KEGAGALAN NABI ALLAH DALAM USAHA MEMBETULKAN BAPANYA SENDIRI, DAN
SANGGAHAN BAPANYA TERHADAP SERUAANNYA YANG MULUS DAN BIJAKSANA
ITU TIDAKLAH MENJADIKAN BELIAU BERPUTUS ASA. HATINYA SENTIASA TENANG
TETAP MEMBERI KEYAKINAN KEPADA KATA-KATA YANG TERSUSUN RAPI,
ANJURAN-ANJURAN YANG SUCI MURNI, BELUM TENTU DAPAT MEMBERIKAN
HASIL YANG BAIK DAN BERGUNA DI ATAS MUKA BUMI YANG DIDIAMI MANUSIA
INI. LANTARAN ITULAH BELIAU SENTIASA BERSIAP SEDIA UNTUK MENGHADAPI
BANGSANYA DENGAN HELAH ATAU MUSLIHAT YANG LEBIH SESUAI.
BAGINDA INI TENTUNYA AKAN MELAHIRKAN PELBAGAI PANCAROBA ,
PENENTANGAN, HALANGAN DAN SEBAGAINYA KERANA MEMANG SUDAH MENJADI LUMRAH ALAM BAHAWA MANUSIA PADA SETIAP ZAMAN ADALAH KERAS KEPALA, ZALIM, BODOH SUKAR DIBETULKAN .
NAMUN BEGITU NABI IBRAHIM TETAP MELAKSANAKAN JUGA, KALAU PERLU TIDAK DENGAN KATA KATA SAJA, TETAPI DAPAT DIRASA DENGAN ANGGOTA BADAN, DAN SESUAI PULA DENGAN KEADAAN YANG ADA.
SEBAGAI SEORANG DOKTOR PAKAR, DICARINYA POKOK DAN SEBAB PENYAKIT, LALU DIBUBUHNYA UBAT YANG SEPADAN BUAT PENYAKIT ITU. DALAM MASA YANG SAMA , DIA TERPAKSA MENJAGA HATI SERTA MENJAGA KEADAAN ORANG YANG MENDERITA PENYAKIT.