ada beberapa soalan yg perlu ditujukan kepada PEKIDA...
Rata2 masyarakat mengenali PEKIDA dgn kumpulan gangster. pada mulanya saya tidak mempercayai tanggapan ini tetapi apabila melihat kebanyakan menteri2 adalah penyokong kuat kpd pertubuhan ini saya percaya. tetapi anggapan masyarakat terhdp PEKIDA tetap negative. saya berkata melalui pengalaman. bekas teman lelaki saya adalah ahli PEKIDA tetapi dia selalu bertumbuk dan perkara ini terjadi kepada saya. dia pernah memukul dan menumbuk saya. Rata2 kawan bekas teman lelaki saya adalah samseng dan juga merupakan ahli PEKIDA.
SOALANNYA:
i-apakah kriteria untuk menyertai persatuan ini? kriteria di sini bermaksud penapisan ahli2 spt tiada rekod jenayah, reference drp ahli2 dan lain2..
ii- apakah tindakan yg akan diambil sekiranya ahli mencemar nama baik persatuan? spt memukul, berzina, minum arak, etc.
iii- sehingga kini bekas teman lelaki saya tetap menganggu dan mengugut saya... saya telah membuat lapuran polis.. adakah PEKIDA dapat membantu saya dlm hal ini?
saudari aqeera...HuRmMmMMm kes berat dah tu sampai dah pukul2 saudari ni...saya sokong tindakkan saudari melaporkan pada pihak polis...saya rasa tak semua macam ex-bf saudari tumaybee ex-bf saudari budak 36 kot??? jangan la hanya nila setitik habis rosak susu sebelanga mungkin saudari patut bertanya pada kekanda mas atau beliau menggunakan nick pekida.../// sekian
Saya Alan dr Rawang.. Saya rasa x semua ahli PEKIDA mcm tu...Biasa la dlm sekumpulan adik beradik rambut x sama hitam..Org lelaki yg suka pukul pompuan nie biasa nyer dayus.
memang tidak dinafikan bahawa tidak semua ahli PEKIDA jahat... saya mengakuinya ada abg2 PEKIDA yg membantu dan baik2... tetapi adalah lebih baik jika sesebuah pertubuhan atau persatuan yg ahlinya ISLAM mempraktikkan ISLAM itu sendiri.. PEKIDA perlu menaikkan imej ahli2nya supaya dihormati oleh masyarakat.. ini mungkin adalah salah satu cara bagaimana untuk memertabatkan melayu dan islam itu sendiri... so, y not PEKIDA buat something yg benar2 mencerminkan Islam itu sendiri... saya sarankan supaya pelbagai perkara perlu dititikberatkan seblm mengambil mana2 ahli baru.. ini adalah untuk kepentingan persatuan itu sendiri. saya minta maaf jika ada pihak yg tersinggung... wassalam
perjalanan ini meliputi pelbagai peringkat lapisan umor so penyakit yang melanda saudari nampaknya mungkin golongan baru nak naik dan yang paling penting hanya segelintir jer yang buang tebiat cenggitu. xkan la pertubuhan gangster mendapat sokongan dari menteri seperti yang saudari tau...
MANUSIA TIDAK AKAN MAJU KALAU TIDAK BERUBAH DAN MEMPERBAIKI DIRI MEREKA SENDIRI.. BEGITU JUGA DGN KRITIKAN... JGN CEPAT MELENTING... BRAINSTORMING adalah langkah yg paling baik untuk bersatu.. Melalui kritikan shj, manusia sedar akan kebaikan dan kelemahan mereka, lalu mereka akan berubah... RAPATKAN SYAF.. RENUNG RENUNGKAN LAH...
Saya dulu pun beranggapan seperti saudari, tapi bila saya menyertai PEKIDA ni saya tau penjelasan sebenar mengenai apa yang berlaku... ingat satu jer, apa yang mereka buat adalah atas tindakan individu dan jangan kaitkan dengan pertubuhan...
Takper la, mungkin saudari agak keliru... jangan risau... ramai di sini bole bagi penjelasan.
Bagusler kalo dah tinggalkan BF awak tu... dayus LELAKI YANG MEMUKUL WANITA///
Wallahuakalm///
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
alhamdulillah.. masih ada ramai lagi ahli2 PEKIDA yg berpegang teguh pada perjuangan PEKIDA.. teruskan... jgn jadi seperti ex saya yg tak berwawasan tu.. walaupun pada hakikatnya saya tidak faham tapi saya tau apa itu perjuangan.. tujuan saya adalah utk mendapatkan pandangan dan bantuan daripada ahli2 PEKIDA itu sendiri dan bukanlah untuk mengkritik PEKIDA... maafff...
quote: Originally posted by: aqeera SOALANNYA: iii- sehingga kini bekas teman lelaki saya tetap menganggu dan mengugut saya... saya telah membuat lapuran polis.. adakah PEKIDA dapat membantu saya dlm hal ini?
kah,kah,kahhh... minta maaf pasai tergelak sat ( maaf ya jangan terasa...)
jadi? apa kena mengena hal masalah saudari dengan pekida ini??? kan ada pertubuhan wanita yg melindung hak saudari??? apa raaaa...
pasai teman lelaki saudari pulak satu hal, apa kena mengena kami pula (PEKIDA) nak bantu??? kami akan bantu dari segi untuk perjuangan agama, bangsa dan tanah air. bukan masalah bebel saudari ini. tadak tempat lain kah nak minta tolong???
rosot lah saya ngan saudari ini, silap tempat nak mengadu kot ni???
*p/s:- agak-agak la nak sebarkan masalah
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
quote: Originally posted by: aqeera "alhamdulillah.. masih ada ramai lagi ahli2 PEKIDA yg berpegang teguh pada perjuangan PEKIDA.. teruskan... jgn jadi seperti ex saya yg tak berwawasan tu.. walaupun pada hakikatnya saya tidak faham tapi saya tau apa itu perjuangan.. tujuan saya adalah utk mendapatkan pandangan dan bantuan daripada ahli2 PEKIDA itu sendiri dan bukanlah untuk mengkritik PEKIDA... maafff..."
Itu semua no hal punya....Asalkan Kak Cik rasa ok sudah laaaa...
Niii nak tanya sikit????
Dah dapat hero baru ka????
Bukan apa klu nak cari Hero tu...jangan dok cari yang raplah jingga m'cam dulu sudahlahhhh...........
pasai teman lelaki saudari pulak satu hal, apa kena mengena kami pula (PEKIDA) nak bantu??? kami akan bantu dari segi untuk perjuangan agama, bangsa dan tanah air. bukan masalah bebel saudari ini. tadak tempat lain kah nak minta tolong???
- my ex tu PEKIDA, so tak terfikir ke nak memperbaiki sikap adik beradik sendiri? atau mempertabatkan melayu itu sendiri...
saya rasa car_r3nt yang merupakan SENIOR MEMBER mmg tak faham my statement as per stated... statement saudara plak menunjukkan yg saudara ni mementingkan diri sendiri... bukankah mementingkan diri sendiri itu adalah suatu yg perlu dijauhkan oleh umat islam? saya islam, kenapa tak blh membantu dari segi nasihat dan pendapat kpd org islam itu sendiri... saya rasa kalau ada golongan non-muslim yg terbaca statement saudara ini, tentu mereka akan mentertawakan melayu.... sebab tu la cina maju kerana sikap bantu membantu yg mereka terapkan dalam diri masing2... saya x minta duit kat saudara... saya bukan nak mengajak PEKIDA members tumbuk my ex... saya berbangsa melayu dan beragama islam dan wajib bagi PEKIDA membantu golongan yg tertindas dan menaikkan taraf org melayu..
saya rasa saudara tentu akan ketawa sepertimana saudara mentertawakan saya apabila mendengar kes wanita dan kanak2 dirogol, org melayu dipukul oleh road bully dan lain2 masalah yg menimpa org melayu... saudara juga tentu merasakan yg ini bukan masalah saudara kerana tidak terjadi kepada keluarga dan diri saudara... bak kata melayu dah terhantuk baru teradah... Cermin diri sendiri seblm mengaku memperjuangkan itu ini... adakah salah bg kita sesama umat islam bantu membantu... lagi satu saya tak menagih simpati... saya tak merayu saudara untuk membantu.. saya cuma ingin bertanya... plz refer as per subj: SOALAN DRP SEORG WANITA.. saya juga faham maksud FORUM... dan saya masukkan topic ni pun kat ruangan yg sepatutnya.. ruangan puteri dan wanita... saya tak salahkan saudara kerana mungkin saudara tak faham segala patah perkataan yg tertera agaknya... saya cuma ingin menjadikan ini suatu teladan bagi semua dan juga sempadan bagi PEKIDA untuk tidak mengikut jejak langkah segelintir golongan 'samseng' dlm PEKIDA itu sendiri... ini soal perjuangan agama, bangsa dan tanah air.. saya yakin jika sikap melayu tetap tidak berubah, mereka akan mundur dari segi politik, ekonomi, social dan technology... melayu tidak akan maju.. saya rasa saudara car_r3nt ni perlu meneliti segala maksud yg tersurat dan tersirat daripada statement yg tlh saya katakan ini... jgn cepat mentertawakan nasib org lain... saya doakan agar perkara ini tidak akan terjadi kepada saudara, keluarga saudara dan juga ahli2 PEKIDA yg lain... kalau statement ini dirasakan sebagai 'membebel', suka hati laaaaa...
p/s: jangan mudah mengaku diri itu PERJUANG jika tidak dapat memerdekakan minda yang sempit. "BACALAH... sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"...
quote: Originally posted by: mafizal " Itu semua no hal punya....Asalkan Kak Cik rasa ok sudah laaaa... Niii nak tanya sikit???? Dah dapat hero baru ka???? Bukan apa klu nak cari Hero tu...jangan dok cari yang raplah jingga m'cam dulu sudahlahhhh..........."
terima kasih mafizal... hero baru??? eeee... bila dah jadi cam ni saya rasa cam serik jer... phobia sgt2 bila ingat2kan balik... nauzubillah... raplah jingga tu apa?
quote: Originally posted by: aqeera " terima kasih mafizal... hero baru??? eeee... bila dah jadi cam ni saya rasa cam serik jer... phobia sgt2 bila ingat2kan balik... nauzubillah... raplah jingga tu apa? "
eh takkan dah serik....tak leh cam tu.....takkan nak dok sengsorang jer........tak menyesal ka...? kes dulu tu....sebab tersalah pilih........jgn salahkan ibu mengandung.....
quote: Originally posted by: aqeera " terima kasih mafizal... hero baru??? eeee... bila dah jadi cam ni saya rasa cam serik jer... phobia sgt2 bila ingat2kan balik... nauzubillah... raplah jingga tu apa? "
raplah jingga tu macam hero awak dulu tu laaa.....
Orang penang ni dia punya bahasa sempoi sikit....
bukan pasai apa,dulu mamu-mamu penang banyak yang kaki main boria....yang yang banyak bahasa sempoi2 dok keluaq....kalau oang taktau depa nampak orang penang macam ranggie sikit tapi semua line clear punya....
Struktur permulaan soalan cik ni sama macam struktur soalan lain dimana jawapan yang saya akan beri adalah sama iaitu Pekida ini merupakan sebuah pertubuhan yang berlandaskan perkara dan nilai-nilai positif yang menampung beribu ahli. Maka, jangan kerana nila setitik, susu sebelanga dipersalahkan.
Untuk makluman aqeera, tidak semua soalan aqeera layak saya jawab semuanya. Saya hanya dapat sentuh pada yang umum sahaja. Yang lain, saya persilakan yang lebih arif daripada saya untuk menjwab.
Untuk soalan pertama, memang ada penapisan dilakukan bagi memyertai Pekida, tetapi bagaimana caranya tak dapat saya sebutkan disini. Harap maaf.
Untuk soalan kedua, ahli-ahli Pekida tidak boleh dan haram minum arak dan berzina sebagaimana juga umat Islam yang lain. Oleh itu, jika ingkar, maka bukan sahaja ahli tersebut telah melanggar peraturan pertubuhan malah tergolong dalam golongan musyrik dalam Islam. Tindakan? Ada tindakannya bagi yang ingkar dan tertangkap, tapi itupun saya tidak boleh sebutkan disini.
Soalan ketiga pula, rasanya sudah cukup bagi aqeera membuat laporan Polis. Cara yang terbaik, ialah menunggu tindakan polis seterusnya. Samada Pekida dapat membantu aqeera, itu aqeera perlu tanya pada yang lebih arif.
Kaum wanita boleh menyertai Pekida. aqeera boleh pm pada nickname Nurul dalam forum ini. Beliau merupakan Ketua Wanita R&D Pekida.
Harap aqeera puas hati dengan jawapan saya. Terima kasih.
kembang idung saudara zack kita ni zam apa pasal hang tak join sekali tadi??? BZ ngan awek baru ker??? jangan marah yer BRO adik jepon gurau2 jer tau...///
quote: Originally posted by: zackbikers "Syukur aqeera faham. Ada pembetulan sikit. Cik Nurul tu bukan Ketua Wanita. Sebenarnya beliau Ketua Unit Putri. Mintak maaf yer Cik Nurul. "
Maaf diterima.... Ketua Wanita - Kanda Suasanamasra Saubissobriah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Su.
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
mmg dah lama nak datang tapi saya ni org luar tp betul2 berminat nak masuk PEKIDA.. tapi masalahnya tak kenal dan tak tau camne nak gie sana... lagi satu takut terserempak ngan my ex dan kengkawan dia... sebab dia kata dia penah gi kajang ada meeting... saya ni dah berjaya memekakkan telinga dan membutakan mata daripada ex.. itu ler masalahnya...
eik?? apa2 yg salah dan terasa tu mintak maaf ler...