Telah menjadi sesuatu yg masyur di kalangan org awam, mereka selalu membaca hadis: Inna Likulli Syai-in Qalban Wa-qalbul Quraan Yaasin. Maksudnya, "Bagi setiap sesuatu itu ada hatinya, hati bagi al-quran ini ialah yasin." Hadis ini sebenarnya diriwayatkan oleh al-Imam at-Tarmizi, dgn beliau mengingatkan bahawa di dlm sanat ataupun rangkaian para periwayat hadis ini ada seseorang yg bernama Harun Bin Abi Muhammad, Sya,kul majhul- seorang yg tidak dikenali.
Para penganalisa hadis yg terdiri dikalangan para ulamak hadis menyemak sanad dan riwayat hadis ini dan menyimpulkan bahawasanya hadis ini adalah hadis yg palsu. ini seperti yg disebut oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani (Rahimahullahu Ta'ala) di dalamnya dinyatakan bahawasanya hadis ini adalah hadis palsu.
kita hendaklah ingat bahawasanya hadis palsu adalah haram diriwayatkan oleh seseorang melainkan hendaklah diterangkan tentang kepalsuannya. ini seperti yg disebut oleh Imam Ibnus Solah di dlm kitabnya yg masyur berhubung dgn ilmu hadis, yg dikenali sebagai Muqaddimah Ibnus Solah. di dalamnya dinyatakan bahawasanya haram seseorang meriwayatkan hadis palsu melainkan hendaklah diterang tentang kepalsuannya.
hadis2 palsu ini muncul kerana seseorg menyandarkn kpd Nabi SAW apa yg baginda x ucapkn. mereka mengada2 dan mereka2 ucapan2 Nabi ataupn perbuatan2 Nabi yang x sama sekali Rasulullah pernah lakukan. ulamak2 hadis mengesan mereka, mengesan kepalsuan mereka, mengesan para periwayat yg memalsukan hadis ini. inilah kepentingan ilmu hadis.
Baginda Nabi SAW memberi amaran tentang akan berlakunya pemalsuan hadis pada akhir zaman. kata bagin SAW dalam hadis yg diriwayatkn oleh Imam Muslim (dalam Muqaddimahnya),
Maksudnya, "akan datang pada akhir zaman golongan dajjal dan pendusta, mereka akan membawa kpd kamu hadis2 yg tidak pernah didengari oleh kamu dan ibu bapa kamu. hendaklah kamu behati2 dgn mereka."
Inilah keadaan yg paling bahaya, dimana rasulullah memberi amaran, kata baginda:
"Sesungguhnya dusta kepadaku dgn sengaja maka siap tempat duduknya di dalam api neraka."
dlm sejarah pemalsuan hadis, ada beberapa golongan yg terlibat memalsukan hadis. mereka sebahagian besarnya ialah golongan zanadiqah, iaitu mereka yg menzahirkan Islam sedangkan hati dan sanubari mereka memusuhi agama, mencemarkan tauhid, mencemarkan Rassul SAW.
disebelah pihak yg lain golongan yg mereka-reka hadis ialah golongan zuhhad, iaitu golongan yg cuba safkan diri diri mereka kpd kerohanian dan kesufian. mereka kononya ingin mengajak org supaya lebih mendekati agama, dgn mereka-reka hadis2 yg tidak pernah diucapkan oleh Nabi. antara fokus rekaan mereka ialah hadis yg berhubung dgn fadhilat2 surah, yg membabitkan berbagai2 surah. ini seperti yg dilakukan oleh Abu 'Ismah Nuh Al-Jami' yg mereka-reka hadis2 berhubung dgn fadhilat surah, konon katanya: "sesungguhnya aku merekanya disebabkan untuk menggalakkan org ramai membaca Al-Quran, kerana mereka terlalu tertumpu kpd sirah Nabi SAW." Dia melupai perbuatannya itu adalah perbuatan yg haram dan menjerumuskan dia kedalam api neraka.
Maka dengan itu hendaklah kita mengambil pengajaran dan iktibar. janganlah kita memudah-mudahkan dlm membaca sesuatu hadis terutama yg berhubung dgn fadhilat2 surah. hendaklah telebih dahulu kita merujuk kpd ahli2 dan pakar dlm bidang hadis, atau merujuk kpd huffaz iaitu org2 yg menguasai bidang hadis yg terdiri daripada para ulamak islam dan para pengkaji hadis yg menguasai bidang ini. seperti mana yg disebut oleh Syeikh Syu'ib Al-arna'ud. (ketika mentahqiqkan kitab besar oleh Imam Zahabi), katanya: "Tidak halal bagi seseorang meriwayatkan hadis2 Nabi melainkan hendaklah dipastikan terlebih dahulu daripada huffaz bahawasanya hadis itu kedudukannya adalah thabit, iaitu pasti daripada Nabi SAW."
WaktuČ yg baik untuk Berdoa =========================== - Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan) - Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah di kala jemaah haji wukuf di Arafah) - Pada bulan Ramadhan - Pada malam Jumaat - Pada hari Jumaat - Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam - Pada tengah malam - Seperdua malam yang kedua (sesudah jam 12 malam) - Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam) - Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2 malam) - Pada waktu sahur (sebelum fajar) - Sesudah berwuduk - Ketika orang azan untuk sembahyang - Antara azan dan iqamat - Ketika orang mengucapkan iqamat - Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil - Di dalam pertempuran di medan perang - Di akhir tiap-tiap sembahyang fardu - Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat) - Ketika sedang membaca Al-Quran - Setelah tamat membaca Al-Quran - Ketika minum air zamzam - Pada waktu ayam jantan berkokok (pda waktu pagi) - Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama - Pada waktu turun hujan - Pada waktu tergelincir matahari pada hari Rabu - Ketika menutupkan mata orang yang telah mati - Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam)
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I