Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kursus induksi dan bea'ah


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
Assalamualaikum...


Buat adinda kelahiran sg ramal...


Banyak nasihat dan posting berguna dari topik ini... sekalipun apa yg di lontarkan oleh merah 360 ... yg agak tinggi nawaitu dan maksud tersirat nya...


KESEMPITAN KANDA...? BANTUAN UTK KANDA...? UTK AYAHANDA...?


Kanda tak pernah minta sesuap nasi dari adinda semua. Bahkan kandalah yg menghidang dan menyuapkan pada mereka yg sering datang ke kajang.


ayah malek , ayah paq tak pernah ambil wang baiah... tak sepertimana sebahgian dari ayah lain...


Harta benda , wang ringgit kami kami wakafkan semaunya utk melihat kejayaan perjuangan ini. Jika tidak rnd tidak akan pergi sejauh ini...


 


SUNNAH RASULULLAH...


Nabi akhir zaman, Junjungan mulia kita lahir dari bani hashim , kaum quraish... bangsa pribumi yg berprestej dan pemegang tampuk pemerintahan, pewaris tahta.


Rasulullah anak sedara perdana menteri mekah... si Abu Jahal (yang nama sebenarnya Hj Amru Bin Hisham). yang keluarganya kaya, memilikki ladang kambing. Yang tidak menyusu ibusendiri walaupun masih hidup, kerana keluarganya mampu mengupah ibu susu utk baginda...


SITI KHADIJAH isteri rasulullah saudagar kaya, jutawan antarabangsa. Abu Bakar saudagar kaya yang mendanai prjuangan baginda.


Demi membangun Islam, mereka wafat sehelai sepinggang... mereka gadaikan semua hak peribadi itu, utk di gantikan dgn pembangunan Islam... dan itu lah juga yg di ikuti oleh pengikut mereka... sebab itu Islam berjaya di bangun...


ANDA BAGAIMANA...? SEDARKAH SUDAH...? PERLUKAH TERUS MENGHUJAT DAN MEMFITNAH...? HARUSKAH TERUS DENGAN SIFAT KIKIR DAN KEDEKUT... UTK TURUT MENYUMBANG KEPADA ISLAM...?



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:
RE: kursus induksi dan bea'ah


Alhamdulillah .. penjelasan yg jelas lagi terang dari abg long mas kita .. apa yg dikata kan benar belaka bukan rekaan ..


So kita tunggu apa kata nick merah360 .. mana pi sedara ??? dah khuyup ka ??? ha ha ha


Sedang kan org yg telah berjalan seluruh malaysia .. maksud saya dah mengkaji pekida dari utara sampai ke selatan dan mengakui tak pernah jumpa tempat spt di RnD ni.. mungkin sedara merah360 ni pun tak paham apa yg ada di RnD ni .. maka adik adik RnD berbangga lah anda berada di tempat yg tinggi martabat nya.



__________________
. . .


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

Assalamualaikum...///


Abg Long Sentuh Sikit jer...tapi penuh bermakna dan mendalam...HENDAK SERIBU DAYA,TAKNAK SERIBU DALIH...takkan nak kena berjemput lak ke rumah untuk ke rnd...erm...sekali lagi saya nak jelaskan disini yer,jika dulu saya sempat bertemu dgn RND sebelum saya lahir,saya akan pilih rnd sebagai tempat lahir saya...Ikhlas seikhlasnya saya berkata...tapi dah jodoh saya di simpang yang lain...saya bersyukur...


p/s:tunggu merah360 ni...



__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah... |||aJiMsEnT|||


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

quote:

Originally posted by: White

"Alhamdulillah .. penjelasan yg jelas lagi terang dari abg long mas kita .. apa yg dikata kan benar belaka bukan rekaan .. So kita tunggu apa kata nick merah360 .. mana pi sedara ??? dah khuyup ka ??? ha ha ha

tak habis habis kah lagi mengutuk mencaci? sekarang ni masa mencaci ker? tak faham faham ker maksud perkataan abang masjuki? awat hang tu baguih sangat ka dok gelak kan orang lain???



-- Edited by zerofill at 09:36, 2005-04-14

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

rileks abg shah...tenang ok...just salah faham ni...

__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah... |||aJiMsEnT|||


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamualaikum...///


Harap maaf lama tak dapat bersama di forum. Walaupun hanya 2-3 har menghilangi, tapi terasa lama.


Erm...pertanyaaan dan hasrat hati dah diajukan oleh merah360. Minta maaf la merah360, kalau betul2 merah 360 merah semerah-merahnya, murni sungguh hasrat mengambil berat nasib adik-adik putih30 kita yang berbai'ah di R&D Kajang. Rasanya kat Kajang tak de kami bai'ahkan merah. Jangan marah.


Anyway, jawapan dah diberikan oleh Abang Long Dr. Masjuki selaku Pengarah R&D Pekida Pusat. Harap semua faham.


Namun sedikit tambahan dari saya. Untuk makluman, adik-adik di Kajang menghampiri 1000 orang. Program samada anjuran dan yang disertai oleh R&D Pekida Pusat amat banyak hingga tak cukup tangan. Namun bila diminta adik-adik datang membantu, tak sampai 50 orang yang muncul. Untuk menghubungi satu-satu, bayangkan berapa kos yang diperlukan. Dan apakah sebagai Abang Long, abang Mas perlu menghubungi seorang-seorang daripada seribu adik-adik itu supaya datang ke Kajang mahupun mengikuti program. Cukuplah sekadar menyampaikan pada segelintir adik-adik dan melalui sms dan website. Kenapa pula adik-adik tak boleh hubungi abang Long Mas walaupun hanya untuk bertanya khabar? Sepatutnya adik-adik tunduk mengalah pada abang. Jadi kalau saya katakan ada adik-adik R&D bagaikan kacang lupakan kulit, jangan marah. Datang ke Kajang hanya untuk dapatkan cable, bila lihat di R&D Pekida Pusat hanya berjihad menggunakan Al-Quran, mereka mula lari cari abang-abang lain yang kerjanya hanya berjihad menggunakan buku lima, minum arak, kaki perempuan, masuk disko dan pub.


At Taubah Ayat 81: Orang-orang yang ditinggalkan (tidak ikut perang) itu, merasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: "Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini." Katakanlah: "Api neraka jahannam itu lebih sangat panas(nya)" jika mereka mengetahui


Jadi, salahkah R&D Pekida Pusat dan abang Long Mas lagi? Tidak! Jawapannya salah pada adik-adik R&D Kajang sendiri. Ini confirm!


Tapi, saya takkan 'mencederakan' tanpa 'mengubat'. Penyelesaian kepada masalah ini mudah. Akan saya senaraikan nama dan no telefon Team Urusetia R&D Pekida Pusat khas untuk adik-adik R&D Pekida Pusat dan adik-adik yang lain yang berminat untuk berjihad menegakkan syiar Islam yang sebenar-benarnya.


Namun buat sementara, bolehlah hubungi saya, Z, di talian 012-6931005 untuk dapatkan maklumat akan program dan aktiviti di R&D Pekida Pusat.


Jadi buat sementara ni, harap semua berpuas hati yer.


 



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

mmg rilex ni haushinka, saya tak reti marah, but some time kena bagi sedar jugak, kita perlu berubah jangan dok kat takok lama je, putih ker merah ke adik beradik juga.. jangan gurau senda yang kita sangka tapi kecilkan hati sedara sedara yang lain..  

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Senior

Status: Offline
Posts: 214
Date:

quote:

Originally posted by: zerofill

"tak habis habis kah lagi mengutuk mencaci? sekarang ni masa mencaci ker? tak faham faham ker maksud perkataan abang masjuki? awat hang tu baguih sangat ka dok gelak kan orang lain???-- Edited by zerofill at 09:36, 2005-04-14"


 


sabar bang shah.... mungkin bagi beliau perkara nih remeh...


