Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kuliyyah Ibnu Khaldun


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:
Kuliyyah Ibnu Khaldun


Wacana Intellektual Ibn Khaldun-2 Satu Pandangan Awal
Oleh: (Dr) Ustaz Muhammad ¡¥Uthman El-Muhammady


Dalam kuliah terdahulu, kita telah melihat secara ringkas ruanglingkup wacana Ibn Khaldun dalam ¡§al-Muqaddimah¡¨nya, dari bab satu sampai empat. Dalam kesempatan ini kita boleh melihat pula perbincangan ilmunya dari bab ke-lima sampai bab ke enam.

Dalam bab ke lima beliau berbicara berkenaan dengan perkara-perkara berikut:

Umumnya bab ini berbicara berkenaan dengan pelbagai aspek usaha mencari penghidupan manusia, seperti mencari keuntungan, pertukangan, dan semua perkara yang terjadi berhubungan dengan beberapa persoalan berkenaan dengannya.

Beliau memulakan bab ini dengan membuat kenyataan berdasarkan perhatiannya:

¡§Erti sebenar dan penjelasan berkenaan dengan makanan dan keuntungan, keuntungan adalah nilai yang timbul daripada kerja yang diusahakan oleh manusia.¡¨(Tr DBP 445).

Katanya: ¡§Manusia secara semula jadinya memerlukan sesuatu untuk mengenyangkannya, dan untuk memberikan dirinya dalam semua keadaan dan tahapan kehidupannya semenjak dia dilahirkan hinggalah dewasa dan di hari tuanya.¡¨ (hlm445). Dan dia menyebutkan ayat Quran yang bermaksud:
¡§Allah Maha Kaya dan kamu semua adalah orang-orang fakir¡¨.
(S.Muhammad.48).


Katanya:¡¨Dan Allah Maha Suci Dia telah menciptakan segala sesuatu yang terdapat di dunia untuk manusia dan memberikannya kepadanya, sebagaimana yang disebut dalam beberapa ayat al-Qur¡¦an .Firmannya:

¡§Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di lanmgit dan apa yang ada di bumi semuanya (sebagai suatu rahmat) daripadaNya¡¨(S.al-Jathiyah.13). Dan ayat yang bermaksud :¡¨Dan Dia menundukkan untukmu lautan¡¨ (al-Jathiyah.12).

Katanya banyak lagi bukti-bukti kebesaran Tuhan, dan tangan manusia terhampar atas alam seluruhnya dan segala sesuatu yang terdapat di dalamnya, di mana Allah menjadikan manusia sebagai wakilNya, khalifahNya di muka bumi¡K

Katanya lagi: ¡¨dan manusia ada mempunyai bahagian dari segala sesuatu yang ada di dunia ini, tetapi sekali seseorang itu memiliki sesuatu barang maka orang lain tidak boleh mengambil barang itu melainkan dia harus memberikan sesuatu yang sama nilainya sebagai gantinya, Katanya: Oleh sebab itu bila orang sudah mempunyai kekuatan yang cukup, maka dia akan berusaha untuk mendapat penghasilan supaya penghasilan yang diberikan kepadanya oleh Tuhannya itu dikeluarkan untuk memperoleh keperluan dan kepentingan hidupnya melalui dagangan tukar-menukar. Firman Allah:

¡§Dan carilah rezeki dari sisi Allah¡¨. (al-¡¥Aqnkabut.17). Demikian seterusnya. Kemudian beliau berbicara berkenaan dengan:

ƒÞ pelbagai cara, jenis dan kaedah untuk mendapatkan nafkah hidup yang dilakukan oleh manusia.
ƒÞ Disebutkannya melalui cara pencukaian, pertanian, pertukangan, dan perdagangan.
ƒÞ Berkenaan usaha melalui menjadi petugas seperti askar dan polis dan setiusaha jabatan
ƒÞ cara-cara yang terlibat dalam kerja petugas
ƒÞ dibicarakan beliau orang mencari harta karun

Sekadar untuk perhatian secara ringkas kita kutip bagaimana beliau menyebut orang-orang di kota-kota Ifriqiyyah percaya tentang takhyul berkenaan dengan harta karun. Katanya:

¡§Para penduduk di kota-kota Ifriqiyyah amat percaya bahawa orang Franka yang hidup di sana sebelum islam telah menanamkan harta kekayaan mereka hingga ke suatu waktu yang membolehkan mereka membongkarnya kembali.Para penduduk kota-kota Timur juga menyimpan kepercayaan yang sedemikian sehubungan dengan bangsa-bangsa Koptik, Byzantium dan Parsi. Mereka menyebarkan cerita-cerita yang sedemikian, yang tidak lebih daripada cakap-cakap kosong belaka.¡¨

Kata beliau lagi:

¡§Maka seorang pencari harta karun pun datang dan menggali di tempat harta karun itu ditanam.Tetapi dia tidak mengetahui adanya azimat atau cerita yang ada hubungan dengannya.Sebagai akibatnya dia bertemu dengan sesuatu tempat yang kosong, atau penuh dengan ulat-ulat. Atau dia melihat wang dan permata ityu terbiar di situ , tetapi para penjaganya mengawalnya, lengkap dengan pedang yang terhunus.Atau bumi akan bergegar hingga dia beranggapan akan ditelan bumi dan cerita-cerita kosong atau yang sepertinya. ¡§ (hlm 453, tr DBP)¡K

Selalunya salah seorang pencari harta karun itu akan membuat maklumat yang aneh atau amalan sihir yang menakjubkan,, dan dengan cara demikian dia mengelabui orang untuk mempercayai deakwaan-dakwaannya yang lain meskipun pada hakikatnya dia tidak tahu keajaiban-keajaiban dan cara-caranya.Maka ramailah orang-orang yang lemah hatinya melakukan penggalian dengan segenap tenaganya yang ada¡K

Sebagai tambahan kepada akal fikirann yang lemah, suatu motif yang mendorong manusia supaya memburu harta karun adalah ketidakmampuan mencari nafkah hidup dengan jalan yang semula jadi untuk mendapatkan keuntungan, misalnya dengan berdagang bertani atau bertukang.Dengan demikian mereka cuba untuk mencari nafkah hidup dengan jalan memperdayakan seperti mencari harta karun, dan usaha-usaha lainnya yang tidak wajar¡KApa yang mereka tidak sedari ialah dengan melibatkan diri dengan cara yang tidak benar, mereka sebenarnya telah menceburkan diri ke dalam kesusahan, kekerasan, dan pembaziran tenaga yang lebih daripada yang sewajarnya¡K(hlm 454 tr DBP)


Katanya memberi nasihat, selepas menceritakan bagaimana palsunya pekerjaan demikian, katanya:

Maka orang yang merasa dirinya terpedaya atau diganggu oleh cerita-cerita semacam itu, hendaklah memohon perlindungan daripada Allah supaya terhindar dirinya dari kelemahan dan kemalasan dalam mencari sumber penghidupan, sebagaimana Rasulullah -semoga salawat dan salam dilimpah ke atasnya-memohon perlindungan kepada Allah daripada hal-hal tersebut.Dia menghindarkan dirinya dari jalan dan bisikan syaitan dan dia tidak menyibukkan dirinya dengan cerita-cerita yang samar dan tidak benar¡K(hlm 457 DBP)

- Berkenaan dengan pangkat dan kedudukan berguna dalam mencari kekayaan
- Berkenaan dengan kebahagiaan dan keuntungan seringkali tercapai oleh orang yang berbuat baik dengan sesuatu maksud dan pandai menyanjung peribadi sebegitu merupakan salah satu sebab tercapainya kebahagiaan.
- Berkenaan dengan mereka yang bertugas dalam jabatan-jabatan berhubungan dengan agama sebagaimana lazimnya adalah orang-orang yang bukan kaya.
- Berkenaan dengan pertanian sebagai keperluan hidup
- Berkenaan dengan perniagaan dan pelbagai jenisnya serta kaedahnya. Antaranya, katanya:

Perdagangan bererti usaha untuk membuat keuntungan dengan menambahkan modal , melalui usaha membeli barang dengan harga yang rendah, dan menjualnya dengan harga yang tinggi¡Xsama ada barang-barang itu ¡Kbiji-bijian, ternakan, alat senjata, atau bahan pakaian.Jumlah nilai yang tumnbuh itu disebut sebagai ¡§laba¡¨.

Katanya lagi:

Mengusahakan sesuatu keuntungan itu dapat dilakukan dengan menyimpan barang-barang itu hinggalah harga pasaran melambung daripada harganya yang rendah kepada harganya yang tinggi.hal ini akan mendatangkan laba yang besar.Atau, pedagang itu memperdagangkan barang dagangannya ke daerah lain sesuatu tempat di mana permintaannya adalah lebih banyak daripada yang diperlukan di daerahnya sendiri¡K(467-468 tr DBP).

- Berkenaan dengan jenis-jenis manusia yang seharusnya terlibat dalam perdagangan dan mereka yang tidak seharusnya terlibat di dalamnnya.
- Kenyataannya bahawa tingkah laku pedagang lebih rendah dibandingkan dengan tingkah laku orang-orang (dari keturunan) mulia dan raja-raja.
- Kenyataannya berkenaan dengan pengangkutan barang-barang oleh para pedagang.
- Perbuatan menyorok barang-barang makanan dan yang sepertinya
- Kenyataan berkenaan dengan pasaran rendah yang berterusan memudaratkan para pedagang yang terpaksa berdagang dengan harga yang brendah.
- Kenyataan tentang hemah para pedagang lebih rendah jika dibandingkan dengan tokoh-tokoh yang disegani
- Usaha-usaha pertukangan yang memerlukan para guru

Kenyataan beliau berhubung dengan ini sangat menarik, antaranya:

Sebilangan hasil kerajinan (pertukangan) atau keahlian (¡§malakah¡¨) adalah mudah dan selebihnya adalah berhubung dengan akal.{*Keahliann yang praktis adalah berhubung dengan badan dan perasaan.Maka keahlian-keahlian yang berhubungan dengan badan dan perasaan ini boleh diperoleh lebih sempurna dan lebih mudah melalui hubungan langsung dalam soal-soal yang sifatnya ¡§badani¡¨ dan inderawi merupakan perolahan yang paling sempurna.

Katanya:

Keahlian boleh diberi takrifan sebagai sifat yang berurat dan berakar selaku hasil pengerjaan berulang-ulang , hingga bentuk perbuatan itu dengan kukuh tertanam (dalam fikiran,) (atau dalam jiwa-p) dan tingkat keutamaan keahlian itu akan tergantung kepada mutu contoh yang ditirunya.Maka adalah lebih mudah mencontohi sesuatu yang terlihat daripada mencontohi sesuatu yang didengar atau dibaca; sedang baiknya sesuatu keahliann yang deiperoleh dengan belajar tergantung kepada baiknya guru dan cara yang digunakan untuk mengajarnya} (hlm 476 DBP).

Tentang pertukangan dalam erti yang luas, ada yang payah dan ada yang sukar, katanya:

Pertukangan juga terbahagi kepada yang sifatnya khusus berhubungan dengan penghidupan, baik yang pokok, ataupun yang tidak pokok; dan kepada sifatnya yang khusus berhubungan dengan fikiran-fikiran yang merupakan ciri khas manusia sehubungan dengan pemilikan ilmu; dan (kepada soal-soal yang khusus berhubungan ) dengan politik.Pertukangan yang pertama , misalnya ialah menenun, menyembelih haiwan, tukang kayu, tukang besi, dan lain sebagainya. Pertukangan yang kedua, misalnya ialah pembikinan kertas, iaitu pemeliharaan buku-buku, melalui pembetulan dan penjilidan, dan menyanyi, membuat puisi, mengajarkan ilmu, dan lain sebagainya. Sedangkan pertukangan yang ketiga, misalnya menjadi tentera dan lain sebagainya. Allah lebih mengetahui. (hlm 477 DBP).

- Tentang pertukangan lebih sempurna hanya sekiranya ada peradaban yang menetap yang besar dan sempurna (dan keadaannya aman dan stabil-p).

- Berkenaan dengan pertukangan berakar umbi di kota hanya apabila kebudayaan tinggal menetap telah sebati dan dalam masa yang panjang pula.

- Kenyataan berkenaan dengan hakikatr bahawa hasil kerja tangan itu akan menjadi bertambah baik dan banyak apabila ada permintaan.

- Kenyataan bahawa pertukangan akan menjadi merusut apabila kota-kota itu hampir dengan kemusnahannya.

- Kenyataan tentang bangsa Arab tidak mahir dalam pertukangan.

- Kenyataan tentang mereka yang ahli dalam satu pertukangan jarang selepas itu menguasai kerja pertukangan yang lain pula.

- Kenyataan berkenaan dengan keahlian-keahlian yang asas (dalam masyarakat manusia). Katanya dalam soal ini:

Bidang-bidang keahlian yang dilakukan oleh manusia adalah begitu banyak usaha yang terdapat dalam peradaban. Ia adalah begitu banyak untuk diberikan singkatan yang menyeluruh.Tetapi sebahagian daripadanya merupakan suatu keperluan dalam peradaban atau tergolong dalam sesuatru yang dihormati sebab apa yang menjadi objeknya .Kita hanya akan membahaskan dua jenis keahlian sahaja dan mengenepikan yang selebihnya.

Bidang keahlian yang mustahak ialah pertanian, seni bina, penjahitan, pertukangan kayu dan pertenunan.Keahlian yang terhormat disebabkan objeknya ialahkebidanan, seni tulis menuis, pengeluaran buku dan perubatan.

Kebidanan adalah sesuatu yang perlu dalam peradaban dan sesuatu yang menyentuh masyarakat, sebab ianya ,memastikan sebagai sesuatu kelazimannya kehidupan bayi yang baharu dilahirkan.

Ilmu perubatan adalah untuk memelihara kesihatan dan menjauhkan penyakit.Ia adalah suatu cabangt dari ilmu tentang alam (fisika).Apa yang menjadi objeknya ialah tubuh manusia.

Keahlian menulis dan keahlian pelengkapnya yakni pembikinan sebuah buku mengekalkan sesuatu yang menyangkuti manusia dan memelihara orang daripada melupainya.Ia membolehkan jiwa manusia yang paling dalam sampai kepada manusia yang jauh dan tidak wujud..Ia menggambarkan melalui buku apa yang menjadi hasil pemikiran dan kecendekiawanan.

Menyanyi merupakan suatu keharmonian bunyi dan manifestasi keindahannya itu disalurkan ke telinga manusia.

Ketiga-tiga jenis keahlian keahlian (yang tersebut terakhir ini) (kedoktoran, termasuk kebidanan, tulis menulis - termasuk kalau sekarang komputer, penggunaannya, TMK, ITC<, pembuatan kertas, dan keahlian menyanyi) membawa orang yang mahir dalam bidangnya dekat dengan raja-raja (dan pemerintah.p). Keahlian lainnya sebagai kelazimannya adalah termasuk kepada yang kedua dan terpaksa tunduk kepadanya.Kerana itu pandangan orang terhadap keahlian adalah berbeza-beza, terganytung kepada lapangan keahlian yang mendapat penghargaan di kalangan masyarakat. (485-486 tr DBP).


-Diikuti dengan penerangan-penarangan tentang keahlian-keahlian tersebut.

Berkenaan dengan tulis menulis beliau membuat kenyataan yang menarik:
dibawah tajuk: ¡§Keahlian, khususnya tulis-menulis dan menghitung, memberi kebijaksanaan kepada orang yang mengamalkannya¡¨. Katanya:

Kita telah menyebutkan bahawa jiwa yang rasional (nafs natiqah) (the rational soul) wujud pada manusia hanya secara bakat.Transformasinya daripada bakat kepada yang aktual adalah disebabkan pertamanya oleh ilmu yang baru dan tanggapan yang diperolehi daripada sensibilia(iaitu daripada pengesanan melalui pancaindera yang lima) , lalu dicapai oleh poenguasaan melalui kekuatan spekulatif.Akhirnya ia menjadi suatu persepsi yang benar dan intelek yang tulin (atau akal murni). Maka iapiun menjadi saripati spiritual dan kewujudannya kemudian mencapai suatu kesempurnaan.

Dengan demikian adalah penting supaya tiap-tiap jenis dan spekulasi itu harus memberi jiwa yang rasional dengan kecerdikan tambahan (atau akal tambahan).Dan keahlian, dan kebiasaannya selalu mendorong kepada perolehan norma-norma ilmiah yang disebabkan oleh kebiasaan itu.Dengan demikian apapun pengelaman akan mendatangkan kecerdikan.

Kebiasaan-kebiasaan daripada keahlian akan mendatangkan kecerdikan budaya hidup menetap yang sempurna akan mendatangkan kecerdikan , sebab ianya adalah satu gabungan keahlian-keahlian yang bersangkutan dengan soal ekonomi rumah tangga , dengan orang-orang yang menjadi anak buahnya pencapaian pendidikan melalui pergaulan dengan merekayang menjadi anak buahnya, dan juga pentadbiran urusan-urusan agama serta memahami cara-cara dan keadaan-keadaan yang menyentuh mereka.Semua faktor-faktor ini adalah norma-norma , yang tersusun begitu baik, merupakan suatu disiplin ilmu.Maka sesuatu tambahan dalam akal (intelligensia) adalah disebabkan daripadanya.(Tr DBP hlm 521-522).

Selepas itu baharu beliau pergi kepada kemahiran tulis menulis dan rahasia disebaliknya.Katanya:

Dalam hubungan ini tulis-menulis itu merupakan suatu eahlian yang paling banyak menafasatnya (kalau sekarang termasuk typewriter dan komputer, juga internet, e-mail -p) sebab, berbanding dengan keahliannya yang lain ia banyak berurusan dengan hal-hal teoritis dan keilmuan yang saintifik. Tulis menulis melibatkan suatu perpindahan dari bentuk-bentuk surah (yaitu bentuk-bentuk atau rupa-rupa huruf-huruf yang ditulis-p) kepada ungkapan sebutan dalam khiyal , di mana ianya berada dalam jiwa, dan kemudiannya kepada konsep yanmg di dalamnya yang penulisnya selalu bergerak daripada satu simbol kepada yang lainnya, selama ia masih tekun dengan tulis itu, dan jiwa itu menjadi terbiasa dengan perulangan tetap proses itu (yaitu proses tulis menulis itu).Maka iapun mendapatkan suatu kebiasaan mengulangi simbol-simbol itu kepada hal-hal yang dimaksudkannya.Inilah apa yang dimaksudkan dengan istilah spekulatif intelektuil, melaluinya ilmu hingga sekarang ini yang belum diketahui telah diadakan.Sebagai natijah daripada keterbiasaan dengan proses ini orang mencapai kebiasaan intelek, yang merupakan tambahan dalam kebijaksanaan (atau tambahan pada akal) dan yang memberi waswasan tambahan ke dalam persoalan dan pengertian yang dalam mengenai persoalan itu¡K.

Perhitungan, atau ilmu hisab (atau matematik) ada hubungannya yangerat dengan tulis menulis.Ia merupakan suatu pekerjaan yang menggunakan angka-angka ¡§menyatukan¡¨, dan ¡§mengasingkan¡¨ )(seperti pada campur dan tolak-p) yang memerlukan banyak pemikiran dedukif. Maka, orang yang terlalu asyik dengannya akan menggunakan pemikiran deduktif dan spekulatif, dan inilah yang dimaksudkan dengan kecerdikan, atau akal.Wallahu a¡¦lam(hlm 522-523 tr DBP)..


Di sini Ibn Khaldun melihat kelebihan matematik dalam membentuk kecerdikan manusia.

Bab Keenam :

menyentuh berkenaan dengan pelobagai jenis pengetahuan manusia, kaedah-kaedah pengajarannya, keadaan serta yang terjadi yang berhubungan dengannya.

Di dalamnya dibicarakan:


- keupayaan manusia untuk berfikir
- dunia tentang bena-benda yang terjadi sebagai kesan daripada tindakan , terwujud melalui pemikiran
- Akal eksperimen atau akal pengelaman atau percubaan dan bagaimana ia terjadi
- pengetahuan mengenai manusia dan pengetahuan mengenai malaikat
- pengetahuan nabi-nabi
- hakikat dasarnya manusia jahil dan menjadi orang yang berilmu setelah mendapatkan ilmu pengetahuan
- ilmu pengetahuan dan pengajaran merupakan hal yang semula jadi dalam peradaban manusia
- pengajaran ilmu pengetahuan sebagai suatu jenis keahlian
- pengetahuan tumbuh dengan pesat apabila peradaban berkembang dan budaya tinggal menetap dipertingkatkan kepada tahap yang tinggi
- tentang polbagai jenis pengetahuan yang ada dalam peradaban manusia
- ilmu-ilmu tafsir Qur¡¦an dan qiraat
- ilmu-ilmu hadith
- ilmu fiqh dan cabang-cabangnya, juga ilmu berkenaan dengan hal pesaka dan pembahagiannya
- ilmu fara¡¦id
- ilmu usul al-fiqh dan cabang-cabangnya, dialektik danm soal-soal yang kontroversial
- masaalah khilafiah dalam fiqh
- dialektika (atau perdebatan antara penganut-penganut pelbagai mazhab)
- ilmu kalam
o pengetahuan terperinci berkenaan dengan ayat-ayat mutasyabihat dalam Quran dan kenyataan seperti itu dalam hadith-hadith dan timbulnya aliran-aliran fahaman teologi dikalangan ahlis-sunnah dan ahli bidaah
- ilmu tasawwuf
- ilmu untuk menta¡¦bir mimpi
- pelbagai jenis ilmu yang menuntut daya fikir
- ilmu-ilmu yang menitikberatkan penggunaan angka-angka
- keahlian menghitung
- Aljebra
- arithmetik perniagaan
- ilmu fara¡¦id
- ilmu-ilmu geometri
- ukuran tanah
- ilmu optik
- astronomi
- jadual-jadual astronomi
- ilmu tentang logik
- fisik
- ilmu tentang perubahan sebagai cawangan dalam fisik
- ilmu pertanian
- ilmu metafisika (atau ¡§ilm al-ilahiyyat¡¨)
- ilmu-ilmu sihir dan tangkal azimat
- tilikan jahat
- ilmu tentang rahasia-rahasia huruf-huruf
- kimia
- sangkalan terhadap falsafah, kecemaran terhadap para pelajar yang mempelajari falsafah
- sangkalan terhadap astrologi, kelemahan pencapaiannya, kemudaratan pada matlamatnya
- Penyangkalan terhadap alchemy, kemustahilan kewujudannya, dan kemudaratan yang timbul akibat mengamalkannya.
- tujuan-tujuann yang mesti difikirkan sewaktu karang-mengarang dan itu sahaja yang boleh dianggap sah
- banyaknya karya-karya ilmiah yang menjadi penghambat untuk mencdapai kesarjanaan
- banyaknya buku-buku ringkasantentang perkara-perkara keilmuan yang merugikan proses pengajarannya
- sikap yang wajar dalam pengajaran, atau ta¡¦lim ilmu-ilmu pengetahuan dan ke arah kaedah pengajarannya yang berkesan
- kajian terhadap ilmu tambahan tidak harus mengambil waktu terlalu lama dan permasalahan-permasalahannya tidak perlu diperincikan
- tentang pengajaran anak-anak dan berlainan kaedah yang digunakan dalam kota-kota Islam
- kekerasan terhadap para pelajar merosakkan mereka
- pendidikan untuk para sarjana akan menjadi lebih sempurna dengan cara merantau mencari ilmu dan menemui para guru yang disegani pada waktu itu.
- para sarjana adalah kurang di kalangan ramai, merupakan seorang yang arif denganh cara-cara siasah
- tentang kebanyakan sarjana Islam yang terkemuka bukan orang Arab
- Seseorang yang bahasa ibundanya bukan bahasa Arab akan mendapat kesukaran memperoleh ilmu pengetahuan berbanding dengan penutur asli bahasa Arab semenjak awal.
- ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan Bahasa Arab
- Ilmu nahu
- ilmu perkamusan
- ilmu bayan
- ilmu sastera
- bahasa adalah satu kebiasaan teknikal
- lughah Orang-Orang Arab kini berdiri sendiri berbeza daripada lughah suku Mudhar dan Himyar
- loghat penduduk kota adalah loghat berdiri sendiri yang berbeza daripada loghat suku Mudhar
- pengajaran bahasa Arab Mudhar
- Keahlian berbahasa tidak identik dengan ketrampilan bahasa Arab dan yang terakhir ini tidak diperlukan dalam pengajaran atau ta¡¦lim.
- tafsiran dan pengertian sebenar tentang ¡§rasa¡¨ bahasa atau ¡§dhauq¡¨ bahasa menurut istilah teknikal para pengkritik sastera, ¡K
- masyarakat bandar bagaimana mereka terpisah daripada kepitahan sebenar dalam bahasa Arab kerana pendidikan-¡K
- pembicaraan tentang puisi dan prosa - kesukaran mendapati keupayaan menulis prosa dan prosa dalam seorang manusia
- kemahiran menulis puisi dan cara mempelajarinya
- syair dan prosa berperanan melalui kata-kata¡K
- kebiasaan berbahasa diperoleh dengan menghafaz, kualiti yang baik daripada penggunaan bahasa adalah hasil daripada banyak bahan yang baik yang dihafal
- tentang makna dan ucapan yang dirancangkan
- orang-orang yang bermartabat lebih daripada mengembangkan persyairan
- syair orang sastera semasa, Badui dan bandar
- ulasan penutup.

Tentang Bahagian Awal Bab Enam

Bila kembali kepada Bahagian Awal bab ini, kita boleh mulakan dengan pembicaraan awalnya.Katanya:

Mengenai keupayaan manusia untuk berfikir, suatu hal yang membezakan manusia daripada haiwan dan yang membolehkannya mendapat nafkah hidup, untuk berkerjasama mencapai suatu matlamat bersama saudara-saudaranya, dan mempelajari tentang Pencipta Yang Disembah, serta wahyu-wahyu yang diterima oleh para RasulNya.Allah dengan demikian menjadikan semua binatang tunduk dan berada dalam kekuasaannya.Melalui keupayaan untuk berfikir Allah mengurniakan manusia dengan keunggulan di atas makhluk-makhlukNya yang lain.

Tentang keupayaan berfikir itu katanya:

Allah s.w.t.membezakan manusia daripada makhluk-makhluk lainnya dengan keupayaan untuk dijadikanya semenjak awal lagi suatu kesempurnaan dan ia sehabis mulia dan berdarjat daripada makhluk-makhluk lainya.

Ianya seperti berikut.Idrak -kesedaran dalam diri seseorang tentang hal yang ditanggapi suatu yang khusus yang dimiliki oleh makhluk-makhluk yang hidup sahaja, danntidak pada benda-bendalainnya.Makhluk itu berkeupayaan menyedari sesuatu yang berlaku di luar dirinya dengan perataraan pancaindera yang telah dikurniakan Allah s.w.t. yakni indera pendengaran, penglihatan, penghiduan, deria rasa dan sentuhan.Manusia mempunyai kelebihan berbanding dengan makhluk lainnya -dia boleh menanggapi sesuatu yang di luar dirinya melalui kemampuan berfikir sesuatu yang ada melampaui pancainderanya.Ia adalah diakibatkan oleh suatu kekuatan yang berada di tengah-tengah bahagian otaknhya. Dengan sokongan kuasa-kuasa itu manusia mengambil bayangan-bayangan mengenai sensibilia (yaitu apa yang dikesani dengan pancaindera daripada alam luar dirinya-p) menggunakan akalnya dan kemudian menyiarkan gambar-gambar yang lain, keupayaan untuk berfikir adalah penglibatannya dengan bayangan-bayangan akal kepadanya untuk membuat analisis dan sintesis.

Berfikir adalah penjamahan bayang-bayang ini di balik perasaan, dan aplikasi akal di dalamnya untuk pembuat analisis dan sintesis.Inilah ertikata af¡¦idah (jamak dari fu¡¦ad) dalam firman llah taala yang bermaksud:

¡§Dan Dia menjadikan kamu pendengtaran, penglihatan, dan akal¡¨. (al-Mulk.23).

Tingkatan yang pertama ialah pemahaman intelektuil manusia terhadap segala sesuatu yang ada di luar alam semesta dalam tatanan alam atau tata yang berubah-ubah, dengan maksud supaya dia dapat mengadakan aturan dengan sokongan kemampuannya sendiri. Bentuk pemikiran sedemikian ini kebanyakannya adalah berupa tanggapan-tanggapan . Ini adalah kemampuan akal pembeza (al-¡¥aql at-tamyizi) yang melaluinya manusia memperoleh segala sesuatu yang bermenafaat bagi dirinya dan penghidupannya, serta menolak segala sesuatu yang memudearatkan dirinya.

Tingkatan yang kedua ialah kemampuan berfikir menyediakan manusia itu dengan idea-idea dan perilaku yang diperlukan dalam perhubungan dengan anak-anak buanya dan memimpin mereka.Kebanyakannya hanyalah berupa ¡§apperceptions¡¨ (tasdiqat) yang diperolehi satu demi satu melalui pengalaman, hinga ia benar-benar dirasakan bermenafaat.Inilah apa yang disebut sebagai akal pengelaman atau ¡§Experiential intellgence¡¨ (al-¡¥aql al-tajribi).

Tingkatan yang ketiga ialah kemampuan untuk berfikir yang memperlengkapi manusia dengan pengetahuan (¡¥ilm) atau pengetahuan andaian yang kuat (zann) mengenai sesuatu objek yang ada melampaui persepsi indera tanpa adanya tindakan praktis .Ini adalah intelek atau akal spekulatif (¡¥al-¡¥aql-al-nazari) .Ia mengandungi tanggapan (perception) dan appersepsi (apperception) tasawwur dan tasdiq .Ianya disusun menurut tatanan khusus menurut keadaan-keadaan yang khusus dan dengan demikian memberikan pengetahuan lainnya dari jenisnya yang sama, sama ada perseptif atau apperseptif.Kemudian semuanya itu sekali lagi bergabung dengan hal-hal lain , dan sekali lagi membentuk pengetahuan yang lainnya.

Yang akhir daripada proses ini ialah memberikan tanggapan tenhtang wujud sebagaimana adanhya , menurut pelbagai genre , perbezaan sebab-sebab dan punca-puncanya.Dengan memikirkan hal-hal ini manusia itu mencapai kesempurnaan dalam realitinya, menjadi intelek atau akal yang murni dan jiwa yang perseptif.Inilah makna realiti kemanusiaan (al-haqiqah al-insaniyyah).(hlm524-526 tr DBP dengan sedikit-sedikit penyesuaian).

Demikian bahagian awal tentang insan dan cakupan akalnya serta kemuliaan dirinya, yang memulakan perbincangan dalam bab-bab yang berbicara tentang cakupan ilmu manusia yang memuliakannya dan yang berperanan dalam membina peradaban dan budaya sebagai khalifah Tuhan di muka bumi. Bahagian-bahagian lain akan diperincikan mengikut tertibnya.

Amin. Wallahu a¡¦lam.



__________________
sudirman


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

assalamualikum saudara irmanpos.. thanks, humanggggaii panjangnya.. saudara sudah bersama sama dengan kami ker...

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:

ws..belum lagi.


tengah fikir kewangan ni. takkan saya p kosong je. org lain, datang sekurang-kurangnya ada la yang dibawa. tak banyak sedikit. tapi saya ni, kang kalau saya tak bawak pe2 org kata saya tak ikhlas. susah jugak org nak percaya. satu lagi masa, nak datang ke sg ramal memang dekat, tapi masa. ni nak kira pasal bernikah lak bulan 4 ni, lagi bz. keje lagi. takut tak boleh nak contrate semua. bahaya jugak tu.


takpelah, ruang yang ada ni, kita gunakanlah ye. ble saya betukar fikiran dan informasi.


thanz zerofil.



__________________
sudirman


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

saya bertanya bukan nya apa irman, sbb kalau kita dah satu hala satu tujuan lagi mudah segala urusan, nak turun kajang tu bukanya sulit, disini yang mudah lagi dipermudah kan..

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

mmmmmmmmmmmmm:

__________________
f l a s h 'd' d a y z
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard