Abdul Haq Al-Isybily rahimahullah berkata, 'Hendaknya orang yang masuk ke kuburan menghayalkan bahawa dirinya telah mati. Telah menyusul orang-orang yang dikubur sebelumnya, dan bahawa dia memerlukan amal sebagaimana yang diperlukan oleh mereka, ia menyukai apa yang mereka suka, ingin mendatangkan apa yang ingin mereka datangkan, ingin menimbun apa yang ingin mereka timbun. Lalu hendaknya ia membayangkan tentang berubahnya warna kulit mereka, berserakannya anggota badan mereka. Hendaknya pula ia membayangkan keadaan mereka. Betapa baru sahaja ia bercengkerama dengan mereka, lalu tiba-tiba ia menjauh bahkan ngeri untuk sekadar melihat keadaan mereka. Lalu hendaknya ia merenungkan tentang terbelahnya bumi dan dibangkitkannya ahli kubur. Merenungkan tentang keluarnya setiap orang dari kuburnya dalam keadaan tanpa alas kaki, telanjang dan tanpa disunat. Semua sibuk dan
panik dengan urusannya sendiri. 'Wahai, mengapa aku melihatmu begitu asyik dengan kehidupan dunia. Wahai orang yang berlindung di balik tembok rumah-rumah megah. Tidak ada tempat lain selain kuburan tempat tinggalmu. Hari ini engkau bermegah-megahan dan menghias diri. Tetapi esok, engkau akan diusung ke kuburan, dibalut hanut dan kain kafan. Maka wahai engkau, bersegeralah bertaubat kepada Rabbmu. Jalan itu masih mungkin sekali bagimu. Palingkanlah hawa nafsumu kerana takut kepada Rabbmu, dalam keadaan sunyi atau ramai, selalu jagalah dirimu.' Penyair lain berkata: "Aku menyaksikan, jika orang kaya raya meninggal dunia, maka dibangun diatas kuburnya bangunan megah. Mereka tetap sahaja ingin menyombongi orang-orang miskin hingga di kuburan. Demi Allah, jika engkau menyingkap tanah dari mereka. Tentu tidak engkau kenali lagi mana yang miskin dan mana yang kaya. Tidak akankau kenali mana kulit yang berpakaian sutera dan mana yang berbalut kain biasa. Jika tanah telah memakan jasad ini dan itu, adakah kelebihan si kaya dari si miskin?"
SEBAB SIKSA KUBUR
Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa siksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya: 1. Melaga-lagakan dan mengampu. 2. Tidak menyucikan diri setelah buang air kecil. 3. Sholat tanpa bersuci. 4. Berdusta. 5. Melalaikan dan malas mengerjakan sholat. 6. Tidak mengeluarkan zakat. 7. Zina 8. Mencuri 9. Berkhianat 10. Menfitnah sesama umat Islam 11. Makan riba 12. Tidak menolong orang yang dizalimi 13. Minum khamar ( tuak, minuman keras dll ) 14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki dengan angkuh
15. Membunuh 16. Mencaci sahabat 17. Mati dalam keadaan membawa bid'ah.
YANG MENYEBABKAN SELAMAT DARI SIKSA KUBUR
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan siksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena siksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan dosa. Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukanperhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu. Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat. Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi Harinya, dan bersyukur kerana ajalnya masih itangguhkan. Dengan demikian ia masih berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum DIlakukannya.
Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwudhu, sentiasa mengingati Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi saw. sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya. Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari siksa kubur, di antaranya: 1. Sentiasa mengikatkan diri di jalan Allah. 2. Mati syahid di jalan Allah. 3. Membaca surat Al-Mulk. 4. Meninggal kerana sakit perut. 5. Meninggal dunia pada hari Jumaat. 6. Meninggal dunia saat melahirkan.
MANFAAT ZIARAH KUBUR
Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Muslim, menziarahi kubur menjadikan orang mengingat akan mati. Dan mengingati mati melahirkan sikap terpuji. Ad-Daqqaq berkata, 'Barangsiapa banyak mengingat mati, nescaya dimuliakan dengan tiga perkara; segera bertaubat, diberi hati yang qana'ah (menerima pemberian Allah) dan bersemangat dalam ibadah. Sedang orang yang lupa mengingati mati akan diganjar dengan tiga perkara; menunda-nunda taubat, selalu merasa tidak cukup dan malas dalam beribadah. 'Al-Hasan berkata, 'Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Kerana itu,
carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.'
SAKITNYA SAKARATUL MAUT
Sakitnya sakaratul maut, tak seorang pun dapat mengetahui dan menceritakannya kecuali dirinya sendiri, yang langsung merasakan. Aisyah ra.berkata, 'Di hadapan Nabi saw. terdapat gayong berisi air. Lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian membasuh wajahnya seraya bersabda: "Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah... Sesungguhnya kematian itu ada sakaratnya." HR. Al-Bukhari
Dalam lafaz lain diriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya, beliau berdoa: Ya Allah, tolonglah aku ketika sakaratul maut."
HR. Ahmad dan Tirmidzi, dihasankan oleh Hakim
Yang dimaksud dengan sakarat iaitu kengerian dan kedahsyatan saat menjelang kematian.
Ingatlah bahawa setiap kita sedang menunggu hukuman mati....tapi kita tak tahu bila, dimana dan bagaimana caranya.......
Walau sehebat mana kita, walau sejuat mana kita walau siapapun kita..........kita akan merasai mati.
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............