 



__________________
-IlI-


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

quote:

Originally posted by: zerofill

"mmg rilex ni haushinka, saya tak reti marah, but some time kena bagi sedar jugak, kita perlu berubah jangan dok kat takok lama je, putih ker merah ke adik beradik juga.. jangan gurau senda yang kita sangka tapi kecilkan hati sedara sedara yang lain..  "

saya paham bang...hope benda ni jadi pengajaran kpd semua termasuk diri saya sendiri... memang kiter kena jaga juga hati dan perasaan org lain...thnaks bang shah atas ingatan itu... hope white dpt terima yer white...kiter manusia biasa white...tak lari dari kesilapan... Insyallah...yang baik kiter jadikan tauladan,yg buruk kiter jadikan sempadan...mudah2an diberkati...

__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah... |||aJiMsEnT|||


Veteran

Status: Offline
Posts: 90
Date:

Assalamualaikum...///


Salam kepada semua pembaca forum ini tak kira apa pangkat dan darjat sekali pun. Ampun dan maaf dipinta sekiranya terkasar bahasa mahupun menyinggunng perasaan manaē individu secara langsung mahupun secara tidak langsung.


Saya disini ingin menyeru kepada sesiapa sahaja lah yang membaca dan diminta tolong sampaikan lah kepada merekaē yang telah dilahirkan di RnD agar pada minggu hadapan bersamaan pada hari selasa ( 19 April 2005 ) mari lah kita bersamaē turun ke RnD ibarat pulang ke kampung, kita beramah mesra, berkenalan antara satu sama lain, bersamaē lah kita mengeratkan ukwah antara satu sama lain.


Disamping itu juga saya menyerulah kepada semua yang membaca posting ini tidak kira lahir dimana sekali pun untuk turut hadir bersamaē kita merapatkan lagi siraturahim sesama kita seagama.


Jadi kepada sesiapa yang ingin hadir pada hari selasa minggu hadapan diharap saudaraē semua boleh lah sign up di ruangan KURSUS INDUKSI yang akan diadakan pada selasa minggu hadapan.


Akhir kata dari saya, saya menjuallah sepotong pantun yang berbunyi,


Di tepi pantai terdapatnya perahu;


Tak Pegi RnD lagi, pastinya tak tahu.


Jadi marilah kita bersamaē hadir pada minggu hadapan.


Sekian; Terima kasih.


                                         



__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I


Senior

Status: Offline
Posts: 214
Date:

 


Di tepi pantai terdapatnya perahu;




Tak Pegi RnD lagi, pastinya tak tahu.


betul kata bro wartawan tuh..... klau tak pergi r&d nih mana kita nak tau isi kandungan pembelajaran nyer... saya juga sokong cadangan beliau agar adik2 yang lahir di r&d khasnyer dan ahli jemaah yang lain am nyer agar dapat datang atau paling tidak pun melawat ayahanda, abg long serta sedara2 kita yang ada di r&d tuh...


untuk bro wartawan saya jawab pantun hang


Alhamdullilah saya dah pergi kursus induksi...


sape lagi yang tak pergi pasti nyer rugi.....




__________________
-IlI-


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

banar kata kanda zack tu, kalau bukan kalian anak anak RnD siapa lagi yang nak membantu,


At Taubah Ayat 81: Orang-orang yang ditinggalkan (tidak ikut perang) itu, merasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: "Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini." Katakanlah: "Api neraka jahannam itu lebih sangat panas(nya)" jika mereka mengetahui


ini la ciri ciri munafik, apa bila dalam kesempitan mereka menjauhkan diri, tapi insyaallah bila RnD Gah seantero dunia masa ni masing masing tanpa ragu mengaku mereka la tunggak yang dibelakang. tanya la diri sendiri berapa kerap masing masing menghubungi abang masjuki, ayahanda abang PaQ, ayahanda malek, abang abang yang lahir awal dari mereka. ada ker anak anak ini mau menghubungi bertanya habar berita, berkirim salam, bertanya khabar sihat atau tak ibu dan ayah??? saya berani cabar dalam ramai ramai kalian ini hanya beberapa kerat jer yang menyimpan no mereka, berapa ramai kah yang ada menyimpan no talipon abang masjuki??? no tel ayahanda abang Paq??? no tel ayahanda malek??? berapa kerat yang mahu berbuat demikian??? pelik tak??? mmg pelik...  tapi benar



__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

erm...Yunep...Insyallah,19 haribulan ni saya turun ke sana...nanti saya informkan...sebab rabu tu (20/04/05)saya cuti sebab ada appoinment ngan dr.pakar...khamis lak cuti...erm... kalau jadi sya akan informkan...maybe turun ngan jepun dan latok...untuk jepun dan latok,plzzz sign up nanti yer...


yunep,aper punya pantun daaa...ni aku nak bagi 3 rangkap pantun...hehehe...


Kemumu di tengah pekan    
            Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan    
     Bagai pohon tidak berbuah


Jikalau tuan mengangkat peti    
        Tolong masukkan segala barang
Jikalau adik beradik bersatu hati  
            Kerja yang susah menjadi senang


Pilih-pilih tempat mandi,


pertama teluk kedua pantai;


Pilih-pilih tempat menjadi,


Pertama elok kedua pandai.


 


ok...AJIM NAK GI SARAP DULU...KANG JOIN BALIK...


 


 



__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah... |||aJiMsEnT|||


Veteran

Status: Offline
Posts: 90
Date:

Salam...///


Uishkkk...bro zerofill bawa bertenang....nanti naik pulak tekanan darah tu...kita tgk ler selasa ni...


Bro dah minum ka...???


kalau belum jemput lah...      



__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I


Veteran

Status: Offline
Posts: 90
Date:

Salam...///


Alamak sedara ajim jual pantun lah...ni nak jawab nih....


Buah cempedak diluar pagar,


Ambil galah tolong tunjukkan;


Saya budak baru belajar,


Kalau salah tolong tunjukkan.


 


 


Pulau pandan jauh ketengah,


Gunung daik bercabang tiga;


Hancur badan dikandung tanah,


Budi yang baik dikenang jua.


 


Sorong papan tarik papan,


Buah keranji didalam perahu;


Suruh makan dia makan,


Suruh mengaji dia tak mahu.


                    


 



__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I


Senior

Status: Offline
Posts: 214
Date:

ekkekke......... nih pantun darjah 3 anggur la yunep..........

__________________
-IlI-


Senior

Status: Offline
Posts: 270
Date:

saya dulu 3 hijau pantunnya lain sket....

sorong pedang tarik pedang
buah tembikai dibelah empat
suruh dtg dia dtg..
suruh masuk dia dok luar

eh...ape da aku mepek nih

__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action". -syedezree@pekida.org-


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

hahaha...ni dah jadi sesi berbalas pantun la pulak...hahaha...ekau ni syed...pantun apo tuh... yunep lak bagi pantun zaman moyang den dulu...hahaha...

__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah... |||aJiMsEnT|||


Senior

Status: Offline
Posts: 270
Date:

quote:
Originally posted by: haushinka

"hahaha...ni dah jadi sesi berbalas pantun la pulak...hahaha...ekau ni syed...pantun apo tuh... yunep lak bagi pantun zaman moyang den dulu...hahaha..."


isk....isk..isk...itu la pantun budak mabuk di pagi hari...

-- Edited by pedang_setiawan30 at 11:39, 2005-04-14

__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action". -syedezree@pekida.org-


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

hehehe...ekau dah pakai nick lain pun,masih lokek ngan mabuk tu yo...hehehe...mcm2 ado ekau ni syed...19 turun ke syed...teringin sekali jumpa kekasih aku ni.ahakz...ahcum...




__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah... |||aJiMsEnT|||


Veteran

Status: Offline
Posts: 90
Date:

Salam...///


walaupun pantun tu zaman hang jebat...tapi erti pamahaman dari setiap prosa kata dia...berserta susunan baitē nya...memberi seribu erti jika kita hayati...I|I 


              



-- Edited by wartawan3 at 12:11, 2005-04-14

__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I


Senior

Status: Offline
Posts: 270
Date:

quote:
Originally posted by: haushinka

"hehehe...ekau dah pakai nick lain pun,masih lokek ngan mabuk tu yo...hehehe...mcm2 ado ekau ni syed...19 turun ke syed...teringin sekali jumpa kekasih aku ni.ahakz...ahcum...
"


insyaALLAH,ader kot....

__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action". -syedezree@pekida.org-


Veteran

Status: Offline
Posts: 90
Date:

Salam....kekanda syed mmg tiapē minggu mesti ada punya....

__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:

Mungkin Zerofill dah salah angap dgn nick saya :) Dalam forum ni hanya sekadar nick .. malah saya tahu apa tugas masing masing tidak kira dia putih atau merah atau hitam hahaha .. skg ni kita mempersoal kan kes si nick merah360 ni kata adik RnD terbiar begitu saja lepas di beah .. jadi jgn lah campur aduk dgn HAK dan BATIL wahai Zerofill .. anda baca dan paham betul betul dan bila kes dah hampir selesai malahan dah jelas lagi terang apa yg di kata kan oleh abg long masjuki itu .. ANDA jgn lah tambah menambah nasik .. cukup lah makan takat tu .. nanti anda muntah dan adik lain jugak akan terasa loya dgn muntahan anda itu .. SODAQALAHULAZIM .. Benar lah kata kata al-quran itu.



__________________
. . .


Veteran

Status: Offline
Posts: 49
Date:

kepada tuan hamba merah360....


tuan hamba jgn pandai ckp saja yg adik2 di r&d tak t'bela....TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR TERLAJAK KATA NANTI ORG MARAH LA,APE LG...tuan hamba,masalah pokoknya disini ialah bagaimana adik2 itu rase x t'bela klu rase nak t'bela jgn la menyusu dkat kandang lain..ape kat r&d xde susu ke...kat r&d punye susu lg kawww siap campur madu lg.jd bawak2 blk le kat kandang kite...tempat utk kite mengatur perjuangan..


klu x paham lg pegi la jd lembu betul....hanye manusia je paham hujah2 manusia.lembu gerenti x paham punye...


AKU ANAK JATI KAJANG...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamualaikum...///


Apa la korang. Pasal nick pun nak gado.


Datuk den lagi la.....nama Puteh lagi. Kira putih ler. Apala...


White and Zerofill....jom den blanja banjo. Jangan tengkar2.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 270
Date:

eh abg zack,nama jiran saya cik puteh....hehehehe cuma dia je gelap sikit cam sayer...tehehehe...nama p.ramlee pun puteh gak kan??hmmmm...

apa ada pada nama?


__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action". -syedezree@pekida.org-


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

A'kum


Kenapa dah jadi kecoh pulak ni?


Orang tu dah kata nak datang biarkan sahaja. Jangan lah kita mencabar-cabar antara satu sama lain. Kita cuma tengok lah pada hari dan waktu nya sahaja kehadiran mereka-mereka ini.


Sudah lah wan dan shah. Baik kamu berdua ni berbaik-baik. Berdamailah ke jalan Allah.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 90
Date:

quote:

Originally posted by: zackbikers

"Assalamualaikum.../// Apa la korang. Pasal nick pun nak gado. Datuk den lagi la.....nama Puteh lagi. Kira putih ler. Apala... White and Zerofill....jom den blanja banjo. Jangan tengkar2."


Assalamualaikum...///


Saya amat bersetuju dengan cadangan kekanda zackbikers. Buang yang keroh, Ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.


         



__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

terima kasih saudara zack & penjejak, ada masa insyallah kita leh jumpa, cakap kurang cantik hati hati lah, tak semesti nya yg tak beri komitment tu berdiam diri, masing masing ada haluan, sampai den nak datang dah terbantOt plak, lepas tu nanti ada pulak yang tuduh yang tak datang tu la musuh dalam selimut.. nauzubillahiminzalliq, bukan gaduh bang yunep, biasa la kita ni dari latar belakang yang berlainan, didikan emak bapak yang berlainan, pendidikan tak sama mmg ada selisih, tapi tak bermakna bermusuhan, lupa ker apa yang kita junjung? apa yang mulut diikrarkan, atas tangan mereka tangan Allah,  kadang tuhan menduga setakat mana tahan nya tengok jer la... sampai bila

-- Edited by zerofill at 17:43, 2005-04-14

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang
«First  <  1 2 3  >  Last»  | Page of 3  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard