Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kristianisasi


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:
Kristianisasi
Permalink Closed


Mari Kita Kaji....


KUALA LUMPUR, 29 Jan (Hrkh) - Penduduk sekitar Bandar Sunway membantah dan melahirkan kebimbangan dengan pembinaan sebuah tadika yang dikatakan akan dijadikan sebagai pusat Kristianisasi di Seksyen 7.

Pembinaan tadika tersebut yang dikendalikan CSBC Berhad dikatakan bermatlamat sebagai usaha untuk mengkristiankan golongan kanak-kanak dan muda-mudi di situ.


Wakil penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, penduduk berbilang bangsa dan agama serta Islam berasa curiga dengan pembinaan tadika tersebut atas nama CSBC kerana ia hanyalah untuk meneruskan dakyah Kristian oleh pihak tertentu.

Ujar beliau, CSBC adalah singkatan bagi nama sebuah gereja iaitu Corner Stone Bishop Church yang terletak di Jalan PJS7 dalam kawasan yang sama.

"Pembinaan didalangi dan disokong beberapa pemimpin yang beragama Kristian di Bandar Sunway dan Subang Jaya.

"Mereka menggunakan alasan membina tadika untuk mengaburi mata masyarakat, sedangkan tujuan asal ialah untuk menjalankan aktiviti keagamaan,"tegasnya ketika datang ke Harakahdaily semalam.

Menurut beliau, kelulusan pembinaan telah dikeluarkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan pembinaan meliputi bangunan tiga tingkat termasuk satu tingkat mezzanine yang bersaiz 15,000 kaki persegi.

Malah tanah yang digunakan untuk tujuan itu telahpun dijual oleh pihak Sunway Corporatian yang mana umum mengetahui syarikat ini adalah paksi Kristianisasi di Sunway dan Subang Jaya.

"Apa motif CSBC dengan pembinaan tadika sehingga meliputi tiga tingkat dan terdapat tingkat mezzanine,"tegas sumber tersebut.

Katanya lagi,jika benarpun premis yang sedang dibina itu untuk tujuan tadika, kerajaan negeri dan PBT perlu memberi jaminan bahawa sebarang aktiviti agama tidak akan dijalankan di situ.

Menurut sumber itu, pihak penduduk bagaimanapun tetap bimbang dengan pembinaan tersebut kerana sebelum ini pihak mubaligh Kristian dari gereja berhampiran telah menggunakan Balai Raya untuk tujuan keagamaan.

"Mereka gunakan tanpa halangan daripada pihak PBT mahupun kerajaan negeri.Mengapa perlu guna balai raya sedangkan mereka sudahpun mempunyai gereja sendiri,"tegas beliau lagi.

Katanya, pihak penduduk telahpun menyerahkan surat bantahan kepada beberapa pemimpin setempat, negeri dan pemimpin tertinggi negara.

Antaranya bantahan ini turut diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo,

Selain itu, bantahan juga dihantar kepada Ketua Umno bahagian Kelana Jaya, Tan Sri Muhamman Muhamad Taib, Exco Kerajaan Selangor, Datin paduka Seripah Noli Syed Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Zainal Abidin Azim dan pihak berkuasa tempatan.

Malangnya kata beliau, hingga kini kesemua pihak yang terbabit enggan memberi kerjasama malah tidakpun menyiasat dakwaan penduduk mengenai pembinaan tadika itu.

Sehubungan itu penduduk PJS7 dan kawasan sekitar menggesa kerajaan terutamanya Jais dan kerajaan negeri supaya segera membuat siasatan ke atas pembinaan tersebut.

"Kami mahu kerajaan yang mengistiharkan negara ini sebagai negara Islam Hadhari segera membuktikan keprihatinan mereka terhadap isu ini,"tegas beliau lagi.



__________________
sudirman


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:
Kajian 1
Permalink Closed


Murtad/Kristianisasi dari kajian Peguam Zulkifli Nordin


Assalamualaikum,

Berikut adalah petikan dari ceramah pada tahun lepas oleh Peguam Zulkifli Nordin yang tidak asing lagi kepada kita berjodol “Islam Tercabar”. Ceramah ini mengenai ancaman murtad dan dakwah Kristianisasi terhadap orang Melayu. (Kaset ceramah ini maseh boleh didapati, juga kaset ceramah berjodol "Ancaman Murtad")

Peguam Zulkifli Nordin menegaskan bahawa ancaman murtad dan Kristianisasi terhadap orang Melayu di Malaysia merupakan masalah yang pokok dan sangat serius kepada orang Melayu tetapi perkara ini dihalang oleh pihak berkuasa dari dibawa ketengah. Sebaliknya pula ancaman murtad dan kristianisasi ini telah diperlekehkan oleh pihak berkuasa. Bila hendak cakap pasal isu murtad, tidak boleh.

Pihak berkuasa telah mengundang Sheikh Tantawi dari Al Azhar, dan TV3 telah memutarbelitkan dengan pembohongan besar bahawa Sheikh Tantawi telah berkata murtad ini hendaklah dibiarkan. Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Sheikh Tantawi dalam Bahasa Arab adalah “ummat Islam tidak lagi boleh berdiam diri terhadap gulungan murtad yang melakukan fitnah dan ancaman terhadap agama Islam…..dan ummat Islam wajar memerangi gulungan yang meninggalkan agama itu..” Pihak berkuasa telah sanggup pusingkan kenyataan Sheikh Tantawi itu.

Peguam Zulkifli Nordin menegaskan , “masalah murtad hari ini serius tuan-tuan, dah serius, bukan serius dari segi nombor sahaja. Hari ini kalau ikut kata Mufti dah 3,000 lebeh .”

Seterusnya dalam ceramah itu Peguam Zulkifli Nordin berkata beliau telah bertemu secara sulit dengan bekas Paderi Besar Seluruh Sabah yang memeluk Islam pada tahun 1991, ia-itu Saudara Tajuddin Othman (disebut Tajuddin Omar oleh Peguam Zulkifli). Bekas Paderi Besar Sabah itu mengesahkan bahawa apa yang telah didedahkan oleh saorang lagi bekas Paderi Kristian, Joseph Salleh di Sekolah Raja Shariman, Bruas pada tahun 1987 adalah betul. Joeseph Salleh telah mendedahkan di Bruas bahawa 15,000 orang Melayu telah murtad, dan ditangan beliau sahaja seramai lebih 3,000 orang Melayu yang dimurtadkannya kepada agama Kristian.

Guru Besar di Sekolah Raja Shariman di Bruas pada ketika itu telah mengesahkan kepada Peguam Zulkifli Nordin bahawa majlis pendedahan kegiatan kristianisasi oleh bekas Paderi Joseph Salleh pada tahun 1987 di sekolah tersebut sememangnya berlaku.

Peguam Zulkifli Nordin mengingatkan kita bahawa disalah suatu Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO telah disebutkan bilangan Melayu yang menukar nama atas alasan agama adalah seramai 541 orang. Timbalan Menteri Dalam Negeri pada bulan Mac 1999 memberi angka 795 orang. Tetapi dalam rekod Pusat Islam hanya 18 orang sahaja yang telah murtad. Angka mereka bertukar-tukar macam nombor Ekor.

Pembohongan pihak berkuasa yang terbaru adalah kenyataan bahawa hanya saorang Melayu sahaja yang murtad, iaitu Nuraisyah Bukhari, itu pun dikatakan beliau sudah kahwin secara Islam di Melaka dan sudah pun pulang ke rumah ayahnya Haji Bukhari di Pontian pada Hari Raya Haji tahun 1998. Ini suatu pembohongan besar oleh pihak berkuasa dan Hj Bukhari dengan keras menafikan bahawa anaknya Nuraisyah telah kembali kepada Islam Malahan beliau tidak pernah melihat anaknya Nuraisyah sejak ianya diculik dan dikristiankan. Zulkifli Nordin adalah peguam kepada Hj Bukhari.

Memandangkan pihak berkuasa tidak boleh dipercayai maka Peguam Zulkifli Nordin telah membuat kajiannya sendiri. Beliau mendapat bantuan saorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara yang memberi beliau melihat fail-fail yang berkenaan. Kerana fail begitu tinggi Saudara Nordin hanya sempat menyemak fail-fail sehingga 30 April 1997 sahaja .

Didapati dari rekod Jabatan Peguam Negara sehingga 30 April 1997 seramai 689 orang Melayu telah memohon menukar nama atas alasan pertukaran agama, kebanyakkannya kepada agama Kristian. Dari segi pecahan umur adalah seperti berikut:

21 hingga 30 tahun - 340 orang Melayu tukar nama atas pertukaran agama
31 hingga 40 tahun - 154 orang
41 hingga 50 tahun - 35 orang
51 hingga 60 tahun - 35 orang
61 hingga 70 tahun - 18 orang


Dari segi pecahan mengikut jantina pula : lelaki 264 orang Melayu yang telah murtad dan perempuan seramai 425 orang.

Dari segi pecahan mengikut negeri : Selangor = 191, Wilayah Persekutuan = 175. Pulau Pinang = 96, Perak = 51, Kedah = 40, Negeri Sembilan = 34, Sabah = 34, Johor = 30, Melaka = 14, Pahang = 13. Sabah = 8, Perlis = 1, Terengganu = 1 dan Kelantan = 1.

Sebanyak 17 kes sedang menuggu keputusan mahkamah pada ketika Peguan Zulkifli Nordin memberi ceramah tersebut dalam bulan Mac 1999.

Peguam Zulkifli Nordin berkata : “ Ini menunjukkan kepada kita bahawa murtad memang berlaku di negara kita. Yang kita hairan kenapa ada pihak yang tak mahu sangat benda ini di tonjol, tengahkan sampai sanggup buru orang yang dok cerita murtad, Sampai sanggup cerita murtad ini ditutup dan dipalsukan. Kita sudah sampai ke peringkat yang serius.”

Peguam Zulkifli Nordin seterusnya mendedahkan pelancaran dakwah kristianisasi melalui internet dibawah projek bernama “Windows 1040”. Target group adalah kanak-kanak Melayu di Nusantara. Di Malaysia kristian missionary sudah berani mengedarkan phamplet agama mereka kepada orang-orang Melayu terutamanya kanak-kanak sekolah belasan tahun.

