Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bukit Cahaya Seri Alam jadi Taman Botani Negara


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
Bukit Cahaya Seri Alam jadi Taman Botani Negara


Pusat mahu ambil alih:
Bukit Cahaya Seri Alam jadi Taman Botani Negara
Oleh Rohaniza Idris



PENGURUS Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam,
Syed Abdul Manaf Syed Mahadi menunjukkan keadaan taman siar
sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipenuhi air dan terhakis oleh
anak sungai kuning di taman itu. – Gambar oleh Tun Izhar Tun Ishak

KUALA LUMPUR: Kabinet semalam mahu Selangor menyerahkan kawasan seluas 886 hektar yang menjadi Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam di Bukit Cerakah, Shah Alam, kepada Kerajaan Persekutuan untuk diwartakan sebagai Taman Botani Negara.











AdRevolver

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penyerahan kawasan itu kepada Pusat juga boleh menjamin status taman pertaniannya kekal dan tidak boleh ditukar kepada pembangunan lain.

Beliau berkata, jemaah menteri berpendapat adalah wajar kerajaan negeri menyerahkan tanah berkenaan sebagai warisan dan khazanah negara untuk generasi akan datang.

“Kabinet khuatir jika taman pertanian itu tidak diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, kemungkinan kerajaan negeri akan menukarkan statusnya atas desakan pembangunan pada masa depan.

“Kabinet mahu tanah di kawasan itu menjadi khazanah negara yang akan diwarisi zaman berzaman oleh generasi akan datang. Kabinet berpendapat lebih baik kawasan itu kekal selama-lamanya.

“Lagi pun sesiapa pun tidak rugi jika ia diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kementeriannya di sini, semalam.



PEJABAT mini kecil rosak dihakis anak sungai.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ketika diminta mengulas keputusan Kabinet itu berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan berhubung perkara berkenaan.

Beliau menjelaskan, perkara itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco minggu depan untuk diluluskan.

Kontroversi pembangunan berhampiran kawasan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Bukit Cerakah sebelum ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, yang mengarahkan Kerajaan Selangor mengambil tindakan segera menangani isu itu.

Kelmarin, Dr Mohamad Khir berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan mahkamah terhadap 14 syarikat yang memajukan kawasan di sekitar taman pertanian itu kerana menebang hutan tanpa mendapatkan kelulusan kerja tanah.

Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam adalah ilham bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid pada 1989 sebagai tempat pelancongan dan pusat ilmiah bidang pertanian.

Pada awal pembukaannya, taman itu dikenali Taman Pertanian Bukit Cerakah tetapi ditukar namanya ke Bukit Cahaya Seri Alam pada 1991 oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Muhyiddin, yang akan menyampaikan keputusan Kabinet itu secara bertulis kepada Dr Mohamad Khir berkata, langkah mengambil alih taman itu juga bertujuan memastikan generasi masa depan mewarisi khazanah botani negara dan digunakan untuk keperluan masa depan.

Beliau menjelaskan, sebelum ini Kerajaan Selangor enggan memberikan tanah itu kepada Kementerian Pertanian kerana mendakwa ia tanah rizab untuk kawasan tadahan air.

“Kerajaan Selangor hanya memberi kebenaran kepada kementerian untuk mengendalikan taman pertanian itu. Dalam perbincangan dengan kerajaan negeri, ia bersetuju memajakkan tanah itu untuk tempoh 21 tahun pada harga RM1 bagi satu hektar.

“Bagaimanapun, kita masih belum menandatangani perjanjian pajakan itu kerana tidak pasti mengenainya,” katanya.

Muhyiddin juga berkata, kementeriannya akan menuntut ganti rugi bernilai RM4.2 juta daripada pemaju berhampiran Taman Pertanian Malaysia yang menyebabkan kemusnahan ekologi, flora dan fauna di taman berkenaan.

Katanya, kajian terperinci Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) yang menguruskan taman itu mendapati kerja pembangunan berhampiran menyebabkan kerosakan kepada pokok, tanaman ditenggelami air dan memberi kesan ekologi kepada kawasan itu.

“Kementerian akan mengemukakan tuntutan itu secepat mungkin kepada kerajaan negeri untuk disampaikan kepada pemaju berkenaan,” katanya sambil menambah RM150 juta sudah dibelanjakan kementerian untuk membangunkan taman berkenaan termasuk peruntukan RM17 juta tahun ini.


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

taman pertanian bukit cerakah banyak meninggalkan kenangan pada saya sekitar tahun 88(dlm tingkatan 1) waktu tu bukit cerakah(ada perkampungan org asli)baru nak diterokai untuk dijadikan taman pertanian...saya dan kekawan buat xpdc berbasikal(team bmx) meredah hutan bukit cerakah(ikutkan tak boleh masuk kat situ...kami buat degil kami aje)...saya masih ingat sebelum ada tapak sawah...disitu ada laluan anak sungai airnya jernih sejuk udara segar(shah alamkan bandar industri bising udara tercemar)kami mandi memancing ikan terubuk berkhemah(siang aje)memasak...yang paling mencabar bila kami meredah perigi buta kat sungai air kuning(lumpur paras lutut)sepanjang laluan terowong tu(kiri kanan)terdapat ruangan untuk org berehat...separuh jalan kami patah balik...bila naik balik terowong kami redah pulak hutan pergi empangan air biru...memang seronok kat bukit cerakah ni....tu dulu sekarang dah jadi bukit celaka tak seronok banyak kerosakan berlaku...bagus gak bila kerajaan pusat ambil alih...jadikan balik taman pertanian yang top kat lembah kelang dan selangor.... 

__________________
9:20 14:24 16:41 16:78 29:49 7:179 24:1 75:16 29:49 4:59


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:



__________________
Tanamkan Azam dan semangatmu Setinggi Bintang Dilangit dan Rendahkan Hatimu Serendah Mutiara Di Laut...


Senior

Status: Offline
Posts: 359
Date:

Assalamualaikum...///


Untuk pengetahuan saudara˛ sekelian...Buat masa ini Kementerian Pertanian tengah giat melaksanakan beberapa aktivity bersama˛ dengan kakitangan di Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Para Pelajar Sekolah di sekitar Shah Alam dalam membangunkan semula Taman Cahaya Seri Alam ini.Dengan ini saya menyeru kepada saudara˛ yg ingin berkunjung ke Bkt Cerakah agar kita sama˛ menjaga kebersihan tempat tersebut.


sekian, Terima kasih.




__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I yunif@doa.moa.my


Veteran

Status: Offline
Posts: 65
Date:

WARTAWAN WALIA MELAPORKAN



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

quote:

Originally posted by: GiantRobot

"WARTAWAN WALIA MELAPORKAN "


  siap angkat tangan lagi...




-- Edited by flash at 12:47, 2005-03-10

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


 



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

tak lama lagi rahsia akan terbongkar...penyelewengan dpt diatasi

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard