Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pendirian kita & PEKIDA?


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:
Pendirian kita & PEKIDA?





Pencegahan Maksiat Dan Salahlaku Moral Harus Dipertahankan  



Selepas tercetus kontroversi serbuan JAWI ke atas disko Zouk di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, timbul pandangan beberapa pihak yang mempertikaikan autoriti pihak berkuasa agama dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mencegah maksiat dan salah-laku moral. Sebilangan NGO dan individu pula baru-baru ini, telah mulai mendesak agar peruntukan-peruntukan undang-undang yang memberi kuasa pencegahan maksiat ditarik balik.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kumpulan tersebut serta pelbagai pandangan seumpamanya telah menimbulkan beberapa kekeliruan dan kekaburan mengenai persoalan pencegahan maksiat serta batas kebebasan peribadi dalam Islam. Kenyataan tersebut juga mendakwa bahawa, kononnya, sudah jelas terdapat perubahan pandangan umum dalam masyarakat kita yang mendokong perspektif kumpulan tersebut.


  • Malaysia-today.net - Pencegahan Maksiat Dan Salahlaku Moral Harus Dipertahankan

  • Harakahdaily.net - 40 NGO Islam gesa kerajaan tidak ubah undang-undang cegah maksiat

  • Malaysiakini - NGO Islam gesa jangan lupus kuasa cegah maksiat jabatan agama


    Demi memperjelaskan lagi persoalan yang timbul serta meluaskan perspektif terhadap isu yang terbabit, kami, rangkaian pertubuhan-pertubuhan Islam yang tersenarai di bawah merasa bertanggungjawab untuk mengemukakan pendirian bersama kami seperti berikut :


    A. Penegasan Pencegahan Maksiat Sebagai Prinsip Dasar Dalam Islam

    I. Pencegahan maksiat terutamanya oleh pihak kerajaan merupakan jelmaan prinsip hisbah atau amar makruf dan nahi mungkar yang merupakan salah satu prinsip dasar dalam agama Islam. Kedudukan, keutamaan dan kepentingan prinsip ini diperuntukkan dengan jelas di dalam Al-Qur’an dan Al-Sunnah serta pandangan para ulama muktabar dalam tradisi keilmuan Islam. Keterlibatan pihak berkuasa dalam melaksanakan dasar

    pencegahan kemungkaran atau maksiat juga jelas dalam sumber-sumber yang sama dan tidak harus dipertikaikan.

    II. Walau bagaimanapun, pelaksanaan tugas tersebut oleh kerajaan atau mana-mana pihak harus berpandukan kepada dan dikawal oleh nilai-nilai dan garis panduan agama. Tugas ini harus dilaksanakan dengan penuh adil dan hikmah dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang negara. Misalnya, prinsip ini tidak mewajarkan tindakan mengintai atau ‘menjaga tepi kain orang’. Sebaliknya, jika kemungkaran atau maksiat itu berlaku secara terbuka, di tempat awam atau diketahui umum, adalah suatu kecuaian dan pengabaian tanggungjawab jika kerajaan atau masyarakat tidak bertindak untuk mencegahnya.


    B. Kelemahan Pelaksanaan Tidak Mewajarkan Pembatalan Prinsip

    I. Suatu sistem atau prinsip yang sebaik manapun tetap terdedah kepada kelemahan di peringkat pelaksanaan. Sikap yang terbaik apabila terdapat kelemahan pelaksanaan adalah dengan mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan yang ada; bukannya dengan membatalkan secara borong (lock, stock and barrel) prinsip dan sistem yang sedia ada.

    II. Pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang jenayah dan moral sivil pun tidak sunyi daripada kelemahan. Kita sedia maklum bahawa memang ada kes-kes pelanggaran etika, ekstrimisme dan sikap terlampau bersemangat (overzealousness) yang melibatkan pihak penguatkuasa sivil. Namun yang menjadi persoalan di sini ialah adakah kita mahu menarik balik keseluruhan kuasa penguatkuasaan mereka hanya kerana terdapat kelemahan tertentu yang berlaku di peringkat pelaksanaan?

    III. Memang wajar kajian semula dilakukan ke atas peruntukan, sistem dan pelaksanaan pencegahan maksiat dari masa ke semasa. Tetapi kajian semula ini harus bertitik-tolak dari perspektif yang betul dan menuju ke arah memperbaiki amalan yang sedia ada dan bukannya merombak keseluruhan dasar dan prinsipnya.


    C. Penegasan Komitmen Kepada Demokratisasi, Hak Asasi dan Pertanggungjawaban Dengan Mengambilkira Nilai-Nilai Agama, Sensitiviti dan Urutan Keutamaan

    I. Organisasi dan individu yang mendokong usaha menentang kuasa pencegahan maksiat oleh kerajaan adalah sebahagian daripada rangkaian masyarakat sivil di negara kita. Dalam kenyataan bersama mereka, terdapat banyak rujukan kepada nilai-nilai hak asasi, kebebasan individu, hak warganegara, demokrasi, pluralisme dan sebagainya sebagai asas dokongan mereka.

