HARTA kekayaan dan segala keperluan hidup adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada seluruh umat manusia supaya dipelihara dan digunakan ke jalan Allah. Dengan harta dan kelengkapan hidup, manusia boleh hidup bahagia. Dengan harta juga manusia boleh menjadi lupa daratan. Malah, dengan harta juga manusia boleh menjadi hamba kepada orang lain.
Allah menyediakan kemudahan dengan menjadikan bumi dan langit serta isinya. Begitu juga Allah menjadikan laut dan daratan bagi kemakmuran dan kemudahan serta kemaslahatan hamba-Nya.
Mengeluar dan membelanjakan sebahagian daripada harta untuk kemaslahatan atau kepentingan umum bagi menjaga agama,bangsa dan negara.
Dasar Infaq Fisabilillah ada dinyatakan dalam surah al-Baqarah, ayat 195 bermaksud: “Dan belanjakan (harta bendamu) di jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baik kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.”
Perkara itu diperjelaskan lagi dalam ungkapan bagi mereka yang mengeluarkan sebahagian daripada harta masing-masing, mereka akan diberikan balasan. Lalu, berkata harta itu lima perkara iaitu:
-Dulu aku (harta) kecil sekarang aku dibesarkan.
-Dulu aku (harta) dimusuhi sekarang aku dikasihi.
-Dulu aku menjaga diri aku (harta) sekarang aku menjaga dirimu.
-Dulu aku (harta) sedikit sekarang aku dibanyakkan.
-Dulu aku (harta) binasa sekarang aku dikekalkan.
Dalam sebuah hadis, daripada Anas, katanya, Rasulullah saw bersabda bermaksud : “Barang siapa yang mempunyai ilmu hendaklah dia bersedekah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai kekuatan hendaklah dia bersedekah dengan kekuatannya.”
Selain bersedekah, berzakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang wajib dilunaskan oleh setiap umat Islam yang cukup syaratnya.
Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih dan subur, suci dan berkat serta tumbuh dan bertambah. Sementara pengertiannya dari segi istilah ilmu fikah adalah mengambil sebahagian daripada harta. Harta yang tertentu dan diberikan kepada golongan tertentu mengikut syarat serta peraturan ditetapkan syarak.
Islam mewajibkan zakat keatas mereka yang cukup syarat iaitu:
-Beragama Islam.
-Merdeka.
-Harta itu milik yang sempurna - bukan harta curi.
-Cukup setahun (haul).
-Cukup nisabnya iaitu anggaran harta yang wajib dikeluarkan zakatnya.
92. Kamu sekali-kali tidak sampai kepada KEBAJIKAN yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
3. Ali 'Imran
186. Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah (DUA PUAK YG AKAN BERSEKONGKOL), gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***