Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Gerhana Ska Cinta


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:
Gerhana Ska Cinta


saudara seIslam yang sentiasa dirahmati Allah. Moga
 Allah menyelamatkan dirimu daripada terus ditipu
 oleh musuh Allah. Baru- baru ini banyak email di
 internet yang mengatakan gerhana 2 kali di bulan
 Ramadhan adalah tanda hari Kiamat dan kedatangan
 Imam Mahdi. adakah ia benar? penulisan ini akan
 mengupas isu berkenaan. 
 
Berkenaan dengan gempa bumi sebagai tanda kiamat
 memang banyak hadith sahih yang menceritakannya.
 Kita wajib meyakini kerana itu akidah kita. 
Bagaimanapun, ana telah mendapat maklumat daripada
 jabatan falak syarie yang mengkaji tentang fenomena
 gerhana serentak matahari dan bulan atau gerhana
 serentak bulan sahaja dan kaitannya dengan
 kedatangan Imam Mahdi. 
 
INILAH PENIPUAN ajaran sesat seperti Qadiani, Bahai,
 Aurad Muhammadiah (rufaqa' kini) dan Syiah.... 
 
Sebenarnya, idea mengatakan gerhana dua kali itu
 tanda kiamat dan kedatangan Imam Mahdi ialah
 disandarkan kepada Imam Jaafar bin Shodiq. Dia
 adalah Imam shiah. Kita tidak boleh mengambil
 pendapatnya dan riwayatnya kerana akidah Syiah
 mengkafirkan para Sahabat khalifah Rasulullah yang
 diiktiraf dalam al-Quran. 
 
SEBENARNYA, sudah banyak kali sebenarnya gerhana
 bulan atau matahari pada bulan ramadhan dalam
 sejarah Islam. Dengan itu, ramai orang2 yang tak
 bertanggungjawab mengaitkan gerhana tersebut dengan
 kedatangan hari Qiamat. Terutamanya kumpulan ajaran
 sesat dan ketuanya mengaku menjadi Imam Mahdi. Ini
 kerana setiap kali gerhana serentak, ada kumpulan
 yang akan mendakwa ia mesej dari Tuhan khas untuk
 menaikkan pemimpinnya sebagai Imam Mahdi atau pemuda
 Bani Tamim. Berikut adalah tarikh dan haribulan
 gerhana dua kali dalam bulan ramadhan yang berlaku
 sepanjang selepas rasulullah wafat: dan setiap kali
 itulah Imam Mahdi lahir???? 
 
Sebenarnya ramai yang mendakwa diri mereka Imam
 Mahdi sejak 125 Hijrah lagi hinggalah 1311 Hijrah
 kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil
 kesempatan daripada fenomena gerhana berpasangan.
 Berikut adalah tarikh gerhana 2 kali berlaku dan
 ajaran sesat yang timbul bersamanya: 
 
1. Pada 14 dan 28 Ramadan 125 Hijrah, Saleh bin
 Tarif Burghwati mendakwa dirinya Imam Mahdi dan
 nabi. Beliau dapat memerintah pengikutnya selama 47
 tahun sebelum menyerahkan takhta kepada anaknya. 
 
2. Pada 13 dan 28 Ramadan 1267 Hijrah, Mirza Ali
 Muhammad Bab mendakwa dirinya Imam Mahdi. Pergerakan
 beliau masih wujud, tetapi sudah berpecah dua iaitu
 Bab dan Bahai. Kini, mereka tidak lagi mendakwa diri
 mereka Muslim. 
 
3. Pada 13 dan 28 Ramadan 1289 Hijrah (diikuti pada
 1829, 1830, 1851 dan 1873 Hijrah), Hussain Ali
 Bahaullah mendakwa dirinya Imam Mahdi untuk semua
 agama dan seorang nabi. Pengikutnya tidak lagi
 mendakwa diri mereka Muslim. 
 
4. Pada 13 dan 29 Ramadan 1290 Hijrah, Mahdi Sudani
 mendakwa dirinya Imam Mahdi. Beliau memulakan satu
 pergerakan yang berjaya untuk melawan penjajahan
 British di Sudan. 
 
5. Pada 13 dan 29 Ramadan 1311, Mirza Ghulam Ahmad
 mendakwa dirinya Imam Mahdi dan nabi. Pengikutnya
 dikenali sebagai Qadiani. 
 
dah banyak kali sebenarnya gerhana 2 kali bulan
 ramadhan... semuanya ada ajaran sesat yang timbul
 kemudiannya. DI Malaysia sudah ada kelompok yang
 memperjuangkannya. BERHATI_HATI. jangan terpengaruh.
 Pertahankan Akidah ahli Sunnah wal Jamaah. 
 
BUKTIKAN DENGAN HADITH SOHIH BAHAWA GERHANA DUA KALI
 RAMADHAN ITU ADALAH> TANDA TERDEKAT KIAMAT? BUKAN
 DENGAN HADITH PALSU @ HADITH SYIAH... 
 
Apa yang berlaku pada masa depan adalah tertakluk
 kepada iradah Allah. Akidah ahli Sunnah wal Jamaah
 menetapkan bahawa kita tidak berhak untuk>
 menetapkan atau meramalkan apa yang akan berlaku
 pada masa depan. kerana ia terletak pada iradah
 Allah.



__________________
wann
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard