Kontroversi pembatalan saman oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) keatas penyanyi Jeslina Hashim, 27, berikutan penahanannya di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur pada 13 Januari lalu kerana didakwa berkelakuan tidak sopan telah mendorong kerajaan menetapkan peraturan dalam membuat serbuan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan Khamis bahawa mulai sekarang semua operasi serbuan oleh bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam perlu mendapat kelulusan ketua polis daerah.
Beliau berkata serbuan yang dijalankan juga mesti disertai pegawai kanan polis.
Katanya, Kabinet membuat keputusan itu bagi memastikan serbuan-serbuan yang dijalankan lebih lancar dan teratur.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur selepas menerima memorandum daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai isu serbuan penguatkuasa Jabatan-jabatan Agama Islam.
Mohamed Nazri berkata langkah itu akan memastikan semua pihak dipertanggungjawabkan apabila berlaku sesuatu masalah atau kesilapan dalam serbuan.
"Perkara ini serius, kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti Afghanistan semasa diperintah Taliban. Kalau ia tidak dihentikan, mungkin boleh berlaku," katanya.
Mohamed Nazri berkata beliau akan membincangkan dengan Kokus Palrimen Mengenai Hak Asasi Manusia mengenai memorandum itu yang menyentuh tentang peranan kerajaan mengawal moral rakyat.
Antara NGO yang mengemukakan momorandum itu ialah Suaram dan Sisters in Islam.
Dalam isu Jeslina yang menjadi bahan polimek, Jawi pada 15 Februari telah mengeluarkan surat pembatalan saman setelah dia dijadualkan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 5 April depan di bawah Akta 29 Kelakuan Tidak Sopan.
Jeslina dan empat rakannya adalah antara ratusan remaja yang ditahan oleh anggota penguat kuasa Jawi ketika melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan Kuala Lumpur.
Terasa macam tangan penguatkuasa undang2 Islam di kilas kebelakang kerana hendak mengamalkan AMAL MAAROF NAHI MUNGKAR
Tahniah kepada SISTERS IN ISLAM Kerana pelan lama,pelan dok pelingkop ISLAM.
Dan Tahniah kepada pemimpin2 Islam yang menyokong penuh memorandum puak HARAM JADAH INI.
iqman cakap tu mmg senang...... tapi nak buat bukan nye senang ...kita diMalaysia mempunyai undang-undang nya tersendiri...takleh nak pakuk Kerajaan bulat bulat payah laaaaa......kita kene ikut prosedur......bayangkan kalau kita tak ikut prosedur undang-undang...huru hara tak negara??? ianya dipinda supaya ia tidak berlaku lagi ...dan dapat memantapkan lagi sistem perundangan...... harap saudara iqman paham!!!
quote: Originally posted by: GiantRobot "Memang perit & mengaibkan sesiapa yg pernah kena tahan dgn mana JAWI..takkan buat lagi lepas itu..itulah kebaikkannya.."
maafkan saya kerana memberi pandangan... kenapa ramai banduan yg masih kelua masuk penjara...? antara JAWI ngan polis mana lagi ganas?... maaf yee giant robot
__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri
Selagi ada orang yang melakukan kesalahan maka selagi itulah akan ada banduan yang keluar masuk penjara.... dan selagi itulah pihak polis akan terus mendokong amanah yang diberikan dalam memastikan keamanan negara tidak akan tergugat...
Nak buat mcm mane,undang2 negara ORANG mcm kita jugak yg buat.UNDANG2 NEGARA MALAYSIA SEPATUTNYA BERLANDASKAN AL-QURAN BARULAH BOLEH DIKATAKAN NEGARA ISLAM.
maafkan saya kalau tersalah kata.... nak jadi pejuang tak leh emotional.. hehehhe.. selama saya join forum nie semua memperkatakan tentang memperjuangkan agama, bangsa dan negara... masing2 kata nak berjuang... so, ni ler masanya PEKIDA membuktikan apa yg diperjuangkan selama ni... spt yg saya lihat di gambar2 di website ni, rata2 pemimpin Malaysia adalah di kalangan ahli PEKIDA.. kenapa tidak PEKIDA mengadakan mesyuarat tertutup dengan pemimpin2 tertinggi membincangkan masalah ini... saya pasti Pak Lah tidak akan menolak saranan tersebut.. yer ler drp kita dok kat kedai kopi lepak, kan lebih baik lepak ngan dorang... mungkin ada jln penyelesaiannya.. insyallah... kan senang utk berbincang kalau matlamat kita sama... bukankah pemimpin sendiri menyokong perjuangan PEKIDA.. saya tak rasa cadangan2 bernas tidak akan diterima... jgn ikut kata hati dgn berpropaganda sana sini... fikir cara yg paling baik utk kepentingan agama, bangsa dan negara... memang melampau kalau JAIS nak buat serbuan tp kena minta kebenaran drp pihak tertentu.. mana ada org buat spot check kena minta kebenaran... kekadang tu pemimpin pun sama gak... apa2 hal pun kita doakan agar masalah2 yg tidak diingini tidak akan berlaku di negara kita ini... belum habis isu tsunami, timbul lak isu TAK SEDAR DIRI... nauzubillah....
betul kata saudara natural tu.... gempa bumi berukuran 8.2 skala ritcher dan berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya bencana thsunami sekali lagi..... pihak kerajaan turut mengeluarkan arahan kepada mereka yang berada dikawasan yang rendah supya berpindah kerana khuatir bencana thsunami akan berulang....
quote: Originally posted by: aqeera spt yg saya lihat di gambar2 di website ni, rata2 pemimpin Malaysia adalah di kalangan ahli PEKIDA.. kenapa tidak PEKIDA mengadakan mesyuarat tertutup dengan pemimpin2 tertinggi membincangkan masalah ini... saya pasti Pak Lah tidak akan menolak saranan tersebut.. yer ler drp kita dok kat kedai kopi lepak, kan lebih baik lepak ngan dorang... mungkin ada jln penyelesaiannya.. insyallah... kan senang utk berbincang kalau matlamat kita sama... bukankah pemimpin sendiri menyokong perjuangan PEKIDA.. saya tak rasa cadangan2 bernas tidak akan diterima...
Cadangan itu memang cantikkkkkk...sapa yang nak mulakan duluuuu?????????
quote: Originally posted by: aqeera "maafkan saya kalau tersalah kata.... nak jadi pejuang tak leh emotional.. hehehhe.. selama saya join forum nie semua memperkatakan tentang memperjuangkan agama, bangsa dan negara... masing2 kata nak berjuang... so, ni ler masanya PEKIDA membuktikan apa yg diperjuangkan selama ni... spt yg saya lihat di gambar2 di website ni, rata2 pemimpin Malaysia adalah di kalangan ahli PEKIDA.. kenapa tidak PEKIDA mengadakan mesyuarat tertutup dengan pemimpin2 tertinggi membincangkan masalah ini... saya pasti Pak Lah tidak akan menolak saranan tersebut.. yer ler drp kita dok kat kedai kopi lepak, kan lebih baik lepak ngan dorang... mungkin ada jln penyelesaiannya.. insyallah... kan senang utk berbincang kalau matlamat kita sama... bukankah pemimpin sendiri menyokong perjuangan PEKIDA.. saya tak rasa cadangan2 bernas tidak akan diterima... jgn ikut kata hati dgn berpropaganda sana sini... fikir cara yg paling baik utk kepentingan agama, bangsa dan negara... memang melampau kalau JAIS nak buat serbuan tp kena minta kebenaran drp pihak tertentu.. mana ada org buat spot check kena minta kebenaran... kekadang tu pemimpin pun sama gak... apa2 hal pun kita doakan agar masalah2 yg tidak diingini tidak akan berlaku di negara kita ini... belum habis isu tsunami, timbul lak isu TAK SEDAR DIRI... nauzubillah.... fikir2kan la... "
iqman setuju apa yg di kaitkan oleh saudara aqeera..
__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri