Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KUBURAN SENTIASA MENANTI KITA


Senior

Status: Offline
Posts: 110
Date:
KUBURAN SENTIASA MENANTI KITA


NASIHAT TENTANG KUBUR



Abdul Haq Al-Isybily rahimahullah berkata, 'Hendaknya orang yang masuk ke kuburan menghayalkan bahawa dirinya telah mati. Telah menyusul orang-orang yang dikubur sebelumnya, dan bahawa dia memerlukan amal sebagaimana yang diperlukan oleh mereka, ia menyukai apa yang mereka suka, ingin mendatangkan apa yang ingin mereka datangkan, ingin menimbun apa yang ingin mereka timbun. Lalu hendaknya ia membayangkan tentang berubahnya warna kulit mereka, berserakannya anggota badan mereka. Hendaknya pula ia membayangkan keadaan mereka. Betapa baru sahaja ia bercengkerama dengan mereka, lalu tiba-tiba ia menjauh bahkan ngeri untuk sekadar melihat keadaan mereka. Lalu hendaknya ia merenungkan tentang terbelahnya bumi dan dibangkitkannya ahli kubur.  Merenungkan tentang keluarnya setiap orang dari kuburnya dalam keadaan tanpa alas kaki, telanjang dan tanpa disunat. Semua sibuk dan


panik dengan urusannya sendiri. 'Wahai, mengapa aku melihatmu begitu asyik dengan kehidupan dunia. Wahai orang yang berlindung di balik tembok rumah-rumah megah. Tidak ada tempat lain selain kuburan tempat tinggalmu. Hari ini engkau bermegah-megahan dan menghias diri. Tetapi esok, engkau akan diusung ke kuburan, dibalut hanut dan kain kafan. Maka wahai engkau, bersegeralah bertaubat kepada Rabbmu. Jalan itu masih mungkin sekali bagimu. Palingkanlah hawa nafsumu kerana takut kepada Rabbmu, dalam keadaan sunyi atau ramai, selalu jagalah dirimu.' Penyair lain berkata: "Aku menyaksikan, jika orang kaya raya meninggal dunia, maka dibangun diatas kuburnya bangunan megah. Mereka tetap sahaja ingin menyombongi orang-orang miskin hingga di kuburan. Demi Allah, jika engkau menyingkap tanah dari mereka. Tentu tidak engkau kenali lagi mana yang miskin dan mana yang kaya. Tidak akankau kenali mana kulit yang berpakaian sutera dan mana yang berbalut kain biasa. Jika tanah telah memakan jasad ini dan itu, adakah kelebihan si kaya dari si miskin?" 




SEBAB SIKSA KUBUR



Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa siksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:
1. Melaga-lagakan dan mengampu.
2. Tidak menyucikan diri setelah buang air kecil.
3. Sholat tanpa bersuci.
4. Berdusta.
5. Melalaikan dan malas mengerjakan sholat.
6. Tidak mengeluarkan zakat.
7. Zina
8. Mencuri
9. Berkhianat
10. Menfitnah sesama umat Islam
11. Makan riba
12. Tidak menolong orang yang dizalimi
13. Minum khamar ( tuak, minuman keras dll )
14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki dengan angkuh


15. Membunuh
16. Mencaci sahabat
17. Mati dalam keadaan membawa bid'ah.


 


YANG MENYEBABKAN SELAMAT DARI SIKSA KUBUR



Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan siksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena siksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan dosa.  Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukanperhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu. Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat. Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi Harinya, dan bersyukur kerana ajalnya masih itangguhkan. Dengan demikian ia masih berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum DIlakukannya.



Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwudhu, sentiasa mengingati Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi saw. sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya  dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya. Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari siksa kubur, di antaranya:
1. Sentiasa mengikatkan diri di jalan Allah.
2. Mati syahid di jalan Allah.
3. Membaca surat Al-Mulk.
4. Meninggal kerana sakit perut.
5. Meninggal dunia pada hari Jumaat.
6. Meninggal dunia saat melahirkan. 
 

MANFAAT ZIARAH KUBUR



Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Muslim, menziarahi kubur menjadikan orang mengingat akan mati. Dan mengingati mati melahirkan sikap terpuji. Ad-Daqqaq berkata, 'Barangsiapa banyak mengingat mati, nescaya dimuliakan dengan tiga perkara; segera bertaubat, diberi hati yang qana'ah (menerima pemberian Allah) dan bersemangat dalam ibadah. Sedang orang yang lupa mengingati mati akan diganjar dengan tiga perkara; menunda-nunda taubat, selalu merasa tidak cukup dan malas dalam beribadah. 'Al-Hasan berkata, 'Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Kerana itu,


carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.'



SAKITNYA SAKARATUL MAUT



Sakitnya sakaratul maut, tak seorang pun dapat mengetahui dan menceritakannya kecuali dirinya sendiri, yang langsung merasakan. Aisyah ra.berkata, 'Di hadapan Nabi saw. terdapat gayong berisi air. Lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian membasuh wajahnya seraya bersabda: "Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah... Sesungguhnya kematian itu ada sakaratnya." HR. Al-Bukhari

Dalam lafaz lain diriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya, beliau berdoa: Ya Allah, tolonglah aku ketika sakaratul maut."


HR. Ahmad dan Tirmidzi, dihasankan oleh Hakim


 


Yang dimaksud dengan sakarat iaitu kengerian dan kedahsyatan saat menjelang kematian.
 
Wallahu'alam Bisshawab



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

Ingatlah bahawa setiap kita sedang menunggu hukuman mati....tapi kita tak tahu bila, dimana dan bagaimana caranya.......


Walau sehebat mana kita, walau sejuat mana kita walau siapapun kita..........kita akan merasai mati. 



__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:

"Setiap yg bernyawa, bernafas pasti akan MATI" - Firman Allah SWT

__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


semoga insaf dgn kisah tersebut

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

satu tidur yg panjang


.............................///



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

SAKARATUL MAUT....

__________________
Latok ///


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

'Sembahyang Lah Anda ... Sebelum Anda Di Sembahyangkan'



_____________________


''' Hidup Melayu ... Bersatu ... Taat Setia '''



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard