaklah sentiasa memberi dorongan pada suami dalam melaksanakan tugas dakwah dan perjuangan.
Suami menghargai penat lelah isteri di rumah melengkapkan keperluan rumahtangga seadanya
Keluarga yang menginfakkan hidupnya pada jalan Allah perlu sentiasa ada tawakkal kepada Allah
Mengurus masa dengan bijaksana.
Mengutamakan kepentingan perjuangan tanpa mengabaikan kepentingan keluarga
Mengambilberat kebajikan sahabat seperjuangan
Ikhlas, rajin, bijak dan berani
Mengajar anak-anak akan Al-Quran
Berusaha mencari rezeki yang halal. Kebebasan kewangan meningkatkan lagi komitmen pada perjuangan
Memberi sumbangan semampu mungkin
Menyusun jamaah dengan teratur dengan capaian sasaran
Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga dan pejuang Islam