Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Peraturan baru serbuan oleh Jabatan Agama Islam


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
Peraturan baru serbuan oleh Jabatan Agama Islam


Peraturan baru serbuan oleh Jabatan Agama Islam….

Kontroversi pembatalan saman oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) keatas penyanyi Jeslina Hashim, 27, berikutan penahanannya di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur pada 13 Januari lalu kerana didakwa berkelakuan tidak sopan telah mendorong kerajaan menetapkan peraturan dalam membuat serbuan.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan Khamis bahawa mulai sekarang semua operasi serbuan oleh bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam perlu mendapat kelulusan ketua polis daerah.

Beliau berkata serbuan yang dijalankan juga mesti disertai pegawai kanan polis.

Katanya, Kabinet membuat keputusan itu bagi memastikan serbuan-serbuan yang dijalankan lebih lancar dan teratur.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur selepas menerima memorandum daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai isu serbuan penguatkuasa Jabatan-jabatan Agama Islam.

Mohamed Nazri berkata langkah itu akan memastikan semua pihak dipertanggungjawabkan apabila berlaku sesuatu masalah atau kesilapan dalam serbuan.

"Perkara ini serius, kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti Afghanistan semasa diperintah Taliban. Kalau ia tidak dihentikan, mungkin boleh berlaku," katanya.

Mohamed Nazri berkata beliau akan membincangkan dengan Kokus Palrimen Mengenai Hak Asasi Manusia mengenai memorandum itu yang menyentuh tentang peranan kerajaan mengawal moral rakyat.

Antara NGO yang mengemukakan momorandum itu ialah Suaram dan Sisters in Islam.

Dalam isu Jeslina yang menjadi bahan polimek, Jawi pada 15 Februari telah mengeluarkan surat pembatalan saman setelah dia dijadualkan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 5 April depan di bawah Akta 29 Kelakuan Tidak Sopan.

Jeslina dan empat rakannya adalah antara ratusan remaja yang ditahan oleh anggota penguat kuasa Jawi ketika melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan Kuala Lumpur.

Terasa macam tangan penguatkuasa undang2 Islam di kilas kebelakang kerana hendak mengamalkan AMAL MAAROF NAHI MUNGKAR

 


Tahniah kepada SISTERS IN ISLAM Kerana pelan lama,pelan dok pelingkop ISLAM.


Dan Tahniah kepada pemimpin2 Islam yang menyokong penuh memorandum puak HARAM JADAH INI.





__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

Erm....ape tindakan yg kite boleh ambil?? kite bukan nyer ade kuasa pun..

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:

Assalamualaikum...///


iqman cakap tu mmg senang...... tapi nak buat bukan nye senang ...kita diMalaysia mempunyai undang-undang nya tersendiri...takleh nak pakuk Kerajaan bulat bulat payah laaaaa......kita kene ikut prosedur......bayangkan kalau kita tak ikut prosedur undang-undang...huru hara tak negara??? ianya dipinda supaya ia tidak berlaku lagi ...dan dapat memantapkan lagi sistem perundangan...... harap saudara iqman paham!!!



-- Edited by adib at 21:51, 2005-03-27

__________________
A d i b T o s h i o™


Veteran

Status: Offline
Posts: 65
Date:

Memang perit & mengaibkan sesiapa yg pernah kena tahan dgn mana JAWI..takkan buat lagi lepas itu..itulah kebaikkannya..

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:


quote:


Originally posted by: GiantRobot
"Memang perit & mengaibkan sesiapa yg pernah kena tahan dgn mana JAWI..takkan buat lagi lepas itu..itulah kebaikkannya.."


maafkan saya kerana memberi pandangan... kenapa ramai banduan yg masih kelua masuk penjara...? antara JAWI ngan polis mana lagi ganas?... maaf yee giant robot



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Assalamualaikum...


Selagi ada orang yang melakukan kesalahan maka selagi itulah akan ada banduan yang keluar masuk penjara.... dan selagi itulah pihak polis akan terus mendokong amanah yang diberikan dalam memastikan keamanan negara tidak akan tergugat...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

selagi pemimpin dan kroni2nya tidak berpegang hukum allah selagi tulaa mendeni boleh bermaharajalela...fikirkan.

__________________
...


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 359
Date:

Salam...///


hmmm...nampaknya...mcm tuh lah...anak org putih makan pengat , sendiri mau ingat laaa...sapa yg payung...sapa yg berteduh....


tiaw ===>>  avatar tu gambar betul ker...cun jugak...ekekekek...alahai...



__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I yunif@doa.moa.my


Veteran

Status: Offline
Posts: 42
Date:

Nak buat mcm mane,undang2 negara ORANG mcm kita jugak yg buat.UNDANG2 NEGARA MALAYSIA SEPATUTNYA BERLANDASKAN AL-QURAN BARULAH BOLEH DIKATAKAN NEGARA ISLAM.



__________________
Hidup dan matiku hanya utk memperjuangkan agamaku


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

tuler...


duduk dlm satu negara..........


tapi undang2 / peraturan setiap negeri itu berbeza anatar satu sama lain




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

inilah akibat terlalu demokrasi sangat... tapi xpe sampai time nya nanti, bergegar la tempat2 cenggini...

__________________
Latok ///


Senior

Status: Offline
Posts: 110
Date:

maafkan saya kalau tersalah kata.... nak jadi pejuang tak leh emotional.. hehehhe.. selama saya join forum nie semua memperkatakan tentang memperjuangkan agama, bangsa dan negara... masing2 kata nak berjuang... so, ni ler masanya PEKIDA membuktikan apa yg diperjuangkan selama ni... spt yg saya lihat di gambar2 di website ni, rata2 pemimpin Malaysia adalah di kalangan ahli PEKIDA.. kenapa tidak PEKIDA mengadakan mesyuarat tertutup dengan pemimpin2 tertinggi membincangkan masalah ini... saya pasti Pak Lah tidak akan menolak saranan tersebut.. yer ler drp kita dok kat kedai kopi lepak, kan lebih baik lepak ngan dorang... mungkin ada jln penyelesaiannya.. insyallah... kan senang utk berbincang kalau matlamat kita sama... bukankah pemimpin sendiri menyokong perjuangan PEKIDA.. saya tak rasa cadangan2 bernas tidak akan diterima... jgn ikut kata hati dgn berpropaganda sana sini... fikir cara yg paling baik utk kepentingan agama, bangsa dan negara... memang melampau kalau JAIS nak buat serbuan tp kena minta kebenaran drp pihak tertentu.. mana ada org buat spot check kena minta kebenaran... kekadang tu pemimpin pun sama gak... apa2 hal pun kita doakan agar masalah2 yg tidak diingini tidak akan berlaku di negara kita ini... belum habis isu tsunami, timbul lak isu TAK SEDAR DIRI... nauzubillah....


fikir2kan la...


 



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 42
Date:

GINGERRR AMINKAN SAJA DOA AQEERA MOGA2 TERMAKBUL DOA AQEERA

__________________
Hidup dan matiku hanya utk memperjuangkan agamaku


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

quote:

Originally posted by: latok

"inilah akibat terlalu demokrasi sangat... tapi xpe sampai time nya nanti, bergegar la tempat2 cenggini..."

malam td pkl 12..indon sekali lagi mengalami gempa bumi....

__________________
...


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

betul kata saudara natural tu.... gempa bumi berukuran 8.2 skala ritcher dan berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya bencana thsunami sekali lagi..... pihak kerajaan turut mengeluarkan arahan kepada mereka yang berada dikawasan yang rendah supya berpindah kerana khuatir bencana thsunami akan berulang.... 

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

hukum tetap hukum..............


salah tetap salah............



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

quote:

Originally posted by: aqeera

spt yg saya lihat di gambar2 di website ni, rata2 pemimpin Malaysia adalah di kalangan ahli PEKIDA.. kenapa tidak PEKIDA mengadakan mesyuarat tertutup dengan pemimpin2 tertinggi membincangkan masalah ini... saya pasti Pak Lah tidak akan menolak saranan tersebut.. yer ler drp kita dok kat kedai kopi lepak, kan lebih baik lepak ngan dorang... mungkin ada jln penyelesaiannya.. insyallah... kan senang utk berbincang kalau matlamat kita sama... bukankah pemimpin sendiri menyokong perjuangan PEKIDA.. saya tak rasa cadangan2 bernas tidak akan diterima...

Cadangan itu memang cantikkkkkk...sapa yang nak mulakan duluuuu?????????

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:


quote:


Originally posted by: aqeera
"maafkan saya kalau tersalah kata.... nak jadi pejuang tak leh emotional.. hehehhe.. selama saya join forum nie semua memperkatakan tentang memperjuangkan agama, bangsa dan negara... masing2 kata nak berjuang... so, ni ler masanya PEKIDA membuktikan apa yg diperjuangkan selama ni... spt yg saya lihat di gambar2 di website ni, rata2 pemimpin Malaysia adalah di kalangan ahli PEKIDA.. kenapa tidak PEKIDA mengadakan mesyuarat tertutup dengan pemimpin2 tertinggi membincangkan masalah ini... saya pasti Pak Lah tidak akan menolak saranan tersebut.. yer ler drp kita dok kat kedai kopi lepak, kan lebih baik lepak ngan dorang... mungkin ada jln penyelesaiannya.. insyallah... kan senang utk berbincang kalau matlamat kita sama... bukankah pemimpin sendiri menyokong perjuangan PEKIDA.. saya tak rasa cadangan2 bernas tidak akan diterima... jgn ikut kata hati dgn berpropaganda sana sini... fikir cara yg paling baik utk kepentingan agama, bangsa dan negara... memang melampau kalau JAIS nak buat serbuan tp kena minta kebenaran drp pihak tertentu.. mana ada org buat spot check kena minta kebenaran... kekadang tu pemimpin pun sama gak... apa2 hal pun kita doakan agar masalah2 yg tidak diingini tidak akan berlaku di negara kita ini... belum habis isu tsunami, timbul lak isu TAK SEDAR DIRI... nauzubillah.... fikir2kan la...  "


iqman setuju apa yg di kaitkan oleh saudara aqeera..



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

Hmm..betul tue.. saya setuju

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

iqman watch your lang...

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:

jangan la marah abg zerofill...sekadar pendapat iqman sahaja.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

iqman..jgn la emo sgt..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard