Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pendapat org ramai ttg PEKIDA


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:
Pendapat org ramai ttg PEKIDA


di sini saya hendak postkan beberapa pendapat insan2 Melayu ttg PEKIDA nih :

Reply 1
korang jangan salah......
pekida = pertubuhan kebajikan dan dakwah islamiah... so bile korang dgr name tu pun dah mencerminkan ape tujuan dan konsep diorang sebenarnye... tapi biler korang dgr bende tak elok yg ahli2 pekida buat... jgn salahkan budak2 pekida...... manusia ni kalau jahat takyah jadi ahli pekida pun tetap jahat...... tapi kalau baik pun tetibe jadi ahli pekida tak tukar plak jadi jahat... ader faham? korang penah dgr sebab nila setitik rosak susu sebelanger? so lebih kurang camtu ar...... dan aku percaye selagi tak masuk korang xkan nampak aper perjuangan pekida sebenarnyer.... dan ni satu bende yg xperlu dicerite atau di'war-war'kan..... biarlah org tau yg buruk2 jer... insyaallah satu hari korang akan nampak jugak...

Reply 2
apesal aku tak tau aper tu PEKIDA...
pastu aku baca komen org aku simpulkan nih kump kongsi gelap yg daapt kelulusan kerajaan...
am i rite?

Reply 3
PEKIDA...apa yang aku tahu pekida ini adalah pertubuhan bukan kerajaan dibawah naungan pak lah...ianya sebuah pertubuhan amal maaruf nahi mungkar...tapi yang aku hairan dengan pertubuhan ini ialah kebanyakkan ahlinya suka memperlakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan hukum dan syariat islam...antaranya bertindik telinga,mewarnai rambut,bergaduh dengan kumpulan pekida yang lain...dan sampai ada yang cuba menghalalkan arak dan zina....isskkk ...apa ni...perkara ini aku tahu sendiri kerana aku hampir2 menyertai kumpulan 3line ni...aku lihat sendiri cara dan peradaban abang "BESAR" dalam kumpulan 3line ni...kebanyakkannya dengan terang-terangan menghina hukum Allah.....

Reply 4
Sebenar yg buat haru biru dalam PEKIDA ni budak-budak baru jer...Yg aku tau otai-otai dulu cara pembawakan dia lain...solat x tinggal, pergaulan ada batasnya, maksiat dijauhi dan macam-macam lagi. Kekadang dia orang ni nak gempak jer..kalau bergaduh tu ..mengaku aku budak pekida...pi jalan lah..nak gaduh pun panggil kekawan dari pekida..1 by 1 kalu berani...skang ni dah masuk politik pulak ..lagi haru..(Pengalaman aku)

Reply 5
Sape sini member 3-line? Aku nak tau ape motif pertubuhan nih? Member2 aku ckp asalnya nak bela nasib org Melayu n nak amal ma'ruf nahi mungkar.
Tapi skang nih aku tgk keahlian dia mcm ahli kids fun club jer. Bersepah2 siap dpt sticker lagi. Adakah tujuan ia merupakan suatu kump kongsi gelap yg dianggotai oleh mereka yg nak poyo2 cam *tut*. Kalo korg ahli PEKIDA yg sejati bak dtg apa tujuan PEKIDA nih. The way I see it nak promote kekejaman dan gangsterisme serta cuba memecahkan perpaduan yg kerajaan berusaha gegila nak pupuk.. Gi mampos la sape yg tak suke keamanan nih..

Reply 6
seblom dilock meh aku nak crite apa yg aku tau skit2.. kbykan ahli pekida /// dah byk mengamalkan peraturan yg xleh diterima akal dikalangan bebudak ///...

sampaikan bab rokok, kereta rosak, cara salam, cara makan, cara duduk, sumanya ada peraturannya tersendiri... kalu langgar peraturan paling kurang kena penampar xpon baling botol mcm yg terjadi kt member aku bebaru ni (budak ///)...

dan yg paling x best member (budak /// tuh la) aku citer..., polis bg line kt bebudak /// yg buat jenayah ntuk melarikan diri ke thai dan kembali ke msia 5 taun kmudian... giler ahh...

dan apa yg kita tgk skang... byk kes bunuh/gaduh yg melibatkan bebudak ///... haaa.... ?? okeh ni cuma info yg aku tau... & aku x menyebelahi mana2 pihak... topic locked....

Reply ?
PEKIDA........!!!!!

apakah ini??adakah sejenis racun rumpai ....

aku lagi laa tak tahu amender nih.....

PEKIDA cam AL-ARQAM ke.....konpius aku....

Hamba bukan nak menimbulkan kekecohan atau berdebat di sini cuma hamba ingin
paparkan betapa nama PEKIDA ni dah mula busuk di kalangan rakyat Melayu.
Semoga kita dapat memperbaiki kelemahan diri kita.

SUBHANALLAH...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:

Assalamualaikum....


hmm... kebanyakan nya cuba menyatakan PEKIDA nie pertubuhan haram........hmmm bukan stakat tu je ....derang siap buat blog......untuk menjatuhkan nama PEKIDA.....tak caya nah tgk sendiri.......


http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg22182.html


Apakah tindakan yang sewajarnya perlu dibuat???? Patut kah kita diam berpeluk tubuh sahaja?? Kepada saudara/saudari yg menghayati forum ini amatlah diharap memberikan pandangan dan tindakan sewajarnya dalam mengatasi permasalahan diatas....



__________________
A d i b T o s h i o™


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

saudara mahfooz >>> tak baiklah mengaibkan sesuatu kaum....yang baik itu semuanya dari Allah swt...yang tak baik itu datangnya manusia....ianya berbalik pada hidup selepas mati...semua amalan dihitung dan ditempatkan baik di syurga atau neraka (nauzubillah)..

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:

Assalamualaikum,


Sebenarnya tak kiralah org pekida atau tidak ... manusia mana tak buat salah nama pun manusia. Jadi tak payah lah kita nak pertikaikan orang pekida ni macam-macam ... tak payah pening kepala fikir pasal kami, dok diam-diam sudah' buat apa yang saudara rasa elok untuk diri, keluarga, agama, dan negara saudara.


wassalam



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:

Dulu saya pernah jugak dengar tuduhan2 liar tentang pekida ni....


Tapin setelah saya mengikuti kursus dan diberi pendedahan mengenainya...


hati saya semakin tertarik untuk menyertainya...


Saya seorang perempuan takkanlah saya nak buat benda2 tak baik kan??


Bagi saya Saudara harus mendengar dahulu dari kedua2 belah bukan dari sebelah pihak sahaja....


Maaf pada abang2 lain kiranya Dieyaz ada tersalah....


Maklumlah Dieyaz ni umpama bayi merah....



__________________
-


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

saudara mahfoz mmg itu lah pandangan kebanyakan mereka dan anda yang tak tau dan jahil... bagi ahli ahli/// semua akhlak harus dijaga... tingkah laku diperbaiki, biar jelas hala tuju, jangan hanya ikut ikutan dan bersangka sangka, from now on till the day we die ingat la janji janji yg telah diberi

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:

yeah you're right bro Shah! ... gimme 5 !! sebelum dilahirkan kita dah berjanji ... dah lahir kita berjanji lagi fuuuhhh .. berat, berat ...


wassalam



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

buat Dieyaz & zerofill....dalam melayan dakwaan begini...perlu kaji balik reflect atas jawapan yang diberi...gunakan pendekatan terbaik supaya tidak di point semula atas jawapan yg diberi...jawapan dari dieyaz sesuailah sebagai adik yg masih merah...

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamualaikum...///


 


Surah Al Hujuraat: Ayat 11


 


Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri[1409] dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman[1410] dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


 


Erm...sebenarnya apa yang dilampirkan diatas tu sama seperti sangkaan saya sebelum saya menyertai Pekida. Beberapa kali saya telah mendapat lampu hijau dari abang-abang berapa cawangan, tetapi saya mundurkan kaki kerana was-was. Alhamdulillah, rasa gusar saya itu hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam saya tertanya-tanya, tercari-cari, sahabat lama saya, abang Bob Puchon berjumpa saya kerana katanya R&D perlukan bantuan kelab motor saya dalam satu program amal. Dan sayapun terkejut bila mengetahui abang Bob yang dah 4 tahun tak berjumpa telahpun naik ke dalam perjuangan Pekida. Jadi saya ceritakan pada beliau masalah saya berkenaan Pekida, lantas di ajaknya saya ke Kajang. Setelah mengikuti kursus induksi, saya dan adik kandung saya terus menyertai Pekida tanpa was-was, kerana apa yang di sampaikan oleh kanda Mas, Pengarah R&D Pekida amat berlainan sekali dengan apa yang  saya dengari di luar. Malah saya rasakan, penglibatan saya dalam Pekida merupakan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah dan disinilah perjuangan sayakan bermula.


 


Jadi, pesan saya pada semua yang masih sangsi, sangka-sangka itu, jangan biarkan rasa itu berterusan. Insyaallah R&D Pekida Kajang dapat menerangkan sebaik mungkin dan menghapuskan kesangsian itu. Sucikan hati dan bersihkan jiwa, dan sama-samalah kita buang rasa sangsi itu. Insyaallah.


 


 



-- Edited by zackbikers at 17:27, 2005-03-02

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

Hidup di dunia nie...tak kiralah apa kaum pun...buat baik pun org kata...buat tak baik pun org kata...sampai dah mati pun org tetap mengata...dah lumrah...



__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Senior

Status: Offline
Posts: 198
Date:

mm...terima je laa..ye tak..bro batu kurau..


yang penting niat kite Allah redha..Allah maha mengetahui dan maha melihat


ni semua adalah dugaan dariNya..


mintak Allah teguhkan pendirian kite dan tetapkan iman kita..amin..



__________________
***amar makruf nahyil munkar***


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

Assalamualaikum...///


yang baik datang dari Allah...Yang buruk datang dari manusia



___________________


/// Senawang, SBN



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

Assalamualaikum buat abang-abang semua...Saya bukanlah ahli pekida,cuma apa yang diperjuangkan oleh PEKIDA selari dengan pemikiran saya...Pada pendapat saya PEKIDA adalah pertubuhan yang amat sesuai sebagai platform untuk kita sama-sama tolong menolong sesama Muslim dan menegakkan syiar Islam. Amal Makruf Nahi Mungkar...


Perihal pendapat orang ramai tentang PEKIDA adalah salah...Saya sendiri memperhatikan keadaan ini dan pada pendapat saya,pendapat orang ramai telah terpesong adalah bersebab:-


1) Banyak ahli yang baru masuk, setelah di bai'ahkan, berjanji untuk menolak judi,arak dan perempuan,masih lagi meneruskan aktiviti2 seperti itu...Bila ditanya, mereka menjawab "Junjung Qur'an atas nama perikatan sahaja".


2)Kebanyakan ahli muda terlibat dengan kes pukul dan sebagainya dengan selamba berkata "Jangan cari pasal dengan aku, aku orang ///"...Sekaligus memberi pandangan negatif orang ramai terhadap pertubuhan PEKIDA itu sendiri.


Pada pendapat saya,keahlian baru perlu ditapis bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku...Jika kita benar2 faham akan halatuju PEKIDA itu sendiri, perkara begini tidak akan berlaku Insya-Allah...


Saya memohon maaf sekiranya ada terlanjur kata dan menyakiti hati sesiapa...Sebarang salah silap datangnya dari saya dan yagn betul dan baik datang dari Allah...



 



__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

BIAR TINGGI KUALITI DR KUANTITI

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

Assalammualaikum,


Harapan saya abg² akan terus memberi tunjuk ajar untuk nilai² murni demi perjuangan yg murni. Ini salah satu artikel yg kurang baik ttg PEKIDA dan pucuk pimpinan http://www.umno-reform.com/april04/paklahmafia.htm


Semoga mereka di luar sana memahami perjuangan kita adalah untuk mereka juga.


Wassalam.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

???




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

quote:

Originally posted by: BATU_KURAU

"buat Dieyaz & zerofill....dalam melayan dakwaan begini...perlu kaji balik reflect atas jawapan yang diberi...gunakan pendekatan terbaik supaya tidak di point semula atas jawapan yg diberi...jawapan dari dieyaz sesuailah sebagai adik yg masih merah..."


Assalamualaikum...///


Abg Batu Kurau....apa kata yang masih merah tu kita gantikan dengan yang baru lahir. Merah... merah ni sensitif la. Hehehehe. Maaf dipohon sekadar ingatan dari sesama kita.



-- Edited by zackbikers at 09:35, 2005-03-03

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

zack >>> setuju..!!! merah tu saya cuma merujuk pada ayat dari adik dieyaz kita seperti underline tu..


Maklumlah Dieyaz ni umpama bayi merah....



__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

HuRmMm...///

__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Faham abang Batu Kurau...cuma bila mata saya melintas, terpandang perkataan merah tanpa membaca, bulat biji mata. MERAH! Heheheh.


ps: Jepun...hang jgn nak conpius lak.



__________________


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

baik abg zack.../// saya tak confius la ni coz dah makan dah

__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

biler nak banjer ais tebu nie jepunnnn...??? uwaaaaa..

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

isk macam mana nak banjer bang.../// coz pokok tebu abis semua dah terbakar

__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:

bang jepun...hehhheee..bila nk lepak sesame neh...heheheh....

__________________
|||BATU|||


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

quote:

Originally posted by: elie

"bang jepun...hehhheee..bila nk lepak sesame neh...heheheh...."

nak lepak sekali macam mana.../// dah bro elie kita tak nak balik KL.../// kalau tak leh la kita lepak kat sharizma tu sampai lebam ngan bro andy kita

__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

Awat yang depa dok kata macam tu kat PEKIDA ni? dah takdak kerja lain ka?? lebih baik muhasabah diri sendiri drpd tengok kesalahan orang lain. tak tau tanya bukan tuduh.m -pelik tapi benar- perangai manusia nih. sorry tersensitif pulak sampai lupa bagi salam...


Assalamu'alaikum.


ish ish ish...... tapi kalau dah tak paham tu memang tak paham jugak tak guna cek dok bebel ni noh . oklah apa2 pun cek nak pesan kat diri cek and adik beradik semua ALIF BA THA tu besar maksudnya noh... sekian Assalamualaikum



__________________
///SABAR///SABAR///SABAR///


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

benda nie dah byk x di persoalkan. tapi tak kemana?


dia orang nak cakap apa sekalipun, tak jadi aper? kita tetap macam nie jugak. klu nak pikirkan benda tu sampai bilapun tak abis. jgn hiraukan hal tu. kita terus maju. byk lagi isu yg prelu di pikirkan.


salam   ///



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

Assalamualaikum Abang-abang dan kakak-kakak semua,maaf kiranya mengganggu...


Saya bersetuju dengan Abang2 semua dalam hal ni...Dalam sayur seikat mesti ada yang dimakan ulat,selagi kita pegang pada ikrar janji kita dan ingat matlamat Pekida,saya pasti gejala macam ni dapat dibendung...


Cuma yang saya dapat perhatikan, ramai di kalangan yang baru "lahir", mereka lebih menjurus ke arah lain selain tolong menolong dan menegakkan amal makruf nahi mungkar.


Harap dimaafkan segala salah silap saya tika berbicara. yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri saya sendiri...






__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

a'kum..abg2 semua semoga berada dalam lindungan allah selalu.saya tertarik dgn abg mahfooz ttg persepsi orang ramai terhadap pekida.....Saya secara ikhlasnya merupakan salah seorang yang mempunyai pandangan yg sama dgn yang terkandung dalan tulisan itu SEBELUM saya kenali jemaah.


Saya juga pernah ajukan soalan yang bernada lebih kurang serupa dgn yang ditulis......tetapi alhamdulillah setelah saya mengenali R&D, saya mendapat gambaran dan ilmu yang menarik hati saya untuk terus menyelami jemaah ini.


Cuma yang penting pada saya, asasnya ialah kita seharusnya pandai membawa diri supaya diri kita dan jemaah kita tidak dijadikan fitnah dan bahan cemuhan.


Kalau kita memberikan contoh yang baik, insya-allah baiklah jadinya......


mohon maaf andainya saya tersilap........


 



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

ASSALAMU'ALAIKUM SEMUA...


saya bukan beniat nak berkasar ataupun berbalas bahas dengan tohmahan di atas, tapi sekadar untuk mengingatkan diri sendiri saja dan pada sesiapa yang sudi.


Cerita ni dah main byk kali dah... kita sendiri pun dah tau kesudahan cerita yang mcm ni, so dok layan buat apa. biaq pi kat depa la nak kata apa. depa dok kata pasai depa tak paham (mengaji tak mau). orang mcm ni ibarat kata CEKAK CEKAK TABOH pun diorang takkan berenti mengata jugak(perumpamaan shaja bukan gaduh)(jangan salah tafsir pulak).Kalau kita bertekak dgn org mcm ni nanti takut takut kita pun 2x5 jugak. Lagi org ckp lagi kita tunjuk yang baik, nanti lama2 depa pun bosan la..


So... tak payah dok bukak lagilah cerita macam ni buat tambah dosa ja. kalau ahli yang berniat nak wat mcm ni (wpun niat baik) baik tak payah la.


INGAT BALIK PESAN KEKANDA DR MASJUKI DALAM HAL YANG DULU TU (SOLDIER tu la)


Lebih baik MUHASABAH sendiri supaya menjadi tauladan orang yang melihat.


Jom kita sama2 jemaah membawa PERIBADI yang baik


Sekian kalau ada tersalah kata harap dimaafkan. Yang baik dari Allah dan Yang tak baik dari diri saya sendiri.


///AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR///



__________________
///SABAR///SABAR///SABAR///
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard