KUANTAN: Pelik tetapi benar. Seekor anak burung enggang ditemui dalam sebatang pokok berhampiran sebuah rumah, di Jalan Teluk Sisek di sini, yang hanya muat badannya dan terpaksa mendapatkan makanan menerusi lubang kecil sebesar paruhnya.
Kehadiran burung enggang itu menjadi tanda tanya terutama tempoh dan bagaimana burung berkenaan berada di dalam batang pokok berkenaan.
Ibrahim Abdullah, 30, yang menghubungi Berita Harian untuk menunjukkan lokasi pokok itu memberitahu dia menyedari kehadiran burung berkenaan di dalam pokok itu, kira-kira dua bulan lalu, ketika membuat kerja di rumah Pengarah Mara negeri, Kamaruddin Awang, yang terletak berhampiran pokok itu
“Saya dapati ada burung enggang menghampiri batang pokok berkenaan dan apabila mendekati pokok itu, rupa-rupanya burung berkenaan sedang memberi makan kepada burung enggang yang ada di dalam batang itu melalui lubang kecil terbabit.
“Saya dan seorang rakan meninjau sekeliling serta memanjat pokok berkenaan untuk mencari sama ada wujud lubang lain yang membolehkan burung enggang berkenaan masuk ke dalam batang itu, tetapi tidak menjumpainya,” katanya.
Wakil Berita Harian sempat melihat muncung burung berkenaan ketika memberi umpan pisang goreng melalui lubang itu, sebelum memanggil pasukan penyelamat 991 Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) untuk mengeluarkan burung itu.
Pasukan itu diketuai Lans Koperal Noisham Mustafa Abdul Razak, juga hairan mengenai kehadiran burung itu dan terpaksa menggunakan gergaji berenjin bagi membesarkan lubang pada batang pokok berkenaan.
Mereka berjaya mengeluarkan burung berkenaan, tetapi burung itu tidak mampu terbang.
Noisham berkata, dia terpaksa membawa balik burung itu untuk dimasukkan ke dalam sangkar besar supaya pulih sebelum dilepaskan
__________________
Tanamkan Azam dan semangatmu Setinggi Bintang Dilangit dan Rendahkan Hatimu Serendah Mutiara Di Laut...
teringat kisah baginda idris alaihissalam ketika shaiton laknatullah bertemu baginda, laknatulah tu sambil membawa telor bertanya baginda, boleh kah Allah memasuk kan dunia ni kedalam telor tu, lantas baginda yang sedang menjahit "berkata" jangan kan dalam telor dalam lubang jarum ni pun Allah boleh lakukan sambil mencOcOk mata laknatullah tu, haa cemey mata sebelah sampai la hari kebangkitan kelak.. kisah ni den tak berapa teratur dan sebutan nya, harap mohon ampun maaf jika tersalah cerita, yang baik tu dari Allah yang takbaik tu dari kedhoifan saya sendiri, wallahualam Allah maha berkuasa atas segala sesuatu