Petikan dari Utusan Malaysia 11 April 2005 (ralat: MAJLIS INI ADLAH MAJLIS PEKIDA WILAYAH PERSEKUTUAN & SELANGOR MELANTIK 12 KETUA KAWASAN ANJURAN PEKIDA PUSAT, SEBARANG KEKELIRUAN DIHARAP MAAF)
SEPANG 10 April - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) melantik 12 ketua kawasan dan 42 penyelia kawasan di Selangor. Majlis perlantikan tersebut diadakan di Dewan Orang Ramai, Bandar Baru Salak Tinggi disini, malam tadi.
Presidennya, Datuk Dr. Muhd Fuad Ahmad berkata, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Pekida berharap ketua dan penyelia kawasan dapat membantu kerajaan untuk manaikan taraf kehidupan orang Melayu di kawasan masing-masing.
Matlamat itu, katanya, sejajar dengan hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Semua ketua kawasan dan penyelia di Selangor perlu menaikan imej PEKIDA sebagai sebuah NGO yang mantap dan berusaha membanyakan bilangan ahli. "Saya berharap keahlian akan meningkat sehingga satu ke dua juta orang pada masa depan", katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Keluarga PEKIDA Bersama Pemimpin sempena perasmian PEKIDA sepang da 12 ketua kawasan dan 42 penyelia kawasan di Selangor. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar. Muhd Fuad berkata, ketua kawasan apatah lagi terdiri dari orang muda boleh dijadikan contoh di kalangan ahli sedia ada dalam usaha membantu kerajaan menangani masalah sosial.
Pada masa yang sama, beliau berharap untuk membina bangunan PEKIDA di Sepang tidak lama lagi. Sementara itu, Mohd Zain memuji usaha yang dilakukan PEKIDA kerana dapat menyatukan umat Melayu serta memertabatkan Agama, Bangsa, dan Tanah Air sebagai NGO. Sebagai NGO katanya, PEKIDA diharapkan dapat memainkan peranan lebih berkesan dari segi Kebajikan dan Dakwah serta melaksanakan matlamat dasar terutama dalam bidang dakwah yang berteraskan konsep Islam Hadari yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"PEKIDA juga perlu memainkan peranan membantu kerajaan dalam memerangi gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, lumba haram, sumbang mahram, jenayah ragut dan sebagainya.
"PEKIDA harus memikirkan pendekataan yang lebih berkesan sesuai dengan statusnya sebagai NGO yang berlatarbelakangkan dakwah," ujarnya.
Mohd Zain memberitahu, PEKIDA mempunyai peranan besar sebagai NGO di negara ini dan imej berkenaan perlu dikekalkan. Menurut beliau, melalui sistem ketua kawasan yang diamalkan, peranan dan fungsi PEKIDA dijangka lebih berkesan sehingga ke peringkat akar umbi.
"Melalui bantuan kerajaan saya yakin PEKIDA mampu menjadi NGO disegani," ujarnya.
-- Edited by betara at 13:09, 2005-04-13
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
Tahniah kepada semua Ayahanda2.AbgLong2 dan Kak Long..
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
malam tu memang banyak input dari dato presiden dan bermacam2 lagi.Niat kita kerana Allah,diharap Allah akan memberi kemenangan diatas mukmin yang berjuang pada jalan Nya.
Tahniah juga kepada BETARA2 kite yang gagah perkasa...
walaupun sakit2 pinggang,tetap setia berdiri menjadi penyeri pentas...
dengan selempang kuning... :)
hensem jer semua...
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
taniah kepada semua yg telah dilantik pada malam tu..... dan semoga PEKIDA boleh menjadi ngo yg terulung dan boleh jadi cermelang gemilang dan terbilang....///
quote: Originally posted by: Nafisah "Tahniah juga kepada BETARA2 kite yang gagah perkasa... walaupun sakit2 pinggang,tetap setia berdiri menjadi penyeri pentas... dengan selempang kuning... :) hensem jer semua... "
..sekalipun pinggang ku putus 3..tetap ku jaga martabat Islam,melayu,dan Malaysia...
quote: Originally posted by: wan_botak " ..sekalipun pinggang ku putus 3..tetap ku jaga martabat Islam,melayu,dan Malaysia... -takkan melayu hilang didunia-"
cayalah kanda wan botaksemangat mcm ni yg kita nak.
berjuang hingga ke titisan darah terakhir
__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action".
-syedezree@pekida.org-
Assalamua'laikum Anakanda Bentara, Ada sikit ralat sebenarnya pada berita tersebut. Yang sebenarnya Majlis tersebut adalah PEKIDA W/PERSEKUTUAN & SELANGOR MELANTIK 12 KETUA KAWASAN....................... ajuran Pekida Pusat. Harus diperbetulkan dgn segera.
kehadiran ramai pemimpin2 menunjukkan sokongan serta penerimaan mereka terhadap perjuangan ini tidak boleh di nafikan lagi. oleh itu usahlah kita bercakaran atas isu2 yg di anggap remeh ( jika perlu PM direct ). masa untuk kita perbetulkan hala tuju, arah serta nawaitu masing2 demi untuk diri sendiri mahupun pertubuhan ini sendiri.
HARAP TIDAK TERLAMBAT UNTUK MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA AYAHANDA DAN ABANG LONG YANG DITABAL TEMPOH HARI, DIHARAP SEMUA DAPAT MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNJAWAP YANG DIAMANAHKAN. JUGA TIDAK LUPA KEPADA KELUARGA TASK FORCE RND YANG TURUT MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS TERSEBUT, DAN KEPADA AHLI YANG TURUT SAMA BERKUMPUL TANDA SOKONGAN - TQ
saya disini turut ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua ahli serta penaung persatuan ini..diharap persatuan ini dapat memertabatkan agama bangsa & negara..insyaAllah..