Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tazkirah.....Keluasan Neraka


Senior

Status: Offline
Posts: 361
Date:
Tazkirah.....Keluasan Neraka


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangKepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihatkauberubah muka?" 


Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allahmenyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagiorangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa amandaripadanya." 


Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanSelama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkaudengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapatmembakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantaralangit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas danbasinya.  Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangandarirantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescayaakan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akanterbakarorang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itusangatdalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.


Api neraka ituada tujuhpintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari oranglaki-laki dan perempuan." Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikanpintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,sesetengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."(notakefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s. a. w.:


"Siapakah penduduk masing-masingpintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isaa. s.serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempatorang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'inbernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernamaLadha,pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." KemudianJibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. 


sehingga ditanya: "MengapatidakKau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnyaorang-orangyg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keteranganitu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannyasehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dariummatku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang ygberdosabesar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail jugamenangis,kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecualiuntuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orangdan bilasembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi:


Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatSedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukahkamu bahawa neraka jahanamKu itu: 


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat


2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah


3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung


4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah


5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik


6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak


7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum


8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular


9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi   lautan racun yang hitam pekat.


10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai


11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.


Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah KamiTurunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamimenerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itudilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. 


Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat... Renungkanlah kata-kata Imam Al-Ghazali berikut: ".....apabila seseorang mu'allim(pengajar) mengumpulkan tiga perkara, makasempurnakanlah nikmatkepada pengajarnya iaitu; sabar, merendah diri dan baik budi. Danapabila seorangpelajar(muta'allim) mengumpulkan tiga perkara, maka sempurnakanlahnikmat kepada pengajarnya iaitu;berakal, beradab dan berfaham baik



-- Edited by tok bendahara at 12:18, 2005-03-18

__________________
apa yang kita cakap mestilah dikotakan...


Senior

Status: Offline
Posts: 361
Date:
RE: Tazkirah.....Sedekah


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan
kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan
yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku
padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim
piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu
telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas
gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu
wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis
tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan
air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka
itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan
sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju
dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau
mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk
menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang
hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang
taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat
bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju
dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada
fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada
di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada
ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung
azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu
dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan
semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari
memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu
adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh
ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak
tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air
tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak
tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang
berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis
itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak
tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi
gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau
berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya
terampun. INSYALLAH"


"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS
PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP
SESAMA MANUSIA..."



__________________
apa yang kita cakap mestilah dikotakan...


Senior

Status: Offline
Posts: 361
Date:
RE: Tazkirah.....Taksub dengan maksiat


"Taksub terlampau dengan maksiat. Wahai para pejuang Islam dan pejuang
kebenaran sekelian, Assalamualaikum wr wb.
Adakah rakyat sudah lali dengan maksiat?

1. Taksub dengan maksiat.

MENJENGUK sebentar di luar sana, kadang-kala terasa dunia ini terlalu
asing buat sebuah kehidupan yang lebih bererti.

'Trend' terkini rakyat memuliakan program hiburan dari sehari ke sehari semakin merimaskan.
Sudah banyak episod terlampau yang berlaku, bukan saja 'pra***** terlampau'
tetapi sudah ada 'rancangan TV terlampau' yang boleh ditonton umum termasuk kanak-kanak.

Di sana sini, remaja mahupun si tua tetapi berhati muda, heboh menceritakan
kegilaan dan taksub terhadap Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Konsert Sureheboh TV3, dan Audition.

Lebih malang lagi, mereka secara terang-terangan taksub dan menangisi
peserta yang kalah bertanding dalam program tersebut.

Berdasarkan pemerhatian, kegilaan membuak-buak dan taksub di kalangan
penonton yang menyaksikan persembahan peserta memperlihatkan betapa mereka
sudah terlalu jauh leka dengan buaian dunia.

Yang tua sama sahaja, meratapi peserta yang diumumkan kalah. Sementara yang
muda, berpesta tangisan dan berpeluk-pelukan dengan bukan muhrim tanpa segan silu.

Yang di atas pentas berpelukan juga tanpa mengenal batasan.

Yang menjadi peliknya, 95 peratus peserta adalah Melayu Islam. Penonton
Konsert Sureheboh pun hampir semuanya Melayu. Pelik, dalam kerajaan lantang
mengumumkan Islam Hadhari, kerajaan sendiri membenarkan semua akspek yang
menghancurkan melingkari rakyat.

2. Tanya muda-mudi

Cuba kita tanya kepada muda-mudi zaman ini, kenalkah mereka kepada
pejuang-pejuang Islam yang telah syahid di medan perang? Kenalkah mereka
kepada sahabat Rasulullah s.a.w.? Kenalkah mereka kepada mubaligh Islam?

Tetapi tanyakan pula kepada mereka apakah mereka kenal dengan peserta
popular Akademi Fantasia? Atau penyanyi dari Barat?

Jawapannya tentulah kenal. Penyanyi berimej seks seperti Britney Spears
telah menjadi mainan di bibir mereka.
Mudahnya orang melayu mengangkat hiburan ke tahap tertinggi sukar difahami.
Inilah natijahnya kalau tidak ada lagi elemen Islam yang boleh
diketengahkan oleh media kepada masyarakat.

Kalau ada hanya setengah jam sahaja rancangan agama di TV misalnya,
mampukah nilai Islam diterapkan? Jika hendak dibandingkan jumlah jam siaran
program taksub hiburan dengan program baik untuk kerohanian, terlalu jauh
perbezaanya.

Mengapa ini semua terjadi? Apakah fungsi pihak pihak seperti Institut
Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Jabatan Agama Islam dalam hal ini?

Adakah menegur secara senyap-senyap? Atau mereka sendiri terpaksa redha
dengan tindakan kerajaan hadari membiarkan masyarakat bergelumang dengan
program maksiat.

3. Gunung menangis takutkan api neraka.

Di sini sukaci ta saya menyingkap sejenak satu kisah pada zaman Rasulullah
s.a.w. dan para sahabat. Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib berada
bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. Pada waktu itu Uqa'il telah
melihat peristiwa ajaib yang menjadikan hatinya tetap bertambah kuat di
dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut.

Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah s.a.w. akan mendatangi hajat
yakni membuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon.

Maka baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau
berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya
Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi
aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan
mengambil air wuduk dan buang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia
menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya
serta sudah mengelilingi di sekitar baginda s.a.w. selesai daripada
hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.

Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air
ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il:

"Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta
katakan, "jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya
sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu.

Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya,
"Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud:

("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu daripada
(seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis
daripada sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air
padaku."

Nah, mampukah kita menjadi seperti batu gunung itu.
Atau kita ini lebih keras daripada batu gunung. Keras tidak mampu dikikis
dengan roh Islam. Malangnya nasib kita jika terus begini.

4. Remaja tak belajar, tetapi hanya menyanyi untuk kaya.

Memetik kenyataan Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti
(Impak), Mahfuz Omar berkata, rancangan untuk mencungkil bakat-bakat baru
dalam dunia hiburan seperti 'Malaysian Idol', 'Akademi Fantasia',
'Audition', dan 'Who Will Win' yang disiarkan dalam televisyen sebenarnya
adalah untuk menghalang remaja daripada menuntut ilmu.

Ini menggambarkan remaja tidak perlu lagi belajar tinggi, tetapi dengan
hanya menyanyi mereka sudah dapat glamour dan boleh kaya. Inikah dasar
penyiaran negara hadari yang mahu menguji bakat menyanyi dan memesong
remaja?

Malah rancangan di televisyen pula hanya tangkap muat, dibuat membuta tuli
dengan mencedok idea negara Barat.
Buktinya rancangan seperti 'Malaysian Idol' yang ma na sebelum ini adalah
'American Idol'.
Rancangan diimport, kemudian meniru rancangan mereka dan tidak fikir
apa-apa kesan negatif.
Stesen televisyen di Malaysia langsung tidak mempunyai idea untuk membentuk
akhlak murni masyarakat, sebaliknya mahu melalaikan remaja dan mencari
keuntungan saja.

Inilah kebimbangan besar kita terhadap remaja, terutamanya yang menggilai
dan taksub rancangan hiburan dengan keterlaluan.

Bagaimanapun, lontaran pendapat, kritikan dan teguran kepada pihak kerajaan>hadari tidak diendahkan, Semakin hari dilihat masyarakat semakin jauh, dan
seakan serasi dengan taksub hiburan, malah taksub terlampau pula dengan maksiat.

BiLa ada orang yang mahu betulkan keadaan, orang itu dicemuh.
Zaman para sahabat dahulu, mereka merintih, menangis kerana tidak dapat
turut serta berjuang di medan perang. Tetapi zaman ini manusia menangis
kerana tak dapat menyanyi dan melakukan maksiat.

5. Masyarakat sudah lal i dan taksub dengan maksiat?

Sepanjang menjadi wartawan, belum pernah lagi saya melihat mana-mana akhbar
lain cuba mengupas isu maksiat secara terperici. Jauh sekali mahu
mengkritik dasar kerajaan yang menghalalkan maksiat berleluasa.

Kalau adapun hanyalah sekadar luahan rasa tidak puas hati pembaca yang
diselitkan dalam ruangan surat pembaca. Sebagai seorang Islam saya malu
dengan sikap acuh tak acuh kerajaan yang dipimpin Abdullah Ahmad Badawi
yang hanya membuta tuli dalam isu ini.

Sampai bila kita mahu melihat keruntuhan akhlak di kalangan belia
berterusan. Bukankah belia adalah aset masa depan negara? Ataupun kerajaan
BN mahu aset masa depan negara ini tidak lagi mengenal Islam.

Jika demikian, tanggungjawab memperbetulkan keadaan ini sekarang terletak
kepada pendukung perjuangan Islam. Ayuhlah bangsa seagamaku kita bertekat
membanteras semua ini sebelum Allah menurunkan kepada umatnya kehancuran.

Ingatlah ALLAH berj anji akan menurunkan kehancuran kepada umatnya yang
terlalu banyak membuat kerosakkan di muka bumiNYA ini.

6. Tanda-tanda.

Di sini saya perturunkan tanda-tanda hari kiamat yang pernah saya baca
melalui sebuah buku. Antara tanda-tanda itu sudah berlaku, dan ini ternyata
amat membimbangkan saya.

Dua puluh dua tanda hari kiamat semakin hampir.
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan
melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama
dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk
membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika
tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaa n dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka
sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan
kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan
berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan
amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi
kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan
baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang
yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum
arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang,
mendedahka n aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak
berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam
sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang
melanggar perintah-Nya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah
(iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka
berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan
jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu
>membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman
adalah senjata syai tan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang
sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Renungkanlah



__________________
apa yang kita cakap mestilah dikotakan...


Senior

Status: Offline
Posts: 200
Date:
RE: Tazkirah.....Keluasan Neraka


thanx for your info.. hehehe..///




__________________
Amal Makruf Nahyil Mungkar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard