memang betul mereka gunakan bahasa mandrin untuk jadikan syarat untuk bekerja di syarikat mereka tapi... hasilnya kalau kita tengok senario sekarang ni sudah ada ramai dari golongan kita yang mula menghantar anak tuisyen bahasa mandrin... dan situasi ini juga telah berlaku pada sekitar tahun 80an yang mana syarikat swasta menggunakan bahasa inggeris sebagai syarat untuk bekerja disyarikat mereka... hasilnya sekarang 2005 ini telah ramai orang melayu kita yang mampu berkomunikasi dalam bahasa inggeris... dan mampu memegang jawatan tinggi dalam syarikat swasta... tak mustahil situasi ini akan turut merubah senario sekarang...may be 10-15 tahun akan datang orang melayu mampu berkomunikasi lebih dari 3 bahasa...
Ye lahhh ada kebenarannya pandangan bro tu ...10-15 tahun lagi mungkin kita akan kuasai 3 bahasa...itu jangkamasa panjang...
Bagaimana dengan keadaan sekarang...???Tahukah anda berapa ramai budak lepasan IPTA yang menggangur...yang ramainya pulak tu melayu....Peluang mereka terhad...hanya dipertimbangkan di sektor awam sahaja...swasta susahlee...
Pasal ni rasanya YBtpm kita telahpun membuat ulasan, tentang hak-hak dan dasar negara termasuk perlembagaan tidak akan diubah... so sama-sama lah kita jaga keamanan sejagat...
Untuk makluman saudara...perlembagaan negara tidak selamat...kita jangan hanya dibuai mimpi yang indah tentang perlembagaan negara...kerana untuk makluman bro perlembagaan negara blh di ubah oleh parlimen dengan kuasa 2/3 dewan...
p/s :sekadar bertukar pandangan dgn sdr.tiada niat yang tidak ikhlas...///
memang tidak dapat dinafikan ada banyak kebenarannya tetapi itu mungkin dari sudut pemahaman saudari antiplb... memang benar sekarang ni ramai siswazah kita yang mengganggur tapi pernah tak saudari antiplb & sahabat-sahabat yang lain terfikir yang sekarang ini taraf pendidikan kita semakin meningkat jika dulu kita hanya mendengar ataupun kurang percaya jika guru-guru kita mengatakan. " Tolong la belajar besungguh-sungguh kerana dizaman anda (tahun 2020) SPM tak de nilai lagi (susah nak dapat kerja ngan SPM) saya dgn lulus darjah 6 je dah jadi cikgu",tapi kita semua termasuk lah saya sendiri tak percaya... so kita tengok sekarang ada ijazah pun tak menjamin untuk dapat kerja...
lagipun komen Yb Menteri Pengajian Tinggi lepasan kurangnya penguasaan dalam bahasa inggeris dan kemahiran menjadikan siswazah kita gagal mendapatkan pekerjaan di sektor swasta...(syarat tambahan pula ada syarikat yang meletakkan boleh berbahasa manderin diutamakan)
Pasal perlembagaan tu memang betul boleh diubah dgn kemenangan majoriti 2/3... so kita semua hayati & fikir jgn jadi cam LAGU "ANAK KECIL MAIN API"...
emm... sebenarnya kat malaysia nie ader 18,000 orang melayu yang menerima chinese education... Bukan setakat menerima Chinese education sahaja... malah ada yang excel di elite chinese primier school... eg Chung Ling High School Penang
cuma takde co-ordinated effort agar mereka disatukan melalui satu persatuan selepas mereka bersekolah... Dalam forum nie sendiri pun ada 3-4 org yang chinese educated....
Individually ... melayu memang semakin hebat... Collectively masih banyak yang perlu kita pelajari... Orang cina jual daging khinzir pun berpersatuan.
Melayu semakin maju sebenarnya, makin ada kesedaran... namun masih ada kepincangan dari segi unity ...
hangat topik nih bila sangkut bab politik....ahaakkkk...spt yg di jangka....masing2 dgn ego masing2 dan berlaku lah pertembungan idealogi....tapi website nih perlu natural dlm perhujahan dan tak site sesiapa dari k'jaan atau pembangkang..tetapi kalo pendpt dari idea memasing...tak dapet nak tolong...
saya pun takmo campur...cuma dok perati ajerrr
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
saya bangga! Ini baru dikatakan forum! masing-masing memberi hujah dan pendapat masing-masing. Semua orang menghormati dan menghargai pendapat orang lain.
Saya setuju,bangsa Melayu sebenarnya semakin maju dan berjaya.Tapi kuranganya kita hanyalah tidak adanya "kesatuan" "persepakatan" atau "unity".
Memandangkan kita adalah antara satu-satunya persatuan yang mempertahankan Islam dan Melayu di tanah air kita,saya rasa tidak salah untuk kita menegur pemimpin kita.Jika tidak kita, siapa lagi? Hendak kita mengharapkan orang perseorangan, penulis-penulis buku, Tok Imam, Ulama, atau biarkan sahaja kesilapan dilakukan keatas agama ISLAM dan bangsa MELAYU kita!.Kita lah, dengan "bersatu" "bekerjasama" dan adanya "unity",barulah suara kita akan didengar dan tidak diperlekehkan! Pemimipin dipilih oleh kita,kita berhak ke atas KUASA MEREKA.Tetapi doakanlah setiap teguran itu ada dalil dan sebabnya sekaligus dapat memperbaiki kepimpinan di negara kita.
Ini adalah pendapat saya.Walau apapun, Islam mestilah dipertahankan! Jangan kerana nama,harta benda dan menjaga hak bukan saudara kita!,tiba-tiba Islam terpaksa diketepikan dan dikurangkan kepentingan dan haknya!
sampai bilakah Melayu Islam di M'sia ini akan menjadi satu bangsa mengimbangi bukan mendominasi...bab bertolak ansur...serah kat melayu islam...lama kelamaan...identiti melayu islam itu akan hilang dimakan bangsa lain.....hmmm hmmmm sudah tiba masa kita bersuara....no more angguk....rasa nya undang2 kebebasan agama...perlu dipinda utk mengelakkan dari melayu hilang identiti ...tapi kenapa isu ini tak dibangkitkan di parlimen...musykil2....hmmm hhhmmmmm
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
hmmm....saya nak tanya sikit kat encik pena pedang dan semua.....
Islam yang ada laa ni sama tak dengan Islam yang Rasullullah lalui dulu....sebenaqnya dah jauh..
so...kita la ni dah tak ada benda yang nak di PERTAHAN kan...yang ada hanya lah untuk di BANGKIT kan...cuba ambik pelajaran ayat ni....
Itu adalah umat yang telah lalu; baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan dimintapertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan
(AQ 2:141)
Islam dulu adalah hasil dari penat jerih umat yang lepas,pahala bagi depa takkan sampai pada kita,kalau kita nak dapat pahala macam depa,kita kena la buat macam yang depa buat....kita di beritau yang Islam akan berkubur...so...jom sama-sama ambik iktibar dari umat yang lepaih dan buat macam yang depa dok buat,baru la Islam BANGKIT semula..
kalau kita pi bunuh depa sekali pun,tak bangkit jugak Islam kat Malaysia ni,sebab,secara TOTAL nya yang menjatuhkan Islam bukan orang-orang tu....tapi kerana kelemahan kita yang dah tak tau apa tu ISLAM sebenarnya,maklum la masing-masing dah nyanyuk...Allah suruh kita masuk Islam secara menyeluruh,bukan ikut mana yang sesuai dengan kita......
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.(AQ 2:208)
quote: Originally posted by: iskandar_aloqstaq "hmmm....saya nak tanya sikit kat encik pena pedang dan semua..... Islam yang ada laa ni sama tak dengan Islam yang Rasullullah lalui dulu....sebenaqnya dah jauh.. so...kita la ni dah tak ada benda yang nak di PERTAHAN kan...yang ada hanya lah untuk di BANGKIT kan...cuba ambik pelajaran ayat ni.... Itu adalah umat yang telah lalu; baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan (AQ 2:141) Islam dulu adalah hasil dari penat jerih umat yang lepas,pahala bagi depa takkan sampai pada kita,kalau kita nak dapat pahala macam depa,kita kena la buat macam yang depa buat....kita di beritau yang Islam akan berkubur...so...jom sama-sama ambik iktibar dari umat yang lepaih dan buat macam yang depa dok buat,baru la Islam BANGKIT semula.. kalau kita pi bunuh depa sekali pun,tak bangkit jugak Islam kat Malaysia ni,sebab,secara TOTAL nya yang menjatuhkan Islam bukan orang-orang tu....tapi kerana kelemahan kita yang dah tak tau apa tu ISLAM sebenarnya,maklum la masing-masing dah nyanyuk...Allah suruh kita masuk Islam secara menyeluruh,bukan ikut mana yang sesuai dengan kita...... Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.(AQ 2:208)"
HUJAH YG PERFECT... TAHNIAH ...!!!
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
hmmm....saya nak tanya sikit kat encik pena pedang
Terima kasih Iskandar aloqstaq, saya akan cuba jawab.
Islam yang ada laa ni sama tak dengan Islam yang Rasullullah lalui dulu..
Saya hairan mengapa soal Islam ini perlu dipertikaikan? Islam yang ada sekarang adalah Islam yang sama yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Tidak ada bezanya dan saya yakin belum ada orang yang memesongkannya. Agama Islam adalah agama yang lengkap yang telah dilengkapkan oleh Allah kepada Rasullullah S.A.W. Allah telah berjanji untuk menjaga Islam sehingga kiamat!
sebenaqnya dah jauh..
Janganlah kita cuba untuk mengatakan bahawa Islam sekarang dah jauh terpesong dan kita cuba untuk memperbetulkannya! Rasa saya itu sudah salah! Hanya utusan Allah (Rasulullah) sahaja yang boleh melakukannya. Rasul dan Nabi yang terakhir adalah Muhammad! Tiada lagi selepasnya! Jadi Islam dh lengkap!
so...kita la ni dah tak ada benda yang nak di PERTAHAN kan...yang ada hanya lah untuk di BANGKIT kan...
Kenapa sudah tiada benda untuk dipertahankan? Kita ada Islam, Al-quran ,sunnah, dan semuanya perlu kita pertahankan! Kenapa nak tunggu sampai kita dibangkitkan? Nak biarkan saja Islam dipertahankan oleh orang lain? Kita sekadar melihat dan mengatakan 'mereka itu salah' dan mengaku diri kita betul?
wahai saudara, semua tulisan saudara ini amatlah mengelirukan dan tidak diketahui maksud sebenarnya. Saya harap saudara dapat menulis sesuatu dengan jelas dan dapat difahami semua orang. Kerana ditakutkan ia akan menimbulkan fitnah. Saya berdoa agar semua kita terhindar darinya kerana kita manusia biasa dan sentiasa melakukan kesilapan..
Itu adalah umat yang telah lalu; baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan
Anda menggunakan dalil daripada ayat al-quran, dan maksud yang ingin saudara sampaikan amatlah mengelirukan.
Jika dapat, sama-samalah kita melihat ayat itu kembali serta ayat-ayat sebelumnya. Adakah anda pasti "umat yang lalu" yang dimaksudkan dalam ayat itu adalah umat Muhammad pada masa lalu? Umat semasa Nabi Muhammad masih hidup? Abu Bakar, Omar?
Itu adalah umat yang telah lalu; baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan
Pastikah saudara "kamu" dalam ayat ini adalah kita sekarang? Kita tanpa melibatkan umat Muhammad yang lain yang telah pergi?
Islam dulu adalah hasil dari penat jerih umat yang lepas,pahala bagi depa takkan sampai pada kita,kalau kita nak dapat pahala macam depa,kita kena la buat macam yang depa buat....kita di beritau yang Islam akan berkubur...so...jom sama-sama ambik iktibar dari umat yang lepaih dan buat macam yang depa dok buat,baru la Islam BANGKIT semula..
Jika kita lihat ayat-ayat sebelumnya, jika tidak salah saya "mereka" dalam ayat itu adalah umat Yahudi,Nasrani dan umat-umat sebelum nabi Muhammad. Dan "Kamu" ditujukan kepada keseluruhan umat Muhammad. 'Kamu' bukanlah kita sekarang.Dan "mereka" bukanlah umat Muhammad semasa nabi masih hidup. Semasa zaman perjuangannya.
Maaf jika salah saya, kerana saya melihat seolah-olah anda merasakan ayat itu ditujukan dan dibacakan kepada anda.Astaghfirullah, ayat itu dibacakan kepada nabi Muhammad dan ditujukan kepada semua umatnya. Janganlah kita tergesa-gesa untuk menggunakn ayat al-quran tanpa mengetahui maksudnya. Saya juga manusia biasa, maafkanlah jika saya tidak betul dan melakukan kesilapan.
Saya berharap kepada saudara-saudara saya supaya gunakanlah ayat al-quran itu sebaiknya. Fahami dulu maksud ayat dan tafsirannya. Kepada golongan mana ia ditujukan. Jangan mempergunakan ia untuk kepentingan dunia dan diri sendiri! Kerana ia adalah mukjizat! Rujuklah pada golongan yang ulama "yang tahu mengenainya". Mukjizat itu jangan kita salah gunakan! Memutarbelitkan maksud ayat dalam al-quran juga adalah salah dan bahaya!
secara TOTAL nya yang menjatuhkan Islam bukan orang-orang tu....tapi kerana kelemahan kita yang dah tak tau apa tu ISLAM sebenarnya,maklum la masing-masing dah nyanyuk...Allah suruh kita masuk Islam secara menyeluruh,bukan ikut mana yang sesuai dengan kita......
betul kata saudara tu. Fahamilah Islam dengan sebaiknya.