Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 6 alasan mengapa menghampiri zina


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:
6 alasan mengapa menghampiri zina


6 Alasan Mengapa Menghampiri Zina

MEMANDANG
seseorang terutama yang saya sayang, sangat sukar di tahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan saya. Jarang nikmat penglihatan ini saya gunakan sebaiknya.

SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang . Tetapi, apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.

BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan.

HARUMAN yang saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda.

DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagi pun kami bukannya apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis.

HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan saya. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan.

Firman Allah: (Al-Israa':32)
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

 



 - Hatinya bersih daripada sebarang kedengkian, berdendam dan iri hati terhadap kejayaan orang lain.
 - Lidahnya berkata jujur, terpelihara daripada mencela, mengumpat dan seumpamanya. 
 - Matanya dijauhkan daripada memandang yang dilarang oleh syariat.
 - Perutnya tidak diisi dengan makanan yang haram atau dari sumber yang haram.
 - Tangannya terpelihara daripada menjamah yang bukan haknya.
 - Kakinya tidak menginjak atau memijak tempat larangan.
 - Amalnya jauh daripada ingin mencari sanjungan dan pujian masyarakat. Segala 
sesuatu yang dilakukannya kerana patuh dan baktinya kepada Allah semata-mata


cara pakaian taqwa



-- Edited by Farriman at 12:43, 2005-03-05

-- Edited by Farriman at 12:44, 2005-03-05

__________________
Pena Belum Kering dan Lembaran belum dilipat, Selama masih ada nafas kita masih bisa berusaha


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

AMAL MAK'RUF NAHI MUNGKAR

-- Edited by flash at 22:49, 2005-03-13

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

SALAM...


Hukum bercouple dalam Islam sebab ada orang mengatakan harus jika tidak berdua-duaan, tidak berutus surat cinta dan sebagainya, tetapi saya tidak pasti sejauhmana kesahihannya. Dan sekiranya ia tidak dibenarkan, apakah kaedah yang sebenar untuk mencari pasangan?

Wanita dicipta semulajadi memiliki sifat pada dirinya yang boleh menggoda lelaki dan lelaki secara semula jadi cenderong dan terpikat dengan wanita. Oleh itu ikatan persahabatan melalui apa cara dan dengan apa-apa alasan akan membawa kepada fitnah(zina). dan fitnah adalah satu yang dilarang oleh agama.

Menjalinkan ikatan persahabatan antara lelaki dan perempuan adalah haram berdasarkan firman Allah dalam surah an Nisa' ayat 25 dan al Maidah ayat 5 yang bermaksud "…Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan", dan al Maidah ayat 5 yang bermaksud "… dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan"

Dan kaedah "menutup pintu fitnah" dan dibawah maksud kewajiban menjaga kesucian yang menjadi alasan disebalik hukum penjagaan tertentu seperti merendahkan pandangan, menggunakan bahasa yang lembut, bercakap disebalik tabir dan sebagainya. Langkah-langkah itu dapat mengelakkan orang yang hatinya berpenyakit daripada melakukan niat buruknya terhadap wanita yang menjaga kesucian diri.

Cara untuk mencari pasangan

Sebagaimana yang disebutkan tadi ikatan persahabatan tidak membawa kepada perkahwinan, tetapi sering membawa kepada finah dan kerosakan. Sebab itu persahabatan bukan cara yang betul untuk mencari pasangan hidup.

Disamping itu persahabatan itu memabawa kesan buruk kepada wanita seperti itu. Seorang yang ada sedikit pengetahuan agama tidak sanggup beristerikan wanita yang tangannya pernah dipegang oleh lelaki lain, apakan lagi orang baik-baik dan beragama ia tidak akan beristerikan wanita yang telah memiliki teman lelaki dan pernah keluar kesana kemari dengan lelaki yang bukan mahramnya. Benarlah seperti yang difirmankan oelah Allah dalam al Quran yang bermaksud;"lelaki baik untuk wanita baik dan wanita baik untuk lelaki baik".

Namun begitu Islam tidak menghalang terus perhubungan antara lelaki dan perempuan, bahkan jika ada keperluan seperti berjual beli, ditempat kerja atau atas tujuan perkahwinan maka ia diharuskan oleh Islam mengikut cara-cara dan adab-ada yang ditetapkan.

Untuk tujuan pertunangan atau perkahwinan lelaki boleh melihat wanita mukanya, tangannya dan setengah ulama' mengharuskan kakinya. Dari pendiriannya boleh diketahui ketinggian, dari wajah dilihat kecantikan rupa paras, hidung mancung, dari jernih dan sebgainya, dari tangan boleh dilihat warna kulit dan samada gemuk atau kurus. Untuk tujuan mengetahui kelakuannya ia boleh mencuri pendangan semasa ia bergaul, makan, becakap dan sebagainya. Baki perkara yang ingin diketahui boleh ditanya kepada orang tengah seperti rambut kerinting atau lurus dan sebagainya. Begitu juga berkenaan hal ehwal kesihatan.



 



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 213
Date:

Bismillaahirrohmaanirrohiim


Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.(Surah 17 ayat 32).



Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah
belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama
Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat dan hendaklah
(pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari
orang-orang yang beriman. (Surah 24 ayat 2).

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang
berzina, atau perempuan yang musrik; dan perempuan yang berzina tidak
dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina, atau laki-laki
musrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang
mu'min. (Surah 24 ayat 3).



Dan terhadap para wanita yang mengerjakan perbuatan keji (Zina,
Lesbian-perempuan dengan perempuan), hendaklah ada 4 (empat) orang
saksi diantara kamu yang menyaksikannya. Kemudian apabila mereka
telah memberi kesaksian, maka kurunglah mereka (wanita-wanita itu)
dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah
memberi jalan yang lain kepadanya. (Surah 4 ayat 15)



Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji (zina,
lesbian,
homoseksual) diantara kamu, maka berilah hukuman kepada
keduanya,
kemudian jika keduanya bertaubat dan memperbaiki diri,
maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat
lagi Maha Penyayang. (Surah 4 ayat 16).


Wassalam..


Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah,dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.Waallahualam.





__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis mencari mana matahari kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

 


Kena tahan diri dari tengok2 perkara lucah..........buku,majalah,vcd,internet, dan segalanya........hanya itulah punca nafsu mudah diransang...jika anda rajin solat dan menghindari perkara2 itu dalam sehari dan tahan untuk seterusnya adakah anda akan bernafsu?...tanya hati.........insyaallah temu jawapannya.....yg penting Islam dah menghalalkan cara melalui perkahwinan...jadi..apa pikir lagi.......kahwin cepatt je...


salam perjuangan..................



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard