Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Wanita Suci


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:
Wanita Suci


Wanita Suci,

Mungkin aku memang tak romantik, tapi siapa peduli..?

Kerana kau belum begitu mengenaliku.

Bagiku kau seorang yang sempurna, tidak mampu aku
samakan dengan yang
terindah sekalipun.

Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.

Bagiku dirimu adalah salah satu dari semua itu.

Wanita Suci,

Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh.

Kerana akan membuatku mengingatmu

Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu

Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding
khayalku

Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sesemangat mentari

Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh

lumpur

Kerana dirimu sesungguhnya terlalu suci

Wanita Suci,

Berdua menghabiskan waktu denganmu, bagai mimpi tidak
berhujung

Ada ingin tetapi tidak ada henti, berkelebat selalu

Meski dengan matamu pun tidak berani kau menatapku

Jangan pernah kalah dengan mimpi..!!

Inginku, kerana sucimu kau pertaruhkan

Mungkin kau tidak peduli, tetapi kau hanya menjadi
wanita biasa

dihadapanku bila kau kalah

Dan tidak lebih dari wanita biasa !!

Wanita Suci,

Jangan pernah kau tatapku penuh. Bahkan tidak perlu
kau lirikkan matamu
untuk melihatku

Bukan kerana aku terlalu indah, tetapi kerana aku
seorang yang masih

kotor

Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku,
meniru laku

seperti Rasul

Meski hati jauh lebih kotor dari lumpur

Kau memang suci, tapi masih dapat dimanipulasi

Kerana kau manusia biasa, hanya seorang wanita biasa

Wanita Suci,

Beri Sepenuh diri pada Dia, Sang lelaki suci yang
dengan sepenuh

hati kau damba

Kehadapan Illahi. Untuknya dirimu ada, itu kata
otakku, tidak perlu

difikir lagi

Biarkan lelaki suci menjemputmu dalam rangkaian
khitbah dan akad yang indah

Atau biarkan dirimu yang menjemputnya, kerana itu
adalah hakmu..!

Seperti dicontohkan ibunda Khadijah

Jangan ada ragu..! Semua terukir dalam kitab suci

Wanita Suci,

Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh ikhlas

Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu

Mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tidak ada
sampai kau mati

Mungkin itu kau terlalu suci untuk semua lelaki di
dunia fana ini

Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu

Yang kau bangun dengan segala kekhusyuan tangis doamu

Wanita Suci,

Ingatlah pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu,
tetapi itu pilihanNya

Tidak ada yang lebih baik dari pilihanNya

Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih
itu, melainkan

Pada jalan yang kau pilih

Atau kebaikkan itu terletak pada kekasih tertinggi

Kekasih tempat kita memberi cinta dan menerima cinta



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard