Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ISTERI RASULULLAH SAW & PERJUANGAN


Veteran

Status: Offline
Posts: 95
Date:
ISTERI RASULULLAH SAW & PERJUANGAN


Assallammualaikum


 


“ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu : Jika
kamu sekalian menginginkan kehidupan dunia dan
perhiasannya, maka marilah supaya ku berikan kepada mu
saguhati dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik.
Dan jika kamu sekalian menghendaki ( keredhaan ) ALLah
dan RasulNya serta ( kesenangan ) di akhirat, maka
sesungguhnya ALLah menyediakan bagi siapa sahaja yang
berbuat baik di antara mu pahala yang besar.” ( Al
Ahzab : 28 - 29 )




MUQADDIMAH

Penglibatan Muslimat di dalam perjuangan Islam
bukanlah suatu perkara yang baru. Bahkan, kejayaan,
kemenangan dan keunggulan kaum Muslimat, yang menjadi
sayap kiri perjuangan Islam telah tercatat di dada
Sejarah semenjak dari wujudnya ‘alam maya ini.Peranan
Muslimat di kalangan kaum wanita adalah penting dalam
usaha menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada
kemungkaran. Muslimat yang juga merupakan Isteri bagi
para suami dan ibu kepada anak-anak perlu memahami
kewajipan, bijaksana dalam membuat pembahagian masa,
memiliki kekuatan, kecekapan berfikir dan bertindak
dalam melakukan tugas kepada keluarga, masyarakat,
agama dan negara. Kita kembali mengambil pengajaran
daripada kehidupan Ummahatul Mukminin yang banyak
menyokong dan membantu Nabi dengan kekuatan peribadi
mereka, kebijaksanaan, kecerdasan, ketabahan,
kesetiaan, harta, pengaruh dan pergaulan yang luas
dalam memperluaskan syariat ALLah dan pengaruh Empayar
Islam di muka bumi ini. Mereka ini adalah golongan
yang dikatakan oleh ALLah melalui firmanNya….

“ Sesungguhnya ALLah akan memasukkan mereka ke dalam
suatu tempat ( syurga ) yang mereka menyukainya. Dan
sesungguhnya ALLah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun

( Al Hajj : 59 )

GEDUNG ‘ILMU

Ummahatul Mukminin yang terdiri daripada 13 orang
tersebut selain daripada menjadi Isteri kepada baginda
Rasul SAW juga menjadi tempat rujukan ilmu para
Muslimat zaman tersebut . Bahkan, selepas RasuluLLah
SAW wafat maka beberapa di antara mereka terus menjadi
sumber rujukan utama kaum Muslimin. Ini dapat kita
lihat melalui peranan Saidatina Saudah r.a , Saidatina
Aisyah r.a , Saidatina Hafsah r.a , Saidatina Raihanah
r.a, Saidatina Syafiyah r.a, Ummu Habibah r.a dan Ummu
Salamah r.a . Saidatina Aisyah r.a pula memang
termasuk sebagai ahli Ilmuan dalam Al Qur’an, hadith,
fiqh, sejarah dan bahasa Arab. Sebagaimana yang
diterangkan oleh Abu Burdah bin Musa dari ayahnya .…

“…setiap sahabat yang menemukan kesulitan dan bertanya
kepada Aisyah r. a pastilah mereka mendapat jawapan
yang mantap dan ilmiah…”

Selain daripada itu, tercatat dalam tinta sejarah
bahawa Saidatina Aisyah r.a termasuk salah seorang
daripada 7 orang ahli Majlis Syura selain Umar Ibn
Khattab r.a, Ali bin Abi Talib r.a , Abdullah Ibn
Mas’ud, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Abbas dan
Abdullah bin Umar. Saidatina Aisyah r.a, Hafsah r.a
dan Ummu Salamah juga banyak meriwayatkan hadith
daripada baginda RasuluLLah SAW yang menjadi mereka
sebagai golongan Muhaddisah . Kehadiran mereka ini
sesungguhnya telah dapat membantu baginda Rasul SAW
dalam menyampaikan mesej Islam sehingga ke semua
peringkat termasuklah kaum wanita hari ini .

Seterusnya menaikkan martabat wanita yang pada awalnya
dinilai sebagai golongan yang sial dan berada pada
tahap yang sebegitu rendah dari sudut kaca mata
masyarakat Arab Jahiliah ketika itu.Ini seterusnya
membuktikan kepada kita pada hari ini bahawa wanita
yang berilmu juga harus diberikan penghormatan yang
tinggi dalam Islam dan memberikan satu input yang
cukup berguna dalam meneruskan kesinambungan
perjuangan. Firman ALLah SWT yang mafhumnya……

“ ALLah meninggikan orang yang beriman di antara kamu
dan orang-orang yang diberi ‘ilmu pengetahuan beberapa
darjat…” ( Al Mujaadalah : 11 )

KEKUATAN EKONOMI & SIKAP PEMURAH – DANA PERJUANGAN

Perjuangan Islam sejak daripada awal perjuangan
baginda Rasul SAW lagi menunjukkan kepada kita akan
peri pentingnya kemantapan ekonomi untuk menjana dan
meneruskan kelangsungan perjuangan. Baginda SAW banyak
dibantu oleh kemantapan dan keutuhan ekonomi yang
dimiliki oleh Isteri baginda yang tercinta iaitulah
Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Sayyidah Khadijah,
Ummul Mukminin pertama dalam sejarah Islam adalah
seorang wanita bangsawan dan hartawan yang gigih.
Beliau senantiasa memberikan dorongan besar terhadap
perjuangan RasuluLLah SAW di samping memainkan peranan
sebagai penolong, pembela, pelindung RasuluLLah SAW
daripada ancaman orang-orang Musyrikin Quraisy.

Selepas kewafatan Sayyidah Khadijah ketika berusia 65
tahun, Rasul SAW begitu bungkam sekali. Sehinggakan
tahun tersebut dicatatkan dalam Sejarah Islam sebagai
Tahun Duka Cita ( bukan setakat terhadap baginda SAW
tetapi juga kepada semua makhluk yang beriman kepada
ALLah ). RasuluLlah juga beranggapan bahawa baginda
bukan setakat kehilangan Isteri yang setia tetapi
kehilangan seorang pembantu dan pembela baginda dalam
melanjutkan tugas suci iaitu menyeru manusia kepada
ALlah SWT.

Di samping itu, sejarah telah menukilkan betapa
Ummahatul Mukminin semuanya adalah insan-insan beriman
yang bersikap pemurah dan dermawan. Contohnya,
Sayyidah Sauda r.a mengikut catatan sejarah pada
tarikh kewafatannya, tidak langsung meninggalkan harta
yang masih menjadi miliknya walau sedikit. Kesemua
hartanya telah dibahagi-bahagi kepada sesiapa yang
memerlukan ketika hayatnya. Demikian jugalah halnya
beberapa Ummahatul Mukminin yang lain. Sayyidah Zainab
r.a misalnya terkenal dengan gelaran Ibu Orang-orang
Miskin ( Ummul Masakin ) lantaran sifatnya yang cukup
mengambil berat kebajikan dan nasib kaum dhu’afa’
serta memberikan bantuan kepada mereka.

KEMAHIRAN PSIKOLOGI YANG TINGGI

Psikologi atau juga yang dikenali sebagai Ilmu
Kejiwaan amat memainkan peranan penting dalam bidang
kehidupan seseorang khususnya para pemimpin/ pejuang
dan juga gerakan yang dibawanya. Mengimbau ketinggian
Ilmu Psikologi yang ada pada Ummahatul Mukminin, dapat
kita simpulkan bahawa mereka berjaya menguasainya
sehingga dapat membantu perjuangan baginda SAW dalam
perjalanan yang terarah, tenang di samping ketetapan
bantuan ALLah SWT.

Pernah berlaku satu peristiwa di mana RasuluLLah SAW
amat sedih lantaran arahan baginda ( selepas
perjanjian Hudaibiyah ditandatangani dengan pihak
Quraisy ) kepada para Muslimin agar menyembelih haiwan
sebagai dam ( denda ) kerana mereka tidak menunaikan
haji pada tahun tersebut dan kemudian menyuruh mereka
mencukur rambut sebagai tanda tahallul tidak diikuti
oleh seorang pun. Maka baginda kembali ke rumah Ummu
Salamah dan menceritakan hal tersebut dengan nada
bersedih. Lantas, dengan ketinggian ilmu Psikologi
yang ada pada Ummu Salamah yang memahami keadaan
suaminya yang tercinta maka beliau berkata :

“Ya RasuluLlah…! Sukakah engkau mengerjakan itu..?
Kalau engkau suka hendaklah engkau keluar dan jangan
berkata-kata walau sepatahpun dengan mereka, sehingga
engkau menyembelih untamu kemudian engkau panggil
tukang cukur untuk mencukur rambutmu….!”

Nasihat isteri tercinta dituruti oleh baginda kerana
pada pandangan baginda ia suatu saranan yang bagus.
Ternyata keberkesanannya kerana apabila melihat
tindakan Rasul SAW itu, semua kaum Muslimin mengikuti
perbuatan baginda. Baginda berasa amat gembira dan
memahami bahawa hanya dengan kata-kata sahaja kurang
berkesan dalam mengajak manusia. Di sini juga dapat
kita rumuskan betapa psikologi terhadap anak-anak
buah/ orang-orang bawahan amat perlu dipertingkatkan
dalam usaha kita mengarah mereka ke jalan ALLah SWT.

Ummu Salamah merupakan antara salah seorang Ummahatul
Mukminin yang bijak dan berwibawa. Ini termasuklah
dalam peranannya menasihati Siti Aisyah yang
melibatkan diri dalam pertelingkahan antara Muslim
selepas kewafatan RasuluLLah SAW dan juga nasihatnya
kepada Sayidina Usman Affan agar mendekati dan
memahami rakyat di bawah pemerintahannya.
Sesungguhnya, Ummul Mukminin ini telah berjaya
memainkan peranannya dalam 3 zaman iaitu zaman Rasul
SAW, Zaman Khulafa Ar Rasyidin dan pemerintahan
Muawiyah, pemula kepada pemerintahan Bani Umaiyyah.

Sikap, ketegasan dan pengorbanan Ummu Salamah dalam
melayani karenah-karenah kaum Muslimin khususnya
selepas kewafatan Rasul SAW juga harus dijadikan
contoh. Ketika Muawiyah berkempen mengajak ummat Islam
untuk mengutuk Ali bin Abi Talib dalam suatu tabligh
akhbar, Ummu Salamah segera mencabar dan memberikan
nasihat kepada Muawiyah dan kaum Muslimin. Beliau
berkata dengan penuh semangat lagi pantas….

“Sesungguhnya kamu sekalian telah melaknati ALLah dan
RasulNya di atas mimbarmu. Kerana kamu telahpun
melaknati dan mengutuk Ali bin Abi Talib serta
orang-orang yang mengikutinya. Dan saya bersaksi
bahawa ALLah dan RasulNya amat mencintai Ali bin Abi
Talib.”

HUBUNGAN DIPLOMATIK & ANTARA KAUM

Seerah perkahwinan Rasul SAW dengan para isteri
baginda SAW amat jelas bukanlah didasari atas kehendak
dan kepentingan nafsu. Bahkan, sejarah telah
membuktikan betapa di antara kalangan 13 orang wanita
yang dinikahi baginda, hanya seorang sahaja yang
bertaraf gadis iaitu Sayyidatina Aisyah r.a . Manakala
selebihnya telah pernah berkahwin . Ada yang merupakan
janda daripada para sahabat yang telah gugur syahid di
medan jihad mempertahankan Islam . Ada pula yang
merupakan abdi/ tahanan perang dan ada juga yang telah
diceraikan oleh para suami terdahulu. Rasul SAW
menikahi mereka sebagai langkah untuk menjaga
kebajikan mereka dan tidak kurang juga hasil daripada
arahan wahyu ALLah, contohnya pernikahan baginda
dengan Siti Aisyah r.a dan Zainab binti Jahsyi r.a .

Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah peranan
perkahwinan tersebut dalam perspektif hubungan
diplomatik dan antara kaum . Ummahatul Mukminin ,
Mariyah Al Qibtiyah r.a contohnya ialah Puteri Syam’un
dari kalangan penganut agama Nasrani ( Kristian )
Mesir, manakala ibunya berasal dari Rom , Itali.
Beliau menjadi salah seorang penghuni Istana Muqauqis.
Raja Muqauqis pula amat sayangkan dan menghormati
beliau. Walau bagaimanapun, sebagai menghormati Nabi
Muhammad SAW yang telah mengutuskan warkah kepada Raja
Muqauqis, maka Mariyah telah dihadiahkan untuk Nabi
Muhammad SAW.

Dalam perjalanan menuju ke Madinah, Mariyah telah
tertarik dengan kecantikan akhlaq Islam yang
ditunjukkan oleh Hatib bin Balta’ah, orang kepercayaan
RasuluLLah SAW, lantas beliau memeluk Islam . Rasul
SAW pula telah mengangkat martabatnya menjadi salah
seorang daripada Ummahatul Mukminin. Hasil daripada
hubungan ini, maka ahli keluarga Mariyah Al Qibtiyah
juga kagum dengan akhlaq yang ditunjukkan dalam Islam
. Hubungan antara ketiga-tiga buah negara semakin baik
dan Islam selanjutnya dapat dikembangkan di Mesir dan
Romawi, melalui hubungan perkahwinan tersebut.

Selain daripada itu, perkahwinan baginda SAW dengan
Barrah bin Al Harris atau kemudiannya ditukarkan nama
oleh baginda kepada Juwairiyah r.a juga telah
merapatkan hubungan antara kaum iaitu antara Kaum
Quraisy - Islam dengan Kabilah Bani Al Mustaliq, satu
kelompok yang begitu memusuhi Islam di Madinah . Ini
dapat kita lihat melalui kata-kata Ummahatul Mukminin
Sayyidatina Aisyah r.a ……….

“ Sungguh, telah dimerdekakan dengan sebab
perkahwinannya itu, serratus keluarga kaum Bani
Mustaliq. Maka tidak pernah ku ketahui seorang wanita
yang banyak berkatnya atas kaumnya, lebih daripada
Juwairiyah…….”

Ayahanda Juwairiyah r.a iaitu Al Harrsi Abi Dhirar
juga telah memeluk Islam di hadapan menantunya,
Muhammad SAW. Ummahatul Mukmini ini juga telah menjadi
tempat rujuk berkenaan hukum selepas kewafatan baginda
SAW .

KHIDMAT MASYARAKAT

Kalangan Ummahatul Mukminin juga telah meninggalkan
contoh kepada perjuangan masakini khususnya di
kalangan Muslimat berkenaan persoalan khidmat
masyarakat. Ini dapat kita perhatikan melalui peranan
yang telah dimainkan oleh Ummahatul Mukminin, Maimunah
r.a. Walaupun baginda SAW telah tiada, namun Maimunah
r.a tetap menunjukkan kesetiaan yang penuh kepada Nabi
SAW. Beliau tetap menjaga silaturrahim antara beliau
dan madunya . Terdapat dalam catatan sejarah bahawa
Maimunah r.a banyak mengarahkan perhatiannya kepada
masalah kaum wanita, terutama remaja Islam. Beliau
membentuk satu pertubuhan wanita bagi memberi bantuan
pertolongan cemas terhadap para pejuang yang tercedera
dalam peperangan.

Oleh itu, beliau sangat menonjol dalam Perang Tabuk
yang terjadi dalam Bulan Rejab tahun ke 9 Hijrah,
ketika itu RasuluLLah SAW masih hidup. Saat itu,
Maimunah r.a berada di antara kaum Muslimin pada
barisan terdepan sekali . Ketika itu, beliau
menyantuni para pejuang Islam yang tercedera dan
merawat mereka dengan penuh kasih sayang dan ikhlas,
bahkan beliau sendiri pernah hampir disambar anak
panah musuh. Sikap dan kemahiran ini terus beliau
kembangkan setelah RasuluLLah SAW wafat, bahkan para
sejarahwan mengatakan bahawa beliaulah orang yang
pertama sekali menubuhkan Persatuan Wanita. Kelebihan
beliau ini juga mendapat pujian daripada Sayyidatina
Aisyah r.a melalui kata-katanya……..

“ Beliaulah ( Maimunah ) orang yang paling taqwa di
antara kami ( para isteri RasuluLLah SAW ) dan yang
paling banyak melakukan silaturrahim !”

RUMUSAN

Ummahatul Mukminin begitu banyak meninggalkan suri
tauladan kepada pejuang-pejuang Muslimat masakini.
Dalam soal keilmuan, komunikasi, diplomasi,
perdamaian, atursiasah dan langkah-langkah strategi
serta termasuklah apa jua aspek sekalipun .
Pengorbanan yang ditumpahkan ikhlas oleh mereka bukan
setakat membantu kaum Muslimat bahkan juga kaum
Muslimin dan yang lebih penting ialah khususnya
perjuangan baginda RauluLLah SAW itu sendiri. Tetapi
malangnya, dewasa ini ramai ummat Islam yang
terpengaruh oleh kenyataan kaum intelektual sekular
yang menyatakan bahawa peranan Ummahatul Mukminin ini
hanya terbatas dalam soal melayani kehendak individu
Rasul SAW . Semoga apa yang dibentangkan ini akan
menjadi input yang berguna dalam menjana sokongan dan
kerjasama seluruh pejuang Islam, tidak kira Muslimin
atau Muslimat. Wallahu’alam.





__________________
SaLam ceria, Satu²nya M di R & D


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

perjuangan yg tidak mengenak batasan.


pangkat, darjat, usia, sabil.


allah huakbar



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

tq...



__________________
f l a s h 'd' d a y z
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard