Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangKepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihatkauberubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allahmenyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagiorangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa amandaripadanya."
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanSelama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkaudengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapatmembakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantaralangit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas danbasinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangandarirantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescayaakan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akanterbakarorang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itusangatdalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka ituada tujuhpintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari oranglaki-laki dan perempuan." Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikanpintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,sesetengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."(notakefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s. a. w.:
"Siapakah penduduk masing-masingpintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isaa. s.serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempatorang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'inbernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernamaLadha,pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." KemudianJibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w.
sehingga ditanya: "MengapatidakKau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnyaorang-orangyg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keteranganitu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannyasehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dariummatku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang ygberdosabesar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail jugamenangis,kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecualiuntuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orangdan bilasembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatSedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukahkamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah KamiTurunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamimenerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itudilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat... Renungkanlah kata-kata Imam Al-Ghazali berikut: ".....apabila seseorang mu'allim(pengajar) mengumpulkan tiga perkara, makasempurnakanlah nikmatkepada pengajarnya iaitu; sabar, merendah diri dan baik budi. Danapabila seorangpelajar(muta'allim) mengumpulkan tiga perkara, maka sempurnakanlahnikmat kepada pengajarnya iaitu;berakal, beradab dan berfaham baik
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."
"Taksub terlampau dengan maksiat. Wahai para pejuang Islam dan pejuang kebenaran sekelian, Assalamualaikum wr wb. Adakah rakyat sudah lali dengan maksiat?
1. Taksub dengan maksiat.
MENJENGUK sebentar di luar sana, kadang-kala terasa dunia ini terlalu asing buat sebuah kehidupan yang lebih bererti.
'Trend' terkini rakyat memuliakan program hiburan dari sehari ke sehari semakin merimaskan. Sudah banyak episod terlampau yang berlaku, bukan saja 'pra***** terlampau' tetapi sudah ada 'rancangan TV terlampau' yang boleh ditonton umum termasuk kanak-kanak.
Di sana sini, remaja mahupun si tua tetapi berhati muda, heboh menceritakan kegilaan dan taksub terhadap Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Konsert Sureheboh TV3, dan Audition.
Lebih malang lagi, mereka secara terang-terangan taksub dan menangisi peserta yang kalah bertanding dalam program tersebut.
Berdasarkan pemerhatian, kegilaan membuak-buak dan taksub di kalangan penonton yang menyaksikan persembahan peserta memperlihatkan betapa mereka sudah terlalu jauh leka dengan buaian dunia.
Yang tua sama sahaja, meratapi peserta yang diumumkan kalah. Sementara yang muda, berpesta tangisan dan berpeluk-pelukan dengan bukan muhrim tanpa segan silu.
Yang di atas pentas berpelukan juga tanpa mengenal batasan.
Yang menjadi peliknya, 95 peratus peserta adalah Melayu Islam. Penonton Konsert Sureheboh pun hampir semuanya Melayu. Pelik, dalam kerajaan lantang mengumumkan Islam Hadhari, kerajaan sendiri membenarkan semua akspek yang menghancurkan melingkari rakyat.
2. Tanya muda-mudi
Cuba kita tanya kepada muda-mudi zaman ini, kenalkah mereka kepada pejuang-pejuang Islam yang telah syahid di medan perang? Kenalkah mereka kepada sahabat Rasulullah s.a.w.? Kenalkah mereka kepada mubaligh Islam?
Tetapi tanyakan pula kepada mereka apakah mereka kenal dengan peserta popular Akademi Fantasia? Atau penyanyi dari Barat?
Jawapannya tentulah kenal. Penyanyi berimej seks seperti Britney Spears telah menjadi mainan di bibir mereka. Mudahnya orang melayu mengangkat hiburan ke tahap tertinggi sukar difahami. Inilah natijahnya kalau tidak ada lagi elemen Islam yang boleh diketengahkan oleh media kepada masyarakat.
Kalau ada hanya setengah jam sahaja rancangan agama di TV misalnya, mampukah nilai Islam diterapkan? Jika hendak dibandingkan jumlah jam siaran program taksub hiburan dengan program baik untuk kerohanian, terlalu jauh perbezaanya.
Mengapa ini semua terjadi? Apakah fungsi pihak pihak seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Jabatan Agama Islam dalam hal ini?
Adakah menegur secara senyap-senyap? Atau mereka sendiri terpaksa redha dengan tindakan kerajaan hadari membiarkan masyarakat bergelumang dengan program maksiat.
3. Gunung menangis takutkan api neraka.
Di sini sukaci ta saya menyingkap sejenak satu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib berada bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat peristiwa ajaib yang menjadikan hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut.
Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah s.a.w. akan mendatangi hajat yakni membuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon.
Maka baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda s.a.w. selesai daripada hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.
Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il:
"Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "jika padamu ada air, berilah aku minum!"
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu.
Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud:
("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu daripada (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis daripada sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."
Nah, mampukah kita menjadi seperti batu gunung itu. Atau kita ini lebih keras daripada batu gunung. Keras tidak mampu dikikis dengan roh Islam. Malangnya nasib kita jika terus begini.
4. Remaja tak belajar, tetapi hanya menyanyi untuk kaya.
Memetik kenyataan Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Mahfuz Omar berkata, rancangan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia hiburan seperti 'Malaysian Idol', 'Akademi Fantasia', 'Audition', dan 'Who Will Win' yang disiarkan dalam televisyen sebenarnya adalah untuk menghalang remaja daripada menuntut ilmu.
Ini menggambarkan remaja tidak perlu lagi belajar tinggi, tetapi dengan hanya menyanyi mereka sudah dapat glamour dan boleh kaya. Inikah dasar penyiaran negara hadari yang mahu menguji bakat menyanyi dan memesong remaja?
Malah rancangan di televisyen pula hanya tangkap muat, dibuat membuta tuli dengan mencedok idea negara Barat. Buktinya rancangan seperti 'Malaysian Idol' yang ma na sebelum ini adalah 'American Idol'. Rancangan diimport, kemudian meniru rancangan mereka dan tidak fikir apa-apa kesan negatif. Stesen televisyen di Malaysia langsung tidak mempunyai idea untuk membentuk akhlak murni masyarakat, sebaliknya mahu melalaikan remaja dan mencari keuntungan saja.
Inilah kebimbangan besar kita terhadap remaja, terutamanya yang menggilai dan taksub rancangan hiburan dengan keterlaluan.
Bagaimanapun, lontaran pendapat, kritikan dan teguran kepada pihak kerajaan>hadari tidak diendahkan, Semakin hari dilihat masyarakat semakin jauh, dan seakan serasi dengan taksub hiburan, malah taksub terlampau pula dengan maksiat.
BiLa ada orang yang mahu betulkan keadaan, orang itu dicemuh. Zaman para sahabat dahulu, mereka merintih, menangis kerana tidak dapat turut serta berjuang di medan perang. Tetapi zaman ini manusia menangis kerana tak dapat menyanyi dan melakukan maksiat.
5. Masyarakat sudah lal i dan taksub dengan maksiat?
Sepanjang menjadi wartawan, belum pernah lagi saya melihat mana-mana akhbar lain cuba mengupas isu maksiat secara terperici. Jauh sekali mahu mengkritik dasar kerajaan yang menghalalkan maksiat berleluasa.
Kalau adapun hanyalah sekadar luahan rasa tidak puas hati pembaca yang diselitkan dalam ruangan surat pembaca. Sebagai seorang Islam saya malu dengan sikap acuh tak acuh kerajaan yang dipimpin Abdullah Ahmad Badawi yang hanya membuta tuli dalam isu ini.
Sampai bila kita mahu melihat keruntuhan akhlak di kalangan belia berterusan. Bukankah belia adalah aset masa depan negara? Ataupun kerajaan BN mahu aset masa depan negara ini tidak lagi mengenal Islam.
Jika demikian, tanggungjawab memperbetulkan keadaan ini sekarang terletak kepada pendukung perjuangan Islam. Ayuhlah bangsa seagamaku kita bertekat membanteras semua ini sebelum Allah menurunkan kepada umatnya kehancuran.
Ingatlah ALLAH berj anji akan menurunkan kehancuran kepada umatnya yang terlalu banyak membuat kerosakkan di muka bumiNYA ini.
6. Tanda-tanda.
Di sini saya perturunkan tanda-tanda hari kiamat yang pernah saya baca melalui sebuah buku. Antara tanda-tanda itu sudah berlaku, dan ini ternyata amat membimbangkan saya.
Dua puluh dua tanda hari kiamat semakin hampir. 1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan). 2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem. 3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 6. Membayar zakat (harta, perniagaa n dan pendapatan) dianggap beban. 7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi. 9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain. 11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan). 12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahka n aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga. 15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintah-Nya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya. 18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama. 19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah. 20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu >membela serta menyebarkannya. 21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syai tan yang baik). 22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.