Panjang lagi ceramah Peguam Zulkifli Nordin tetapi saya jangka apa yang telah saya berikan sudah mencukupi buat masa ini untuk menunjukan betapa seriusnya gejala murtad dan kegiatan Kristianisasi yang sedang mengancam bangsa melayu kita. Kerana pihak berkuasa membisu dan memperlekehkan ancaman ini maka kita perlu sentiasa mengingatkan orang Melayu. Nampaknya avenue yang ada hanyalah di website reformasi seperti Tranung Kite dan Laman Reformasi.

Akhir kata dan seperti yang telah dikatakan oleh saudara netter kita Alim Mujahid “Allah sememangnya dah 'warning' awal-awal....Firman Allah : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. (Al Baqarah : 120)

Semata-mata kerana Allah.



__________________
sudirman


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:
Kajian 2
Permalink Closed


GERAKAN KERISTIANISASI


Gerakan Kristianisasi atau lebih terkenal di kalangan kita sebagai gerakan “Tansir” merupakan satu gerakan yang bertujuan untuk menyebarkan agama kristian dan fahamannya ke pada masyarakat antarabangsa. Gerakan ini telah memulakan gerak kerja mereka sejak berdekad lamanya.


Mereka menggunakan cara yang pelbagai untuk mencapai cita-cita tersebut samada dengan cara menubuhkan organisasi-organisasi yang tersusun atau dengan menggunakan perantaraan tertentu sehinggalah tersebarnya agama kristian yang telah menyeleweng ini dan diterima ramai.


Cara yang digunakan oleh golongan Kristian untuk menyebarkan dakyah mereka boleh dibahagikan kepada dua jenis:


1) Mengkristianisasikan secara terus:



Iaitulah dengan cara mengadakan hubungan secara pribadi (dakwah fardiah) atau dengan cara mengedar risalah, memberi ceramah umum di gereja-gereja dan tempat-tempat terbuka dengan tujuan memperkenalkan manusia dengan ajaran Kristian. Pendeta-pendeta mereka akan cuba untuk memuaskan hati-hati manusia akan kebenaran ajaran mereka.


2) Menjalankan proses Kristianisasi dengan perantaraan lain:


Inilah cara yang paling meninggalkan kesan dan yang paling berjaya bagi mereka menyebarkan fahaman mereka. Cara ini telahpun di mulakan sejak di zaman penjajahan lagi. Dan sasaran mereka tidak lain tidak bukan ialah rantau Asia, Afrika, negara-negara Arab atau negara-negara dunia ketiga amnya.


Kenyataan ini sudah tidak menjadi rahsia lagi di mana kita dapati antara tujuan orang-orang barat berlumba-lumba ke timur suatu masa dulu ialah untuk mencapai tiga perkara utama yang di rumuskan sebagai “3G”; God, Golden and Glory. Antara perantaraan yang di gunakan demi mencapai cita-cita tersebut ialah:



i- dengan menghulurkan bantuan perubatan.


ii- dengan perantaraan pendidikan.


iii- mengambil kesempatan di sebalik bantuan kemanusiaan yang di hulurkan.


iv- dengan perantaraan media massa dan elektronik.


v- menimbulkan prasangka terhadap agama Islam.


Di sana ada beberapa lagi tektik yang sering di gunakan oleh golongan Kristian ini dalam menjayakan misi mereka. Antaranya ialah:



a) menyeru ke arah perkauman dan semangat kesukuan dalam usaha menghapuskan penyatuan umat Islam.


b) menyeru ke arah penggunaan bahasa pasaran dan dialog harian terutama Bahasa Arab dengan tujuan melalaikan umat Islam daripada didikan dan bimbingan al-Quran.


c) berusaha untuk mewujudkan kebebasan beragama yang tiada batasan di dalam perlembagaan negara-negara Islam. Usaha ini jika berjaya akan memudahkan proses murtad di kalangan umat Islam


d) berusaha membuka pintu hubungan di antara penganut-penganut Kristian dan juga umat Islam. Matlamat ini tercapai dengan adanya pertukaran lawatan antara dua pihak dan juga kesempatan yang terluang sempena hari perayaan tertentu dan sebagainya. Beberapa pere


 


kedatangan mereka adalah


dengan restu dan utusan


daripada gereja-gereja di Eropah. Sebagai contoh


kedatangan Antonio Ventimigla adalah di atas arahan


daripada Theatine Mission dalam rangka mereka


menyebarkan Kristian


ke seluruh dunia...


Perayaan mereka seperti Valentine Days telah diterima sebagai perayaan rasmi di kalangan masyarakat antarabangsa!.


Sesetengah badan gerakan Kristianisasi ini menggunakan seks sebagai modal mereka untuk menarik golongan pemuda menyertai mereka. Antaranya ialah “Persatuan Anak-anak Tuhan dan Keluarga Kasih” (Jamaah Abna’ al-Rabb wa Usrah al-Hubb) yang di asaskan di Amerika Syarikat pada tahun 1969.1


Alam melayu pada hakikatnya tidak terlepas daripada menerima bahang yang amat dahsyat daripada gerakan ini. Malah kedatangan penjajahan barat ke nusantara suatu ketika dulu menandakan era baru bagi agama baru yang ingin mencari pengaruh di Asia Tenggara. Sejak daripada kedatangan Portugis di turuti Belanda, British, Sepanyol dan sebagainya, nusantara sikit demi sedikit telah menerima pengaruh Kristian. Dasar-dasar yang di gunakan seperti “Pecah dan Perintah”, kebebasan beragama dan sebagainya telah mempercepatkan lagi penyebaran agama mereka.


Penubuhan berpuluh-puluh badan dan persatuan yang bertopengkan kebajikan berbayangkan Kristian juga amat berperanan. Menurut cacatan, Father Odoric, seorang paderi Franciscan telah sampai ke Borneo pada tahun 1332. Kemudian diikuti oleh paderi-pederi lain seperti Tistio de Aroujo, Jao da Veiga dan Antonio Periera daripada portugis dan lain-lain. Perlu diingatkan di sini bahawa kedatangan mereka adalah dengan restu dan utusan daripada gereja-gereja di Eropah. Sebagai contoh kedatangan Antonio Ventimigla adalah di atas arahan daripada Theatine Mission dalam rangka mereka menyebarkan Kristian ke seluruh dunia.2


Di ruangan yang terhad ini, kami akan berusaha untuk menyenaraikan beberapa badan kristian yang aktif di nusantara serta menyebut sedikit sebanyak mengenai gerak kerja mereka selama ini. Supaya ianya menjadi renungan kita bersama dan supaya ianya akan menyebabkan kita akan berfikir sejenak betapa musuh sejak sekian lama berusaha memusnahkan kita dan merosakkan kita samada kita sedari ataupun tidak.


i- Sidang Injil Borneo (SIB).


Badan ini didaftarkan di Sarawak pada 12/12/1959. Tetapi hakikatnya ia telahpun menjalankan kegiatannya sejak tahun 1920-an lagi. Paderi-paderi yang berkhidmat di bawan SIB kebanyakkannya berkelulusan daripada Melburne Bible Institute. Kegiatan dakwah mereka tertumpu di kalangan orang Dusun, Kelabit, Lun Bawang dan Bisaya. Bagi tempat-tempat yang sukar di hubungi seperti Ranau, Meligan, Long Pasia, Sipitang, Lawas dan Long Atip mereka menggunakan kapal terbang milik M A F (Missionary Aviation Fellowship) sebagai pengangkutan utama. Hakikatnya paderi-oaderi Australia a m a t memainkan peranan penting dalan gerakan kristianisasi di Sabah dan Borneo.


ii- Mill Hill Missionaries


Pada asalnya bergelar The St. Joseph’s for Foreign Missions yang di asaskan oleh Herbert Vaughan. Ianya juga merupakan sebuah kolej yang telah dirasmikan pada 19 Mac 1866. Pada november 1871, badan ini telah menghantar paderi-paderinya ke Amerika Syarikat dalam rangka mengkristiankan kaum negro dalam projek yang dinamakan “Negro Missions”.


Pusat gerakan mereka ialah Labuan dan dari situlah mereka bergerak ke Papar, Sandakan, Kuala Penyu, Penampang, Kudat, Tawau dan tempat-tempat lainnya.


iii- Missionari Basel


Merupakan badan yang bertanggung jawab memasukkan orang Cina ke Borneo. Usaha memasukkan orang-orang Cina ini di lakukan oleh Sir Walter Medhwest, seorang paderi Basel Mission. Tetapi orang-orang Cina yang masuk pada waktu itu adalah orang-orang Cina yang telahpun menganut agama Kristian. Sebagai contoh pada tahun 1883, sekumpulan Hakka Kristian seramai 96 orang telah berjaya memasuki Sabah dengan perantaraan gereja ini. Apabila Sabah menyertai Malaysia ia ditukar menjadi Cristian Church of Malaysia dan menerima bantuan daripada Basel Mission, Gereja Lutheran U.S.A dan Lutheran Word Federation ( L W F ).


iv- Missionari Anglikan:


Gereja ini telah masuk ke Borneo ketika zaman pemerintahan James Brooke di Sarawak. Mereka mendirikan gereja, sekolah, dan memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk tempatan dengan bantuan Raja Brooke. Pada tahun 1883 mereka meluaskan lagi pengaruh dengan memasuki Sabah. 3


Kegiatan Missionari ini tidak hanya sekadar bergerak dengan badan-badan seumpama ini sahaja. Malah mereka juga aktif dalam bidang pelajaran dengan menubuhkan sekolah-sekolah kelolaan mubaligh, dalam bidang perubatan dengan menawarkan perubatan percuma di kawasan pedalaman dalam bidang pertanian dengan menawarkan perkhidmatan pakar dalam pertanian dan sebagainya. Kemiskinan yang melanda masyarakat tempatan di jadikan umpan dengan alasan untuk membantu membina ekonomi setempat.


Walaupun tulisan ini banyak memfokuskan Borneo tetapi hakikatnya Semenanjung Malaysia juga tidak terlepas daripada menerima bahang ancaman tersebut. Malahan kita boleh mengandaikan semenanjung sebagai kawasan yang terlebih dahulu menerima pengaruh gerekan ini dengan tertawannya Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Gereja-gereja Kristian yang berselerakan dan yang semakin hari semakin bertambah menguatkan lagi hujah kita bahawa gerakan ini tetap aktif walaupun era penjajahan kolonial sudah lama dilupakan.


Pada 27 april yang lepas Majlis Syura Muslimin melalui jaringan antarabangsanya telah menyebarkan berita mengenai seorang paderi Melayu yang telah mengkristiankan seorang gadis Melayu dan mengahwinkannya dengan seorang pemuda Cina. Paderi Melayu itu berdasarkan berita tersebut hanyalah orang Sabak Bernam!!!4


Kalaulah benar berita tersebut, ianya menjadi bukti betapa Semenanjung Malaysia juga menghadapi ancaman Kristianisasi tersebut dan sikap berwaspada dan berhati-hati amatlah di syorkan kepada warga Malaysia Jordan sekalian. Semoga kita tidak tertipu dan tidak berputih mata suatu hari nanti.


_________________________


1 Mausu’ah al-Arabiah al-A’lamiah


2 Ismail Yussuf: Politik dan Agama di Sabah; 48


3 Semua Maklumat Mengenai Gerakan- Gerakan Ini Boleh Di Dapati Daripada : Ismail Yussuf (48-52)


4msm-net@msm.org.uk; Tarikh Khamis, 30 Apr 1998.



__________________
sudirman


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:
RE: Kristianisasi
Permalink Closed


Makin menjadi-jadi org kristian nie........


apa tindakan yang harus kita ambil sekarang???


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 213
Date:
Permalink Closed

Mazhab Kristian yg Mirip Islam


Sebuah sekte dalam agama Kristian, praktik peribadatannya
nyaris sama dengan Islam. Orang awam sulit membedakan. Kristenisasi gaya baru? 
Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid
Surabaya itu bergegas shalat. Semuanya berkopiah dan dipimpin
seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang
menunaikan kewajiban shalat Mahgrib.

Mereka adalah jamaah Kanisah Ortodok Syiria (KOS), sebuah sekte
dalam agama Kristian. Bisa jadi, orang awam akan terkecoh.
Sebab, sekte ini memang sangat mirip Islam.Bukan saja asalnya
serumpun,
Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris
sama.Tengoklah saat mereka shalat. 

Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah, juga
memakai bahasa Arab. Rukun shalatnya pun nyaris sama. Ada ruku'dan sujud.
Bezanya,
bila kaum Muslimin diwajibkan shalat 5 kali
sehari, penganut KOS lebih banyak lagi, 7 kali sehari
setiap 3 jam masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul
awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis
(dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib),
sa'atun naum
(Isya'),dan sa'atul layl (tengah malam). 

Hal yang sama juga pada praktik puasa. Puasa wajib bagi pemeluk
Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu
ramadhan. 
Sedang pada KOS disebut shaumil kabir (puasa 40 hari
berturut-turut)
yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada
puasa sunah Senin-Kamis, pada KOS dilakukan pada Rabo-Jum'at,dalam
rangka mengenang kesengsaraan Kristus. 

Selain shalat dan puasa, jamaah KOS juga mengenal ajaran zakat.
Zakat,dalam ajaran KOS, adalah sepersepuluh dari
pendapatan bruto. Gambar2 ajaran KOS yg mungkin anda keliru... .
jadi berhati2 laaaa kita tentang ajaran KOS... hebah kan laaa pada
kawan2 kiter... 

Wallahualammm... ... ..



 





__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis mencari mana matahari kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
Permalink Closed

Aduuuuh...ini yang amat membimbangkan kita sekarang ini...Kekadang yang membuatkan kita marah ialah perkara seberginilah.


Lihat saja pada angka dan statistik yang diberikan.Amat menggerunkan kita.


Hari ini kita masih rasa selesa kerana perkara ini tidak berlaku kepada kaum keluarga kita.Apa akan terjadi sekiranya ianya terjadi pada kaum keluarga kita.Tiada guna dan menangis air mata darah sekalipun dah tak guna.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:
Permalink Closed

 


 


 


Bissmillahirramanirrahim…


 


15,000 orang …


15,000 orang …


15,000 orang …


 


Dah 15,000 orang Melayu Muslim dah murtad …


 


Berdoa lah kita agar ALLAH SWT tidak menurunkan bala ke atas kita seperti mana bala yang telah turun di bumi Indonesia…


 


(Satu negara di mana di dalam sebuah keluarga itu , seorang bapa boleh beragama Buddha, Ibu beragama Islam dan setiap sorang anaknya boleh menganuti apa apa agama yang dia suka… LIBERALISMA di tahap melampau !!!)


 


 


 


 


Assalamualaikum …


 


Sekali lagi along mengambil peluang yang diberikan di dalam forum ini sebagai satu direct channel untuk bersuara terus kepada pucuk pimpinan Pekida…


 


Along sekali lagi  memohon, meminta dan merayu kepada pucuk pimpinan Pekida agar penubuhan satu taskforce pantauan segera ditubuhkan agar sekurang-kurangya langkah pertama sudah diambil.


 


Seperti yang telah Along katakan sebelum ini, I truly and sincerely believe that only Pekida And Pekida alone have the abilities to act decisively on the matter at hand. 


 


I say this because Pekida have a lot of human resource that can be diverted for this taskforce.


 


I truly and sincerely believe that an organized/coordinated effort in monitoring the enemies of our Bangsa by Pekida will yield a better result...


 


Monitoring the activities of these kafir harbi will at least give us an updated picture of our current situation… 15,000 merupakan figure tahun 1997. Amat penting bagi kita untuk mengetahui situasi sebenar masalah yang dihadapi. It will allow us to act in an informed manner. (no need for overkill)


 


The main idea is information gathering so that we’ll have a basic understanding as to what is happening to our Bangsa. This is important so that we can decide rationally on what’s the next step should be. It’s the least we can do.


 


Tidak dinafikan isu murtad bukan satu mudah untuk didukung Pekida ... Along sedar akan implikasi penglibatan Pekida dalam isu ini... Bukan senang nak menjalankan Hukum Allah...


Tetapi …


Something have to be done …


ALL THIS MUST BE DONE BEFORE IT’S TOO LATE…  JANGAN IKUT RESMI MELAYU KUNO.


Hakikatnya sekiranya kita bertindak hanya pada tahap individu, kita hanya akan sedar sesuatu yang buruk telah terjadi apabila kita sedar seseorang itu telah murtad...


And then you realized that someone you loved, someone who is your family or someone you have known your whole life have just abandon all his/her belief for something that you know is a lie.....


By that time , we would have completely lost them.... no amount of talking, crying, begging can turn them back... they will completely shut us out… they don’t care about the people they hurt...


Mulanya kita malu nak bercakap, then when you do start to talk about it (eventually) ....


Then u realized that it's not something uncommon... si polan nie kat sinun tu pun dah murtad jugak..


Bayangkan scenario ini…


Adik kita sendiri tiba tiba pulang dan nyatakan hasratnya untuk menukar agama, begitu kuat pegangannya, hinggakan dia tidak kisah dipukul,dimaki malah sanggup dihalau… Lebih sayang dia pada agamanya daripada sayang pada ibunya… Lebih sayang dia pada agamanya daripada dirinya sendiri…


And there is NOTHING you can do…


Tell me … kenapa scenario ini tak boleh terjadi pada diri anda?


Kalau tiba masanya, Along lebih rela ibu-ibu kita, adik-adik kita, isteri-isteri kita dan anak-anak kita meratapi tubuh berdarah daripada berhadapan soalan Allah S.W.T dan kita berputih mata melihat anak cucu kita bernama Matthew, John dan Carlos.


Sekiranya ada salah dan silap apa yang Along utarakan nie, tegurlah Along… Along hanya menyuarakan pendapat. Bukan niat Along menyinggung sesiapa.


Alongwira513


 


 


 


 


 


 



-- Edited by Alongwira513 at 10:16, 2005-04-06

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:
Permalink Closed

Malaysia terlalu demokrasi...

__________________
Latok ///


Veteran

Status: Offline
Posts: 98
Date:
Permalink Closed

tu la tuh granpa..terlalu demokrasi...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:
Permalink Closed

Bala yang diturunkan oleh Allah s.w.t. takkan kenal siapa...terlalu kerdil kita ini jika dibandingkan dengan KUASANYA...


Moga-moga ada dari kalangan jemaah kita yang dapat menyalurkan maklumat ini kepada yang sepatutnya, agar ianya dapat diatasi dengan segera... sebelum bala dari Allah yang akan memusnahkan segalanya...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:
Permalink Closed

                    inilah gejala yang amat merunsingkan kita.silapnya orang kita sendiri,tidak memberi pendidikan atau penekanan tentang asas-asas islam dalam jiwa anak-anak kita.


                    pihak berkuasa juga patut memantau dan menggambil tindakkan.memanglah undang-undang di negara ini membenarkan mereka yang sudah cukup18 tahun boleh memilih agama yang mahu di anuti,tapi majlis agama boleh memainkan peranan.dengan memberi nasihat,tarbiah,motivasi dan sebagainya.jangan dok tengok saja,makan gaji buta,buatlah sesuatu yang boleh mengcegah gejala ini berleluasa.


                   sanggupkah kita lihat anak-anak kita yang kita kasihi menjadi murtad.


 


 


chaq/penang


 



__________________
amal ma'aruf nahi mungkar


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:
Permalink Closed

 


DEMOKRASI bukan masalah yang sebenarnya...


masalah sebenarnya ialah org melayu sendiri...


Akidah orang melayu mudah dikilas adalah salah orang melayu sendiri ...


tak tau apa dia buat, tak faham apa dia baca dan paling penting sekali tak kenal diri sendiri dan tak sedar tempatnya di Bumi Allah...


Tidak dinafikan bahawa kewujudan demokrasi yang terlalu liberal adalah satu pemangkin kepada apa yang jadi... lalu peluang ini diambil oleh puak puak kristianiasi untuk memperluaskan pengaruh mereka ...


Sekiranya umat islam di Malaysia ini sedar akan tempat dan tugas mereka sebagai khalifah di bumi ini perkara ini tidak akan berlaku...


kita gagal dalam memartabatkan agama kita, kita gagal dalam memertabatkan bangsa kita...


dan jika kita gagal lagi secara berterusan untuk menyelesaikan permasalahan ini...


maka tidak mustahil jikalau bala yang besar akan turun kerana kita telah gagal dalam tugas kita untuk mempertahankan  agama Islam ...


Act before it's too late...


Akhir zaman sebenarnya sudah sampai...


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:
Permalink Closed

hmmm...maknenye belambak lagi yang murtad bespah kat malaysia ni....itu hanya yang dapat dikesan...yang lain ? yang perjuangkan tak pakai tidung,yang perjuang bukaka kelab2 malam,yang perjuang menjatuhkan ulama2...nak bgtau semua smpi esok tak abis lagi.....sedarlaaa yang dunia semakin tua...dah smpi masa untuk mengambil hayatnya...tapi kenapa ada lagi dok tonggang arak?....islam lak tu....



__________________
...


Veteran

Status: Offline
Posts: 36
Date:
Permalink Closed

Telah jelas pada kita bertapa kepincangan berlaku dimana2...Dengan nama allah bukan kita sengaja nak tuding jari pada sesiapa tapi hakikatnya pemimpin kita harus sedar akan isu2 ini..


Bala allah datang tak kenal sesiapa...Kita tak terdaya nak melawan...tak usah cerita isyarat tsunami atau apa2 benda yang canggih kebesaranNYA melebihi segala2nya.


Ya Allah Ya tuhanku berikan petunjuk dan bukalah hati pemimpinku untuk memperjuangkan dan memartabatkan agamamu dan jangan KAU duga kami dengan dugaan yang berat ini ya Allah ya tuhanku... 


Ya Allah ya tuhanku..Berikanlah kekuatan dan tenaga kepada seluruh umat Islam untuk memperjuangkan untuk memartabatkan agamamu ya allah...


Robbana atina fitdunya hasanatan wafila khiroti hasanatan wakhina aza ban nar


Walhamdulillah hirob bil alamin



__________________
Amigos


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
Permalink Closed

quote:

Originally posted by: natural

"hmmm...maknenye belambak lagi yang murtad bespah kat malaysia ni....itu hanya yang dapat dikesan...yang lain ? yang perjuangkan tak pakai tidung,yang perjuang bukaka kelab2 malam,yang perjuang menjatuhkan ulama2...nak bgtau semua smpi esok tak abis lagi.....sedarlaaa yang dunia semakin tua...dah smpi masa untuk mengambil hayatnya...tapi kenapa ada lagi dok tonggang arak?....islam lak tu...."


Itulah...kekadang bila difikirkan memang angin betulll...puak2 yang  yang perjuangkan tak pakai tidung,yang perjuang bukaka kelab2 malam,yang perjuang menjatuhkan ulama2 ni menjadi maslah besar kepada kita semua..kerana puak2 ni di sokong oleh segelintir menteri-menteri yang cetek pemikiran agama.


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:
Permalink Closed

so ape bdn ngo yang memperjuangkan islam boleh buat?

__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink Closed

banyak respon. cuma mencadangkan agar kita mengdakan lebih banyak perbahasan mengajak ahli2 untuk sama2 mendengar. kita bawakan mereka yang pernah berada atau bertugas dalam kegiatan sebegini. buat forum. jangan jadi macam irc pulak. agama lain nak duduk sama tinggi dengan ketinggian islam. bahaya tu.


r&d mungkin boleh menjadi perintis. kita banyak org handalan. baik yang bergelar ustaz, ulama, cikgu, menteri, datuk dan sebagainya. baik di jakim, jais, jain, jaj dan banyak tempat. panggil mereka luahkan kebenaran. sedarkan anak-anak macam kami. yang masih muda dan perlu tempat bergantung hati dan iman. kerana kebanyakkan kami tidak islam dengan kesedaran tapi islam dengan kelahiran. lahirnya kami asalnya mak bapak islam. mengerti islam tidak. mengamalkan lagi mungkin tidak.


kembalikan kepada kefahaman islam. the way of life kate omputih. care idup kate melayu.



__________________
sudirman


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
Permalink Closed

mmmmmmm letih dengar leteran kalian....


beleter... menghujat.... mengeluh.... provokasi.... saranan.... komen.... kutukan.... NOMBOR SATU.... yg sibuk dan paling banyak bercakap pun tak teringin nak cari apa yg rnd sediakan, sedang usahakan, semua nak di suap melalui forum... sampai menda rahsia satu dunia boleh tau... dah di beritahu pun masih gak dok depan komputer... atas kerusi empuk... sambilmakan biskut dan minum kopi... lepas tu beralih dok atas sejadah bermunajat... pas tu sambung lagi membebel di forum... begitu seterusnya... dah letih berforum sekali seminggu ajak teman teman gi piknik... gi makan tengahari ramai ramai... msing masing dengan agenda tersendiri...


Kursus induksi asas pun dengar tak dengar... ada yg tak terliur pun nak datang... yg datang pun sekali dua jer... tu pun dok di luar... JAUH SEKALI NAK TIMBA ILMU SETERUSNYA... dok puas hati dengan sedikit sangkaan dan jangkaan apa yg di terima dari cerita kedai kopi dan apa yg di lihat dari tok nenek yg dah berjaya di lalaikan yahudi sejak sebelum merdeka lagi...


Pas tu dok merengek... membebel... tanya apa nak buat... apa nak buat... apa dah kita buat... bla blabla.... MACAM PERANGAI ANJING YG DAH TAHU TIDUR ATAS PAKU TU SAKIT... MERAUNG RAUNG ... TAPI TERUS GAK TIDO ATAS PAKU TU... mmmm selagi perangai begitu ... tunggu lah sampai di utuskan satu kaum yang berjaya  utk membuka mata.... ORANG LAIN TAK TIDUR HARI HARI SIANG MALAM MENYUSUN PROGRAM... BERUSAHA MENJAYAKAN PROGRAM... DIA MASIH BERCAKAP LAGIIII ... HUHHHH... LETIH...


BACALAH SURAH 61 , ASSAF, AYAT 2-4. jangan suka cakap tak serupa bikin, kalau nak bikin kena masuk baris... tak boleh buat sendiri sendiri... tak ke mana macam anjing salak bukitttt...



  • Orang putih dah ke bulan ... dah kaya...


    • Orang melayu merenung bulan ... dah kayap dan kayu...

  • Orang barat dak kuat dan tegap...


    • Orang Melayu dah layu... di layukan oleh melayu yang suka meLAYU kan Melayu lain...

  • Orang putih cipta roket ke bulan, orang cina, saling meniti  bahu kawan, tolong menolong utk maju ke bulan...


    • Orang melayu sibuk kumpul dan susun kertas seminar, bengkel, forum, minit mesyuarat... harap kertas tu boleh di susun tinggi jadi tangga... di injak utk meniti naik ke bulan...

 


MELAYU ... MELAYUUUUU...


 



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink Closed

maafkan saya sekiranya saya yang memulakan hujah ini. andai saya bersalah, harap dimaafkan. kebetulan ada topik, masa ni pulak lapang sedikit. saya utarakan pandangan. harap ampun dan maaf. maafkan saya kanda mas dan rakan-rakan lain. inilah yang mampu saya buat setakat ini. kalau salah saya tarik balik kata-kata saya. maafkan ye.

__________________
sudirman


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:
Permalink Closed

Betul sangat apa yang abang Mas katakan tu. Ni saya petik kata-kata saya dulu la masa jadi mat rempit. "Takat citer je baik tak payah. Budak darjah satu pun boleh. Nak, buat la. Dalam ni boleh la. Nak luruskan Pekida konon. Tapi mintak tolong bantu uruskan majlispun payah. Semua nak mengelak. Hampeh!!!!" Mintak maap la kalau ada yang marah, tapi itu kebenarannya. Saya nak sambung lagipun tak larat la. Mata dah rabak ni. Malam ni nak tolong abang uruskan Majlis Pekida di Salak Tinggi. Bye.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 144
Date:
Permalink Closed

Surah Ash Shaff ayat:1-4 yg bermaksud:


1) Bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.






(2) Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?






(3) Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.






(4) Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:
Permalink Closed

anggaplah dan ambillah apa yg dikatakan oleh kanda mas secara positif... start from now.. no more DEBATE,NAGGING,FIGHTING,TALKING RUBBISH,SEMANGAT HERE N THERE BUT NO POINT AT ALL JUZ CHAT N CHATZZ... including me.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:
Open Apology to All
Permalink Closed


 


Assalamualaikum...


emmm...


Terasa sangat atas apa yang Dr Mas kata...


saya sedar sebagai orang muda yang masih jauh perjalanan rohaniahnya saya perlu sanggup menerima tunjuk ajar...


Tidak niat sebenarnya nak memprovokasi/kutuk/kecam sesapa kat forum ini... Cuma highlight realiti masyarakat kita.


Sekiranya ada posting saya yang memberikan gambaran memprovokasi/kecam/kutuk/nak memperbetulkan pekida/ dan lain lain ... Saya minta maaf seikhlasnya. Terutamanya Dr pada Mas.


Apa pun saya sambut seruan Dr Mas untuk hadir ke khursus Induksi. Insyaallah kalau tiada ara melintang awal bulan depan saya akan ke Kajang, Paling tidak pun saya akan singgah Di RnD. Itu pun kalau ada yang nak menerima saya.


Cuma,


Paku dah terbenam dalam kaki kita, siang malam pagi petang, jalan makan mandi tidur, Pedih dan bisa tetap terasa.


Back to Square One, Too bad.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:
RE: Kristianisasi
Permalink Closed


LAGAK GAYA DAN CARA SAUDARA PENJEJAK BADAII BERCAKAP TAK UBAH SEPERTI PEMERHATI 30.. ADALAH SAUDARA ORG YG SAMA??


 



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:
Permalink Closed

Assalamualaikum...


mohon maaf krn mencelah... kiter rakyat malaysia yg berpelajaran harus pandai mengkaji n menyelidik setiap apa yg disampaikan n yg tlh di utarakan... mmg pd dasarnya ia nampak kasar.. tapi pd hakikatnya... ia adalah halus n lembut... selembut sutera... yg memberikan 1001 makna utk di fikirkan n di hayati...


p/s: mohon maaf jutaan maaf andai ada salah n silap...



__________________
~AHLAN WASAHLAN~ ~AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR~


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
Permalink Closed

hmmm


take note...!!!



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 359
Date:
Permalink Closed

Assalamualaikum...///


MasyaAllah...kenapa sampai jadi macam nih...???


DiHarap abang² semua bersabar...Jangan lah sampai berbalah sesama semdiri...


eeee...malulah...



__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I yunif@doa.moa.my


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:
Permalink Closed

pulok...doh, guano gamok ni jadi cekeleweng abih ni...



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:
Permalink Closed

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh I|I



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:
Permalink Closed

3528 cantik nombor

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard