eddycombat dah datang kursus induksi di Kajang....???
-- Edited by nurul at 18:41, 2005-03-18
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
Melalui maklumat daripada orang lama,... "SELENDANG MERAH" tu adalah antara nama samaran yang pernah digunakan oleh bekas YAB PM, Tun Dr.Mahathir ketika di zaman Tungku Ab.Rahman/13 MEI.Ada juga nama samaran lain yang beliau gunakan seperti "CHE DET" dll.
Tapi ada juga sumber yang mengatakan bahawa "SELENDANG MERAH" tu adalah satu perkumpulan yang terdiri dari orang-orang melayu yang dipimpin Oleh Dato' Harun Idris Menteri Besar Selangor ketika itu untuk me"nyetel"kan "masalah-masalah" pada 13 MEI 1969.
Yang mana satu betul pun entahlah.......Wallahualam.
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............
quote: Originally posted by: ABG LONG "SELENDANG MERAH KE KUNING KE HIJAU KE YANG PENTING SELENDANG BERTUJUAN MENUTUP AURAT WANITA.TENGGOK MCM KAK NURUL KITA MAKIN LAWA LA"
Assalamualaikum...
Salam ngan abg Long...
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
Maafkan hamba kalau hamba menyampuk.Melalui ilmu yang hamba perolehi Selendang Merah ini bermula di Johor ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei & diasaskan oleh Kiyai Salleh. Itupun kalau hamba tidak tersilap.Jika ada silap & salah harap ditegur.
quote: Originally posted by: WAN KAJANG "Maafkan hamba kalau hamba menyampuk.Melalui ilmu yang hamba perolehi Selendang Merah ini bermula di Johor ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei & diasaskan oleh Kiyai Salleh. Itupun kalau hamba tidak tersilap.Jika ada silap & salah harap ditegur."
kalau nak tahu ni dia heee heee heee... andika rasa 13 mei akan berulang akan tarikhnya sahaja tapi sejarah tak akan berulang... sebab manusia di msia sekarang ni dah jadi zaman jari jemari... paham paham dah leeee...
bismillahlah kita dahulu....ini bab sejarah kalu boleh tanya kat orang lama2 atau yang mahir tentang selok belok mengenai tajuk yang di bentang.........rasa nya ramai yang tak tahu ni termasuk aku gak.....elok kita serah kepada sesiapa yang mahir ...ok
maaf adinda menyampuk..just nk bg pendapat psl selempang merah kiyai salleh (bukan selendang merah ek)....adinda anak jati bt pht...ada la tau skt2 psl kiyai salleh...yg ada kaitan dgn selempang merah (bukan selendang merah)...selempang tu dipakai kiyai salleh masa btempur dgn jepun kt area kg mampan,peserai.....org melayu diketuai kiyai salleh guna pedang je...org jepun guna senapang...sblm g serang,org melayu ni wat smbyg hajat&bc yasin 40 kali...masa g serang tu kiyai salleh pakai selempang merah yg dipercayai ada azimat (wallahu alam) sambil baca "laillaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzalimin" byk2 kali.....pastu askar jepun nmpk org melayu ni tinggi mcm pokok kelapa...diorng tembak ke atas masa serang....org melayu yg guna pedang ni tinggal cantas jr askar jepun....lastly org melayu menang dlm pertempuran tu....ms tu la glamer nama selempang merah yg dipakai kiyai salleh.....wallu alam...sekian mohon ampun dan maaf.....
erm..tak salah kalau bertanya. ok seperti yang diketahui selendang merah ni wujud pada zaman tunku lagi. kalau tak silap dari petani asalnya bergabung dengan orang2 lama dulu. jadi orang2 lama pada zaman tunku yang menubuhkan persatuan ini. daripada sinilah titik permulaan yang wujud sehingga kita berada sekarang. dan pada masa ini nama pekima wujud...so nak lebih lanjut saya rasa lebih baik tanya kepada pihak2 yang terlibat kat r&d. atau tanya dr.mas sendiri.
kalau tersalah maklumat harap dimaafkan. angah kualanerang kedah ///
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."