Syor tubuh ICM melulu - Najib -- `Tidak sensitif dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara'
Oleh: ARSHAD KHAN PEKAN 25 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (ICM) merupakan syor yang tidak sensitif dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Timbalan Perdana Menteri juga menegur semua pihak yang mencadangkan penubuhannya termasuk Majlis Peguam supaya tidak membuat sebarang cadangan melulu terutama yang berkaitan dengan agama Islam. Beliau mengingatkan bahawa sebarang isu berkaitan dengan agama Islam adalah amat sensitif dan perlu dinilai secara serius sebelum sebarang cadangan dibentangkan kepada umum. ``Apa-apa yang bersabit agama Islam adalah perkara yang sensitif, jadi kita (kerajaan) berharap semua pihak mengambil kira hakikat ini dan sebarang cadangan perlulah mengambil kira kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi,'' jelasnya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pengeluaran Ulung Mercedes-Benz E-Class dari kilang pemasangan MTB di sini hari ini. Cadangan penubuhan ICM ditentang hebat pelbagai pihak kerana ia dilihat akan mencampuri urusan agama dan memusuhi undang-undang syariah dengan berselindung di sebalik sebuah badan perundingan dan penasihat. Semalam, sebanyak 24 pertubuhan agama dan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam menganjurkan Persidangan Kebangsaan Ke Arah Penubuhan ICM dan ia dibiayai oleh sebuah Yayasan Konrad Adenauer. Sementara itu, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut berpendapat, usaha Majlis Peguam itu patut dikecam kerana cuba mencabar Islam. Majlis Peguam pula sebaliknya menyifatkan penubuhan ICM tidak sekali-kali akan memainkan peranan selaku badan penghakiman terhadap pelbagai masalah membabitkan umat Islam termasuk isu murtad. Mengulas lanjut, Najib berkata, semua pihak harus sedar bahawa Islam merupakan agama rasmi dan telahpun mempunyai badan-badan yang berkuasa dalam membuat sebarang penentuan berkaitan agama itu. Beliau berkata: ``Yang kita galakkan ialah dialog antara agama tetapi tidak semestinya dalam bentuk suruhanjaya dan sebagainya.'' Menurut beliau, pentadbiran berkaitan agama Islam di negara ini sudah cukup mantap melalui beberapa pihak berkuasa yang dilantik kerajaan. Najib juga meluahkan harapan agar isu berkenaan tidak diperbesarkan dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam di negara ini. ``Semua pihak berhak untuk membuat cadangan tetapi tidak semua cadangan akan diterima,'' katanya.
quote: Originally posted by: iqman ""diharap pihak kerajaan membuat sebarang keputusan di atas dasar˛ Islam dan di akui oleh Allah serta Nabi nya.. kitakan Negara Islam contoh ... buat lah apa yg islam nak... ok.. Tan sri Najib.. diharap tarik balik ICM.. kang kamu nak jawab macam mana dengan Allah besok?
Amboi... sopannya cara dia tegur TPM, dah ler tu... salah gelaran plak tu... dari Dato' Seri jadi Tan Sri... herm... ko tau tak siapa TPM tu dalam PEKIDA ni? ko faham betul ker apa yang beliau ucapkan??? jangan main ikut-ikut jer!!!
Simpan hang punya PAS tu! ini bukan tempat nak berdebat politik!!!
Ingat! forum ini diperhatikan oleh ramai orang di luar sana... kata-kata hang tu dibaca oleh orang di luar sana! kau nak ker pihak KDN tak senang hati dengan web kita ni?
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
maafkan saya wahai saudara omar kalau tersalah dan tersilap tulis...
Itu biasalah... tapi perlu diingat! sila semak sebelum post... jangan main post jer dan yang paling penting jangan tulis ikut nafsu... lesu! biar akal melebihi nafsu///
pada pendapat saya.. jikalau org luar tengok pon... tak kisah.. sebabnya di akan dapat menilai sendiri mana baik buruknya... lagi satau.. kalau TPM sendiri tengok pon lagi bagus.. sbb dia dah tengok keluh kesah rakyat nya mengenai dirinya.. sekurang˛nya dia dapat memperbaiki cara pemerintahannya.. itukan barulah pemimpin yg bertauliah.. memimpin dgn rela menerima teguran dari rakyat..
Tapi adakah ini cara yang sebaik-baik nya untuk anda menegur? kau tahuker keadaan TPM yang sebenar dalam alam realtiti sebagai TPM? saya yakin beliau cukup penyampai yang akan menyampai segala keluh kesah rakyat terhadapnya/// ingat kau perlu kaji dulu siapa TPM dalam PEKIDA ini... jangan asik berforum tapi link-link lain dalam web PEKIDA HARAM tak pernah baca///!!!
sekali lagi saya nak ingatkan kepada diri saya dan semua org yg beragama islam berbangsa melayu... jgn pisahkan perjuangan,politik dgn agama.. satukan agama dgn politik dan perjuangan
Memang benar tak boleh nak pisahkan perjuangan. politin n agama, tapi jangan taksub dengan apa yang percaya!!! Abang Long Masjuki pernah kata... jangan asik nak mengaji jer!!! tapi mengkaji!!!
WALLAHUAKLAM///
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
heish..inilah! cuba kita molek kan sikit bahasa kita...hamba tujukan untuk semua dan hamba sendiri....bahasa melayu bahasa yang lembut...k?tak sedaplaa bunyi mcm nak marah je tune dia...kita lebihka sikit penjagaan hati saudara sesama islam...ok cun tak?
Originally posted by: iqman ""Tapi adakah ini cara yang sebaik-baik nya untuk anda menegur? kau tahuker keadaan TPM yang sebenar dalam alam realtiti sebagai TPM? saya yakin beliau cukup penyampai yang akan menyampai segala keluh kesah rakyat terhadapnya???? ingat kau perlu kaji dulu siapa TPM dalam PEKIDA ini... jangan asik berforum tapi link-link lain dalam web PEKIDA HARAM tak pernah baca???!!!" -Saya hanya tahu TPM adalah insan yg paling kerdil di sisi Allah SWT. kita semua sama disisi Allah.. tiada siapa yg tinggi..tiada siapa yg rendah.. Allah memandang dgn sama rata.. siapa TPM menteri itu mungkin bukan soalnya.. apa yg saya tahu dia adalah seorg pemimpin rakyat... tetapi dia tetap kerdil di sisi Allah.. siapa TPM dlm PEKIDA nie boleh saya tahu.. saya nie masih baru dlm forum nie.. saya tertarik nak join forum nie pon sebab dgn kata slogan " amar makruf nahi mungkar "
Herm, mouse tu ada, klik ler bahagian mana yang patut... sebelum masuk forum tu!
p/s : bahasa menunjukan akhlak "
Ini dari bio ko yang aku copy n paste kat sini :
Saya tak pandai menilai diri sendiri.. cuma, sentiasa bersedia untuk berubah jika ditegur, bersedia untuk mendengar jika dijelaskan, dan bersedia untuk melihat jika ditunjuk. actually, i have a very best friend kat sini. semoga keredhaan Allah diberikan ke atasnya dan semoga die epi selalu.. selamat berkenalan
Susah kalo oang cakap tak setupa bikin nih...
PEKIDA NI NGO BUKAN PARTI POLITIK, itu pun susah nak faham ker?
-- Edited by ungkuomar at 19:30, 2005-03-25
-- Edited by ungkuomar at 19:41, 2005-03-25
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"
Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, hendaklah kamu selidiki kalau-kalau kamu memusibahkan sesuatu kaum tanpa pengetahuan lalu kamu menyesali atas perbuatanmu." (Al-Hujurat: 6)
Originally posted by: iqman "as'kum... maafkan saya.. saya dan buat huru-hara dlm forum nie... saya mengaku bersalah.. tetapi saya tak boleh lari dari kenyataan agama Islam... terutama saudara ungkuomar yg mungkin seolah˛ marah benar kepada saya...
Iqman,
saya bukan marah tapi cuma ingin menegur... jangan kita ikut kan sangat ideologi politik kita kat sini, Dalam PEKIDA ni macam2 orang ada... cuma sentimen politik tu kalo bleh elakkan... cakap secara umum jer... web kita sentiasa diperhatikan... tak sayang ker ngan web kita ni...?
walaupun PEKIDA ini adalah badan NGO.. bukan badan kerajaan.. tetapi masih tak lari dari berpolitik.. saya lihat lagi dlm forum ini juga ada unit politik adakah badan ini ada politik atau tidak politik atau sebagainya...
Memang benar ada unit politik tapi cuba tanya fungsi sebenar unit tu... bukannya ditubuhkan untuk memperjuangkan politiking memasing...
anggaplah saya adalah paling jahil diantara kamu semua dan masih memerlukan tunjuk ajar dgn cara yg betul... maafkan saya saudara sekalian terutama ungkuomar yg sentiasa meneliti setiap apa yg saya tulis... sry sry sry sry sry sry sry sry sry "
sesama ler kita, buat apa kita nak gaduh2... kita kan adik beradik... kalo dok hentam kat sini bila jumpa nanti takker segan ya AMAT?
Udah ler, saya ni sebelum saya reply akan saya klik dulu info orang yang saya hendak reply... bila baca bio Iqman, rasanya bole ditegur tapi taksangka plak bleh pergi sejauh ni, udah ler... yang lepas du udah ler... jgn dok ingat lagik///
WALLAHUAKLAM///
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
mohon maaf jika ada yang tersinggung... sebenarnya... kita ni jangan asyik nak cari salah orang aje... apa yang baik tak pernah kita nampak, asyik nampak apa yang buruk je... yang salah tu sama-samalah kita perbetulkan...tapi gunakan saluran yang betul... jangan jadikan web site ni tempat untuk lepaskan geram... nanti tak pasal-pasal kena "baned"...
quote: Originally posted by: dbodyguard30 "mohon maaf jika ada yang tersinggung... sebenarnya... kita ni jangan asyik nak cari salah orang aje... apa yang baik tak pernah kita nampak, asyik nampak apa yang buruk je... yang salah tu sama-samalah kita perbetulkan...tapi gunakan saluran yang betul... jangan jadikan web site ni tempat untuk lepaskan geram... nanti tak pasal-pasal kena "baned"... minta maaf orang muda bercakap..."
ermmm ......... tak paham aku sumer org ada EGO masing, senang jer rendahkan sikit EGO,SOMBONG DIRI masing2 itu jerrr .... ALLAH lagi besar dari segalanya. sapa ambik pakai sifat ni jawab dia NERAKA JAHANAM la dia .
ORG LAMA KA, ORG BARU KA KITA HAMBA TUHAN BUKANNYA TUHAN.
Saya setuju sekiranya perkara mungkar itu ditentang.
Seharusnyalah kita yang merupakan badan amal dan kebajikan islam menjuarai masalah ini.dan saya percaya sememangnya ini merupakan agenda utama pemimpin atasan pekida.Tetapi apakah masyarakat luar akan respect dengan kita sekiranya dalam pekida sendiri banyak yang bercelaru.
Bila Urusetia pusat panggil buat kursus bukan setakat taknak hadir,malah menentang pulak.Apa jenis orang pun tak tahulah.Sepatutnya mungkar ditentang ini makruf pulak yang ditentang.
DALAM PEKIDA BUKAN TEMPAT PERNIAGAAN DAN MENCARI KEPENTINGAN DIRI.
Kalu tahap ayah ke,abang long ke ape ke tapi akhlak dan nawaitu tak betul..apa guna dihormati dan disanjungi
kita sekarang ni berada disebuah negara dalam satu komuniti yang besar, disamping memuaskan hati anak bangsa sendiri kita juga perlu menghormati prinsip dan hak orang... segala terbatas, barulah keamanan berkekalan...jadi adalah tidak kena kalau kita hanya pandang disebelah kita sahaja...
" MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM BERBILANG KAUM, KEBUDAYAAN DAN AGAMA, IA HANYA DAPAT DI PERTAHANKAN MELALUI KERJASAMA DAN TOLERANSI SELURUH WARGANEGARA BERDASARKAN PRINSIP DAN AMALAN YANG TERKANDUNG DI DALAM RUKUN NEGARA DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN "
Mana2 forum yang ada board politik akan menjadi tempat berbalah sesama melayu..
Tak bolehkah kita berhujah secara ilmiah?
Pada pendapat sayalah, nak bercakap dengan mak ayah ada caranya, nak bercakap dengan boss ada caranya apatah lagi dengan TPM yang merangkap penasihat PEKIDA..
Memang kita berkobar2 membela islam tapi akhlak islam dan melayu sering kita lupa...
quote: Originally posted by: dbodyguard30 "Asm, kita sekarang ni berada disebuah negara dalam satu komuniti yang besar, disamping memuaskan hati anak bangsa sendiri kita juga perlu menghormati prinsip dan hak orang... segala terbatas, barulah keamanan berkekalan...jadi adalah tidak kena kalau kita hanya pandang disebelah kita sahaja... " MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM BERBILANG KAUM, KEBUDAYAAN DAN AGAMA, IA HANYA DAPAT DI PERTAHANKAN MELALUI KERJASAMA DAN TOLERANSI SELURUH WARGANEGARA BERDASARKAN PRINSIP DAN AMALAN YANG TERKANDUNG DI DALAM RUKUN NEGARA DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN " "
Betul ape yang bro ckp tuuuu.Kita sentiasa beri ruang kepada mereka...tetapi senario hari ini menampakkan seolah-olah kita di dominasi oleh mereka....
Secara terang2gan isu kuasa pencegahan melalui jabatan agama islam negeri2 dipertikankan dalam dewan rakyat,Isu koata IPTA,Isu SRJK(C),isu kemasukan pelajar bukan melayu ke MRSM dan banyak lagi....Kita macam hidung tak mancung pipi yang tersorong2....
Apakah kita sahaja patut menjaga sensitiviti mereka???sedangkan mereka acuh tak acuh terhadap kita.Lihat saja pada syarikat swasta...klu ikhlan dlm paper mesti nakkan blh cakap mandrin dan sebagainya...Adakah mereka sanggup terima orang kita yang tak tahu ckp bahasa mereka untuk berkerja dengan mereka walaupun dia layak ????Susah bro...
memang betul cakap saudari antiplb tu kalau kita tengok dari sudut positif... memang betul mereka gunakan bahasa mandrin untuk jadikan syarat untuk bekerja di syarikat mereka tapi... hasilnya kalau kita tengok senario sekarang ni sudah ada ramai dari golongan kita yang mula menghantar anak tuisyen bahasa mandrin... dan situasi ini juga telah berlaku pada sekitar tahun 80an yang mana syarikat swasta menggunakan bahasa inggeris sebagai syarat untuk bekerja disyarikat mereka... hasilnya sekarang 2005 ini telah ramai orang melayu kita yang mampu berkomunikasi dalam bahasa inggeris... dan mampu memegang jawatan tinggi dalam syarikat swasta... tak mustahil situasi ini akan turut merubah senario sekarang...may be 10-15 tahun akan datang orang melayu mampu berkomunikasi lebih dari 3 bahasa...
Secara terang2gan isu kuasa pencegahan melalui jabatan agama islam negeri2 dipertikankan dalam dewan rakyat,Isu koata IPTA,Isu SRJK(C),isu kemasukan pelajar bukan melayu ke MRSM dan banyak lagi...
Pasal ni rasanya YBtpm kita telahpun membuat ulasan, tentang hak-hak dan dasar negara termasuk perlembagaan tidak akan diubah... so sama-sama lah kita jaga keamanan sejagat...
SAYA BERSETUJU KERANA APA YANG DIPERKATAKAN ITULAH YANG SEDANG BERLAKU DIDALAM FORUM INI.DAN APA YANG BERLAKU DIDALAM FORUM INI, INILAH YANG BERLAKU DILUAR SANA.TQ.