Bercakap dengan sopan santun, selalu tersenyum dan dengan nada yang baik.
Bercakap dengan ringkas atau tepat pada fakta.
Percakapan yang jelas dan nyata.
Kalau seseorang membawa kita kepada perbualan yang tidak baik, diamkanlah diri menunjukkan tidak berminat atau memberi salam dan keluar.
Bila bercakap tentang Islam, bercakap dengan jelas dan bahasa yang mudah serta nada yang lembut.
Selalu perhatikan tingkat pemikiran dan pandangan orang yang mendengar supaya mereka boleh memahami apa yang kita cakapkan.
Kalau seseorang menanyakan sesuatu, jawablah dengan baik, iaitu setelah memikirkan jawapannya. Kalau soalan dikemukakan pada orang lain, jangan cuba menjawab tanpa izin.
Jika seseorang menerangkan sesuatu, jangan menyatakan "saya mengetahuinya", dikhuatiri ini akan menyebabkannya kecil hati.
Bila berkata dengan seseorang, pertimbangkan umurnya, status yang berkaitan dengan kita.
Jangan terlalu cepat atau terlalu banyak bergurau kerana ini akan merendahkan kredibiliti kita.
Jangan menyampuk atau mengganggu perbualan orang lain tanpa kebenaran.
Jangan memasang telinga mencuri dengar perbualan orang lain dan jangan membongkar rahsia sendiri atau orang lain.
Jangan mengumpat atau suka 'komplen' orang lain. Jangan mengetawakan kesilapan orang lain. Jangan bercakap besar serta jangan selalu bersumpah.
Yang nombor 15 ni yg selalu terjadi.....nak nak bab komplen2 nih.Bukan tak leh komplen,nak komplen pun biar kene tempat dan jgn sampai bermasam muka dan berkecil hati.
Semoga apa yang ditulis oleh En.Natural menjadi pedoman kepada semua....
Tapi......pada saya yang lemah ni....yang nombor..
5. Zaman sekarang ni...kita cakap kadang-kadang kena berlapik jugak...sebab kita ni sape je...jadi bila bercakap dengan orang besar kena berlapik kalau sebab kadang-kadang dengan orang besar ni kalau kita cakap benda betul pun kita kena cepuk.
6. Kalau saya la kan....bila orang ajak cakap benda tak baik...saya betahkan aje cakap dia, nak-nak bila bercakap dalam satu kumpulan....kalau saya blah nanti member lain pulak kena kencing...sebab iman yang second kuat ialah mencegah dengan lidah.
*** Sekarang ni orang "besar-besar" tak boleh di tegur...
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............