    II. Kami ingin menjelaskan bahawa kami tetap beriltizam, bersepakat serta berkongsi aspirasi secara umumnya dalam memperjuangkan nilai-nilai tersebut dalam masyarakat dan negara kita. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pandangan dan tafsiran khususnya mengenai batas kebebasan agama dan moral individu dalam konteks ruang awam.

    III. Kami berkeyakinan bahawa tidak ada perbezaan yang luas di antara jenayah dan maksiat dalam ruang awam terutamanya bagi orang-orang Islam sehingga menolak peranan pihak berkuasa dalam pencegahan maksiat. Kita melihat maksiat dan salah-laku moral di ruang awam sebagai kesalahan yang tetap memberi kesan dan mengancam individu dan masyarakat. Oleh itu mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab dan terutamanya yang komited kepada nilai-nilai Islam, agama dan moral harus berperanan dalam pencegahan maksiat dan salah-laku moral.

    IV. Kami berharap agar perbezaan pandangan pada tahap ini tidak akan memberi gambaran bahawa terdapat perselisihan yang terlalu mendasar di kalangan rangkaian masyarakat sivil di negara kita sehingga boleh menjejaskan komitmen dan solidariti bersama semua pihak dalam perjuangan berterusan ke arah membina masyarakat Malaysia yang lebih makmur dan demokratik.

    D. Tuntutan

    I. Kita tidak dapat menerima kehendak segelintir minoriti di dalam negara ini untuk membenarkan ajaran agama dirubah bagi membolehkan umat Islam melakukan kemungkaran secara terbuka seperti meminum arak, berzina dan seumpamanya.

    Proses pensekularan Islam seperti menyudutkan ajaran agama hanya kepada lingkungan individu ini perlu dibendung kerana ia akan menggalakkan budaya permisif (merelakan kemungkaran berleluasa di dalam masyarakat).

    II. Dengan demikian, semua pihak adalah disarankan agar dapat melaksanakan beberapa langkah berikut untuk sama-sama menangani kemelut nilai yang sedang berlaku di negara ini:

    a. Surau, Masjid dan institusi Agama : membenteras budaya permisif dan hedonisme yang semakin berleluasa di dalam masyarakat Islam, yang menyusup di atas nama kebebasan yang ditaja oleh mereka yang berpandangan dunia Barat; kempen kesedaran ini perlu dilakukan menerusi medan kuliah, ceramah dan khutbah;

    b. Ibubapa : mengukuhkan pendidikan akhlak, moral dan agama anak-anak; pendidikan akhlak yang bermula di rumah banyak membantu pihak pemerintah untuk mencegah maksiat di tengah-tengah masyarakat;

    c. Pemerintah : memperuntukkan dana untuk program pencegahan maksiat dan salah-laku moral termasuklah melatih para penguatkuasa agar lebih berhemah dan berdisiplin ketika menunaikan tanggungjawab penguatkuasaan;

    d. Media Massa : merancang dan memilih rancangan yang tidak membawa kepada budaya hiburan yang keterlaluan; perancang media harus lebih bertanggungjawab dan sensitif terhadap arah budaya pemikiran masyarakat yang ingin dibentuk;

    e. NGO dan Masyarakat : membantu pemerintah memantau dan mengawal kemelaratan kebejatan sosial seperti pesta arak, kes-kes perzinaan dan seumpamanya demi membendung masalah-masalah sosial dari terus berleluasa;

    III. Kita perlu sedar bahawa krisis sosial yang melanda masyarakat kita hari ini tidak akan selesai dengan membenarkan semua orang bebas melakukan maksiat dan kebejatan. Pada masa yang sama, penguatkuasaan yang tidak berhemah juga mungkin akan menzalimi individu dan hak peribadi. Namun kebebasan mutlak tanpa batas pula akan membuka ruang yang tidak terkawal sehingga boleh menghancurkan keperibadian yang ingin kita bina selama ini. Kebebasan dengan batas-batas yang telah disepakati yang dikawal oleh sistem nilai agama adalah jalan terbaik untuk menangani isu-isu seperti ini. Kita tidak seharusnya menunggu masalah ini menjadi terlalu buruk untuk menangisi musibah akan datang yang belum tentu bagaimana rupa dan bentuknya.

    IV. Di atas kesempatan ini juga, perlu diperingatkan bahawa sekiranya kita memburuk-burukkan agama sendiri, ia dengan sendirinya membuka jendela untuk para penganut agama lain memburuk-burukkan agama kita. Kita tidak perlu merasa hina dan apologetic dengan ajaran agama Islam yang bertujuan mengawal akhlak umatnya sendiri. Pada masa yang sama, masyarakat kita harus diperingatkan bahawa kebebasan beragama di Malaysia tidak sepatutnya menjadi lesen untuk kita mencampuri hak agama lain lalu memberi tanggungjawab untuk merubah ajaran agama para penganut lain. Kebebasan beragama ini datang dengan rasa tanggungjawab, bukan kebebasan mutlak tanpa batas sehinggakan kita terlalu ghairah mengkritik ajaran agama lain.

    V. Maka, di atas pertimbangan di atas, pihak pemerintah digesa agar tidak merubah undang-undang pencegahan maksiat di negara ini dan mengetepikan tuntutan-tuntutan sedemikian. Pendekatan yang diperlukan adalah mengukuhkan dan membaiki proses penguatkuasaan yang dilakukan selama ini agar ruang-ruang kelemahan ini ditangani secara lebih berkesan.

    Kami berharap agar pandangan kami ini mendapat pertimbangan yang sewajar dan saksama daripada semua pihak. Kami juga berkeyakinan bahawa pendirian kami ini turut dikongsi oleh pertubuhan-pertubuhan dan individu bukan Islam yang perihatin dengan pemeliharaan nilai moral dalam ruang awam dalam masyarakat kita. Walau bagaimanapun, kami merasakan suatu kenyataan awal mewakili pertubuhan-pertubuhan Islam perlu diketengahkan terlebih dahulu. Kami akan mengatur pelbagai langkah susulan yang akan menangani isu ini dari kedua-dua sudut ; sudut maksiat dan salahlaku moral.

    Yusri Mohammad
    Naib Presiden ABIM
    31 Mac 2005


    Disokong oleh:

    1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
    2. Jamaah Islah Malaysia (JIM)
    3. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)
    4. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)
    5. Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM)
    6. Ikatan Siswazah Muslim Malaysia
    7. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
    8. Muslim Professional Forum (MPF)
    9. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
    10. Institut Kefahaman Madani
    11. Pertubuhan Kebajikan An-Nidaa’ Malaysia
    12. Yayasan Pembangunan Ummah (YPU)
    13. Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
    14. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SYURA)
    15. Research & Information Centre on Islam
    16. Allied Coordinating Committee of Islamic N.G.O.s(ACCIN)
    17. Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    18. Al – Hidayah
    19. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia(GEPIMA)
    20. Persatuan Cina Muslim Malaysia(MACMA)
    21. Persatuan Al- Hunafa’
    22. Persatuan Darul Fitrah Malaysia
    23. Darus Syifa’
    24. Kesatuan Pelajar Islam Perak
    25. Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan
    26. Kesatuan Pelajar Islam Melaka
    27. Kesatuan Pelajar Islam Johor
    28. Pers. Kebajikan Dan Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan Dan Selangor Darul Ehsan.
    29. Pers. Pembimbing Pelajar Islam Pulau Pinang.
    30. Ikatan Pengkajian Islam Pahang
    31. Pers. Pelajar Islam Muslim Sabah
    32. Pers. Kebajikan Pelajar Islam Sarawak
    33. Pers. Pendidikan Islam Negeri Sembilan
    34. Islamic Outreach ABIM
    35. Yayasan Takmir
    36. Kelab Pemikir Muda
    37. Nadwah Persuratan Islam Malaysia
    38. Sekretariat Perhubungan Koresponden Antarabangsa
    39. Kumpulan Prihatin
    40. Himpunan Pencakna Budaya Kelantan

    Pihak Jawatankuasa mengalu-alukan mana-mana persatuan atau individu yang ingin bersama-sama menyatakan pendirian kita.


  •  


    p/s : DI MANA SOKONGAN KITA? 



    __________________
    Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 160
    Date:

    quote:

    Originally posted by: ungkuomar

    "    p/s : DI MANA SOKONGAN KITA? "


     


    Will somebody please respone...


     



    __________________


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 234
    Date:

    quote:

    Originally posted by: Alongwira513

    "   Will somebody please respone...  "

    tak terjawab ke?

    __________________
    ...


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 448
    Date:

    Biar kita sama-sama berfikir... NGO lain telah menyatakan sokongan mereka, cuma kita sahaja belum menyatakannya,


     


    WALLAHUAKLAM///



    __________________
    Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


    Veteran

    Status: Offline
    Posts: 36
    Date:

    telah saya katakan,sepatutnya kitalah yang harus menjuarai isu ini dengan slogan keramat kita


    AMAL MARUF NAHI MUNGKAR


    Kenapa kita ketinggalan......



    __________________
    Amigos


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 200
    Date:

    assalamualaikum..///


    kita xbleh nak salahkan ahli2forum ni.. bg saya ini semua berdasarkan pemimpin sendiri... kalau kita xmenyokongnya memlalui zahir.. xsmestinya kita xmenyokongnya langsung.. saya baru belajar dan belum mengetahui spenuhnya lagi.. betulkan jika salah.. yang buruk datang dari saya.. dan yang baik datang dari allah..


    berpakatlah mari kita menyokongnya..


    allahuakbar3x


    wallahualam..



    __________________
    Amal Makruf Nahyil Mungkar


    Guru

    Status: Offline
    Posts: 546
    Date:

    ASALKAN HATI KITA TAHU APA HALA TUJU PEKIDA..

    __________________


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 156
    Date:

    quote:

    Originally posted by: Haikal

    "ASALKAN HATI KITA TAHU APA HALA TUJU PEKIDA.."

    Betul tuu.Tapi dalam strategi kena ada...klu setakat hati saja,macam mana orang nak respact dan gerun pada kita....

    __________________


    Veteran

    Status: Offline
    Posts: 50
    Date:

    Alah abang-abang semua dalam ni pandai cakap je. Pergilah turun ke kelab-kelab malam tu, bantu pihak berkuasa mencegah kemungkaran.Bawa sekali bendara apa yang dibanggakan.Kita manusia ni cakap je pandai.Buat tak berani.



    __________________
    No Regrads


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 234
    Date:

    quote:

    Originally posted by: mafizal

    "Betul tuu.Tapi dalam strategi kena ada...klu setakat hati saja,macam mana orang nak respact dan gerun pada kita...."

    maaf klu hamba tersilap kata...ini dari pandangan hamba yang hanya kerdil disisi allah...bagi perkatan respect tu....dok belambak lagi budak2 pekida yang besepah dok buat gejala2 yang merosakkan nama pekida sendiri...ape benda yang dibuat hamba taknak sebut...tuan hamba semua dapat lihat sendiri dengan mata kasar...mungkin depan abg2 atau yang lebih besar..mereka bermuka2 dengan menutup segala kejahilan mereka...bagaimana nak minta respect from others..?sepatut pekida melabelkan budak2 ni dan cuba mengubah mereka dahulu..jika tidak berkesan kenapa tidak lucutkan mereka...pekida memperjuangkan islam tapi....ramai yang salah erti dan mempergunakan nama ini sebagai satu komplot gangster melayu yang tersohor....memang digeruni tapi dengan erti yang negatif...disitu hilang nya respect..atau sengat pekida itu sendiri...bersamalah kita memperjuangkan agama allah...bukan menggunakan nama allah atas nama semata2....pohon maaf jika hamba tersalah kata.....

    -- Edited by natural at 11:01, 2005-04-07

    __________________
    ...


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 165
    Date:

    quote:

    Originally posted by: semut30

    "Alah abang-abang semua dalam ni pandai cakap je. Pergilah turun ke kelab-kelab malam tu, bantu pihak berkuasa mencegah kemungkaran.Bawa sekali bendara apa yang dibanggakan.Kita manusia ni cakap je pandai.Buat tak berani."


      A'kum


      Saya rasa cakap ni pun ada bagus nya jugak.... sebab sebelum jadi cakap pandai ni dia ada berfikir dulu tentang masalah tu. sbb tu dia jadi cakap pandai. ni yg tak cakap pandai apa citer ..... tak fikir kerrr.cuba tambahkan @ tokok idea sikit utk selesaikan masalah ni.... bukan MEMBEBANKAN masalah ni .....



    __________________
    PenangKia©


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 156
    Date:

    quote:

    Originally posted by: semut30

    "Alah abang-abang semua dalam ni pandai cakap je. Pergilah turun ke kelab-kelab malam tu, bantu pihak berkuasa mencegah kemungkaran.Bawa sekali bendara apa yang dibanggakan.Kita manusia ni cakap je pandai.Buat tak berani."


    Nak turun ke kelab malam untuk bantu pihak berkuasa...??? Jawai yang ada kuasa pun kena tembak tak cukup tanah... inikan pulak kita yang bukan dari bidang tu nak tunjuk handal


    tapi kaluu nak tau apa yang saya sedang usahakan bolehlah pm kat saya...nanti saya ceritakan pada saudari...



    __________________


    Guru

    Status: Offline
    Posts: 532
    Date:

    Biarlah pimpinan tertinggi PEKIDA membuat keputusan...


    Apa yang hak tetap hak...


    Yang batil tetap batil...



    __________________


    Veteran

    Status: Offline
    Posts: 98
    Date:

    Rasanya ingin curahkan sikit buah fikiran di sini.


    Persoalan siapa yg ada contribute dlm artikel di atas pada saya sepatutnya bergantung kepada keikhlasan kita.Pertama kita tidak boleh sewenang2 menuding jari kpd /// tanpa usul kerana banyak factor buleh timbul,antaranya mungkin diluar pengetahuan dsb,mana tau….Dan saya yakin,jika nama Pekida tidak wujud sekalipon,ttp ada diantara badan2 NGO tersebut di atas dianggotai oleh jemaah ///,insyaAllah.Ada takdirnya tu…Janji base on our forum dlm nih,memang ramai yang menentang kemungkaran yg berlaku currently dan kita memang tidak memperjuangkan budaya permisif…(artikel tuh memang dr ABIM,isn’t?)


     


    Ada saya dengar cerita bahawasanya disko2 dan pusat2 huburan di Malaysia ini tidak boleh ditutup sepenuhnya krn beberapa sbb, cukup  sekadar saya nyatakan,ianya perlu utk pencegahan jenayah supaya tidakmelampau atau ekstrim,dgn kata lain utk kawalan graf jenayah di Malaysia.Saya tidak samasekali MENYOKONG perbuatan2 mungkar yg berlaku itu.PLEASE LIHAT DR SUDUT LAIN.Jika kita lihat pon,kebanyakan pengunjung2 terdiri dr golongan2 yg ‘special’,sbg ‘tension releaser’,dan kebanyakannya bangsa asing,’crime maker’,’org bodoh dan pura2 bodoh’ dsb.bayangkan jika tiada tempat khusus utk ‘golongan2’ ini,,kemana arah mereka?? Dan cuba bayangkan kita tidak mempunyai kekuatan keanggotaan yg cukup utk membanteras segala macammalapetakamusibah di Negara…jika terjadi havoc,rusuhan yg hebat di Malaysia,jenayah yg lagi hebat berlaku,pecahrumah,tembaksanasini,tikamdadatikamkepala,mahukah kita sama2 turun padang membantu,dan cukupkah kita utk mempersiapkan diri?atau  cukupkah bilangan kita utk mencegah jenayah di sana sini?Sedangkan isu DSAI dulupon terkujat-kujat nak reda kan kemarahan masyarakat,dan org yg patut diberi tanggungjawab pon tak amanah(isu ambil gambar lady kencing dgn handycam oleh PBT),dan banyak lagi yg masih lemah jika difikir sama2.


    Dan kita tahukah siapakah yg ada di antara pengunjung2 tempat2 haram itu??kalo tidak mcmana boleh sebahagian tempat2 videoharam,judi kuda,seludup minyak dan rokok,kilang vcddvd kena rush??dlm seminggu pon kita ada dengar ttg tumpasnya pengedar2 dadah,ectasy,syabu dsb,siapa yg punya kerja semua nih??Jadi kita takbboleh cakap pihak berkuasa tk jalankan tugas,tak kerja,tidor dsb sebelom kita kaji betul2…Tak boleh….Cuma usaha2 itu memang tk akan berkesan jika tiada ‘bantuan’ dr ‘org lain’..Setakat telan ‘air coke’ tak apa kan?Pd saya kalo nk rasa terpanggil,tak payah nk tunggu atas tiket Pekida shj utk hapuskan semua itu...mungkin yg join ABIM pon ada yg /// mana kita pasti?...


     


    Tentang ahli/// yg buat hal,saya rasa dh mcm diskusi biasa dr dulu lagi.Saya rasa perkara2 mcm ini,jika selalu dipertikaikan,maka akan jd lainlah pertubuhan ini.Cuma usaha RND sekarang mkin sbg salah satu cabang perancangan,agar/// akan lebih tinggi martabat selepas ini.KERANA pada saya,tengok dgn siapa mereka2 ini berdamping..jika sahabat2 nya tak elok,tak elok lah jadinya…serupa mcm keluarga,adikberadik kita di rumah,jika di luar,dgn siapa mereka berdamping,jika buruk,buruklah jadinyaa…ini bukan lagi soal keluarga or pertubuhan itu sendiri,or soal ayah siapa,abang nya siapa dsb tetapi individu tersebut yg memilih jln itu.So,kpd sahabat2, yang mengenali kawan2 lain yg dh terpesong,tariklah mereka kembali.Kita sbg kawan,jgn sekadar melihat,jika kenal,cakap baik2 dan tarbiahkanlah apa yg patut.dlm institusi keluarga pon,kadang2 adikberadik sendiri pon tak akan cerita 100% mslh dia pd abang dlm keluarga,tp jika dia ada kawan rapat ,150% kisah akan diceritakannya...fikirkanlah.


     


    sekadar pandangan sempit dr saya....


    ------------------------------------------------------


    zaman dulu2 pon masuk 'Titiwangsa',tp minum fresh oren sambil dengar live band main "Perfect Stranger"..



    __________________


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 151
    Date:

    as'kumm.... baru² ini saya pergi ke kedai baiki motosikal... saya lihat lambang pekida ada pada mosikal dan keychain ada padanya.. saya sangkakan ini ialah ahli pekida.. tetapi saya lihat dia memakai rantai emas dan berwarna rambut.. berkata saya dlm hati ini ker pejungan menegakkan kalimah amal makruf nahi mungkar?.. apa yg dia amalkan dan apa yg di makruf kan...? adakah memakai rantai itu yg dia amalkan?.. dan yg dimakrufkan ialah dgn tidak memakai rantai? saya masih ragu².. ingin saya menegur sebagai saudara dlm islam.. tetapi saya bukan lagi ahli pekida... takut² "kene pukul"... di KL nie pekida cukup popular dgn kaki pukul atau gengster... bukan saya nak memburukkan pekida ini tetapi inilah realiti... jadi jom kita sama² memperbetulkan aliran Islam yg wujud di tempat lain juga ikut sama mengalir di KL ini... insya Allah

    __________________
    Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


    Guru

    Status: Offline
    Posts: 836
    Date:

    bersatu kita teguh...........

    __________________
    {O^O} aku menulis bukan kerna nama


    Veteran

    Status: Offline
    Posts: 80
    Date:
    RE: Pendirian kita & PEKIDA?:clap:


     TERAMAT SETUJU DENGAN SARANAN BERNAS DARI MR KERAMBIT...

    -- Edited by MdArif at 04:50, 2005-04-08

    __________________


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 448
    Date:
    RE: RE: Pendirian kita & PEKIDA?



    quote:





    Originally posted by: iqman
    "as'kumm.... baru² ini saya pergi ke kedai baiki motosikal... saya lihat lambang pekida ada pada mosikal dan keychain ada padanya.. saya sangkakan ini ialah ahli pekida.. tetapi saya lihat dia memakai rantai emas dan berwarna rambut..


    Herm...kat sini jer sumer oang dah tahu ko ni suka bersangka-sangka...


    berkata saya dlm hati ini ker pejungan menegakkan kalimah amal makruf nahi mungkar?.. apa yg dia amalkan dan apa yg di makruf kan...? adakah memakai rantai itu yg dia amalkan?.. dan yg dimakrufkan ialah dgn tidak memakai rantai? saya masih ragu².. ingin saya menegur sebagai saudara dlm islam.. tetapi saya bukan lagi ahli pekida... takut² "kene pukul"... di KL nie pekida cukup popular dgn kaki pukul atau gengster... bukan saya nak memburukkan pekida ini tetapi inilah realiti...


    Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...


    jadi jom kita sama² memperbetulkan aliran Islam yg wujud di tempat lain juga ikut sama mengalir di KL ini... insya Allah"


    Saranan yang baik, pastikan kita perbetulkan diri kita dulu, muhasabah diri sendiri baru...






    __________________
    Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


    Guru

    Status: Offline
    Posts: 511
    Date:

    Tu...la sikap orang kita ni... asyik cerita pasal keburukan je...seolah-olah nikmat mata & fikiran hanya untuk memandang keburukan... apa yang positif tidak pula dipandang... come on la... dalam setandan pisang tak semuanya elok ... lagipun itulah matlamat R&D ditubuhkan, salah satunya untuk membersihkan imej negetif dikalangan ahli PEKIDA dan menjaga nama baik institusi sebagai Pertubuhan yang berdaftar...


    banyak lagi yang elok dalam PEKIDA ni...nak lebih banyak lagi kita tunggu komen dari abang-abang ataupun kanda dari R&D sendiri...


    Mohon maaf abang-anbang dan ahli forum kalau tersilap kata...



    -- Edited by dbodyguard30 at 13:08, 2005-04-08

    __________________


    Veteran

    Status: Offline
    Posts: 36
    Date:

    quote:

    Originally posted by: dbodyguard30

    "Tu...la sikap orang kita ni... asyik cerita pasal keburukan je...seolah-olah nikmat mata & fikiran hanya untuk memandang keburukan... apa yang positif tidak pula dipandang... come on la... dalam setandan pisang tak semuanya elok ... lagipun itulah matlamat R&D ditubuhkan, salah satunya untuk membersihkan imej negetif dikalangan ahli PEKIDA dan menjaga nama baik institusi sebagai Pertubuhan yang berdaftar... banyak lagi yang elok dalam PEKIDA ni...nak lebih banyak lagi kita tunggu komen dari abang-abang ataupun kanda dari R&D sendiri... Mohon maaf abang-anbang dan ahli forum kalau tersilap kata...--


    Memang dlm pekida ada banyak contoh kebaikan yang boleh dibanggakan...tetapi pernahkah kita terfikir kenapa keburukan sahaja yang dicakap oleh orang...???///


    Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa...///


    Cuma berdoa semoga apa yang diusahakan oleh unit R & D mendapat keberkatan dan kuat semangat untuk terus berjuang...



    __________________
    Amigos


    Guru

    Status: Offline
    Posts: 532
    Date:

    quote:

    Originally posted by: antiplb

    " Memang dlm pekida ada banyak contoh kebaikan yang boleh dibanggakan...tetapi pernahkah kita terfikir kenapa keburukan sahaja yang dicakap oleh orang...???/// Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa.../// Cuma berdoa semoga apa yang diusahakan oleh unit R & D mendapat keberkatan dan kuat semangat untuk terus berjuang..."


    Pasal masyarakat kita memang suka cakap pasal keburukan orang!


    Tidak masakan ada pepatah 'kuman seberang laut nampak, gajah tepi mata tak perasan!'


    Aku yakin satu hari nanti usaha membaik pulih imej dan seterusnya ahli ini akan berjaya..


    Kitalah orang2 yang patut mengubah keadaan...


    Generasi baru inilah yang patut bekerja lebih...



    __________________


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 151
    Date:

    bersangka² ini tak terlepas pada utk semua org.. sedangkan polis pon mengkehendaki suspek atau sakwa sangka utk meneyelsaikan sesebuah kes polis... Islam sendiri pon menyatakan yg setiap manusia tak terlepas dari mensyakwa-sangka atau bersangka-sangka... seperti jgn mendekati antara lelaki dan wanita.. kerana takut di sakwa sangka.. so jgn dekat laki dan perempuan..


    mungkin anda yg cuba kritik saya tidak faham apa yg ingin dan secara halus yg saya sampaikan... dan hanya pandang secara keburukkan saya tanpa menilai benda yg lain... saya sedar saya insan yg lemah dankerdil di sisi Allah SWT...


    saya cuma mintak jln penyelesaian walaupon budak yg memakai rantai itu bukan atau pun ahli PEKIDA itu sendiri... dia adalah umat Islam... islam melarang memakai rantai.. lagi pon saya tidak cuba utk memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah budak itu... ianya sebagai tatapan bersama utk di insafi


    Allah jua yg Maha Mengatahui



    __________________
    Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


    Guru

    Status: Offline
    Posts: 890
    Date:

    pendirian tetap pendirian. tidak berbelah bagi. tiada perubahan.


    yang berubah hanya individu itu sendiri.


    selagi berpegang pada apa yg di ikrarkan...................... selagi itu akan terus kukuh terpahat di dlm sanubari.




    __________________
    f l a s h 'd' d a y z


    Veteran

    Status: Offline
    Posts: 98
    Date:


    quote:





    Originally posted by: iqman
    "bersangka² ini tak terlepas pada utk semua org.. sedangkan polis pon mengkehendaki suspek atau sakwa sangka utk meneyelsaikan sesebuah kes polis... Islam sendiri pon menyatakan yg setiap manusia tak terlepas dari mensyakwa-sangka atau bersangka-sangka... 


     mungkin anda yg cuba kritik saya tidak faham apa yg ingin dan secara halus yg saya sampaikan... dan hanya pandang secara keburukkan saya tanpa menilai benda yg lain... saya sedar saya insan yg lemah dankerdil di sisi Allah SWT... saya cuma mintak jln penyelesaian walaupon budak yg memakai rantai itu bukan atau pun ahli PEKIDA itu sendiri... dia adalah umat Islam... islam melarang memakai rantai.. "





    saudara iqman,


    izinkan saya komen sikit yer..Pertama:saya rasa tiada kaitan antara investigation polis dgn syakwasangka atau prasangka buruk sesama Islam.Polis syak mengesyaki atas beribu alasan bidang kerja mereka utk siasatan dan cari bahan bukti.Tetapi prasangka buruk maksud ahli2 forum dlm nih ialah perasaan syak yg melampau terhadap saudara2 seIslam yg lain,walaupon kita tidak tahu benda itu sahih atau tidak.itu yg tidak boleh.Tiada perkaitan rasanya.


    Kedua:Setiap individu ada salah silap,ada dosa pahala.Sbg sesama Islam,harus kita nasihat menasihati antara satu sama lain.Mcm2 pendekatan yg boleh kita gunakan.Mcm2 channel ada.Dan antara mampu dgn tak mampu saja utk kita gunakan.Jika nk cakap pasal org pakai rantai emas,saya rasa lihatlah sekeliling anda.Saya rasa masih banyak lagi permasalahan akhlak yg boleh anda pertikaikan.Cth mudah saya ambil:perempuan melayu Islam yg masih tk pakai tudung,lelaki yg warnakan rambut,lelaki Islam pakai seluar pendek dan berjalan di public,perempuan Islam memakai baju tanpa lengan,atau lengan pendek,atau buka aurat dan berjalan di public,itu belum bukan muhrim naik motor berpeluk,berdating dsb..yg banyak lagik...di mana pada saya yg perlu mendapat perhatian,teguran,semua pihak(sepatutnya).Di sini,jgn kaitkan soal Pekida atau apa,tetapi ia dah seperti soal sahsiah/akhlak/sivik diri individu itu sendiri.Terpulang pd kita,cth jika anda berani,anda tegurlah si mamat motor itu,jika anda mendiamkan diri,maka akan berlalu spt air lalu sahaja.Mslh dosa pahala,nak dengar tak dengar,antara individu itu dgn Alllah swt.Cuma,yg mungkin kesilapan anda,anda (dan mungkin sesiapa shj) terus menuding jari ke arah Pekida jika ada maslh disiplin org Melayu kita.Walhal percentage sebenar ahli jemaah yg terlibat berbanding yg bukan ,tiada siapa yg buleh bg figure dan tiada siapa tahu.Harap2 semua buleh betulkan keadaan dan corak pemikiran serta mentaliti masing2.


    Nak Melayu maju,Melayu kanlah secara total,maksimum,tiada batasan,tiada mengira dr mana Melayu itu datang,dari mana asal Melayu itu(tk mengira apa jemaah pon),tetapi INGAT,nak meLAYUkan bangsa sendiri pon amat mudah,jika tiang yg teguh,akan roboh atau dirobohkan sendiri satu persatu....


    maaf iqman,jgn ambil hati.just teguran dr saya yg saya nampak atas kesilapan(lebih baik saya tegur awak dr sy diamkan diri).jika saya ada silap juga,sesiapapon,harap buleh tegur.krn saya pon nak memajukan diri saya sendiri.INGAT,kita semua dlm nih bersaudara.......



    __________________


    Guru

    Status: Offline
    Posts: 532
    Date:

    Bersamalah kita ingat mengingati..


    Bukan orang lain, bangsa kita jugak..


    Berkata benarlah walaupun pahit...


    Cari pendekatan yang terbaik...



    __________________


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 151
    Date:


    quote:


    Originally posted by: karambit
    " saudara iqman, izinkan saya komen sikit yer..Pertama:saya rasa tiada kaitan antara investigation polis dgn syakwasangka atau prasangka buruk sesama Islam.Polis syak mengesyaki atas beribu alasan bidang kerja mereka utk siasatan dan cari bahan bukti.Tetapi prasangka buruk maksud ahli2 forum dlm nih ialah perasaan syak yg melampau terhadap saudara2 seIslam yg lain,walaupon kita tidak tahu benda itu sahih atau tidak.itu yg tidak boleh.Tiada perkaitan rasanya. Kedua:Setiap individu ada salah silap,ada dosa pahala.Sbg sesama Islam,harus kita nasihat menasihati antara satu sama lain.Mcm2 pendekatan yg boleh kita gunakan.Mcm2 channel ada.Dan antara mampu dgn tak mampu saja utk kita gunakan.Jika nk cakap pasal org pakai rantai emas,saya rasa lihatlah sekeliling anda.Saya rasa masih banyak lagi permasalahan akhlak yg boleh anda pertikaikan.Cth mudah saya ambil:perempuan melayu Islam yg masih tk pakai tudung,lelaki yg warnakan rambut,lelaki Islam pakai seluar pendek dan berjalan di public,perempuan Islam memakai baju tanpa lengan,atau lengan pendek,atau buka aurat dan berjalan di public,itu belum bukan muhrim naik motor berpeluk,berdating dsb..yg banyak lagik...di mana pada saya yg perlu mendapat perhatian,teguran,semua pihak(sepatutnya).Di sini,jgn kaitkan soal Pekida atau apa,tetapi ia dah seperti soal sahsiah/akhlak/sivik diri individu itu sendiri.Terpulang pd kita,cth jika anda berani,anda tegurlah si mamat motor itu,jika anda mendiamkan diri,maka akan berlalu spt air lalu sahaja.Mslh dosa pahala,nak dengar tak dengar,antara individu itu dgn Alllah swt.Cuma,yg mungkin kesilapan anda,anda (dan mungkin sesiapa shj) terus menuding jari ke arah Pekida jika ada maslh disiplin org Melayu kita.Walhal percentage sebenar ahli jemaah yg terlibat berbanding yg bukan ,tiada siapa yg buleh bg figure dan tiada siapa tahu.Harap2 semua buleh betulkan keadaan dan corak pemikiran serta mentaliti masing2. Nak Melayu maju,Melayu kanlah secara total,maksimum,tiada batasan,tiada mengira dr mana Melayu itu datang,dari mana asal Melayu itu(tk mengira apa jemaah pon),tetapi INGAT,nak meLAYUkan bangsa sendiri pon amat mudah,jika tiang yg teguh,akan roboh atau dirobohkan sendiri satu persatu.... maaf iqman,jgn ambil hati.just teguran dr saya yg saya nampak atas kesilapan(lebih baik saya tegur awak dr sy diamkan diri).jika saya ada silap juga,sesiapapon,harap buleh tegur.krn saya pon nak memajukan diri saya sendiri.INGAT,kita semua dlm nih bersaudara......."


    saudara kerambit...


    tak perlulah berhujah berpanjang lebar... saya paham apa silap saya cuma silap anda atau org lain anda tak nampak... cuba ambil yg elok dari artikal saya nie dak.. dok nak menghentam saya jeee...



    __________________
    Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri
    Page 1 of 1  sorted by
     
    Quick Reply

    Please log in to post quick replies.

    Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


    Create your own FREE Forum
    Report Abuse
    Powered by ActiveBoard